Sunday, September 18, 2022

Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang

SESUDAH SUBUH

DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan menekan Ismail Sabri
Yaakob
membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum (pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.

Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN) boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.
Paling mengejutkan mereka berpendapat parti lawan (pembangkang) lebih kuat dan berpengaruh.

Musa Hitam dilaporkan memberi pengikhtiraf kepada konsep politik multiracialisme yang dianjurkan oleh PKR (PH), sementara Tengku Razaleigh pula berpendapat Umno kini dalam keadaan tidak aman seperti sebelum ini.

Kata Musa yang dianggap sebagai radikal Melayu, kekuatan PKR (PH) dengan konsep itu nyata dan menyakinkan sehingga beliau berpendapat kalau tiga buah parti Melayu, Umno, Pas dan Bersatu bergabung dalam khemah besar sekali pun belum tentu ia mampu mengatasi kekuatan dan pengaruh PKR.

Musa berpendapat konseop atau idealogi politik PKR jelas dan relevan berbanding dengan konsep tiga buah parti tersebut yang tidak jelas dan bercampur aduk dan saling dakwa mendakwa kononnya akulah yang terbaik.

“Masalah ideologi mereka tak begitu jelas, bercampur aduk. Macam Umno, mereka kata parti Melayu, Islam. PAS kata sama. Ada parti baharu pula seperti Bersatu juga katakan Melayu dan Islam. Ideologinya, bunyi macam sama," sebut Musa seperti dilaporkan.

Lantaran itu beliau memberi cadangan ketiga-tiga buah parti itu perlu mencantumkan idealogi mereka yang bercampur aduk itu dengan menggabungkan untuk jadi "simple solid gorup" menggelarkan mereka mempromosikan kepentingan Melayu dan Islam, dan ujarnya dalam masa sama kumpulan itu kena memberi jaminan kepada bangsa dan agama lain yang akan diterima sebagai kumpulan Malaysia dilindung. 

Memahami apa disebut Musa itu menunjukkan konsep dan idealogi ketiga-tiga parti itu tidak menjamin bangsa lain dan lebih fokus kepada Melayu sahaja dimana pegangan itu sudah tidak relevan.

Pandapat dan pandangan Musa itu menunjukkan beliau lebih percaya konsep dan prinsip yang dipraktikan dalam PKR lebih relevan dengan tuntutan masa waktu ini. Tambah beliau lagi konsep politik berasaskan bangsa seperti diperjuangkan Umno, Pas dan Bersatu itu sudah tidak sesuai lagi selepas negara merdeka sebab hari ini Malaysia sudah menjadi hak semua kaum.

Sementara Tengku Razaleigh pula berpandangan keadaan Umno kini berbeza dengan keadaan dulu kerana pada zaman sebelum ini Umno didokong oleh 13 buat parti dalam BN. Hari ini keanggotaan BN sudah tinggal empat buah parti sahaja dan hilang kerajaan ketika dibawah pimpinan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Keadaan atau nasib diterima BN itu menurut ahli parlimen Gua Musang itu ditambah dengan berlaku perpecahan dalam Umno diperingkat negeri dan juga pusat menjadikan Umno sudah tidak aman lagi.

Apa dinyatakan Tengku Razaleigh ini jelas apabila dalam kerajaan hari ini dimana Umno turut menjadi sebahagian daripada kerajaan, wujud percanggahan pendapat dan kepentingan menyebabkan keberadaan Ismail Sabri sebagai perdana menteri tidak didokong oleh orang Umno sepenuhnya.

Berdasarkan pendapat dan ulasan kedua pemimpin veteran Umno itu, sukar untuk merealitikan kehendak pemuda BN dan sebahagian daripada ahli Umno khasnya daripada golongan kluster mahkamah untuk menyaksikan UBN menang jika diadakan pilihan raya. [wm.kl. 8:07 am 18/09/2022].

No comments: