Monday, December 6, 2010

Ulasan Letih

Hijrah Dan Nasib Seorang Politik

ESOK umat Islam akan menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1432. Tidak sampai 5 jam lagi maka akan tibalah tahun baru Hijrah. Biasanya bersempena kedatangan tahun baru Hijri orang Melayu (Islam) akan memasang berbagai niat ingin berubah. Dari jahat menjadi baik, dari baik menjadi bertambah baik dan kuat imannya. Ada juga yang memasang azam untuk tambah isteri.

Sesungguhnya di ambang Hijrah ini umat Islam seharus bergembira untuk memasang niat dan azam baru. Menggunakan detik-detik kedatangannya untuk bermahasabah diri. Bagaimana pun kedatangan Hijrah tahun ini disambut dukacita oleh bekas MB Selangor Mohammad Khir Toyo. Hari ini Khir Toyo terpaksa hadir ke mahkamah kerana didakwa telah melakukan rasuah. Peristiwa hari ini adalah sebadang jadam untuk Khir dan keluarganya.

Khabarnya sebelum digiring ke mahkamah, beliau telah disoal siasat dan ditangkap di pejabatnya. Kesalahannya ialah kesalahan lama kerana dituduh yang berbunyi; mendapatkan untuk dirinya dan isterinya Datin Seri Zaharah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn, Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni (macam keturunan Jawa juga bunyinya), dengan harga RM3.5 juta sedang harta itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Dr Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun (sikitnya) atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mungkin ramai yang tidak faham dengan pertuduhan itu, bunyinya berbelit-belit dan macam ayat budak sekolah Tadika baru belajar undang-undang. Apa boleh buat itulah yang ditafsirkan undang-undang berkenaan dari bahasa Inggeris. Mungkin maksud ataupun ayat asalnya lebih terang bersuluh. Apakah undang-undang berbelit-belit bunyinya itu akan menghasilkan keputusan dan hukuman berbelit juga kelak?

Tidak kisahlah sama ada undang-undang berbelit atau pun tidak jelas. Tetapi hari ini Khir Toyo seperti juga Anwar Ibrahim terpaksa kena hadir dan dibawa ke mahkamah. Anwar hadir untuk mendengar perbicaraan kesnya, manakala Khir pula untuk mendengar pertuduhan ke atasnya. Apa yang bakal dilalui Khir selepas ini sudah mangli dilalui Anwar.

Secara mudahnya orang boleh beranggapan tuduhan terhadap Khir Toyo itu kerana beliau 'terlibat dalam rasuah' pemilikan tanah banglow. Itulah pemahaman umum. Bahawa Khir Toyo selepas ini kena hadir ke mahkamah dan melalui perbicaraan terhadap tuduhan itu. Beliau kena jelas tuduhan itu yang pada anggapan orang ramai beliau mendapat tanah itu dengan harga yang jauh lebih murah daripada sepatutnya.

Berita yang melibatkan Khir Toyo itu adalah berita menggemparkan hari ini. Bayangkan kalau pertuduhan dibuat semasa Khir Toyo menjadi MB tentu berita itu akan menjadi berita utama. Nasib baik sedikit Khir sudah tidak menjadi MB lagi. Kalau Khir masih jadi MB maka nasibnya akan jadi sama dengan dua bekas MB Selangor sebelum ini Harun Idris dan Abu Hassan Omar yang terpaksa melepaskan jawatan itu kerana skandal. Seorang kerana dituduh rasuah dan seorang dibabitkan dengan skandal sex.

Kata Khir Toyo ketika mengulas pendakwaan itu, dia semacam merasa bertuah kerana dirinya akan diproses menerusi undang-undang. Katanya selepas ini dirinya akan bersih dan boleh main politik semula. Khir macam yakin bahawa beliau tidak bersalah dan tuduhan itu akan terlepas. Apakah itu sebagai merangsang diri sendiri. Baguslah kalau benar begitu. Kalau Khir masih boleh tersenyum dan dapat tidur lena, bertuahlah Khir. Mungkin kalau tertakdir dia akan dijatuhi hukuman penjara dia juga sudah bersedia.

Anihnya kalau dia merasakan tidak bersalah kenapa dia segera melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di Dun Selangor? Apakah keputusan itu dibuat atas rasa tanggung jawabnya (responsibiliti) sebagai seorang ahli politik. Bila Khir tiba-tiba mengambil keputusan itu menyebabkan orang ramai akan mula berfikir mungkin Khir merasakan dia akan didapati bersalah, maka dia mengambil keputusan awal-awal lagi.

Baguslah dan hebatlah Khir kalau mengambil tanggungjawab itu. Baru sehari masuk ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan sudah letak jawatan. Inilah dikatakan berintegriti. Tetapi peliknya kenapa jawatan ketua pembangkang saja yang diletakkan, kenapa jawatan lain dipegang. Kalau Khir benar-benar dianggap seorang yang berintegriti beliau juga harus melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Adun Sungai Panjang.

Tunggu apa lagi? Katanya soal itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. Hendak tunggu apa lagi. Lebih baik Khir mengambil keputusan melepas semua jawatan sebelum diarah. Itu baru dianggap pisik. Selepas tidak menjadi MB Selangor pucuk pimpinan sudah lama tidak pedulikan Khir. Pertukaran Pengerusi Perhubungan Umno Selangor kepada Perdana Menteri menjelaskan Khir sudah tidak dipedulikan. Hari ini Khir hanya dilantik sebagai Pengarah khas Umno Selangor sahaja. Hakikatnya beliau sudah tidak ada apa-apa jawatan dan kuasa di Selangor.

Percayalah kalau Khir melepaskan semua jawatan dan termasuk Adun dia akan dilihat sebagai hebat. Beliau akan dikenal sebagai anak Jawa yang bertanggungjawab dan gentleman. Selamanya orang akan menyebut bahawa Khir bersedia menerima risiko dan akibat atas perbuatannya sendiri. Tetapi kalau Khir Toyo melepaskan jawatan selepas disuruh ataupun selepas mahkamah menjatuhi hukuman bersalah, Khir sudah tidak dianggap bermaruah lagi. Tindakan beliau selepas itu tidak memberi apa-apa wisdom kepadanya lagi. Mungkin dia hanya akan dianggap sebagai anak toyol saja.

Mungkin Khir sakit untuk berbuat demikian. Namun hakikat dan sunah-sunah seorang pejuang Khir harus menelannya. Seorang pejuang akan menangis sendiri bila ditimpa bencana dan akan berketawa beramai-ramai bila mendapat kemenangan. Hari ini Khir boleh bayangkan bagaimana beliau semasa menjadi MB dan kini semasa menjadi OKT di mahkamah. Banyak bezanya.

Dan kalau Khir ingin mengenali rakan dan sahabatnya, hari inilah. Pada hari dia menghadapi pertuduhan dan terpaksa berada di kandang orang salah dalam mahkamah. Mana-mana orang yang datang mengiringi beliau atau hadir dalam perbicaraan itulah sahabatnya. Khir kena ingat baik-baik. Kepada Khir selamat menghadapi perbicaraan di mahkamah semoga diberikan kekuatan oleh Allah. Kalau kita boleh angkat penyapu maka kita juga sedia untuk kena sapu. Dan kepada pemimpin lain juga perlu berwaspada mungkin anda juga akan ada giliran memeritkan itu. [wm.kl. 5:00 pm 06/12/10]

9 comments:

abu muaz said...

senyum lebar pegawai yang dapat penyapu ni dulu bila membaca ulasan tuan.

ahmadyani said...

Sanggupkah dia melepaskan 'lubuk emas'nya?

primehonda said...

panas menyirap2 darah ku bila harga ron95 naik lagi. dulu janji tak naik tahun ni, tiba2 naik lagi.maaflah pak mso kat blog tuan saya selalu lepaskan marah saya.
semalam drive myvi dari KL ke teluk intan isi rm40, cukup2 aje sampai abis rm40 tu. terasa juga kenaikan ini. tengok muka khir toyo pengampu tauke umno dan lain2 muka pengampu dlm konvensyen BN baru2 ni terasa sangat2 menyampah dan benci bila mereka memperlekeh pkr,pas & dap walhal tiga parti ini konsisten berjuang mengembalikan hak rakyat kpd rakyat! tapi rakyat kita yg majoritinya bebal masih sokong BN yg akan membelit mereka khususnya melayu dgn slogan ketuanan melayu. ada apa dgn ketuanan melayu? org melayu jadi kayakah? bayar duit minyak freekah? umno bagi duit poket rm10k sebulan setiap rumah melayu kah?
tidak disebut pun dlm perlembagaan pasal ketuanan melayu.prof khoo kay kim kata perkara 153 bukan pasal ketuanan melayu tapi ketuanan raja..tu baru tepat. betullah kata wan azizah tu..senada dgn khoo kay kim bila prof kata slogan itu diguna oleh ahli politik.wan azizah kata kaki rasuah yg guna. samalah tu..umno. tapi media umno x berani quote kata2 khoo kay kim tu. kalau khoo kay kim hentam cina dap baru media quote.
duhai bangsaku..bilakah akan berubah dari bebal kepada cerdik. malunya aku kerana mengutuk bangsaku sendiri kerana kebebalan bangsaku sudah di tahap buta mata dan hati.....

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Bukalah mana-mana buku undang-undang, bahasanya tak kira ingeris atau bahasa apa pun memang berbelit-belit. Kadang-kadang yang disampaikan cuma lima perkataan tapi belitnya sampai lima perenggan.

Buat bekas menteri besarku, pepatah melayu ada menyebut hidup ibarat roda sekali di atas sekali di bawah. Tapi saya tak fikir macam roda, mungkin macam telur, sekali saja kita mungkin di atas tapi kebanyakan hidup kita di bawah dan nak pusing naik balik mungkin telur akan pecah.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah ujian atau kifarah untuk Khir. Bersabarlah kerana anda telah pernah berjasa dan anda juga pernah tersilap. Saya doakan agar anda tabah dan tenang menghadapi ujian berat ini dan berserahlah pada Allah atas ketentuanNya. Moga tahun baru hijrah akan menghijrahkan anda dengan yang lebih baik lagi.

Kok mana pun, Jowo memang ganteng nang endi-endi. Betull tak tuan MSO?

ANAFAKIR said...

"TULAH" penyapu sudah makan tuan.Satu persatu maruah Khir Toyo disapu.Bermula dengan jawatan MB,selepas UMNO Selangor tewas dlm PRU12 lalu,bertimpa-timpa Khir kena tulah.Kalah jawatan KP UMNO,tidak dilantik lagi sbg Pengerusi Perhbgn UMNO Negeri, [ Pengarah Khas UMNO Selangor tu nak jaga air muka jer ],kena gantung sidang DUN selama setahun, dituduh dengan pelbagai penyelewengan dan sekarang antara tuduhan itu sudah didakwa di mahkamah.Mungkin selepas ini Khir akan menjadi liabiliti kepada UMNO Selangor dan UMNO Pusat.Dalam saat PRU13 nak dibunyikan loceng ni,nampak gayanya kempunana lagi la UMNO nak rampas Selangor.Rasanya lepas ini akan ada lagi pemimpin UMNO Selangor akan kena dakwa..

Cuma apakah pendakwaan Khir ini satu taktik licik pihak tertentu sebelum pengumunan Pengerusi Perhbgan UMNO Selangor yang baru?.Mana tau kan?Jika Khir Toyo tidak didakwa mungkin peluangnya utk dilantik semula ke jawatan itu masih ada harapan.Entahlah..bukan setakat pentafsiran undang-undang saja yang berbelit2,kes ini juga banyak belitnya.Apa pun pendakwaan Khir itu mmg ada kas yg kukuh seperti yang dituduh ke atasnya..Selamat berdiri di kandang orang salah buat Khir Toyo.

ANAFAKIR said...

"TULAH" penyapu sudah makan tuan.Satu persatu maruah Khir Toyo disapu.Bermula dengan jawatan MB,selepas UMNO Selangor tewas dlm PRU12 lalu,bertimpa-timpa Khir kena tulah.Kalah jawatan KP UMNO,tidak dilantik lagi sbg Pengerusi Perhbgn UMNO Negeri, [ Pengarah Khas UMNO Selangor tu nak jaga air muka jer ],kena gantung sidang DUN selama setahun, dituduh dengan pelbagai penyelewengan dan sekarang antara tuduhan itu sudah didakwa di mahkamah.Mungkin selepas ini Khir akan menjadi liabiliti kepada UMNO Selangor dan UMNO Pusat.Dalam saat PRU13 nak dibunyikan loceng ni,nampak gayanya kempunana lagi la UMNO nak rampas Selangor.Rasanya lepas ini akan ada lagi pemimpin UMNO Selangor akan kena dakwa..

Cuma apakah pendakwaan Khir ini satu taktik licik pihak tertentu sebelum pengumunan Pengerusi Perhbgan UMNO Selangor yang baru?.Mana tau kan?Jika Khir Toyo tidak didakwa mungkin peluangnya utk dilantik semula ke jawatan itu masih ada harapan.Entahlah..bukan setakat pentafsiran undang-undang saja yang berbelit2,kes ini juga banyak belitnya.Apa pun pendakwaan Khir itu mmg ada kas yg kukuh seperti yang dituduh ke atasnya..Selamat berdiri di kandang orang salah buat Khir Toyo.

Unknown said...

Kalau ye pun tak suka dengan seseorang janganlah sampai mencela namanya dengan menyatakan "anak toyol". Nama anda tu sedap sangatke?

KLMJ said...

buat saudara primehonda, byk2 bersabar dgn pengumuman kerajaan bn/Umno menaikkan harga petrol dll. Mudah2an ini merupakan satu lagi kesilapan mereka yg menyebabkn rakyat akan marah & terus bangkit menolak bn/umno dlm pru13 nnt.

Buat saudara khir, hidup tdk selamanya indah, sebagaimana resminya langit yg tdk sentiasa cerah. Terimalah hakikat yg saudara bukan dlm team najib, tahniah..!

payabakau said...

moga-moga kes md khir ini akan selesai secepat mungkin dan tidak akan berpanjangan seperti kes DSAI yang seakan-akan sudah memualkan...