Malam tadi pertama kali berbuka diluar, beriftar bersama dengan Anak-anak Rantau Panjang di perantauan. Itulah kali pertama untuk tahun ini saya berbuka puasa di luar. Beberapa jemputan untuk berbuka di luar, tidak saya penuhi. Malas dan kurang angin.
Bersama Ghazali Ismail dan Abdullah Mat Yassin. |
Sudah tentu Azram menjemput saya kerana mengetahui saya juga termasuk dalam kelompok Anak-anak Rantau Panjang yang berada di perantauan.
Atas sifat orang yang dijemput itu wajib memenuhi jemputan, manakala yang menjemput itu sunat, maka saya hadir meraikan majlis.
Sudah pastilah bila hadir akan bertemu dengan anak-anak Rantau Panjang yang merupakan waris warah, dapat berkenalan dan berjumpa mata dengan mana-mana yang lama tidak ketemu ataupun hanya bertegur sapa menerusi laman maya, facebook, twiter dan sebagainya. Ternyata kehadiran membawa berkat dan mengeratkan persahabatan.
Betapa tidak, semalam saya berjumpa dengan guru saya Cikgu Ghazali Ismail. Beliau merupakan guru bahasa Melayu yang mengajar saya semasa tingkatan empat di Sekolah Menengah Rantau Panjang kira-kira 40 tahun lampau. Seingat saya walaupun kami sedaerah, tetapi majlis malam tadi adalah pertama kali meletakkan kami dalam satu dewan penuh berseri dan berkat itu.
Tenaga utama menjayakan majlis, Azram (baju biru). |
Sebahagian anak-anak tahfiz yang hadir. |
Terima kasih saya ucapkan kepada "tuan kija", yang inisiatif mengadakan majlis malam tadi. Majlis itu lebih bererti lagi apabila sekumpulan anak-anak tahfiz dari mardasah Tahfiz di Kuala Lumpur diundang sama sebagai meraikan Ramadhan Kareem.
Msajlis yang mempertemukan antara yang hadir, bukan sahaja saya secara peribadi berjumpa dengan cikgu saya, tetapi dengan yang lain juga rakan-rakan sekolah dahulu. Berjumpa dengan Abdullah Mat Yassin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, yang juga masih berbau bacang dengan saya.
Majlis malam tadi juga mempertautkan kembali persahabatan anak-anak Rantau Panjang di perantauan termasuklah abang saya yang juga merupakan satu sekolah dengan Abdullah di SMIP. Tanpa kehadirannya di majlis seperti itu menyebabkan generasi muda tidak mengenalinya. Misalnya Faizal Daud, presiden Himsak tidak mengenali siapa dia Ahmad Laksamana kalau tanpa majlis semalam.
Perlu majlis seperti itu lebih kerap diadakan selain daripada mengeratkan persaudara ia juga dapat mencambahkan idea untuk memajukan daerah setempat serta turut sama mengambil peduli mengenai kebajikan penduduk. Walaupun majlis seperti itu santai tidak oficial, tetapi perbualan, cadangan dan idea yang terlontar secara tidak langsung memberi manfaat bersama. Ia akan dikutip kemudian disampaikan kepada pihak berwajib.
Umpama perkhabaran oleh Abdullah mengenai pembesaran jalan Pasir Mas ke Rantau Panjang sepanjang kira-kira 20 km itu adalah satu berita menggembirakan. Menurutnya jalan utama itu yang kini makin sesak akibat pertambahan pendudukan dan pelancongan ke Rantau Panjang, jalan itu akan dibesarkan dari selorong menjadi dua lorong.
Demikian juga katanya, pihaknya ada mencadangkan untuk mewujudkan sebuah kolej pengajian tinggi dalam kawasan Rantau Panjang. Perkara itu jelasnya akan disampaikan kepada Perdana Menteri Najib Razak yang dijangka akan mengadakan mengunjungi Pasir Mas bulan Ogos hapadan. Kita berharap waktu Najib masih lagi menjadi persana menteri Malaysia.
Pertemuan lewat majlis seperti semalam juga sangat bermakna apa kalangan muda masing-masing menyatakan komitmen mereka kepada kemajuan Rantau Panjang khasnya dan negeri Kelantan amnya. Perbezaan ideologi politik tidak menjadi penghalang untuk semua anak-anak Rantau Panjang di rantauan ataupun anak-anak di kawasan lain duduk bersama bagi memikirkan nasib dan masa depan kampung halaman dan negeri.
Hasil berintraksi dengan mereka masing-masing menyadari betapa penting semua pihak berada dalam satu maufakat dengan membawa satu niat untuk kemajuan bersama. Jika kesedaran ini menebal dalam kalangan anak muda yang bakal mewarisi masa depan negari dan negara, insyaAllah bangsa Melayu dan agama Islam akan selamat dan terjamin.
Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada pengajur pertemuan dan iftar Ramadhan malam tadi. [wm.kl.4:37 pm 06/07/15]
No comments:
Post a Comment