Wednesday, September 28, 2022

27 kerusi kritikal jadikan Pas, Umno dan Bersatu meroyan

ULASAN

GARA-GARA 27 kerusi parlimen yang dikategorikan sebagai kritikal menyebabkan tiga buah parti bernuansa Melayu - agama; Umno, Pas dan Bersatu seperti sedang meroyan kini. Ketiga-tiga parti itu masih mencari formula terbaik untuk mengatasi dan menghuraikan masalah itu. 

Pas yang menggunakan slogan politik sejahtera cuba menyatukan dua kelompok Melayu itu dengan menggunakan landasan penuh retorika perpaduan ummah. Walaupun landasan diambil oleh Pas itu boleh meragukan kejilahannya dan bersifat "rasis" dalam konteks masyarakat Malaysia, tetapi itulah modal besar Pas, mengajak menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran daripada "aurad"  fahamannya.   

Pas sangat memahami jika kedua parti itu tidak didamaikan sehingga berlaku perebutan di 27 kerusi kritikal itu harapan kelompok bernuansa Melayu - agama itu menang tidak akan tercapai. 

Pas lah parti yang alergik sama sekali tidak ingin melihat PH berkuasa akan melakukan apa sahaja usaha asalkan kedua parti itu berbaik. Sebab itu dalam keadaan tertentu Pas sedia membahagi-bahagikan dirinya (sokongan) kepada Umno dan Bersatu. Siang menjadi isteri kepada Umno, malam menjadi gundik kepada Bersatu. Besar pengorbanan Pas dalam perkara ini. 

Sebelum ini baik Umno atau Bersatu seperti sudah berkerat rotan berpatah arang. Keduanya saling tunding menunding dan remeh meremahkan di antara satu sama lain. Umno tidak dapat untuk menerima Bersatu kerana menganggap Bersatu ditubuhkan menjadi racun kepadanya. Umno mengira kewujudan Bersatu atas naiwatu untuk membunuhnya. 

Demikian juga dengan Bersatu terhadap Umno. Pemimpin Bersatu menyifatkan Umno parti yang sudah rosak dan tidak berguna lagi kepada bangsa dan negara kerana Umno jadi parti kleptokrak dan korup. Kejayaan besar Bersatu ialah apabila berjaya menumbangkan kerajaan BN selama 62 tahun apabila bergabung dengan PH. Kejayaan Bersatu itu  menjadi dendam tidak sudah buat Umno. 

Tetapi setelah timbul isu 27 kerusi kritikal, dimana kerusi itu menjadi penentuan kalah menang, menyebabkan kemarahan Umno kendur sedikit kepada Bersatu. Ada unsur-unsur tolak ansur dikedua pihak. Kenyataan terbaru Mahiaddin memberi gambaran itu. 

Persoalan kini apakah usaha Pas untuk menyatu dan mendamaikan Umno - Bersatu itu akan berlaku. Apa pun titik tolak kemenangan mereka nanti bergantung kepada usaha Pas itu. Sekiranya Pas gagal menyatukan mereka dan menghindarkan berlaku perlawanan tiga penjuru di 27 kerusi itu, ini menjadikan impian mereka akan hanyut dan harapan untuk memerintah akan kecundang. 

27 kerusi yang dimaksudkan itu ialah; masing-masing satu di Perlis, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh Kedah, lima di Selangor, empat di Perak, empat di Pahang. Hampir semua kerusi-kerusi ini dalam Piraum lalu dimenangi oleh PH menerusi calon mereka PKR, Amanah dan DAP. Peratus undi Melayu di kerusi-kerusi ini di antara 50 peratus hingga 60 peratus. 

Secara terperincinya kerusi itu ialah; 

1. Kangar (Perlis). 

2. Jerlun (Kedah), 

3. Kubang Pasu (Kedah),

4. Kuala Kedah (Kedah),

5. Merbuk (Kedah),

6. Sungai Petani (Kedah),

7. Kulim Bandar Baru (Kedah),

8. Parit Buntar (Perak),

9. Tambun (Perak),

10. Lumut (Perak).

11. Sungai Besar (Selangor),

12. Kuala Selangor (Selangor),

13. Hulu Selangor (Selangor),

14. Kapar (Selangor),

15. Kuala Langat (Selangor),

16. Titiwangsa (WP Kuala Lumpur),

17. Kuala Pilah (N Sembilan),

18. Tampin (N Sembilan),

19. Sri Gading (Johor),

20. Tanjung Piai (Johor),

21. Tangga Batu (Melaka),

22. Putatan (Sabah),

23. Raub (Pahang).

24. Indra Mahkota (Pahang).

25. Kuantan (Pahang),

26. Temerloh (Pahang).

27. Pokok Sena (Kedah). 

[wm.kl.8:33 am 28/09/20222]


No comments: