Thursday, July 12, 2018

Pamerkan senarai harga barangan yang turun

SUSUPAN PAGI

DALAM menanti terlaksananya semua janji-janji kerajaan Harapan dalam tempoh 100 hari apa yang ditunggu dan dirundui oleh rakyat ialah penurunan harga barangan keperluan, khasnya barang seharian. Bagi rakyat bawahan penurunan harga barang lebih afdal daripada mereka berselfie dengan menteri atau penjawat-penjawat baharu dalam kerajaan. 

Pembersihan dilakukan dalam kerajaan, memecat lantikan politik, atau kajian sama ada projek  keretapi laju (SHR) ke Termasik dan ERL ke Pantai Timur sama ada hendak diteruskan atau ditangguhkan dialu-alukan, tetapi pelaksanaanya kedua subjek itu tidak begitu dirindui dan diharapkan rakyat berbanding dengan penurunan harga barangan. 

Soal harga barang lebih terdesak untuk diatasi kerana ia memberi kesan langsung kepada kesenangan rakyat. 

Salah satu umpan (modal) digunakan oleh parti-parti PH semasa kempen Pirauam lalu ialah janji akan menurunkan harga barang. Pengundi mengundi kerana sebab itu. Pengundi mahukan kerajaan Harapan menyelesaikan segara masalah harga baik yang tidak seimbangan dengan penddapatan rakyat di era ekonomi negara senak.

Menteri-menteri baharu juga telah membuat “dakwaan” mengatakan harga sesetengah barangan sudah pun turun. Beberapa tindakan dengan mewujudkan pasukan pemantau, juga dibuat. Malahan Menteri Pertanian juga mengeluarkan kenyataan semasa bulan Ramadhan lalu harga barangan keperluan turun sampai 40%?  Kenyataan tidak disertai kajian sistemetik itu mengejutkan.

Terbaharu menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga barang sudah turun tetapi kadarnya sangat kecil tidak mencapai 30% hingga 40%. 

Tidak apa walaupun kadar penurunan harga kecil,  asalkan turun daripada tidak turun langsung. Kita minta Menteri menyenaraikan harga barangan yang turun itu satu persatu untuk pengetahuan dan pemantau rakyat. Ia juga boleh dijadikan bukti kepada rakyat yang kerajaan sudah berjaya menurunkan harga barang. 

Pengakuan menteri itu juga menunjukkan bukan mudah untuk menurunkan harga barang, walaupun GST dihapuskan.

Hari ini apa yang menggembirakan rakyat ialah apabila cukai GST dihapuskan. Rakyat baharu dapat mengecapi kekurangan harga 6% sahaja, nilai cukai GST  tetapi kekurangan harga asal tanpa cukai itu masih ditahap lama.
Justeru semua pihak khasnya KPDNEP perlu bertindak lebih agresif lagi untuk memastikan harga barangan turun. Saifuddin harus perlu mengerak lebih kuat lagi kepalanya untuk menjayakan ini. Satu tempoh angggaran perlu dibuat untuk dinilai oleh rakyat. Kegagalan menurun dan mengawal harga barang akan memberi kesan buruk kepada kerajaan terutmanya dari segi pesepsi rakyat yang sebelum terjua mahu melihat kerajaan Harapan lebih baik dan prihatin berbanding kerajaan UBN yang telah tumbang.

Sekali lagi dicadangkan KPDENEP dapat menyenarai dan mempamerkan senarai harga barang yang turun mungkin menerusi media cetak dan eletronik. [wm.kl.12:01 t/hari 12/07/18]

No comments: