Para pemimpin Pakatan Rakyat amnya dan pemimpin PKR khasnya harus bijak menelah keadaan dan membuat keputusan bagi menyelesaikan kerumitan yang ada hari ini berhubung pengganti Abdul Khalid Ibrahim yang sudah mengaku untuk berundur.
Azizah: Redalah... |
Saya bimbang dengan cara anak-anak muda atau pun pegawai tinggi PKR berpolitik, mengeluarkan kenyataan balas untuk mempertahankan keinginan nafsu mereka. Misalnya mereka dilihat berwiba dengan ketegasan pendirian untuk tetap mempertahankan calon MB ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail secara tunggal. Kenapa?
Bukankah Sultan Selangor sudah menggunakan budi bicara dan hemahnya meminta parti-parti Pakatan Rakyat mengemukakan sekurang-kurang dua nama calon masing-masing untuk dinobatkan sebagai MB. Permintaan Sultan itu bukan menepati kehendak perlembagaan, tetapi adalah budibicaranya. Ia mungkin satu keadilan dan keperluan penting masa kini memandangkan Pakatan Rakyat gagal sepakat dalam soal calon MB. Tidak timbul kegagalan itu kerana apa, atau pun kerana ia satu permainan Mustapa Ali dan Abdul Hadi Awang, yang nyata tidak ada persepakatan.
Tetapi sultan telah meminta berbuat demikian. Bagi saya permintaan Sultan itu satu kemurahan daripada baginda. Bukankah dengan tidak memenuhi kehendak Sultan itu ia boleh menyebabkan perbuatan itu ditafsirkan sebagai mengingkarkan kehendak istana? Dalam dunia orang Melayu, mengingkarkan kehendak sultan itu satu perbuatan yang keji kalaupun tidak sampai biadap.
Sekali lagi tidak timbul dan relevan untuk dikaitkan dengan pepatah berbunyi; Sultan adil sultan disembah dan sultan zalim sultan disanggah." Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang angkara seulas nangka tetap relevan dan menjadi iktibar cukup penting, tetapi ada kalanya ia sukar dipraktikan. Sultan dari juring mana sekalipun ia tetap sultan dan sebagai orang Melayu yang berpegang kepada feudalisme sangat menjujung adat istiadat dan tradisinya. Pepatah kerja raja dijunjung kerja rakyat dikilek masih lekat tebal dalam kepala orang Melayu.
Jadi selagi orang Melayu belum dapat melupai tradisi dan budaya atau tabiat, mislanya menggaru kurap dipunggung semasa berak, maka orang Melayu khasnya pemimpin Pakatan Rakyat dan PKR harus melayani tradisi dan budibicara itu yang dianggap usang dan tidak perlu dipatuhi lagi.
Apa "rohok" sangatkah untuk sesetengah pemimpin PKR untuk melayan dan memenuhi kehendak sultan itu sebagai menandakan penghormatan dan wujudnya saling memberi dan menerima berdasarkan amalan tradisi itu. Apa hendak disusahkan sangat apabila Sultan hendak dua nama atau lebih, hantarkan kepada baginda.
Dalam PKR hari ini bukan sahaja ada Dr Wan Azizah, tetapi masih ada 12 nama lain lagi dan dengan adanya sokongan dua Adun Pas menjadi 15 orang dipihak PKR. Dan kalau PKR berkehendakkan kepada MB wanita bukan sahaja Azizah yang ada, tetapi PKR masih ada Rodziah Ismail yang boleh juga dihantar kepada sulatan sebagai memenuhi permintaan itu.
Benarlah dari segi hierarkinya Dr Wan Azizah paling layak kerana beliau adalah presiden parti. Kesesuaian itu sangat jelas kalau juga diikutkan protokol orang Melayu. Masakan untuk menjadi ketua kepada sebuah kerajaan ia diserahkan kepada ahli yang berkedudukan ahli biasa dalam parti. Dan rasanya mengenai protokol dan prioriti calon ini sultan juga memahaminya, kerana sultan lagilah mematuhi soal protokol dan adat istiadat. Kita jamin untuk menjadi MB orang yang berkedudukan penting begitu sultan tidak akan memilih teberau dari beberapa kalangan tebu yang dihantar kepadanya.
Tetapi apabila sultan berkehdak demikian, laksanakankan sebab ia bukan susah sangat. Kalau PKR menghantar dua atau tiga nama ia menyenangkan sultan untuk membuat pilihan. Dalam soal ini budibicara sultan berkedudukan di atas peraturan perlembagaan. Perkataan raja mendengar nasihat hendak difahami raja boleh bertindak sesuka hati atas rasa perkenan dirinya. Raja tetap raja. Mereka yang bermati-matian bepegang kepada undang-undang (Perlembagaan) adalah mereka yang tidak bijaksana dan bersifat "diktator" serta tidak hadam politik negara "tigatujuhkosong" ini.
Kena dipercaya sesekali baginda tidak akan bertindak sehingga sesuatu itu sampai menjolok mata kerana ia akhirnya akan mendatang kemudaratan dan kekotoran kepada dirinya dan institusi yang disanjung itu. PKR sepatutnya berterima kasih kepada sultan yang sedia membuka ruang bagi mengelakkan DUN Selangor dibubar seperti mana yang difikirkan sebelum ini. Bahawa Sultan Selangor masih ada budi bicara dalam soal ini dan semua pihak seharusnya memberi penhormatan demi kebaikan bersama.
Jadi saya hendak nasihat kepada PKR, terutama individu yang sedang memperdagangkan kuasa politik, usahlah bertegas dengan hanya mahu mengirimkan nama Wan Azizah secara tunggal. Yang penting semua pihak kena faham bahawa kedudukan PKR dan Pakatan Rakyat dalam suasana kritikal. Yang perlu diselamat kini bukan individu tetapi institusi. Bukan Abdul Hadi Awang tetapi Pas dan bukan Anwar Ibrahim tetapi PKR dan Pakatan Rakyat yang perlu diselamatkan.
PKR, Pas dan Pakatan Rakyat harus hidup seribu tahun lagi kalau rakyat ada cita-cita untuk menumbangkan UBN dan ia tidak perlu mati apabila orang-orang seperti Anwar atau Abdul Hadi sudah tiada. Sebab perjuang sengoti ialah orang memperjuangkan prinsip dan dasar hidup bukannya memperjuangkan batang tubuh si pejuang. Yang perlu dihormati Pas, bukan Abdul Hadi, yang perlu dihormati PKR bukan Anwar atau pun Azizah.
Dari firasat saya sekiranya kerumitan dan kedegilan disebelah PKR ini berterusan ia bakal memberi natijah buruk. Hari ini selepas Khalid dengan suci hati memaklumkan yang beliau hendak letak jawatan selepas langit politik hendak runtuh, Khalid seperti sudah terbersih daripada segala dosa. Khalid dilihat sebagai Khalid Ibnu Walid yang digugurkan sebagai panglima perang tetapi redha dengan atas apa yang berlaku.
Namun sebaliknya juga bagi Pas, kalau Pas secara diam-diam menghantar nama kepada sultan dan melakukan lobi agar Adunnya diangkat sebagai MB, maka Pas mengesahkan yang diri parti agama itu adalah munafik dan tindakan itu merupakan satu pembunuhan diri sendiri oleh Pas.
Yang sedang diperhati hari ini ialah sikap atau individu yang tetap mahukan kepada Azizah menjadi MB Selangor yang kini bertindak bagaikana ingin mencabar budibicara Sultan dalam menilai kemelut yang ada hari ini. Harapnya orang-orang yang cuba membentuk kekuasaan menerusi Dr Wan Azizah dalam PKR menyedari akan bahana dan bahaya keadaan ini.
Kehancuran kerajaan Pakatan di Selangor, sejarah tidak sahaja menulis nama Khalid dengan huruf besar, tetapi ada beberapa nama lain termasuklah juga Anwar, Abdul Hadi Awnag, Mustafa Ali, Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan berapa nama lain juga akan ditulis dengan huruf besar. Yang pastinya nama Mahathir Mohamad tercicir dalam senarai "belengas" ini. [wm.kl.9:23 am 27/08/14] *tanpa edit.
7 comments:
Salam pak mso ore kg kito
Satu nasihat yg terbaik yg patut diterima oleh pemimpim pr dan pkr khususnya dlm mengatasi kemelut perlantikan mb selangor ini dari pandangan seorang makrifat politik yg telah lama mendambak diri sebagai pemerhati politik tanah air.
wahai pemimpin pr semua kalian akan dipertanggungjawabkan kelak jika kesinambungan dan keutuhan pr hancur lebur angkara kedegilan kamu semua jika pru 14 nanti pr berkubur tanpa batu nesan, yg mana pakatan ini adalah harapan rakyat utk terus dibela dan dibentengi daripada kerakusan kuasa sang penguasa bn skg ini.
AYUUUUH PEMIMPIN PR SEMUA BANGKITLAH KALIAN DARIPADA KEALPAAN INI UTK KAMI RAKYAT SELANGOR DAN MALAYSIA INI DAN JANGANLAH DIRI KAMU PEMIMPIN YG AKAN DIBENCI DAN DISUMPAHI AKIBAT KEDEGILAN DAN KEGILAAN INI.
wasalam
salam, hakikatnya dap/pkr telah terlepas k'jaan s'gor, pas sudah tidak boleh dipercayai lagi, selagi hadi ada disitu.. memberi nama2 lain.. selain pemimpin yg ada majoriti adalah penghinaan kpd parti2 tersebut dan kpd pengundi2nya.. sekiranya perlembagaan tidak digunakan. ahli2 politik kita membenarkan undang2 rimba mengambilalih..
