Wednesday, November 4, 2009

Menyelami Implikasi

Wang Ehsan Untuk Kelantan
Antara Syukur dan Bimbang

APABILA saya ditanya apakah perasaan saya dengan pengumuman Mohd Najib Razak yang kerajaan Persekutuan akan memberikan wang ehsan sebagai menggantikan royalti Petroleum untuk negeri Kelantan, ada dua perasaan bermain dalam benak saya. Pertamanya, sebagai anak Kelantan saya gembira dengan pengumuman itu.

Seperti juga rakyat Kelantan lain, saya bersyukur kerana akhirnya rakyat Kelantan dapat juga merasai hasil bumi yang digali di laman dunia mereka. Walaupun terpaksa menunggu berpuluh tahun, tetapi Allah s.w.t. telah membuka pintu hati Najib untuk bermurah hati memberi wang berkenaan. Maka ia harus berterima kasih dan sujud syukur kepada Allah.

Walaupun atas nama wang ehsan bukan royalti seperti mana yang disebut dalam perjanjian, antara kerajaan Kelantan dengan kerajaan Persekutuan dan Petronas, natijahnya rakyat Kelantan dapat merasai nikmat itu. Walaupun pihak kerajaan negeri dan ahli politik Pas merasa kecewa dengan pemberian menerusi wang ehsan itu, tetapi setidak-tidaknya usaha mereka untuk membawa wang itu ke Kelantan berhasil.

Bagi permulaan tuntutan rakyat Kelantan yang berlaku sejak lama dulu sudah berjaya. Mula-mula sedikit selepas ini akan banyak. Saya yakin pemberian itu kerana suara dan doa rakyat Kelantan yang mahukan hak mereka. Ia ditambah dengan rasa ehsan Najib sebagai perdana menteri dan disusuli dengan kecekapan Najib membaca kilau dalam kilat politik.

Langkah Najib ini saya lihat satu langkah ke depan dan bijak. Najib sudah mula memecahkan amalan-amalan karut (diskriminasi) yang diamalkan perdana menteri sebelum ini. Baik ketika Dr Mahathir Mohamad atau Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Najib dilihat lebih berani, terbuka dan bersimpatis kepada Kelantan. Ini satu anjakan baru yang perlu diberi perhatian dengan penuh kebimbangan oleh Pas.

Sudah tentu ada sebahagian rakyat Kelantan akan membuat penilaian atas sikap Najib ini. Mereka akan mengaitkan inilah iltizam Najib untuk membantu rakyat walhal hakikatnya apa yang Najib berikan itu adalah wang rakyat Kelantan sendiri. Pemberian wang ehsan itu samalah
Najib menyeluk saku rakyat Kelantan dan menghulurkan wang itu kepada mereka.

Bertolak daripada kebijaksanaan Najib inilah maka mengalun satu lagi perasaan dalam minda saya. Perasaan itu ialah bimbang. Perasaan ini menunjal-nunjal dalam kepala saya. Pendekatan Najib ini membimbangkan akan keselamatan kerajaan Kelantan.

Saya mengira langkah itu sedikit sebanyak akan mengubah persepsi rakyat Kelantan kepada pusat dan khasnya kepada stail politik yang diamalkan Najib. Saya yakin kalau tidak ada mengada Najib tidak akan sedia memenuhi tuntutan atau permintaan kerajaan Kelantan itu.

Apa yang membimbangkan, kerajaan Kelantan akan bertukar tangan kelak. Manalah tahu wang itu menyebabkan pengundi Kelantan mula membuat perkiraan baru. Rakyat akan merasakan Najib lebih berkebajikan daripada Pas. Apa lagi keadaan waktu ini politik Pas itu sendiri sudah berubah coraknya dengan pelbagai pendekatan dan budaya baru.

Bagaimana pun saya kira para pemimpin Pas Kelantan sudah menjangkakan bahana ini. Mereka tentu sudah membuat persediaan dan persiapan mengatasinya. Tentunya juga Tok Guru ada doa khas bagaimana ingin menguncikan hati rakyat supaya tetap kepada Pas!

Mengenai hal ini saya telah memberi amaran awal mengenai ketika melihat keghairahan Pas Kelantan memperjuangkan perkara ini menerusi kuasa politik. Saya menyatakan cara itu kurang bijak di mana tuntutan itu seharusnya diadakan secara lunak dan tidak dibuat secara ugutan. Kenapa saya memberi amaran itu kerana bimbang tuntutan itu akan membidas balik kepada Pas.

Nampaknya kemungkinan itu akan berlaku. Bila Najib sedia memberi wang royalti itu atas nama wang ehsan ia membahayakan kerajaan Pas Kelantan. Kenapa, kerana bila Najib telah melunasi maka kejahatan kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan sudah tidak ketara lagi. Dari sudut lain pula ia merugikan Pas Kelantan.

Saya tidak yakin dengan jaminan Najib. Katanya wang ehsan itu akan digunakan untuk pembangunan rakyat Kelantan, di mana pembangunan itu akan lakukan secara bersama. Walaupun mungkin akan ada perundingan, tetapi UBN tetap mendapat kelebihan.

Seperti ditegaskan saya sangat berharap Pas ada caranya tersendiri untuk memberitahu rakyat Kelantan bahawa wang itu adalah hak mereka dan tidak seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan saja. Atau mungkin juga Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membuat fatwa baru mengenai kedudukan wang ehsan ini, sama boleh diterima ataupun tidak.

Manakala dalam sudut lain saya cukup yakin wang ini akan digunakan untuk kepentingan UBN dalam pilihan raya akan datang. Apa yang berlaku di Terengganu pada tahun 1999 akan berulang di Kelantan. Apabila Pas berjaya memerintah Terengganu tahun 1999, royalti Petroleum untuk Terengganu ditarik balik dan diganti dengan pemberian wang ehsan.

Wang ehsan telah digunakan untuk merampas balik kerajaan Terengganu dari Pas. Ternyata usaha itu mebuahkan kejayaan. Kerajaan Pas Terengganu bertahan hanya sepenggal saja. Dalam pilihan raya 2004 kerajaan Pas Terangganu tumbang. Antara penyebab tumbangnya kerajaan Pas Terengganu ialah kerana pemberian wang ehsan.

Apakah Najib sudah dapat menghidu kejayaan UBN di Terengganu itu maka beliau sudi memberi dana itu ke Kelantan? Kalau ini benar bermakna Najib akan mendapat dua kebaikan di mata rakyat Kelantan dengan pengumumannya di parlimen tadi. Pertama, beliau dilihat Perdana Menteri mendahulukan rakyat, kedua partinya akan mendapat keuntungan, wang ehsan itu akan menjadi wang tambahan untuk merampas Kelantan.

Justeru kerajaan Pas Kelantan harus memikir untuk mengelakkan ini akan berlaku. Bagai saya cara terbaik kerajaan Kelantan perlu mengambil pendekatan lunak dengan Najib. Perkara ini kena berbincang. Mungkin cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa bersama bagi menyelaraskan wang berkenaan perlu.

Mungkin bagi tujuan ini Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petera boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar dan menggunakan budi baiknya demi kesejahtraan rakyat baginda.

Kalau wang itu hanya menguntungkan Umno saja ini bermakna usaha Pas itu tidak memberi apa-apa kelabaan kepadanya. Usaha Pas itu tak ubah seperti pemanjat pokok kelapa yang naik tinggi-tinggi tetapi bila buah luruh dipunggut oleh orang lain. Pas hanya dapat penat keuntungan mengalir kepada orang lain.

Apapun kalau Pas ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan dengan perjuangan mereka itu, tidak mengapa, kerana pahala sedang menunggu di akhirat kelak. InsyaAllah, Tuhan akan mengetahui siapa yang ikhlas dan benar berjuang untuk rakyat. Insya-Allah. [wm.kl. 8:30 pm 04/11/09]

6 comments:

ANAFAKIR said...

Saya bersetuju dengan ulasan yang MSO kemukakan.Saya juga turut merasai kebimbangan yang sama tetapi Tuan MSO, izinkan saya mengemukakan pandangan yang songsang sedikit dari apa yang MSO utarakan.Setidak-tidaknya dapat menyejukkan hati saya sendiri...Begini,senario lalu, tanpa limpahan wang ehsan yang bakal dilonggokkan di Negeri Cik Siti Wan Kembang sedikit hari lagi pun, pemuka-pemuka UMNO, juak2nya, malahan pentaksub UMNO di pelusuk kampung sudah hidup lebih dari mewah.Sikap, perwatakan dan cara hidup mereka yang dibuai kemewahan tersebut sebenarnya telah menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat marhaen.Gaya angkuh dan sombong bila lepak di mana-mana warung kopi, cakap yang agak meninggi diri dan seumpamanya, semuanya itu telah membawa kepada satu persatu kerusi DUN dan Parlimen UMNO tumpas.Dan sekarang dengan adanya lambakan wang ehsan yang pastinya memenuhi kantung ketua-ketua UMNO Bahagian melalui pelbagai projek dan program maka sekali lagi mereka yang berkaitan dan berkepentingan akan lebih kelabu mata.Orang kaya ni, selagi ada, selagi boleh selagi itu,mereka ingin kaut, maka pemuka-pemuka UMNO Kelantan akan hanyut dengan kemewahan sekali lagi malahan arus yang menghanyutkan mereka kali ini lebih laju dan hebat kerana wang ehsan yang bakal tiba bukan sedikit.Akhirnya akan sekali lagi membuatkan rakyat Kelantan terus membenci dan menjauhi calon-calon UMNO dalam PRU akan datang. Kebanyakan pemimpin UMNO di Kelantan ego dan sombong, apatah lagi dengan wang yang banyak.Sekarang dalam waktu serba kekurangan pun sikap mereka masih kekal dengan gaya,cara hidup mewah dan menunjuk-nunjuk.Andai PM DS Najib tidak mengawal tabiat dan sikap tamak anak buah beliau di Kelantan itu maka pasti perangkap yang sepatutnya menjerat PAS akan makan tuan.Rakyat Kelantan bukan macam rakyat Terengganu.Rakyat Kelantan memiliki minda dan helah politik kelas pertama.Duit ambil, senyum meleret,wajah ceria tetapi undi belum tentu.Ingat pesan TOK Guru, "bui gula kacau, bui pelikat amik, buit pitih pun amik tetapi bila ngundi, pakoh PAS..."Dari satu segi Kelantan akan dilimpahi pembangunan yang cukup rancak, UMNO akan cuba menyaingi kepimpinan PAS Kelantan.Selepas ini akan terpampang sana-sini papan2 tanda "PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN" kononnya ingin memberitahu itu adalah buah tangan kerajaan UMNO...tetapi dalam masa yang sama rakyat terbanyak akan menerima dengan berlapang dada tetapi undi mereka tetap pada PAS..Lebih dari itu, jika pembangunan yang diharapkan tidak berlaku sedangkan wang ehsan telah disalurkan maka bahana yang cukup tenat akan menimpa UMNO di Kelantan.Tempiasnya mungkin merebak ke negeri lain.Teregganu menjadi bukti, wang ehsan bertali arus pembangunan entah ke mana, kalau ada pun kualiti "kelas pemulihan ".Dalam tempoh jaminan, semua bangunan, semua binaan runtuh sana-sini.Yang kenyang dan lena mereka yang memegang kuasa.Andai UMNO ingin memujuk rakyat Kelantan, mereka perlu menguruskan wang ehsan itu dengan seteliti mungkin, pastikan ia memang sampai kepada sasaran yang sebenar bukannya berlegar di kalangan pemuka-pemuka UMNO Bahagian atau negeri sahaja...Dalam risau ada suka, dalam suka, mengharap perangkap mengena..jangan nanti umpama menampar nyamuk di pipi, pipi merah kepedihan dan kesakitan tetapi nyamuk tidak mati...Allah lebih mengetahui.

john said...

salam pak mso...

mmm keikhlasan yang diragui..apopun ambo harap kalu sungguh nok bui gak..ambo nok tengok gertok sultan yahyo dulu siap!..kalu dok gak bbual blako. kalu pulok bok buat srupo terengganu ambo yakin ore koho benci ko umno..jadi pelaksanaan pemberian wang ehsan ni kena betul2 telus. jiko melalui saluran JPP...sajjo blako..

Emas Intan said...

alhamdulilah syukur akhirnya kelantan dapat haknya. nampaknya usaha pemimpin pas dan doa rakyat kelatan di makbulkan. tahniah buat mb dan exco kerajaan kelantan. akhirnya saya rasa berbaloi exco itu dengan kawan- kawannya naik kapal untuk mengukur kedudukan telaga minyak dari pantai kelatan walaupun ramai orang tertawakan expidisinya pada hari itu.

Unknown said...

Asm

Salam sejahtera MSO

Jika kita bicara bab ikhlas atau adil sepatutnya di beri kepada kerajaan yang memerintah negeri berkenaan.

Jelas Najib tidak ikhlas. Dia cuba 'merasuah gaya moden seperti yang dilakukan oleh rejim Tun dulu kepada Terengganu di bawah pemerintahan PAS.

Saya mengharapkan PAS buat sesuatu dari pendekatan undang2 seperti saranan sibudak baju petak merah.

Rakyat Kelantan juga harus sedar bahawa mereka sekarang ini akan di tabur 'roundup' berjenama wang ehsan.

Apakah mulia sangat ke terima wang ehsan itu? Pada hal rakyat Kelantan BERHAK menerima wang royalti.

Unknown said...

Mengapa wang ehsan? rakyat kelantae
bukan peminta sedekah,rakyat kelantan menuntok hak nya mengikut
lunas undang2.pm dan kerajaan pusat
tak buleh sewenang2 nya menentukan
apa2 terhadap hak rakyat kelantan
melinkan mereka merasakan rakyat kelantan di bawah jajahan mereka dan bertindak sebagai penjajah.sekian harap maaf terhadap
kekasaran dlm pandangan saya.

Anonymous said...

Najib kena pertahankan wang ehsan tu, jangan tukar kpd royalti untuk memastikan BN boleh merampas kelantan. BN boleh menggunakan dan mengeksploitasi wang ehsan untuk ambil balik kelantan.

Sebagaimana BN pernah buat masa Pas memerintah Terengganu sepenggal tu, wang ehsan boleh diagih-agihkan kpd rakyat kelantan sbg umpan untuk tarik sokongan.

Sedekahlah RM200-300 seorang kpd rakyat, manakala baki 2-3 juta RM masuk poket pemimpin BN. rakyat tentu suka bila dapat RM300.

Bagi pemimpin BN, RM3 juta tu bolehlah buat joli dan juga sebagai bekalan dan persediaan untuk bertanding jawatan dalam pemilihan bahagian Umno nanti. memandangkan pemilihan Umno akan datang melibatkan lebih ramai pengundi, so lebih banyak modal duit yg perlu dilabur untuk dilebur.

Di samping beri wang ehsan RM300 seorang kepada rakyat, BN juga boleh gunakan wang tu untuk buat masjid yang besar2 ala-ala Masjid Kristal, replika masjid yang besar2 dan juga Stadium besar macam di Terengganu. Begitu juga wang ehsan boleh digunakan untuk menganjurkan pertandingan ala Monsoon Cup di Kelantan. Rakyat Kelantan tentu suka dan sokong BN....