Wednesday, September 21, 2022

Tiada pilihan raya umum tahun ini?

TERKINI

MESYUARAT kabinet hari ini dilaporkan telah membincang mengenai pilihan raya umum ke-15. Memetik sebuah laporan perkara itu disahkan oleh seorang anggota kabinet Shahidan Kassim tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Jurucakap kabinet juga tidak melaporkan apa-apa tentang perkara itu. Selalunya apabila selesai mesyuarat kabinet, adalah menteri yang menjadi jurucakap kabinet akan melaporkan apa-apa atau putusan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. 

Baru-baru ini pemuda BN telah mendesak Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Semasa menghadiri majlis peluncuran jentera pilihan raya BN, Ismail Sabri didesak secara bersemuka menyebabkan beliau memberi respon (jaminan) mengatakan "sedikit" (masa) sahaja lagi parlimen dibubarkan. 

Bagaimana dalam kenyataan lain Ismail Sabri mengatakan soal pembubaran parlimen akan dibincang dengan top five kemudian akan dibawa ke dalam kabinet. Hari ini kabinet dilaporkan telah pun membincang hal itu. Kenyataan Ismail Sabri itu dilihat berhelah untuk tidak akur kepada desakan itu.

Apabila tidak ada penjelasan daripada mana-mana pihak, ia dapat difahamkan bahawa keputusan tidak menggembirakan golongan kluster mahkamah yang desak parlimen dibubarkan telah tidak dicapai dalam mesyuarat itu. 

Kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan pilihan raya tidak sesuai diadakan di musim tengkujuh kerana banyak masalah termasuk penyakit menjadi indikator bahawa kabinet tidak setuju pilihan raya diadakan tahun ini.[wm.kl.7:10 pm 21/09/2022] 

No comments: