Saturday, October 1, 2022

Apakah sejarah 44 tahun lalu berulang di Kelantan?

RENCANA KHAS

Mohamad Nasir
SEJARAH sering kali berulang. Banyak kejadian berulang semula setelah beberapa tahun atau berpuluh dekad kemudian. Kalau pun ia berbeza, ialah plot dan temanya saja, tetapi signifikannya tetap sama. Kalau pun yang berubah ialah pelakon, pengarah, atau pun tempat kejadian, bersesuai dengan peredaran masa. 

Namun yang pastinya sejarah itu selalu berulang sama ada disedari atau tidak. Itu adalah lumrah dunia.

Bertolak kepada hakikat itu, apakah sejarah politik di Kelantan yang berlaku 44 tahun lampau akan berulang. Sebenarnya setiap detik yang berdekap dan kita lalui, ia umapama kita sedang menyirat semua bilah-bilah sejarah hidup. 

Sejarah yang dimaksudkan lewat catatan ini ialah kejatuhan kerajaan Pas Kelantan pada tahun 1978. Kini sudah 44 tahun sejarah itu berlalu ditelan waktu, banyak orang tidak mengetahuinya apa lagi mempedulikannya.
Kejadian-kejadian sejarah itu dianggap tidak lebih daripada catatan sejarah untuk dikenang semata-mata bukan diambil iktibar. Wahal sesuatu sejarah itu ada kaitan dengan putaran waktu dan kehidupan masa kini. Sejarah adalah cermin besar untuk menilik kehidupan.

Bangsa tidak mengenang.

Husam Musa simulasi masa lalu sedang 
berjalan.
Tentunya generasi muda, baik dalam kancah politik hari ini, tidak pernah mengetahui sejarah penting
dalam politik itu bahawa ia sedang berputar balik untuk berulang sekali lagi dan seterusnya. Kata ahli falsafah bangsa yang tidak mengenang sejarah adalah bangsa yang rugi. 

Sejarah dimaksudkan dalam catatan ini, kejatuhan kerajaan Pas yang telah berdiri selama 18 tahun. Orang-orang lama Pas akan bernostalgia penuh kesedihan dan kemarahan dengan peristiwa ini.
 
Sejarah itu membuktikan dan memberi pengajaran bahawa Pas bukan sebuah parti berkerajaan yang tidak boleh ditumbangkan. Jika tersalah dan enggan memperbaiki kekhilafan, jahil membuat koreksi diri ia akan berlaku. Inilah iktibar dan ibrahah yang perlu dikenang.

Sejarah atau peristiwa di Kelantan 44 tahun lalu itu bermula dengan satu pergolakan dalaman yang berlaku dalam parti itu (Pas) berpunca daripada perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti itu. Timbul rasa kesedaran dan bersalah kepada pemimpinnya yang tidak sanggup bersekongkol dengan aksi perbuatan yang boleh dianggap tidak suci kepada rakyat.

Ia bermula apabila seorang pemimpin Pas bangkit menentang apa difahami sebagai mencegah  kemungkaran demi membawa kebaikan untuk rakyat. Beliau ialah MOHAMAD BIN NASIR,yang menjadi menteri besar Kelantan pada tahun 1978. 

Kesempatan menjadi MB memberi ruang dan peluang kepada Mohammad Nasir untuk menyemak dan menyelidik pentadbiran kerajaan Pas sebelum ini, khasnya ketika Ishak Lotfi Omar dan Mohd Asri Musa menjadi menteri besar Kelantan. 

Dalam semakan itulah beliau menyedari bahawa dalam pentadbiran lalu berlaku kepincangan, dimana kerajaan Kelantan telah memberi konsensi kawasan balak seluas 350,000 ekar kepada sebuah syarikat pembalakan daripada Singapura, bernama Timber Mine Corporation Industrial. Kerana daripada pandangannya pemberian itu sesuatu yang tidak wajar kerana menyebabkan “tergadainya” tanah rakyat Kelantan kepada warga asing, maka beliau berusaha menebusnya kembali.

Usaha penebusan itu, menyebabkan Mohamad Nasir telah dianggap sebagai pemimpin yang baik, jujur dan tidak bersekongkol dengan "penyelewengan" kerajaan Pas terdahulu. Manakala dalam masa sama, caranya itu seperti tidak menghormati dan akur keputusan kerajaan sebelum itu. Maka beliau dituduh sebagai membantah arahan kerajaan. 

Walaupun pemberian itu dibuat oleh kerajaan Pas terdahulu atas kepentingan demi pembangunan untuk rakyat menerusi terma-terma perjanjian khusus, tetapi ia sengaja tidak dilihat atau mahu difahami oleh Mohamad Nasir dengan tujuan baik itu dan demi bermanfaat untuk rakyat itu. Kejayaan Umno mempengaruhinya demi kepentingan politik parti itu tidak disedari Mohamad. 

Jatuhnya kerajaan.

Kemuncak daripada salah faham dan pengertian itu, beliau diminta berundur sebagai MB secara terhormat, tetapi beliau enggan memantuhi apabila menyedari beliau berada di pihak rakyat, yang akhirnya undi tidak percaya dilakukan. Natijah daripada perselehengan itu berakhir dengan Mohammad Nasir disingkirkan daripada Pas. Penyingkiran inilah mecetuskan krisis besar dalam politik Pas di Kelantan membawa kepada kejatuhan kerajaan Pas yang telah berkuasa selama 18 tahun.

Tema atau kisah dilalui Muhammad Nasir itu kini sedang berulang di Kelantan waktu ini. Ia dalam episod dan segmen berbeza, tetapi bakal memberi senario atau impak yang sama. 

Ia bermula dengan penyingkiran pemimpin. Seorang pemimpin kanan Pas telah disingkir daripada Pas pada tahun 2015, kerana pemimpin itu memperkatakan sesuatu yang jujur dan benar demi kemaslahatan kerajaan Pas. Beliau mendedahkan akan agenda Pas yang sedang mengatur untuk bekerjasama dengan Umno, yang baginya (ketika itu) kerjasama dengan Umno sesuatu yang tidak diperlukan memandangkan parti itu penuh dengan pemimpin korop. 

Baginya tidak pantas untuk Pas berkolaborasi dengan sebuah parti kotor. Gara-gara pendedahan dan penentangan itulah menyebabkan beliau di singkir daripada Pas.

Watak atau pemimpin yang dimaksud itu ialah HUSAM BIN MUSA yang pernah menjabat jawatan Exco Kanan Kelantan dan menjadi Naib Pesuruhjaya Pas Kelantan. Seorang tokoh Pas yang pernah dibayangkan dan tepat untuk mengganti Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin Pas dimasa akan datang.

Apa yang dilalui dan dirasai oleh Mohamad Nasir dahulu ikut dirasa dan dilalui oleh Husam waktu ini. Mereka seakan berjalan di laluan atau denai yang sama. Seperti mana Mohamad Nasir tidak boleh bekompormi dengan kemungkiran, demikian juag dengan Husam, tidak akan tunduk dengan tuntutan berupa tidak berlaku adil dan amanah dengan kuasa yang dimandatkan rakyat.

Lantaran itu selepas disingkirkan tahun 2015 Husam lebih galak lagi mendedahkan pelbagai bentuk penyelewengan dilakukan kerajaan Pas. Beliau telah mendedahkan sikap tabiat (behavior) Pas yang telah berubah khasnya sejak selepas peninggalan Allayharyaham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau lakukan itu atas sifat dan fungsinya sebagai khalifah. 

Tubuh SveKelantan.

Kini Husam bergerak siang malam mendedahkan segala kepincangan, kelemahan dan penyelewengan kerajaan Pas dalam usaha untuk menyelamatkan khazanah rakayt Kelantan yang dilahapkan bertopengkan membangun bersama Islam. Husam tidak sanggup melihat nasib dan masa depan negeri Kelantan dengan apa dilakukan pentadbir kini. Misalnya lebih 6,000 ekar tanah hutan simpan kekal (HSK) di Gua Musang telah diberikan kepada orang asing atas nama pembangunan pertanian dan pembalakan.  

Kerosakan ekosistem yang berlaku kini kerana kelemahan pentadbiran sungguh menyedihkan. Keadaan itu ditambah dengan keselesaan untuk rakyat seperti masalah air tidak dapat diatasi begitu mengharukan perasaan. 

Jelas tanggungjawab dan peranan dimainkan Husam itu sama dengan apa yang dilakukan Mohamad Nasir lebih empat dekad lalu. Demi untuk menjaga khazanah negeri Kelantan, Mohamad Nasi bertindak kontra dengan naluri pemimpin Pas waktu itu. Nah, demikian dengan Husam hari ini melakukan hal sama. Beliau tidak mempedulikan mengenai nasibnya dalam politik Pas, tetapi mengutamakan kepentingan rakyat. Beliau telah menjadi lilin membakar diri untuk rakyat. Lantaran itu apa dilakukannya disanjung oleh rakyat khasnya yang tidak berkepentingan dan tahu erti menyayangi khazanah negeri.

Perlahan-lahan Husam kini muncul sebagai wira dan pembela nasib rakyat rakyat dan negeri Kelantan. 

Setelah disingkir daripada Pas beliau menyertai parti Amanah Negara (Amanah) bagi meneruskan perjuangannya. Sedikit berbeza dengan Muhmad Nasir yang menubuh Berjasa selepas dipecat daripada Pas. Namun ia tetapi ada persamaan, apabila Husam yang kecewa dengan penampilan dan cara parti Amanah berpolitik, memaksa beliau telah menggerakan sebuah Ngo Gerakan SaveKelantan (GSK). 

Perwujudan SaveKelantan walaupun bukan seperti parti politik, tetapi fungsi dan peranannya ke arah itu. GSK akan jadi landasan dan medium untuk rakyat Kelantan berpolitik secara lebih profesional atas nawaitu dan semangat membela dan menjaga Kelantan. SaveKelantan bergerak meleati sempadanan partisan. 

Hari ini peranan dan nawaitu serta penerimaan rakyat kepada GSK Kelantan tidak dapat disembunyikan lagi. Ia diwujudkan untuk menumbangkan Pas di Kelantan setelah Pas gagal diselamat dari dalam secara berhemah. Bukan sahaja PH, bergabung dengan GSK, tetapi akhir-akhirnya ini juga Umno ikut sama tertarik dengan GSK dan lebih berkeyakinan untuk menumbangkan kerajaan Kelantan dengan Ngo ini.

Dari beberapa juzu apa yang berlaku kini, adalah sama senarionya apa yang berlaku 44 tahun lepas. Kerajaan Pas berusia 18 tahun tumbang apabila segala kepincangannya didedahkan oleh tokohnya sendiri, Mohamad Nasir bersama beberapa orang rakannya. Begitu juga yang sedang berlaku kini dengan pengalaman dan kesempatan berada dalam kerajaan Pas, Husam dapat melihat sendiri kepincangan, kelemahan dan salah laku kuasa terjadi. Apa mendukacitakannya, walaupun beliau bertindak menegurnya, tetapi ketamakan dan kemabukan kuasa bekas rakan-rakannya dalam kerajaan menyebabkan teguran dan kritik itu tidak dipedulikan dan lebih malang lagi beliau dianggap sebagai mengkhianat.

Seperti apa yang menjadi hasrat dan amanah Muhammad Nasir, kepentingan rakyat dan hak rakyat perlu dijaga. Maka beliau mengambil risiko menentang partinya sendiri, begitu juga Husam Musa, mengambil tanggungjawab dan peranan sama. Kemanusiaannya dan sifat amanah yang dianugerahkan Allah untuk menjadi khalifah masih dipikul. Kita percaya apa diperlukan Husam bukan untuk kepentingan dirinya sendiri, tetapi demi tanggungjawab terhadap rakyat.

Apakah yang sedang digerakan Husam sekarang ini, dan yang berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang kini, adalah simulasi apa yang berlaku di era Mohamad Nasir dahulu? Dan kalau berpandu kepada sejarah dan perjalanannya, ia tidak jauh berbeza. 

Soalanya apakah dalam memastikan kerajaan Pas yang sudah berusia 32 tahun ini Husam akan mengikut jejak Muhamad Nasir untuk memberi kesan kepada usahanya itu, ia berakhir dengan Husam akan bersama (berkerjasama) dengan Umno dengan menjadikan SaveKelantan sebagai parti politik, seperti Muhammad Nasir menubuhkan Berjasa kemudian bergabung dengan Umno? Masa dan keadaan akan menentukan. 

Dalam pilihan 1978, Berjasa menang 11 kerusi manakala Umno menang 23 kerusi dan Pas menang hanya dua kerusi sahaja. Selepas pakatan Berjasa – Umno berjaya ditumbangkan Pas, Mohamad Nasir sang tokoh rakyat itu dilantik menjadi MB. Walaupun partinya menang hanya 11 kerusi berbanding Umni 23, tetapi Mohamad Nasir dilantik jadi MB. Pelantikan Mohamad Nasir itu dilihat Umno tidak tamak kuasa ketika itu sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat. 

Apakah senario atau pun keadaan itu akan berulang sekali lagi setelah 44 tahun berlalu. Wala'hualam. [wm.kl. 4:07 pm 01/10/20222]

No comments: