Friday, December 31, 2010

Sesudah Subuh

Merdekakan Longkang Fikir Kita

POSTING saya dalam baring semalam ramai yang tidak faham. Anak-anak muda yang baru tergila politik selepas dibaham slogn 1 Malaysia terkial-kial mencari makna. Tulisan sembolik itu menyebabkan mereka tersesat dalam pemikiran sendiri. Itulah kena belajar menyelami erti mankna dan mantik politik dalam penulisan. Tulisan saya juga tidak boleh difaham secara leteral (harpiah).

Tetapi ada juga yang tersenyum dan telah maklum. Mereka yang rajin mencari dan terus mencari dan menjumpai blog atau Fb "celaka" (pinjaman istilah Tok Guru Nik Aziz) sehingga merasai apa yang saya bayangkan dalam tulisan itu.

Ada pula yang dapat memahami tetapi meleset huraiannya. Dia menerima bahawa banyak syaitan dalam politik Umno tetapi meminta saya tidak sama menjadi syaitan. Jelas penjenguk muda ini tidak memahami konotasi dalam cacatan semalam.

Bagi saya sesuatu perkara itu tidak perlu, atau cantik (sesuai) dijelaskan secara nyata tetapi indah dan suspen kalau berkias. Biarlah kita belajar berfikir (kreatif) dalam mencari sesuatu. Ertinya kalau kita ingin mengatakan kepada seseorang biarlah dalam bahasa simbolik atau berkias untuk mengelakkan kita mengaibkan seseorang. Pastinya kalau dinyatakan secara terus terang ia boleh menimbulkan keaiban. Kita bukan Dr Mahathir Mohamed.

Apa yang saya hendak jelaskan dalam tulisan itu, ialah mengenai kerakusan manusia dalam menilai apa yang saya lontarkan. Kerana kejumudan dan kebencian, dan bermaharaja lelanya prejudis di dalam diri mereka, mereka ini tidak nampak kebaikan di hujung destinasi. Mereka ini juga jenis suka membuat lontaran dan adanian yang berpaut diekor syaitan.

Saya sangat benci kepada munafik. Si munafik cuba menggambarkan dia adalah pejuangan suci. Pejuang tulus dan bersih dari segala maksiat, segala jenayah. Pejuang kudus. Walhal dialah yang sedia menerima wang pemberian dari musuhnya. Terima lembu, tiga ekor setahun, dan ringgit berpuluh ribu. Menjual sokongan dan dokongan dengan ringgit hingga RM60,000 dalam pilihan raya umum. Dialah juga penyeludup video lucah ataupun tukang pengedar video lucah.

Munafiknya bukan saja setakat itu. Di kepala ada kain putih menujukkan dia seorang warak, tetapi kalau keluar saja dari kampung halaman dialah jaguhnya. Dengan rakyat berjanji itu dan ini tetapi tidak ditunaikan. Kononnya peserta ladang rakyat akan diberikan hak milik tetapi habuk pun tidak ada. Dialah jenis pemimpin mulut busuk. Gara-gara janji kosong yang ditaburkan itulah menyebabkan Galas kalah.

"Bapak itu sudah, Pak...!" Apa ertinya semuanya ini. (Saya akan dedahkan rombongan ke Bandung 15 tahun lepas).

Saya tidak menyalahkan merka (penjenguk) kalau mahu tafsir apa yang saya lontarkan. Tetapi janganlah tafsir mengikut naluri dan kebencian kita. Lihat kepada realiti. Membuat andaian yang boleh memburukkan keadaan dan menyakiti hati orang lain adalah dosa besar. Saya tidak tahu apakah dalam anutan dan pegangan beragama mereka membenarkan demikian.

Saya tenguk mereka ini bercakap berbueh dengan ayat-ayat Cinta Quran dan petikan-petikan hukama, tetapi dalam masa sama menabur fitnah macam menabur benih padi gundal di bendang gersang. Apakah erti ini semua.

Kepada yang sesat untuk memikir apa yang saya tulisan itu, sila baca Siasah terbaru yang keluar semalam. Hari ini mungkin sudah ada di pasaran. Dalam cacatan itu akan menjelaskan kekelabuan yang tersumbat dalam kepala mereka. Apakah di situ wujud apa yang diperkatakan itu. Spekuslasi itu meleset sama sekali.

Posting saya yang ditafsir dengan rasa cemburu, hasad itu adalah dijelaskan dalam catatan Arus Bawah dalam Siasah. Baca sebaik mungkin dan rasanya mereka yang sesat dalam pentafsiran akan faham kalaupun tidak mahu membuat ralat memaafkan diri sendiri. Dalam drama itu tidak ada pengarah gelap atau pengarah terang tetapi ia adalah live, tanpa inisiatif sesiapa yang boleh memburukkan keadaan. Janganlah melakukan fitnah kering.

Janganlah cuba memperpanjang pemikiran yang sesat dan jahat kepada umum. Kita semua ditugaskan untuk bertanggungjawab dan menjaga amanah Allah untuk melakukan kebaikan. Kita perlu sedar, apa yang kita fikir baik hari ini, mungkin jahat hari esok. Hidup ini penuh dengan putaran. Pendapat mengatakan hanya kita terbaik dan betul adalah salah.

Dalam politik pula penyelesaian bukan dengan satu cara saja. Berkeras sampai ke sepanjang zaman mungkin tiak sesuai, begitu juga kalau sikap baik sepanjang masa. Apa salahnya kalau startegi perjuangan ditukarganti. Bukankah itu kebijaksanaan dalam perjuangan. Dendam si miskin lebih dahsyat dari dendam si kaya!

Apa nak ditegaskan janganlah cuba memburukkan orang yang kita tidak suka dengan apa juga keadaan. Itu bukan seorang pemikir yang baik. Pemikir yang baik yang senantiasa berusaha dan berfikir membawa kebaikan. Sesungguhnya apa yang kita rasakan baik itu kadang-kadang satu kejahatan dan kemudaratan besar untuk ummah kita yang berlaku di bawah minda sedar kita kerana kita sudah jadi macam longkang tersumbat, al jumud. Merdekakan longkang fikir kita [6:10 am 31/12/10]

4 comments:

Unknown said...

Salam...saya setuju dengan apa yg kekanda MSO utarakan bab sang munafik.Apa saja gerakan yang ingin mendaulatkan Islam dan kebenaran bila di sertai dengan sang munafik bakal menghadapi risiko yang besar.

Jelas nawaitu yang ikhlas..tutur kata yang selaras dgn niat dan perbuatan membungakan niat tadi adalah PENTING.

Kita telah lihat bagaimana berpecahnya umat Islam dari zaman sahabat sehingga kini adanya sang munafik menjadi dalang. Sang munafik adalah musoh yang amat bahaya kerana mereka bertopengkan manusia warak dan alim padahal mereka adalah khinzir bertopengkan manusia.

Kekasih kita Nabi Muhamad SAW telah lama mengingatkan umatnya jangan menjadi munafik.Kita dah tahu peranan bapak munafik di zaman baginda,Abdullah bin Ubay dalam hadapi peperangan badar.Begitu juga di zaman Saidina Ali KA sehingga umat Islam berpecah belah.Kaum kafir lebih mudah ditentang sebab mereka musoh yang nyata.Namun sang munafik ibarat sesumpah mengkhianati kawan tanpa rasa malu dan takut pada Allah.Layaklah sang munafik lebih dalam dan lebih awal disumbatkan kedalam neraka berbanding sang kafir.Kerna yang mampu menilik hati mereka hanya Allah dan orang yang diberi khasyaf.

Maka cari dan berdoalah kita mendapat pemimpin yang diredhai dan dapat memimpin kita kepada Allah.

firdaus said...

saya banyak memberi komen dalam ruangan blog tinta merah tapi tak semua pendapat disiarkan, itu adalah komen yang saya anggap adalah terbaik tapi akhirnya tak disiarkan

saya anggap saya tahu tapi rupa-rupanya ada yang lebih tahu, perlukah saya merungut...

perlukah rasa terkilan itu diteruskan dengan mempersetankan langsung KEBENARAN... bukankah itu kejam daripada orang yang langsung tak ambil berat....

saya puji tuan mso sebagai seorang penulis yang berani berkongsi hati dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang kompromi, sekurang-kurangnya ada manusia yang sedaya boleh cuba menjadi seorang yang lebih dari penulis yang cuba berhati bersih

sekurang-kurangnya orang yang tahu menghadap yang lebih tahu bukankah itu boleh menyempurnakan diri sesama kita masing-masing... atas nama manusia.. nama KEBENARAN....

pernah menonton satu filem hollywood berkenaan dua orang kawan yang berumur lanjut sedang menghabis sisa-sisa tua dengan bercuti bersama...

dalam satu babak seorang kawan berbangsa puith menyoal tentang ketuhanan yang mencipta bumi yang indah.. seorang kawan yang berbangsa hitam menyoal balik kalau Tuhan itu sesuatu yang benar adakah kamu akan merasa salah.. balas balik sikawan berbangsa putih ini.. " tak mengapa kalau saya salah kerana akhirnya sayalah yang menang"

saya tak tahu kepada yang lain, tetapi biarlah kita nampak berlagak dari cuba menjadi yang lain yang sebenarnya jauh daya dari kita... asalkan KEBENARAN itu menang itulah yang paling mustahak...

tak mengapa kita kalah dan dikalah asalkan jangan dalam golongan terkalah, asalkan bumi ni bergerak dalam paksinya dengan masa yang ada kita cuba sedaya boleh menjadi manusia yang diciptakan bertujuan membuat kebaikan....

bak kata orang kalau tak dapat sikit tapi janganlah hilang semua... HIDUP ADALAH UNTUK TERUS BELAJAR...



* saya sangat benci kepada munafik, golongan ini tempatnya dikerak neraka yang paling bawah yakni ditmepat yang ke-7, sekurang-kurangnya syaitan dan iblis berani ingkar terhadap Allah malah berjanji akan menyesat keterunan Adam Hawa hingga ke akhir zaman...

even among enemies can get some respect.....

mohd sayuti omar said...

Assamualaikum, kepada semua penjenguk saya ingin jelaskan tidak semua komen yang dikirimkan saya siarkan. Ada sebab-sebab tertentu dan bukan ia menggambarkan saya pilih kasih, atau yang bertentangan dengan pandangan saya maka saya pendamkan.

Kalau anda jujur anda boleh perhatian bentuk komen yang saya siarkan.

Saya berlaku adil, tetapi ada juga yang zalim terhadap saya. Itu tidak penting tetapi zalim pada pihak lain, kalau dari biru dia menzalim hijau, begitu juga sebaliknya.

Si mata lebam juga dizalim, jadi semua yang bentuk zalim saya tidak akan siarkan termasuk kepada Mahathir, Najib, atau Pak Lah, atau sultan Perak, Johor, Selangor dan lain-lain.

Penjenguk yang komen mereka tidak disiar, perlu membaca balik apakah ada elemen itu maka ia saya tidak siarkan.

Seperkara lagi, kadang bukan engaja tidak mahu siar. Kadang terlepas pandang atau terdelete. maklumlah komen yang masuk (banyaknya merapu terlalu banyak), di celah-celah itu kalau ada yang baik, tak zalim, turut terdelte. Jadi janganlah terasa hati, bermula esok 1 Januari bulan kafir, kita sama-sama perbaiki keadaan ini.
Ayuh kita ke masjid.
Salam MSO.

Ibni Ismail said...

Salam.
Buat sdr. Firdaus. Komen saya pun banyak yg di delete dari yg disiar oleh MSO. Tiada langsung terasa hati kerana itu hak mutlak beliau. lagipun kita kan dah tahu apa yg menyebabkan ianya tak disiarkan. Yg penting apa yg kita ingin luahkan telah kita luahkan melalui blog merah tinta ini. Sekurang kurangnya MSO tahu dan sedar yg tulisan beliau di baca oleh pelbagai warna manusia.
Dlm hal pertemuan yg di nantikan (meminjam ayat MSO), nampaknya tuan MSO ini antara yg disindir oleh puak penentang kerajaan perpaduang. bawa bersabar lah MSO, mereka tak faham bila membaca catatan tuan. Ketaksuban yg melampaui batas ini membantutkan pemikiran.