Saturday, April 3, 2010

Menyimpang Dari Hulu

Najib Bukan Perdana Menteri Aprilfool

SEMALAM 3, April genap setahun Mohd Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Alhamdulillah Najib tidak menjadi perdana menteri Aprilfool. Berbagai penilaian dibuat keatasnya dalam tempoh berkenaan. Penilaian ini tentulah kontras antara orang yang menyokong Najib dengan orang membenci dan dengki kepadanya. Penilain yang tepat ialah mereka yang tidak ada kepentingan apa-apa.

Jika kita mengamati penilaian dan ulasan dari kalangan Umno terutamanya mereka yang mendapat atau sedang mengharapkan kelulusan projek dari Najib tentulah semuanya baik. Apa juga langkah dan tindakan dibuat Najib semuanya tepat dan betul. Rancangan untuk memancu kehidupan rakyat dan mencorak masa depan negara semua first class.

Malahan orang ini juga akan melihat setiap kali Najib tampil dalam majlis-majlis sosial dan politiknya yang mengenakan batik juga dianggap anggun dan baik. Acuhlah apa saja corak dan warna batik untuk dipakai Najib, semuanya baik dan sesuai. Seolah semua warna dan design yang diilhamkan Allah kepada pereka fesyen itu semuanya untuk dipadankan dengan tubuh Najib.

Berlainan pula dengan pihak yang berlawan dengan Najib, apa saja yang dibuat oleh Najib tidak kena. Ada-ada saja komen dan kritikan. Usaha untuk meremehkan Najib diteruskan siang dan malam. Segala dosa-dosa kerajaan seolah semuanya dilakukan oleh Najib dan harus dipikul olehnya.

Mereka ini melepaskan Najib atas padang luas seperti melepaskan ayam dengan musang. Mereka hanya menontonnya dengan kepercayaan musang akan membaham si ayam. Mereka akan bersorak dan terus bersorak kerana naluri hiburan mereka puas.

Bukan itu saja ada juga orang yang sedia mendoakan untuk kemusnahan kerajaan Najib? Pada saya aksi ini adalah kemuncak kepada kebencian dan kemarahan kepada Najib. Medoakan untuk kemusnahan apakah lebih baik dari mendoakan supaya diberikan petunjuk oleh Allah agar seseorang itu membetulkan kesalahannya? Islam itu tidak kejam! Namun itulah ancaman paling besar diterima Najib secara kejiwaan.

Bagi saya aksi itu melampau dan tidak dinilai dengan fakta dan rasa kemanusiaan. Walaupun ianya sebahagian dari strategi politik, tetapi ternyata strategi itu melampau batas dan menyebabkan rakyat di bawah terkeliru dan mengelirukan.

Maka untuk melihat sejauh mana pencapaian Najib menjadi PM ini carilah ulasan yang adil dan tidak berkepentingan baru kita akan dapat keputusan tepat. Dalam melihat ini seeloknya bagilah ruang kepada Najib untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehannya.

Dalam hal ini saya secara peribadi tidak mahu melihat Najib jauh daripada jangkauan itu. Saya nampak selama setahun, tidak ada kesalahan besar Najib yang boleh saya kritik. Saya sering ditanya kenapa saya tidak menyerang Najib? Saya jawab, belum ada kesalahan besar dari perspektif saya sebagai rakyat yang dilakukan Najib. Menjadi perangai saya, saya akan memuja seseorang itu selagi dia tidak melakukan kesalahan besar. Dan apabila ia telah melakukan kesalahan besar sehingga mencengkikkan perasaan dia akan saya musuhi sampai ke ruang tidurnya.

Apa yang ingin saya paparkan, selagi seseorang itu tidak melakukan kesalahan setahap demikian adalah tidak adil kalau kita menyerangnya. Dalam tempoh setahun Najib menjadi PM, pada saya dia seperti pemilik lesen memandu baru. Kalau JPJ boleh memberi tempoh tiga tahun kepada pemandu baru dengan melekatkan simbol 'L' di cermin keretanya, apa salahnya kalau kita memberi tempoh itu kepada Najib.

Walaupun Najib dikaitan dengan pembunuhan wanita Mongolisa, Altantuya Shaarribbu, bagi saya itu hanya tuduhan politik saja. Dan kalau kita menerima dan mempercayai penyelesaian terhadap sesuatu perkara bersifat ghaib itu dengan sumpah, saya sendiri mendengar beliau melafazkan sumpah yang beliau tidak mengenali Altantuya dalam jarak tidak sampai lima kaki. Sumpah itu terzahir sebelum beliau bersumpah di Permatang Pauh.

Apabila orang bersumpah maka tidak ada hak dan daya lagi untuk kita mempertikaikannya! Sama ada ia benar atau salah, itu adalah dalam pengetahuan Allah. Kita kena ingat seseorang yang beriman dan bertakwa dia sangat takut kepada Allah.

Atas prinsip itu maka saya meragui tuduhan Najib terlibat dengan pembunuhan itu. Pada saya dakwaan beliau terlibat itu hanya tidak lebih daripada satu konspirasi propaganda dan konspirasi strategi saja untuk menjatuhkan beliau. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Ia menjadi semakin mengelirukan apabila orang yang mengemukakan bukti beliau terlibat kini sudah ghaib waghiribul ruyup.

Seperti saya kata tadi saya tidak mahu melihat jauh mengenai pencapaian Najib dalam tempoh setahun. Dua perkara saja yang saya nampak apa dilakukan Najib yang dikira cukup berkesan; ialah pertama, kerajinan dan kesungguhan beliau bekerja sebagai perdana menteri dan sebagai presiden Umno.

Bagi saya Najib rajin dan bersungguh serta komnited dengan tanggungjawabnya. Cara dia berkerja seolah-olah beliau seorang pelajar yang mahu mengambil peperiksaan penting. Beliau membuat ulang kaji pelajaran dan juga menghafal berbagai istilah dan juga fakta-fakta penting untuk berdepan dengan peperiksaan. Dalam keadaan ini menyebabkan Najib seolah ketiadan masa untuk berpeleseran, berseronok dan sebagainya. Tumpuan dan fokusnya ialah kepada peperiksaan. Hati dan jiwanya senantiasa berdetik cemas dan tiada ruang untuk berseronok seperti dulu.

Kata Najib: "Tidak dapat dielakkan, terima kasih kepada kesibukan, hari-hari saya semakin panjang dan malam-malam saya semakin pendek. Ia mungkin disebabkan tuntutan-tuntutan seperti ini yang saya temui makna yang besar dalam perkara-perkara yang kecil seperti kehangatan tulen senyuman dan berjabat salam dengan rakyat biasa Malaysia, yang kadang-kadang memberikan saya begitu banyak keseronokan seperti berjabat tangan dengan para pemimpin dunia."

Pernyataan itu tepat seperti mana saya rasakan bagi menggambarkan ruang lingkupnya kini. Najib seorang yang komited dengan jawatannya. Beliau benar-benar mahukan perubahan ke atas negara dan partinya. Dengan perubahan itulah dia akan meneruskan kelangsungan tugasnya sebagai perdana menteri. Kerana itu saya nampak dia bekerja siang dan malam. Dia turun ke mana saja. Kakinya kini mulai cemar dengan selut dan tangannya kini sudah terhanyir dek bersalaman dengan marhain. Itu semua untuk beliau mendapat dan mengenalkan identiti atau rupa dirinya sebagai pemimpin dan perdana menteri.

Berbagai program dan langkah drastik yang beliau ambil. Asasnya semua perancangan yang beliau perkenalkan adalah baik. Yang menjadi masalah ialah sejauh manakah pencapaiannya dan sasaran segala perancangan itu tercapai. Di sinilah Najib memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak. Tanpa dokongan program yang beliau lancarkan, baik berupa kebajikan untuk rakyat, masa depan negara dan sebagainya tidak akan tercapai.

Dalam hal ini beliau sangat bergantung kepada keberkesanan para menteri yang dilantiknya dan pegarai kerajaan. Mungkin kerana bimbangkan itu maka satu sistem penilaian ke atas menteri kebinet diadakan (NKRA) dan sistem penyampaikan kerajaan diperkuatkan.

Kedua, disamping kesungguhan Najib apa yang saya lihat kesabaran beliau. Beliau tidak melayan tohmahan remeh temeh keatasnya sebaliknya menghala diri kepada mencapai agenda negaranya. Sebab itu kita melihat beliau tidak lekas melenting dan melayan apa jua isu yang boleh memerangkapkan dirinya. Najib berhati-hati dalam memberi reaksi terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan. Kadang kalanya beliau buat sadin saja apa yang ditohmahkan kepadanya. Sikap 'dingin' (cool) beliau itulah menjadikan beliau dapat melewati tempoh setahun dengan aman dan jaya. Di sinilah kekuatan dan kelebihan yang ada kepada Najib.

Secara umumnya Najib telah berjaya melepasi tempoh berpatang selama setahun. Mereka yang waras akan merasakan Najib mampu melaksanakan tugasannya. Bagaimana pun dalam tempoh itu ada dua peristiwa besar yang meninggalkan kesan kepada rakyat yang mungkin akan dikaitkan dengan politik warisan bapanya. Pertama mengenai rampasan kerajaan Perak dan kedua keengganan Najib untuk memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

Kalau dua peristiwa ini tidak berlaku saya berani untuk berikan Najib tidak lebih dari tiga bintang (***..) [wm.kl. 10:00 am 04/04/10]

Friday, April 2, 2010

Pandangan Jumaat

"Pengampunan" Kartika Akan Timbul Implikasi

[kemaskini] AKHIRNYA Kartika Saridewi Sukharno tidak disebat. Dengan kuasa yang ada kepadanya, Sultan Pahang yang menjadi tunggak dalam bidang agama, janda dua anak yang didapati bersalah meminum arak di khayalak ramai di negeri Pahang oleh Mahkamah Syariah negeri berkenaan itu diberi 'pengampunan'. Hukuman sebat ditukar dengan kerja sosial selama tiga minggu.

Kini Kartika boleh tersenyum puas dan bersyukur kepada Allah. Beliau tidak perlu gerun menghadapi sebatan, dan hanya perlu berkerja sosial saja.

Dosa kesalahannya itu hanya Allah saja yang tahu. Dari segi hukum dan undang-undang dia telah menjalani hukuman berkenaan. Sekiranya pengecualian hukuman sebat itu tidak membersihkan dosanya dari segi hukum syarak itu bukan salah beliau tetapi salah pihak berkuasa yang menentu dan melaksanakan undang-undang berkenaan.

Janda itu tidak melarikan diri daripada disebat. Malahan dia sudah pun bersiap sedia untuk menjalaninya dengan penuh redha? Kegagalan untuk menyebatnya menurut Hishamuddin Hussein disebabkan kerajaan tidak ada tukang sebat? Satu alasan melucukan. Lucu lagi baru-baru ini tiga wanita yang berzina hingga melahirkan anak di sebat di penjara Kajang? Tiba-tiba pula wujud tukang sebat.

Apakah tukang sebat itu tidak layak untuk sebat peminum arak dan hanya layak menyebat penzina saja?

Apakah ada daouble standard dalam melaksanakan hukuman ini? Tiga wanita yang berzina melahirkan anak itu juga merupakan kesalahan pertama. Bezanya dia tidak dipublisitikan secara komersial seperti mana Kartika yang diambil kesempatan oleh golongan anti Islam untuk menghebuhkannya.

Tiga remaja itu juga berbeza dengan Kartika, dia telah menunjukkan keinsafan dengan berjumpa ulama itu dan ulama ini sehingga mengunjungi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kes Kartika secara tidak sedar menjadi isu politik berbeza dengan tiga remaja yang berzina sehingga melahirkan anak itu.

Apakah sekiranya tiga remaja itu diberi ruang untuk menjajakan kesnya ke serta dunia dia juga akan diberi 'pengampunan'? Saya rasa begitu? Maka malanglah kepada tiga remaja berkenaan kerana disebat disebabkan mereka tidak ada ruang untuk menunjukkan keinsafannya seperti Kartika.

Tetapi saya berpandangan apa yang berlaku kepada Kartika itu nanti akan dijadikan alasan atau 'semangat' untuk orang lain melakukan kesalahan sama di negeri Pahang. Disebalik ada kewajaran, ada tidak wajarnya dia diberi 'pengampunan'. Apa lagi Kartika sendiri merindu agar dia dihukum dengan hukum syarak. 'Pengmpunan' itu tidak akan memerikan peminum yang lain.

'Pengampunan' itu juga memberi implikasi di masa depan. Apa kata kalau selepas ini ada orang minum arak dan dihukum sebat di negeri Pahang selepas itu dia menjaja kesnya ke serata tempat supaya ianya disebat! Apakah hukuman itu dilaksanakan? Kalau dihukum apakah itu bukan double standard?

Dalam hal ini saya bersetuju dengan kenyataan Persatuan Perguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), 'pengampunan' itu dilihat satu keputusan yang kurang tepat. Menurut setiausahanya Abdul Halim Bahari pengampunan itu tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat mengikut lunas-lunas syarak.

Katanya, Sultan Pahang selaku ketua agama seharusnya mempertahankan undang-undang Islam untuk memperkasakan institusi mahkamah syariah. Tekan Abdul Halim lagi, sekiranya hendak ringankan hukuman terlebih dahulu dapatkan pandangan Mufti. Apapun kuasa mengampun apa juga kesalahan dilakukan seseorang terletak ditangan raja atau sultan memerintah. [wm.kl. 4:45 pm 02/04/10]

Sebelum Ke Masjid

Enam Jenis Wanita Yang Buruk

SEORANG penceramah wanita di tv tadi menjelaskan ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Semoga kita tidak akan ditemukan dijodoh ataupun mendapat menantu dengan wanita yang memiliki sifat-sifat demikian. Walahu'alam. [wm.kl. 1:05 pm 02/04/10]

Berita Terbaru Tengah Hari

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April

PENGERUSI SPR Abdul Aziz Mohd Yusuf jam 12:03 minit tadi telah mengumumkan pilihan raya kecil P94 - Hulu Selangor akan diadakan pada Ahad 25 April 2o10 manakala hari penamaan calonnya ialah pada Sabtu 17 April 2010. Ini bermakna tarikh penamaan calon dua minggu dari sekarang manakala hari berkempen diperuntukan tujuh hari.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr Zainal Abdin Ahmad dari PKR Jumaat lepas. [wm.kl. 12:04 t.hari 02/04/10]

Thursday, April 1, 2010

Dari Parlimen

Contohilah Ahli Parlimen Wanita

SAYA sempat mengikuti sidang Parlimen hari ini menerusi internet. Walaupun aksesnya tersekat-sekat, maklumlah tahap kelajuan jalur lebar di negara kita masih belum tinggi dan canggih lagi. Tetapi apapun dapatlah juga saya mengikutinya tanpa hadir ke parlimen.

Saya menyaksikan sidang itu ketika saya berihat di sebuah kedai berhampiran dengan Zoo Negara di Hulu Kelang. Kebetulan semasa saya melayari internet, Menteri Wanita dan Pembangunan Kelaurag, Shahrizat Abdul Jalil sedang menggulung perbahasan bagi pihak kemteriannya.

Beliau memberi respons kepada perkara dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat semasa menjujung titah ucapan yang Dipertua Agong.

Apa yang saya nak sebut di sini, rasa bangga dan senang hati saya kepada sikap ahli Yang Berhormat wanita yang bangun meminta penjelasan dari menteri berkenaan. Antara Yang Berhormat yang bangun meminta penjelasan atau menyarankan padangan semasa Shahrizat menggulung itu ialah, Nurul Izzah (Lembah Pantai), Dr Mariah Mahmud (Bukit Raja), Dr Lo' Lo' Muhammad Ghazali (Titiwangsa), Zuraida Kamaruddin (Ampang) Fong Po Kuan (Batu Gajah). Selama saya mengikut ucapan penggulungan Shahrizat itu tidak ada pun YB wanita dari UBN yang bangun, mungkin ia terlepas pandang.

Dr Mariah bangkit bangun mempersoalkan kemeterian berkenaan berhubung hukukman dikenakan ke atas wanita yang membuang anak. Beliau ingin tahu apakah tindakan ke atas lelaki yang menjadi pasangan wanita berkenaan sehingga melahirkan anak. Katanya adalah tidak adil kalau wanita saja dikenakan tindakan atau dipantau tetapi lelaki yang terlibat dilepaskan.

Isu itu juga menarik perhatian Dr Lo' Lo' yang mahu kementerian berkenaan menangani wanita yang tergamak membuang anak. Kementerian harus mengetahui apakah masalah sebenar yang berlaku sehingga mereka tergamak membuang anak. Dr Lo' Lo' turut mengambil kesempatan menjelaskan bahawa Muslimat Pas juga turut sama melancarkan kempen untuk membangunkan keluarga cuma ianya tidak mendapat publisiti meluas seperti program yang dilancarkan oleh kementerian dipegangi Shahrizat.

Pandangan Mariah dan Dr Lo' Lo' itu disetuju oleh Fong Po Kuan dengan mencadangkan supaya kementerian berkenaan mendekati wanita yang terlibat membuang anak. Dalam hal ini katanya bukan soal hukuman yang perlu diutamakanya tetapi menangani mereka. "Kita perlu mendekati mereka dan mengetahi apakah masalah sehinggakan mereka terpaksa membuang anak," begitulah kira-kira kata Po Kuan.

Manakala Zuraida mangambil peluang bertaya Shahrizat mengenai nasib isteri dan anak-anak pelajar luar negara yang ditangkap di bawah Isa. Katanya apa sudah jadi dengan anak dan isteri pelajar berkenaan yang ditinggal di sini selepas suami mereka yang ditangkap itu dihantar pulang ke negara mereka.

Beliau mengharap agar kementerian berkenaan memberi perhatian kepada nasib anak-anak dan isteri pelajar berkenaan kerana mereka juga memerlukan pembelaan.

Isu yang dibangkitkan semuanya isu kepentingan wanita dan kekeluargaan sesuai dengan Shahrizat yang bertanggungjawab di kementerian itu. Mungkin isu-isu yang dibangkitkan itu isu lama yang berulang kali yang sudah jemu untuk kita mendengarnya. Tetapi apa yang menarik dan membanggakan saya, sepanjang Shahrizat menggulung ucapannya selama hampir 45 minit ia berlangsung dalam keadaan tenteraman. Celahan dari Yang Berhormat wanita berjalan dengan baik dan penuh sopan santun dan penuh dengan semangat tanggungjawab bersama.

Baik ahli Yang Berhormat yang bertanya rata-rata dari pembangkang atau Shahrizat yang menjawab ia penuh sopan santun dan menyerlahkan ketulusan masing-masing. Tidak ada emosi meluap-luap dalam memperkatakan itu. Kesemua mereka sepakat dan sekata bahawa kepentingan wanita dan masalah yang dihadapinya perlulah ditangani.

Cuma diakhir penggulungan itu saja nanpak emosi sedikit bila mana Shahrizat tidak memahami maksud Fong Po Kuan yang meminta supaya kerajaan dalam memberi perhatian dan bantuan kepada rakyat tidak memilih bulu dan status agama. Maksud dan niat Po Kuan ini disalah fahamkan oleh Shahrizat sebagai cuba menimbulkan soal perkauman. Keadaan ini menyebabkan berlaku sedikit ketegangan.

Namun keseluruhan sidang dewan semasa penggulungan Shahrizat itu berjalan lancar dan boleh dipuji. Alangkan kalau Yang Berhormat-Yang Berhomat jantan dapat meniru dan mengambil semangat yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat wanita berkenaan dalam merealisasikan tugas mereka dalam parlimen.

Saya percaya kalau pendekatan dan semangat seperti mana ahli Parlimen wanita itu digunakan pakai, parlimen kita tidak akan dianologikan sebagai sebuah zoo. Dan saya juga tidak susah payah untuk melayar internet bagi mengikut sidang parlimen sebaliknya akan terus ke parlimen untuk melihatnya secara live. [d.kota kl 4:00 01/04/10]

Celoteh Murai 66

Jenis Berkokok Tidak Ikut Masa

WAH... wah bukan main lagi presiden NGO perkakas sebuah parti politik melaungkan suara Salentiannya untuk menentang kerajaan burung Tiong mulut merah. Katanya sekiranya cadangan kerajaan burung Tiong mulut merah menubuhkan Equal Opportunity Commission atau Suruhanjanya Peluang Samarata menggugat Perkara 153 mengenai hak keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan dia akan menentang.

Hebat dan kuat gemanya suara itu. Ia tentu menyeronokkan orang yang terulik di bawa lagu nyanyian Salentia selepas hujan sambil menghirup tea tarik di warung mamak. Mereka akan bertepuk bukan lagi dengan tangan, tetapi kaki saking menyokong ketua NGO perkakas kepada sebuah parti itu.
Murai hanya tersenyum sambil mencongekkan ekor untuk membuang seketul tahi mendengtar kata-kata ketua NGO perkakas berkenaan. Mulainya Murai nak buang seketul saja, tetapi entah terkeluar dua ketul bila terus mengenangkan gelagat ketua NGO perkakas itu.

Aduh... beraninya. Perangai hebat yang melekat dan membudaya kepada ketua NGO itu tidak pernah habis-habis. Kononnya dia akan menentang kalau penubuhan suruhanjaya itu mengancam Perkara 153. Murai nak bagi tahu sudah hampir separuh Perkara 153 sudah terusik. Sudah pun musnah. Yang bertanggungjawab memusanahkan ialah parti yang ketua NGO itu sendiri menyertainya.

Semalam Murai baca dari 30 penerima biasiawa nasional separuh daripadanya orang bukan Melayu. Apakah pemberian itu dibawa Perkara 153? Kalau dibawa Perkara 153 ini bermakna separuh hak Melayu telah pun dicuri orang. Apa tunggu lagi duhai ketua NGO perkakas?

Apa yang ketua NGO perkakas sebuah parti itu lakukan, tak dak apa pun melainkan berkokok dan berkokok saja. Memberi amaran, sambil mengalunkan lagu, Melayu terguris, jangan usik sarang tebuan ataupun jangan cuba cabar Melayu sudah lama kedengaran.
Sarang tebuan bukan saja diusik tetapi dibakar dan ibubapa serta anaknya digoreng. Inilah bahasa yang digunakan setiap kali merujuk kepada rasa kecewa mengenai kedudukan orang Melayu. Lagu atau kata-kata ini sudah dihafal macam lagu negaraku atau wau bulan. Ewa... ewa bulan, ewa bulan terajut tiga.... ooiiii adik kakak ambo belaka.... kita semua tak ubah macam kera....

Tetapi makin menyanyi lagu itu kedudukan Melayu makin tergugat. Alih-alih dalam diam Melayu sudah lama menjadi hamba di tanah air sendiri. Apakah ini ketua NGO perkakas kepada sebuah parti itu tidak ketahui? Bole la matanya... (Bole ertinya buta yang tidak nampak cahaya tetapi kanta matanya elok).

Murai nak ingatkan beliau kalau kentutnya sudah pun tak busuk, usahlah nak main ugut-ugut kerajaan atau nak tunjuk kita berani. Murai percaya kalau ketua parti yang memerintah hari ini ajak sama dia joint partinya, Murai berani potong janggut ... lepas ni suara dan gema itu tidak akan ada lagi. Lepas ini ketua NGO perkakas kepada sebuah parti itu akan diam menjadi syaitan bisu yang terkena sumpah dengan ayat Quran.

Begitulah selalunya berlaku tentang diri ketua NGO perkakas kepada sebuah parti politik ini sejak lebih empat dekad lalu. Tapi apa boleh buat jenis suka berkokok dia tidak kira sama ada hari hujan atau tidak dia terus saja berkokok aukkkkk... wokkkk wekkkkkk entah macam-macam bunyi lagi yang sukar untuk diterjemahkan tetapi maknanya sama saja, untuk mengampu dan membodek demi mengembungkan tembolok garamnya.

Murai: Berkokok hanya waktu pagi dan senja saja.

Dari Parlimen

Tembelang 1 Malaysia dan Apco Terdedah
Bhg Kedua dan Akhir

APCO DAN MODUS OPERANDI
Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.
APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington? Fungsi APCO di Washington
Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

Pertama - mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin "Confidentiality" atau "non-disclosure". Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (gambar kiri) yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri - sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992. Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel. Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO- terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin "associates") di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies. Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia - Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.

Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.
Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.
REKOD APCO

Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

Ada dua aspek yang membimbangkan kita - pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya. Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

"Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.
Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev. This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links."

Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

Soalan saya kepada Perdana Menteri - jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya UMNO adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

"Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists."

Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO. Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan. Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No.4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam - adil atau tidak itu belakang kira. Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein. Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis. Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel? (Israel Security Agency)

ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya - Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang. RISIKO KEPADA NEGARA

Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini. [wm.kl. 8:05 am 01/04/10]