Dalam keghairahan untuk memelihara kesepakatan dalam PR, ekor PAS bergelumang tahi sampai ke kepala. Adakah ini satu kafarah dari Allah SWT?. Eloklah fikir-fikirkan..
Ikut undang2 lebih baik... keputusan mahkamah tinggi dan rayuan dalam kes Perak telah ada sebagai ' precedent'.. apa lagi nak kluk klik dengan budibicara? Budi bicara mestilah juga selari dengan undang2. Kalau tidak susah la... dah jelas ada calon yang dapat sokongan majoriti... lainlah kalau takda sokongan majoriti... mesti ada sebab mengapa PKR tegas dengan mencalonkan DSWA.. Beri peluang dulu kpd DSWA...kalau tak perform sbg MB.. taulah rakyat untuk membuat pilihan pada PRU 14..
Tuan,
saya kurang faham.. adakah ini yg dikatakan sifat2 org melayu - maksud saya natijah yg Tuan telah sampaikan.
bagi saya, jika kata sepakat dah disetujui oleh semua pkr dan juga dap ditambah pula 2 adun PAS maka simple majoriti telah tercapai, maknanya ape yg dipersetujui dlm kes ni MB wan azizah shj calon tunggal..,kire muktamad. Tuanku Sultan Selangor tiada pilihan dari segi amalan demokrasi. iye memang ade clause @ syarat tertentu, tetapi natijahnya ikut majoriti adun.
adaikata ade belok sana@sini dan sbg contoh, tuanku minta pilihan lain @ beberapa pilihan... akan membawa kesan yg lain yg mungkin lagi sukar utk dibendung kelak. contoh, katalah tuanku pilihan option B dan option B tidak memdpt sokongan majoriti dari kalangan adun yg dipilih mewakali rakyat, bagaimana?
amalan demokrasi kite akan dilihat tak konsisten. siapa yg pilih sape, sape yg ade hak, siape yg ade kuasa, siape yg dipertanggungjawapkan [yg nie part org melayu memang Fail, gagal] kelak?
hati-hati... ini bukan lagi soal politik, ini dah jadi soal pengurusan, pentadbiran,yg mane memang amat diketahui org Islam dan juga bangsa melayu sangat2 lemat.. perkara ini akan dilihat bukan saje dari perspectif politik tetapi oleh org2 luar, komuniti perdagangan menilai kematangan masyarakat malaysia secara amnya.
Tuan MSO, saya setuju juga dengan pandangan tuan agar PKR dan Dap berkompromi dalam soal calon MB Selangor. Ia semakin berserabut bila Pas menyokong Khalid. Berrtambah serabut bila kenyataan Pas berubah-ubah. Kenapa DSWA dicalonkan, saya konsisten menyatakan bhw pandangan masa depan politik DSAI sangat jauh dan pastinya sudah dihidu oleh pemimpin-pemimpin BN. Pemimpin-pemimpin lain dalam PKR bukan tidak boleh, siapa pun boleh menjadi MB, tetapi ada mereka ini tahan dan tekal dengan pelbagai godaan khususnya daripada pemimpin-pemimpin BN dan UMNO. DSAI melihat itu dan percaya hanya isterinya yg tidak akan mengkhianati, tetapi malangnya Pas pun ada cita-cita tersendiri. Saya fikir kalau ketiga-tiga parti hanya bersetuju dengan satu nama, sultan tiada pilihan lain. Jangan tersilap pilih. Jangan ulangi kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Sabah. Bila sudah BN mengambil alih sesuatu kerajaan, semuanya akan berakhir kerana mereka merancang menggunakan pelbagai taktik keji untuk menang dan kekal berkuasa. Kemelut ini sebenarnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh pemimpin-pemimpin BN, dan paslah yang rasanya akan merealisasikan hasrat mereka. Bagi PKR dan DSAI yg sudah begitu masak dan lama dengan taktik BN, dia tidak akan membuat kesilapan lagi seperti mana pemilihan TSKI yang suka melakukan sesuatu itu secara bersendirian tanpa persetujuan parti dan pemimpin-pemimpin lain.
Kalau PR hendak terus berkuasa maka seorang calon yg dicadangkan menjadi MB haruslah yang boleh dipercayai dan tidak mungkin akan mengkhianati parti dan rakyat.
Post a Comment