Beliau bukan saja berani dengan kata-kata tetapi beliau juga berani melempang sesiapa saja yang melampau dengannya!Tuesday, June 16, 2009
Catatan Parlimen
Beliau bukan saja berani dengan kata-kata tetapi beliau juga berani melempang sesiapa saja yang melampau dengannya!Skim Mesra Usia Emas
Menurut surat sebaran yang dikeluarkan oleh Saari, skim itu disediakan kerajaan Selangor Darul Ehsan untuk dimanfaatkan oleh semua warga emas dan OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tanpa mengira jantina, agama, pendapatan, kedudukan dalam masyarakat dan faham politik.Pendaftaran skim berkenaan adalah percuma. Warga emas yang layak berumur 60 tahu ke atas dan, sama ada lahir dan sedang menetap di Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/1/1974 sedang menentap di Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan, dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.
Manakala bagi OKU tidak merlukan syarat-syarat seperti di atas.
Menurut surat sebaran yang ditanda tangani Saari itu, warga emas yang berdaftar menerusi skim ini akan mendapat sumbangan sebanyak RM2,500. Sebanyak RM1,000 akan diberikan dalam tempoh 24 jam seleps menerima laporan kematian warga emas yang berdaftar berkenaan.
Semua bantuan itu akan disalurkan sendiri oleh beliau menerusi Pejabat Khidmat Masyarakat Adun Hulu Kelang.
Dalam pada itu Saari menjelaskan sehingga ini hanya 900 warga emas yang mendaftarkan diri daripada 5,000 warga emas dalam Dun Hulu kelang.
Monday, June 15, 2009
Singgah Kuala Krai
Antara Fauzi dengan Abdul Basit?
TANGGAPAN sesetengah pihak Pas menghadapi masalah untuk mencari calon pilihan raya kecil Manik Urai kurang betul dan benar. Seperti mana kata pemimpin Pas, mereka mempunyai banyak calon yang berkelayakan dan mempunyai latar belakang pendidikan.
Tetapi untuk mencari tokoh yang menyamai Ismail Yaacob mungkin agak mustahil. Ismail Yaacob (Pak Su Weil) hanya akan muncul dalam 30 tahun sekali!
Khabarnya Pas Kuala Krai telah mengenal pasti beberapa nama dan dua nama kini diharap akan mendapat restu Pesuruhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dua nama itu salah seorang yang disebut sejak awal lagi, Fauzi Abdullah (foto) yang kini Bendahari Pas Kuala Krai.Beliau juga pernah menjadi penyelia DUN Guchil pada tahun 2004 dulu.
Manakala seorang lagi nama yang tersembunyi sebelum ini ialah Abdul Basit Abdul Rahman, iaini abang kepada Ketua Pas Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman.
Basit seorang ustaz berkelulusan M.A Syariah Madinah. Kini merupakan pensyarah sambilan di Kolej Ismail Petra Kelantan (Kias). Walaupun beliau bukan pemimpin peringkat kawasan Kuala Krai dan dikatakan tidak berminat dengan politik, tetapi penonjolan namanya kerana kelulusan dan hubungannya dengan Abdul Latif Abdul Rahman yang juga ketua Pemuda Pas Kelantan yang rapat dengan pemimpin kanan Pas Kelantan.
Jika dibandingkan antara kedua nama ini, sekiranya Pas ingin meletakkan calon yang mirip-mirip Pak Su Weil sudah tentu Pas akan memilih Fauzi memandangkan hubungan beliau dengan ahli dan penyokong peringkat bawahan yang menyeluruh. Beliau juga seorang aktvis parti yang sabar dan berkerja untuk parti. Manakala kedudukannya sebagai peniaga ikan di bandar Kuala Krai menyebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan kenalan.
Fauzi juga dikatakan menjadi 'pegawai kebajikan' kepada sesetengah masyarakat miskin di Kuala Krai di mana beliau menjadi tempat untuk meminta bantuan dan pertolongan.
Selain itu beliau juga dikatakan seorang yang ikhlas dan setia dengan parti. Dalam pilihan raya lalu beliau disebut-sebut untuk diletakkan bertanding di Guchil. Tetapi disebabkan Guchil diserahkan kepada PKR ekoran formula membahagikan kerusi, peluang Fauzi terlepas.
Walaupun beliau tidak bertanding namun semangat dan tanggungjawabanya sebagai ahli parti tidak berkurangan.
Dalam pada itu populariti Fauzi juga tidak terlawan calon lain termasuk bekas calon Pas 2004, Mohd Zamzuri Mat Lazim yang juga turut disebut-sebut pada peringkat awal bakal diletakan semula oleh Pas pada pilihan raya kecil berkenaan. Menurut sokongan kalangan penghulu di Kuala Krai, 14 penghulu katanya memilih Fauzi manakala enam memilih Zamzuri.
Bagaimana pun perkembangan sehari dua ini, nama Zamzuri seakan sudah menggendur sebaliknya yang disebut ialah Fauzi Abdullah dan Abdul Basit.
Sekiranya Pas Kelantan berhajat untuk memilih calon berkelulusan agama serta berkeperibadian baik tentulah Basit akan diberi peluang kerana Basit juga merupakan anak kepada Tuan Guru Abdul Rahman Sungai Durian. Demi memenuhi hajat itu mungkin Pas boleh menutup mata daripada dituduh kroni kerana Basit adalah abang kepada Latif.
Kini pun sudah kedengaran dikalangan sesetengah orang Pas yang mengatakan tidak menjadi masalah kalau Basit diletakkan walaupun dia adalah abang kepada Latif kerana Rasulullah sendiri melantik menantu dan mertuanya sebagai pemimpin.
Cerita-cerita itu adalah sebagai menghalalkan tindakan Pas nanti sekiranya Basit dipilih sebagai calon. Dan tidak mustahil kalau tidak ada persefahaman di antara dua kumpulan yang menyokong dua calon ini, calon lain akan diturunkan! [wm.kl. 10:00 pm 15/06/09]
Ulas Kecoh Parlimen
ANTARA sebab kenapa saya kurang berminat untuk mengikuti sidang parlimen ialah tidak mahu menyaksikan aksi-aksi kebudak-budakan kekadang lebih jelek dari makhluk berkaki empat atau tindakan mahu mencari publisiti murahan dan glamor berkelas badut.
Mungkin, kerana kita sudah terbiasa dengan hal itu menyebabkan tidak betah untuk melihatnya. Bagi pemerhati dan pelawat muda, anak-anak sekolah atau ketua-ketua cawangan yang dibawa dari ceruk kampung untuk melawat parlimen mereka suka melihat apa yang berlaku dalam dewan. Mungkin bagi mereka dengan telatah itu menandakan ahli parlimen mereka proaktif!
Perbalahan ahli-ahli Yang Berhormat akan dijadikan bahan atau buah tangan untuk dibawa balik di sekolah atau ke kampung. Atau bahan cerita kepada kawan yang tidak datang. Mereka akan memberi tahu bahawa suasana dalam dewan terhormat itu tidak seperti digambarkan, penuh dengan maki hamun dan gelagat yang meloyakan bagi menggambarkan betapa hebatnya ahli Parlimen 'berdebat' sesama mereka.
Tetapi kerana itulah (parlimen) tempat menggubal undang-undang dan dasar negara suka tidak suka terpaksa juga pergi untuk melihat dari dekat serta mengikuti perbahasan ahli-ahli parlimen sekaligus menilai ahli parlimen manakah yang cerdik dan mempunyai kualiti sebagai pemimpin rakyat.
Selain itu tujuan ke parlimen, daripada untuk menyaksikan aksi yang memualkan itu gunanya untuk minum/makan dan berjumpa dengan kawan, jumpa dengan menteri, timbalan menteri yang juga sebagaian daripada ahli parlimen yang dikatakan tadi.
Di parlimenlah lokasi paling mudah untuk berjumpa dengan menteri bagi menyampaikan sesutau hajat dan maksud kerana di sini kurang birokrasi tidak seperti di pejabat mereka.
Seperti mana maklum persidangan hari ini juga tidak terkecuali daripada berlaku kekecohan dan penampilan gelagat macam makhluk berkaki empat. Seolah sepanjang sesi parlimen kali ini tidak akan pernah aman dengan aksi dan kerenah melampau sesetengah ahli Dewan kedua-dua belah pihak.
Barang kali inilah hasilnya kalau parlimen sudah tidak mendapat majoriti 2/3.
Kekecohan yang berlaku hari ini menyebabkan tujuh orang ahli Dewan dihalau keluar dan digantung selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.
Mereka yang digantung ialah Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Bruas), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Zulkefli Ahmad (Kuala Selangor).
Kekecohan bermula bila mana sebaik saja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, Nizar melaungkan perkataan “bubar Dewan” sambil mengenakan lilit di kepalanya berbunyi “Bubar DUN”. Gelagat itu tidak disenangi oleh Spekaer Pendikar Amin Mulia kerana ianya dikatakan melanggari kod etika berpakaian ahli Dewan. Sebelum Nizar sempat melabuhkan punggung di kerusinya beliau dihalau keluar.
Tindakan ke atas Nizar rasanya sesuatu yang menyesalkan. Dan dari sudut lain pula tidak seharusnya Nizar melakukan sesuatu sehingga tindakan itu dikenakan kepadanya. Nampaknya Nizar masuk ke Dewan unttuk menjadi hero baru.
Nampak sangat beliau masih terbawa dengan sentimen di DUN Perak yang menjadi kelam kabut baru-baru ini. Lebih mendukacitakan apa yang berlaku ke atas Nizar itu berjangkit kepada ahli parlimen lain yang kurang senang dengan tindakan dikenakan ke atas bekas MB Perak itu. Mereka juga turut sama dihalau dan digantung menghadiri sidang dewan.
Tindakan dua MP Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham itu mungkin munasabah kerana mereka masih tidak dapat melupai apa yang berlaku di Perak dan sebagai menyokong rakan mereka Nizar Jamaluddin. Peristiwa rampasan kuasa menyebabkan mereka tidak dapat mengawal nafsu amarah mereka.
Tetapi yang boleh disoalkan apa hal dengan tiga wakil rakyat Pas yang tidak berasal dari Perak; Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Zulkefli Ahmad (Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pokok Sena).
Mereka tidak sepatutnya ikut sama bersentimen dengan apa yang berlaku di Perak itu. Sebagai seorang ahli Parlimen mereka sepantasnya tahu membezakan watak semasa berdemonstrasi di jalan-jalan raya atau ketika dimajlis kempen-kempen pilihan raya. Apa yang mereka lakukan itu tidak ada kena mengena dengan kepentingan rakyat yang mereka wakili!
Sekiranya tindakan atau rasa simpati ke atas Nizar itu hendak ditonjolkan kenapa tidak kesemua ahli Parlimen Pakatan Rakyat berbuat demikian? Mengapa Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang dan Lim Kiat Siang serta yang lain-lain lagi tidak ikut sama memakai lilit sebagai memprotes itu?
Saya nampak ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan juga ahli Parlimen Kota Bharu, Wan Rahim Wan Abdul yang mendampingi Nizar semasa mengadakan sidang akhbar tidak pun mengenakan lilitan protes berkenaan?
Di sini jelas bahawa apa dilakukan Nizar itu hanya rancangan beliau sendirian bersama MP dari Perak dengan sokongan beberapa MP lain. Bagi saya apa yang berlaku tidak menunjukkan sikap profesional dan matang mereka sebagai ahli parlimen.
Tidak usahlah membawa perangai buruk berlebih-lebihan yang dibawa dari luar sana ke dalam parlimen. Hormati parlimen! Kalau bukan ahli parlimen sendiri yang menghormati dan menjaga kemuliaan dewan siapa lagi yang boleh diharap menghormati dan menjaganya?
Ingatlah kalau tindakan dan aksi kita keterlaluan menyebabkan rakyat dapat menilai apa sebenarnya kita ini? Jadi sebelum rakyat mencemuhi kita perbaikilah perangai, perwatakan dan jangan diulangi kejadian atau perbuatan yang boleh merendahkan martabat kita sebagai ahli yang berhormat. [parlimen.kl 5:00 pm 15/06/09]
Berita Parlimen
BEKAS Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin mencipta satu lagi sejarah hari ini di Parlimen apabila beliau digantung sidang Dewan sebaik saja mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen. Nizar yang diperintah oleh Speaker, Pendikar Amin Mulia supaya keluar Dewan kerana dikatakan melakukan kesalahan melanggar etika berpakaian di dewan.
Turut sama diarah keluar bersama Nizar ialah lima lagi ahli Parlimen Ngeh Khoo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) N Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Zulkefeli Ahmad (Kuala Selangor).
Mereka dikatakan telah memakai lilit hitam bertulisan putih di songkok yang berbunyi "Bubar DUN" yang merujuk kepada Dewan Undangan Negeri Perak.
Sebelum ini Nizar telah mencipta beberapa sejarah ganjil dalam politik demokrasi negara ini termasuk ikut bersama speaker Perak bersidang di bawah pokok, mendiami kediaman menteri besar serta terlibat dengan kekecohan dalam sidang Dun Perak.
Nizar kini sedang menanti keputusan mahkamah berhubung permintaanya bagi menetukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara beliau dengan Zambry Abdul Kadir. Ketika ini MB Perak yang dianggap sah ialah Zambry.
Sebelum ini belum pernah ada ahli Parlimen yang baru mengangkat sumpah sebelum sempat duduk dikerusinya dihalau keluar sidang. [parlimen 1:20 am 15/06/09]
Sunday, June 14, 2009
Cermin Ahad
BIASANYA orang yang melakukan kesilapan yang sama adalah orang yang bodoh! Orang yang tidak bersekolah. Otaknya lembab dan bebal. Kurang sel! Orang cerdik tidak akan melakukan kesilapan lebih daripada sekali atau sekurang-kurangnya dua kali. Kesilapan kali pertama boleh dikatakan kerana kelemahan semula jadi manusia kerana dia adalah mahluk dicipta bukannya Pencipta.
Manakala kesilapan kali kedua kerana kesilapan pertama tidak diperbaiki disebabkan kelalaian ataupun kekurangan ilmu. Tetapi kalau melakukan kesilapan yang sama lebih daripada dua kali ternyata orang itu bodoh. Bodoh sengoti, kata orang Kelantan. (Tak faham sila telefon).
Apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed telah membuat janji untuk menjadikan kawasan Manik Urai sebagai anak angkat sekiranya UBN memenangi pilihan raya kecil 14 Julai nanti, ia satu janji dan strategi politik yang bodoh.
Kata Mustapa bila dijadikan anak angkat kawasan itu akan dibawa banyak projek. Pembangunan prasarana akan dibina di kawasan berkenaan. Maka akan jadi bermanik-maniklah Manik Urai!
Orang Manik Urai hanya mengangguk-ngangguk mendengar janji itu dan bila sampai di rumah mereka akan tersenyum sendiri dan akan dikongsi dengan bini dalam selimut, geli hati dengan janji Menteri MITI itu. Mustapa sudah silap bila menabur gula yang sama kepada kumpulan semut yang sudah ‘celika’ dan tahu akan tujuan gula itu ditabur. Orang Manik Urai bukan bodoh. Mereka sudah celik mata dan 'celik' telinga.
Cara janji Mustapa itu juga cuba merendahkan taraf pemikiran dan politik orang Manik Urai. Walaupun mereka duduk jauh di pedalaman tetapi mereka tahu apa yang berlaku di sekitar dunia luar. Apa lagi mengenai politik yang merupakan sebahagian menu sarapan pagi mereka di kedai-kedai kopi yuang berderetan di Manik Urai. Benar mereka tidak tahu mengenai pasaran saham Hong Kong, Jepun, London atau Amerika, tetapi mereka tahu bagaimana denyut nadi politik Pas dan Umno. Jantung politik Pas dan Umno Kelantan sentiasa dalam dada mereka.
Mereka tahu dan kenal siapa dia Annuar Musa. Apa yang Annuar pernah lakukan. Apa dosa-dosa besar dan dosa kecil Annuar. Dengan siapa Annuar digossipkan. Begitu juga mereka tahu dan kenal siapa dia Husam Musa. Bahkan kalau disebut baju petak-petak merah pun mereka sudah kenal wajarnya. Itulah menunjukkan orang Manik Urai sangat ‘makrifah’ dengan dunia politik siasah.
Janji sebegitu bukan yang baru bagi UBN. Janji itu adalah perulangan janji-janji lama yang meloyakan. Di mana-mana ada pilihan raya, janji-janji lunak begitu berlori-lori ditaburkan. Masa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas akhir tahun 2006 dulu itulah juga janji yang ditaburkan. Mulut itu jugalah yang mengukir janji berkenaan. Kalau Pengkalan Pasir dimenangi UBN, kawasan itu kononnya akan dimajukan segala prasarana akan dibawa ke situ.
Mendengar segala janji ditaburkan pada masa itu seolah seluruh kawasan Pengkalan Pasir akan padat dan penuh dengan projek. Seolah-olah seluruh jalan di kawasan itu bukan lagi diturap dengan tar tetapi diturap dengan gansa dan perak. Tiang lampunya diperbuat dari testil. Setiap orang di Permatang Pasir bukan lagi pakai baju pagoda tetapi pakai baju besi...
Tetapi apa jadi selepas UBN memenangi kawasan berkenaan? Nah, tegok dan pergilah jenguk sendiri. Pengkalan Pasir masih menjadi pengkalan yang berpasir dan dilanduni air bila hujan lebat turun. Longkang masih tersumbat dan jalan belum sempurna sepenuhnya. Apa yang ada kini nasib baiklah kerajan Pas yang sesak dan miskin lakukan. Kalau harapkan kepada UBN habuk pun tadak!
Strategi berjanji tetapi tidak tunai tidak diterima rakyat lagi. Cara Mustapa lakukan salah. Ia tidak akan mengubah pendirian orang Manik Urai. Orang Manik Urai tidak pun akan merasa terhibur dengan janji-janji demikian. Mereka juga tahu hanya seminggu dua ini sahaja pembesar negeri singgah di kawasan mereka. Selama ini mereka sunyi dan hidup di kalangan mereka sahaja. Tiada ada mana-mana pembesar yang berkunjung ke tempat mereka jauh sekali untuk duduk-duduk bersembang di atas jemburan atau tangga.
Kerana itu mereka tidak merasakan orang lain sebagai pemimpin mereka, melainkan Allahyarham Ismail Yaacob atau Pak Su Weil saja. Kerana Pak Su Weillah yang bersiang bermalam dengan mereka. Apa orang nak bilang pada Pak Su Weil, tetapi Pak Su Weillah hero mereka. Pak su Weillah tempat menggantung harap!
Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang, seorang anak raja yang berjiran dengan kawasan mereka, seorang pakar ekonomi dan hampir-hampir nak jadi Perdana Menteri, mereka tidak pun merasakan Tengku Razaleigh adalah pemimpin mereka.
Ramzi Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai ada rumah tinggi atas bukit di Jelwang, mereka tidak merasakan Ramzi sebagai pemimpin mereka. Ataupun Zulkefli Yaacob bekas Adun Guchil (ada Mercedez putih) dan sepupunya Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Ketua Pas Kawasan Kuala Krai juga mereka tidak merasakan kedua ustaz itu sebagai pemimpin mereka. Yang mereka lihat dan ingat sebagai pemimpin dan tokoh mereka hanya Pak Su Weil. Sebab itu Pak Su Weil tidak pernah kalah dan boleh menang sampai lima kali. Walaupun Pak su Weil terbaring dalam ward tetapi masih menang sebagai timbalan ketua Pas Kuala Krai.
Kenapa keadaan jadi begini. Kerana selama ini tidak ada mana-mana orang nak pedulikan mereka. Nasib mereka dibiarkan dengan mereka sesama mereka saja uruskan. Kalau ada sesekali datang menjenguk pun kerana ada tujuan lain bukan ikhlas untuk bertanya khabar mengenai kehidupan mereka.
Jadi bila tiba-tiba seminggu dua ini baru ada pemimpin tergila nak singgah dan bertanya berapa harga pot (getah sekerap) sekarang, atau durian berbuah atau tidak, atau datang untuk bagi benih ikan keli, ia tidak memberi bekas. Mereka sudah tahu pertanyaan itu hanya menanam tebu di bibir mulut saja.
Kalau hanya seminggu dua ini baru ada pemimpin turun nak belajar toreh getah ia tidak juga merujakan mereka. Mungkin tupai, kera, musang genggalung dan 'kangka' binatang macam beruk tetapi kening putih bergerak secara melompat sahaja yang terkejut bila ada timbalan menteri tiba-tiba pergi toreh getah.
Mungkin segala unggas dan haiwan itu berfikir bahawa keadaan ekonomi negara ditangan Najib Razak ini sudah terlalu teruk sangat sampai timbalan menteri pun terpaksa mengambil upah toreh getah di Manik Urai!
Kalau Mustapa dan mana-mana pemimpin ikhlas dan suci hati nak bangunkan Manik Urai atau kawasan luar bandar jangan tunggu bila ada pilihan raya. Mustapa boleh jadikan mana-mana saja kawasan yang daif, ketinggalan untuk dijadikan anak angkat. Bila diambil anak angkat selepas ada pilihan raya jelas sangat ianya tidak ikhlas dan tindakan bermotif politik jangka pendek dan segera yang bodoh.
Jangan haraplah UBN akan mencapai kemenangan dengan cara itu. Melainkan kalau awal-awal lagi UBN jadikan anak angkat seluruh kawasan dimenangi Pas, mungkin ia akan membawa keuntungan kepada UBN. Bila ada pilihan raya kecil mereka tidak payah susah-susah lambakan janji manis, rasuah dan pasang papan tanda baru mengenai projek itu dan projek ini. Bila mereka sudah lama dianakangkatkan mereka sudah merasa dan bila ada pilihan raya mereka terus pilih UBN.
Jadi kepada Mustapa dan pemimpin UBN lain janganlah merendahkan minda orang Manik Urai dengan janji-janji molok begitu. Bawalah pendekatan dan pendidikan politik yang boleh mendidik jiwa dan minda. Dan cubalah belajar berpolitik daripada orang kampung yang jujur, ikhlas dan tidak mengharap apa-apa benda keduniaan melainkan Allah. [d'kota kl 11:15 am 14/06/09]
Saturday, June 13, 2009
Menjelang Maghrib
Sudah pasti dengan penyertaan Zaid (foto) itu ia sedikit sebanyak memberi sumbangan tenaga profesional ke dalam Pakatan Rakyat, khasnya PKR. Memang sesuai dan kena dengan latar belakang dan semangat perjuangan Zaid beliau memilih PKR, bukan Pas maupun DAP.Khabar Taheran
PILIHANRAYA Presiden Iran ke-10 saya tidak ikut dengan cerap dan menyungguh. Hanya sesekali menyilau dan membaca laporan di akhbar dan internet seimbas lalu. Tidak mengikuti dari awal, maksudnya sebermula kempen pilihan raya berkenaan. Maka susah untuk membuat telahan siapa yang akan memenangi jawatan itu.
Laporan-laporan berita mengatakan pilihan raya presiden Iran kali ini sengit dan hebat. Dr Mahmoud Ahmadinejad dikatakan tercabar dan kemungkinan akan kehilangan jawatan itu. Beliau dicabar oleh tiga calon lain. Bagaimana pun calon yang mengikut rapat dan dikira akan memberi tentangan ialah Mir Hossein Moussavi.Sajak
Seperti pagi-pagi yang pergi
hari ini.. sebuka mata kuselak jendela kamar
melontar pesona ke saujana langit
menyalami pagi dengan senyum
mahu bertanyakan mentari, apa khabar untukku...
mungkinkah hari ini ada siulan
atau lagu merdu dari studio Ilahi
Malang.. pagi ini mentari tiada
seluruh alam menggelam kelabu
penorama tiba-tiba terbakar
bola alam.. mungkinkah kau mamai dan tersesat
dalam debu-debu mazmumah insani
yang makin menebal
Di jendela ini ku menanti, mentasbehkan harapan demi harapan
leret senyummu seperti selalu, merah menyaga
menyala memberahikan hidup
namun.. untuk beberapa tika kau tidak juga menjelma
daki-daki manusia khianat menyusup-ngsong ke atas
bagaikan mahu menakluk seluruh cekerawala
melukishitamkan kanvas langit
menghalangi laluanmu
Aduhai... melihat kelam langit, gelap mendung hari
terhimbau aku pada suratesok bangsaku
bagiamana?
kelabu langit hari ini adalah jerubu bumbung siasah bangsaku
berkecamukan bersimpangsiul keputusan tali
persafahaman direntap para pelahap kuasa
hitam hari ini menenggelamkan cita yang ditatah bermusim lalu
menimbuskan impi yang dipunggut dari mimpi semalam
Apakah bumbung langit siasah bangsaku
terus kelam menggelamkan bersama hari ini yang suram
atau akan kembali menerang gemilang bersama esok
yang tiada lagi jerubu?
Duhai manik-manik dari tujuh langit kau turunlah
menyapu kelegaman ini.... turunlah
Di jendela ini
aku bagaikan si kakak tua berbulu emas
yang kehilangan suara
kerana dihangusi usia dan dilelahi doa-doa merah
yang belum termakhbul!
Meski kaki lepas aku masih rimas.
MSO,
D’ Kota Kuala Lumpur
13 Jun 2009.
Friday, June 12, 2009
Celoteh Murai 48
KALAU tidak silap pendengaran Murai, si Selantia ada bersuara di sebuah siaran tv petang semalam. Dia memberi ulasan mengenai pilihan raya kecil Manik Urai. Katanya pilihan raya kecil kali ini Pas dalam keadaan tertekan. Menurutnya juga dia sudah pun turun ke kampung Sook di Manik Urai. Untuk apa?
Dia ajar kepada pengundi kalau tidak mengundi Pas pun tidak mengapa sebab kalah menang tidak memberi kesan kepada Pas. Pas menang banyak dalam pilihan raya umum lalu. Sebaliknya kalau Umno menang penduduk akan mendapat manfaat, projek akan luruh banyak di situ di samping Pas pula selaku kerajaan akan terus menaburkan projeknya.
Begitulah teori dunia yang diberikan oleh Salentia. Semuanya kerana projek. Apabila mendengar nasihat itu maka jelas lagi bersuluh apa yang menjadi amalannya selama ini. Ke mana si Salentia pergi ialah makan dan projek. Berjalan, tidur dan baringnya ialah projek untuk mengembungkan perut saja.
Sebab itulah bila hari hujan si Salentia akan sanggup duduk mencakung di tepi longkang ataupun di tepi busu menunggu mangsanya tanpa mengira apa. Yang penting dia boleh ngap mangsanya.
Biasanya bila hujan turun, kelatu akan keluar dari koloninya untuk terbang ke udara. Masa inilah Salentia akan menunggu dilubang kekaltu dan menjelerkan lidahnya, siuppp... ditangkpanya kelatu dan segala macam yang keluar dari lubang itu.
Jadi kalau pengundi Manik Urai menerima teori Salentia itu mungkin mereka perolehi apa yang disebutkan itu. Tetapi Murai cukup faham pengundi di Manik Urai lebih bermaruah daripada Salentia. Mereka adalah orang miskin, hidup tidak mewah tetapi tebal dengan adat budaya dan keimanan. Mereka tidak tahu berkonspirasi, berpolitik naik belakang kaldai kemudian sesudah hajat tercapai keladai ditinggalkan.
Pengundi Manik Urai adalah pengundi iyang mengenang budi, tidak seperti Salentia! Walaupun sekecil mana jasa dan budi yang ditinggalkan Pak Su Weil mereka akan kenang dan mereka akan ingat sampai ke mati. Itulah perangai dan fiil orang Kelantan.
Berdasarkan itu Murai cukup yakin pengundi Manik Urai khasnya di kampung Sungai Sook itu lebih yakin kepada pesanan dan kata-kata Pak Su Weil daripada Salentia.
Lagipun semua orang sudah tahu siapa dia Salentia sebenarnya, pencari makan ketika hujan turun dan memerangkap apa saja mangsa asalkan dapat membuncitkan perutnya.
Murai: Faham sangat kenapa dia ke sungai Sook itu.
