Wednesday, September 5, 2012

Umno Tidak Akan Menang Dengan Kejahatan

SEBUKA MATA 

Berbagai-bagai kejadian buruk dilaporkan berlaku dalam dunia politik negara kita ke belakangan ini. Kejadian-kejadian ini seperti satu strategi pula oleh pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa. Walaupun perbuatan jahat dan keji itu dilarang agama tetapi ia tidak dipedulikan. Cara mereka mengolahkan kejahatan ini seakan mereka sudah tidak mempunyai adat dan nilai-nilai kemanusiaan beragama lagi yang mementingkan soal hormat menghormati di antara satu sama lain.

Apakah kerana keadaan begitu terdesak maka cara tidak halal itu digunakan?

Barang kali tidak disenangi kalau dikatakan yang acap melakukan kejahatan ini adalah di pihak parti kerajaan sendiri. Maksudnya parti Umno dan sekutunya dalam BN. Sesuatu yang menghairankan kenapa sampai begitu sekali. Tidakkah parti kerajaan mempunyai berbagai kemudahan untuk membantu mereka mengekalkan kuasa. Jadi kejahatan dan kekejaman langsung dari mereka tidak diperlukan lagi dan jika dilakukan juga memburukkan parti pemerintah sendiri. Kejahatan dan kekejaman menjatuhkan marudah bukannya menaikkan martabat parti itu sebagai parti pemerintah.

Parti kerajaan ada tentera, ada polis hatta Rela, yang menjaga keselamatan parti itu. Walaupun tugas pasukan keselamatan ini untuk umum tetapi dalam tindak tanduk pasukan-pasukan keselamatan ini mereka seolah-olah bekerja untuk parti pemerintahan. Apakah tidak cukup dengan polis dan tentera maka Umno terpaksa menggunakan samseng?

Kejadian-kejadian buruk dan keji yang dilaporkan setiap hari tidak dapat dipisahkan dari perbuatan parti pemerintah UBN. Penglibatan ini tidak boleh disembunyikan lagi. UBN khasnya Umno menjelama dalam pelbagai rupa untuk melakukan pengkhinatan-pengkhianatan itu.

Dalam masa terdekat ini dua kejadian yang sangat keji dan tidak beradat. Satu kejadian menyerang bas dua tingkat PKR di Kelantan dan satu lagi menyerang masjid di kampung Pumpong Kedah. Ini adalah kesenimbungan kejahatan yang dilakukan ke atas pembangkang sejak zaman berzaman. Sebelum ini bermacam-macam kejahatan telah berlaku dan dilaporkan.

Makin hari nampaknya makin banyak dan kerap kejahatan dengan menyerang pihak Pakatan Rakyat. Apakah UBN sudah benar-benar terdesak sehingga hilang akal meninggalkan politik secara sihat dan berfikiran terbuka dan diambilnya politik mafia?

Di sini saya hendak menarik perharian para pemimpin UBN berhubung siri-siri kejahatan yang mereka cita dan lakukan dengan bersembunyi di sebalik puak-puak atau individu tertentu. Bahawa kejahatan tidak pernah memberi kemenangan kepada sesiapa atau mana-mana puak sekali pun. Atas apa juga tindakan jahat, kejahatan tidak akan disokong sebaliknya akan dikutuk.

Apakah Umno fikir dengan melakukan kejahatan, ugutan, tekanan itu mereka akan menang? Silap kalau itulah anggapan dan kepecayaan yang ada kepada Umno. Saya ambil contoh yang berlaku di hadapan mata saya sendiri bagaimana kejahatan dan kekejaman tidak membantu memenangkan Umno. Politik jahat tidak pernah menjanjikan kemenangan.

Di Kelantan Umno berlaku sadis dan kejam ke atas orang Pas sejak tahun 60-an lagi. Apa yang tidak dilakukan oleh Umno menerusi pemuda tahan lasak atau kumpulan samseng yang diupahnya terhadap ahli dan penyokong Pas. Apa yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin semuanya dilakukan oleh di Kelantan. Ugut, tangkap, penjara pemimpin Pas, pukul, tampar, sepak, teranjang dan segala macam dilakukan. Lebih dahsayat dari itu ada pemimpion Pas dibunuh. Ini menggambarkan akan kebobrokan politik negara ini.

Permis parti Pas dirobohkan dan dibakar. Orang Umno bertindak lebih kejam dari tentera Jepun yang menakluk Kelantan tahun 1942 dulu. Tetapi apakah hasil dari kejahatan dan kesadisan itu. Umno tidak menang rakyat tidak pernah takut dengan kejahatan sebalik kerja-kerja jahat itu dimurkai rakyat. Rakyat membalas kejahatan itu dengan tidak memangkah Umno. Kekalahan dan kegagalan Umno untuk menguasai Kelantan sejak 22 tahun lampau adalah disebabkan Umno mengamalkan politik jahat dan kejam.

Hari ini kejahatan yang berlaku dan dilakukan di hampir seluruh negara oleh Umno menerusi berbagai agensi samseng itu hampir menyamai kejahatan dilakukan di Kelantan dulu. Nampaknya kejahatan ini menjadi permainan dan senjata utama Umno dalam mempertahankan kuasa. Ingatalah dengan menoleh kepada apa yang berlaku di Kelantan Umno sepatutnya insaf; bahawa kejahatan tidak akan membawa kemenangan.

UBN harus kembali kepada politik secara sihat. Politik yang menyenangkan jiwa rakyat.  Betapa pun Umno menabur wang dan berjasa kepada rakyat tetapi dalam masa sama kejam terhadap lawan dilakukan, rakyat akan marah dan tidak akan bersama Umno. Sebagai parti unggul menjadi kerajaan Umno sepatutnya mempelopori politik harmonis dan profesional bukannya menyuburkan bibit-bibit kejahatan.

Hari ini dunia semakin maju dan generasi semakin cerdik dan bebas berfikir dan memikir. Apa yang dicari oleh rakyat dan ana-anak muda kini ialah sesuatu yang logik pada akal mereka. Mereka mahukan kepada fakta di dalam politik bukan retorik. Kejahatan sama sekali mereka akan tolak. Kejahatan fizikal tidak pernah ada dalam minda politik moden. Kejahatan fizikal hanya akan laku sekiranya negara ini masih belum tamadun.

Makanya kalau Umno ingin mengekalkan kuasa serta dihormati rakyat jelata mereka harus hentikan politik jahat menggunakan fizikal yang merugikan semua pihak dan menjatuhkan martabat negara. Kejadian serang masjid, serang bas, serang rumah terbuka ataupun melemparkan kata-kata keji dan perbuatan jahat kencing gambar pemimpin, hendaklah dihentikan segera.

Ingin ditegaskan bahawa kejahatan tidak akan menjamin dan membawa kemenangan melainkan ianya dibenci sampai ke dalam hati. [wm.kl.9:11 am 05/09/12]

3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Pengakuan dah dibuat oleh Mahathir maka UMNO hanya menyuluh apa yang sudah terang dari pengakuan Mahathir tersebut iaitu UMNO adalah Syaitan yang dikenali. Persoalannya adakah "syaitan yang dikenali" ini tergolong dari kalangan aduwun mubin?

Unknown said...

sebagaimana yang berlaku di mesir, sebelum kejatuhan husni mubarak selama 30 tahun rakyat mesir seakan-akan terlalu takut dengan rejim husni mubarak. kerana apa? kerana kerajaan husni mubarak pada waktu itu sangat kejam. Negara mesir terus diletakkan dalam undang-undang darurat yang mana rakyat boleh dihukum sesuka hati.Mana-mana rakyat atau pemimpin pembangkang khususnya daripada jemaah ikhawan muslimin terus diburu dan ditangkap, dipenjarakan, diseksa sehingga menjadi cacat dan banyak yang mati tanpa dikesan. Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya, rakyat tidak boleh terus dibohongi, ditipu dan perbudakkan dengan segala macam helah dan kekejaman berserta faktor ekonomi yang semakin meruncing. Barang-barang keperluan harian semakin hari semakin meninggat dah tahap kemampuan rakyat tidak berubah, rasuah berleluasa, orang kaya semakin kaya, yang miskin semakin bertambah, pemimpin mereka terus sombong dengan kekuasaan mereka. Maka tanpa dapat dihalang kesabaran dan ketakutan yang ada pada rakyat jelat telah dicabut dan harga darah menjadi murah. Rakyat bangkit bersatu, pemuda-pemuda mereka berazam dengan darah dan nyawa takkan mundur lagi. Akhirnya, kuasa rakyat adalah kuasa sebenar sesebuah kerajaan. Mubarak berserta kuncu-kuncunya yang dulu angkuh mempunya kuasa, wang dan pengikut yang ramai terutama daripada golongan samseng-samseng jatuh kedebum dengan kuasa rakyat. Bukan dengan peperangan, bukan dengan bantuan negara-negara lain, dengan KUASA RAKYAT yang hanya berbekal rasa keinginan menghirup udara negara yang bebas daripada pemimpin-pemimpin bodoh mereka.


**adakah rakyat tanah melayu akan sanggup seberani seperti mereka yang sekarang sudah mula mendapat hasil sebagai negara "kebebasan dan keadilan" ?????

firdaus said...

Tak mahu pergi jauh..tetapi keganasan yg berlaku hingga boleh hilang nyawa kerana politik bodoh mungkin jadi kenyataan
kerambit sampai sanggup dibawa ke masjid mengikut kata saksi adakah kerana mahu mengelar leher anwar
adakah parti ibrahim katak wajar dicop pengganas dan ibrahim ketua pengganas kalau tertakdir terjadi sesuatu terhadap anwar
najib tak kan nak terus diam atau sengaja pilih utk biarkan ia berlaku sebab dah terdesak nak menang sangat