Sunday, May 4, 2008
Catatan Pagi
MEREKA yang bimbang dengan nasib dan masa depan Melayu tidak pernah merasa letih mengajak dan menyeru agar orang Melayu bersatu. Berbagai persidangan, perjumpaan, perbincangan, seminar dan kongres ke arah itu juga telah, sedang dan akan dilangsungkan.
Kalau hendak dikira telah berjela-jela resolusi dan keputusan diambil mengenai perpaduan Melayu. Alasan dan hujah menekankan perlunya Melayu bersatu serta kebimbangan nasibnya di masa depan yang diberikan sudah cukup dan jelas kenapa Melayu perlu bersatu. Namun itu tidak membuahkan hasil lumaya dan seolah-olah bangsa Melayu ketika ini sedang berada di era sebelum terwujudnya Malay Union - berpecah dan bodoh untuk bersatu!
Kenapa desakan ke arah perpaudan Melayu bergema ialah kerana kedudukan dan kepentingan Melayu kian terancam. Dari masa ke semasa kekuasaan Melayu terhakis dan jaminan dalam perlembagaan juga longgar. Siapa yang merenggangkannya? Orang Melayu juga.
Maka oleh mereka yang prihatin dan bimbang kepada nasib Melayu menghimpun berbagai data dan fakta menunjukkan kelemahan Melayu untuk disedari. Dari data ekonomi kepada sosial dan berakhir kepada data politik. Data-data dan fakta itu semua menunjukkan mengenai keruncingan masa depan dan nasib bangsa Melayu.
Serentak dengan itu juga segala sendi dan baji yang boleh mengukuhkan kedudukan dan kuasa Melayu diketuk dan dibelek semula. Dalam pada itu tidak kurang juga berberapa kesalan dilepaskan dengan helaan nafas yang tidak puas dan semput. Seolah-olah kedudukan Melayu kini amat sukar untuk dipulihkan.
Kita tidak menolak dan menafikan akan kelemahan dan ketidaktentuan nasib Melayu 10 atau 30 tahun akan datang. Saya sendiri cukup yakin status quo yang ada kini akan berubah! Melayu pasti akan menghadapi perang besar di negaranya sendiri. Melayu akan jadi dagang di tanah airnya sendiri. Fitrah atau gejala semula jadi ini tidak terelak. Apa yang termampu dilakukan (kalau boleh) hanya melambatkan putaran atau ketibaan tarikh dan saat itu saja.
Jika orang Melayu tidak bingkas dan berusah nescaya tarikh itu akan menjadi lebih cepat daripada tempoh sepatutnya.
Persoalannya kini dan jarang orang Melayu cuba memahaminya, kenapa berlaku masalah itu semua? Kenapa Melayu berpecah dan lemah? Sepatutnya lagi matang kemerdekaan negara itu lagi kukuh persaudaraan dan silaturahim bangsa tonggaknya. Kalau persoalan ini terjawab saya kira Melayu tidak payah susah dan gaduh.
Dari dulu lagi saya telah mengutarakan kelemahan orng Melayu sehingga memungkinkan akan kehilangan segala hak dan kepentingannya suatu hari nanti kerana orang Melayu tidak yakin kepada diri sendiri. Mereka tidak percaya kepada sesama sendiri. Mereka lebih bersedia mendengar janji dan mudah terpesona dengan sandiwara orang lain berbanding saudara sendiri.
Orang Melayu juga bersikap tidak apa... dan terlalu tolenrasi; tidak mempercayai bahawa musuh Melayu ialah kaum lain dan menerima hasutan lain bahawa musuh satu pihak Melayu itu ialah Melayu juga. Kita lebih banyak membela tetamu daripada memberi makan dan peduli kepdaa anggota keluarga sendiri!
Dalam konteks ini ialah Melayu berbangsa Umno sangat percaya kepada rakan kongsi mereka dan apa yang dirangkakan oleh penjajah menjadi pegangan yang tidak boleh dilepas dan dirombak. Walhal dalam masa sama orang lain sudah berkali-kali mahu merombak kerangka itu untuk kepentingan mereka. Manakala kerangka bikinan penjajah itu adalah bom jangka yang dikira akan meletus bila tiba masanya.
Bangsa Melayu Umno tidak percaya kepada bangsanya sendiri. Lantas mereka lebih mempercayai dan senang berfikir dan berbincang dengan bangsa lain. Bangsa Melayu Umno melihat bangsa Melayu lain seperti Pas dan PKR sebagai musuhnya yang akan merampas kuasa politik mereka tanpa mereka mencongak bahawa rakannya itu juga berfikiran sama seperti Pas dan PKR.
Tanpa disedari oleh bangsa Melayu Umno hubungan dan kepercayaan yang mereka berikan itu perlahan-lahan diambil kesempatan oleh rakan mereka untuk mengukuhkan kedudukannya. Mereka tidak sedar dan tidak mahu belajar untuk sedar. Perpaduan nasional, tragedi 13 Mei terus dijadikan pesaka dan azimat untuk terus mempercayai dan melindungi rakan-rakannya itu.
Sedangkan si rakan itu menggunakan kebaikan Umno ini untuk meletakakan mereka sama taraf dengan Melayu. Perlahan-lahan desakan dibuat agar segala yang menghalang dan mengikat mereka daripada duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Melayu dibuang dan dihapuskan.
Malangnya lagi, bangsa Melayu Pas yang kecewa dengan tindakan bangsa Umno itu mula mencari formula sendiri. Bahayanya mereka juga terikut dengan cara Umno mendekati bangsa lain dan menjadi rakan kongsi dalam perdagangan politik. Pas bersedia mengadaikan maruah dan prinsip perjuangannya.
Apabila Pas juga sudah mengikut rentak politik Umno maka orang Melayu sudah tidak ada pilihan dan alternatif lain lagi. Keadaan ini menjadikan bangsa Melayu semakin cemas dan
kabur. Sebenarnya pembaharuan politik inilah yang akan menumbang dan melemahkan Melayu.
Selain itu ketidakyakinan bangsa Melayu kepada agamanya sendiri juga menjadi faktor melemahkan Melayu. Mereka tidak yakin agama memberi mereka kekuatan - hasanah. Perpaudan dan ukhwah menerusi agama menjamin keselamaatan di dunia dan akhirat tidak diyakini dan beranggapan itu sebagai ritual agama (omongan kosong kaum spritual) saja dan menjadi penghalaang besar kepada kerja mendapat kuasa politik duniawi.
Kepada Pas mungkin mereka perlu meralat tindakan atau polisi politik mereka ke belakangan ini yang agak terpesong. Kononnya ia dilakukan atas nama pembaharuan dan berpijak di bumi nyata, sedangkan bumi yang bakal dipijak adalah atas tanah lembut dan tanah jerlus! Apakah yang mereka kejarkan dalam perjuangan, apakah pangkat ataupun kelangsungan perjuangan menegakkan agama? Nampaknya Pas juga terkeliru dan berada dalam debu kekaburan mengenai hal ini.
Kesimpulannya apa yang menjadi penyebabkan kepada kelemahan dan kehancuran Melayu ialah pertama kerana sikap tidak yakin Melayu kepada diri sendiri - sesama Melayu iaini Umno kepada Pas, dan kedua ketidakyakinan mereka kepada kesejahteraan yang dijamin oleh agama. Kalau mereka dapat memulihkan situasi ini kedudukan Melayu dan kuasanya pasti akan terjamin dan tidak perlu dibimbangi seperti hari ini. [wm.kl 9:00 am 04/05/08].
Saturday, May 3, 2008
Ulasan Kejadian
Seperti mana kata Mohd Asri beliau bukan anti manusia bernama penyanyi itu ataupun anti muzik, tetapi yang beliau mahukan konsert itu hendaklah berdisiplin dan bermatlamat baik. Memang tidak ada gunanya konsert seperti Jom Heboh itu kalau ianya berlandaskan kepada nafsu dan hiburan jahiliah seratus peratus tanpa membangun diri manusia.Friday, May 2, 2008
Laporan Terkini
(kemaskini) Raja Petra Kamaruddin pemilik web Malaysia-today kini sedang disoal siasat oleh Polis cawangan Jenayah Siber di Bukit Aman. Menurut isterinya, Marina yang kini berada di perkarangan balai polis berkenaan, Raja Petra dibawa ke balai polis jam 4:00 petang tadi.
Mulanya beliau dikehendaki menghadirkan diri jam 11:00 pagi esok.Sepasukan polis yang mengandungi tujuh atau lapan orang telah menyerbu rumah Raja Petra di Sungai Buloh dan merampas dua uni komputer bimbitnya kira-kira jam 9:00 pagi tadi.
Beliau disoal siasat di bawah Akta Hasutan ekoran sebuah tulisannya di dalam Malaysia-today berjudul "Let's send Altantuya murderers to Hell", yang dipostingkan beberapa hari lalu.
Untuk makluman saya sekarang ke Bukit Aman untuk melihat perkembangan selanjutnya. [wm.kl 5:24 pm 02/05/08].
(kemaskini) Sewaktu saya tiba diperkarangan Ibu Pejabat Polis Bahagian Jenayah Siber di Bukit Aman, kira-kira jam: 6:40 petang Raja Putera sudah keluar. Sewaktu mencari parking beliau sudah berlalu dengan sebuah kereta berwarna hitam.
Beliau yang dihubungi menerusi telefon memaklumkan sedang menuju ke rumahnya dan mengucapkan terima kasih. Dari maklumat yang dikutip dari beberapa reporter beliau tidak membuat apa-apa kenyataan berhubung dengan soalsiasat yang dijalankan kira-kira dua jam.
"Beliau serahkan kepada polis samada hendak dakwa beliau di bawah Akta Hasutan atau tidak," jelas serorang rakan blogger sebelum menaiki keretanya dan berlalu. [wm.kl 11:24 pm 02/05/08].
Penjelasan
Berita Panas
KIRA-KIRA jam 9:00 pagi tadi sepasukan polis telah mendatangi rumah 'raja blogger', Raja Petra Kamaruddin di Sungai Buloh dan telah mengambil dua unit komputer.
Menurut isteri Raja Petra, Marina dihubungi sekejap tadi memberi tahu tujuh atau lapan orang anggota polis, tiga bermotorsikal dan dua buah kereta tiba di rumhanya kira-kira jam 9:00 pagi dan mengambil dua buah unit komputer.
Ditanya apakan alasan atau sebabnya Marina menjelaskan, ia ada sangkut paut dengan Akta Hasutan.
Menurutnya, suaminya itu diminta hadir ke pejabat Jenayah Siber Bukit Aman berhampir Bank Negara jam 10: 00 esok. Raja Petra tidak dapat dihubungi kerana sibuk! Kejadian seumpama ini pernah menimpa Raja Petra sebelum ini. Beliau juga pernah disoalsiasat oleh polis dibawah Akta Hasutan ekoran penyiaran satu komen liar dalam blognya tahun lalu.
Kenyataan Marina mengesahkan berberapa SMS yang masuk ke telefon saya sejak jam 10:00 pagi tadi yang memaklumkan rumah Raja Petra digelidah polis. Berita seterusnya akan menyusul. [wm.kl 12:30 am 02/05/08]
Thursday, May 1, 2008
Luahan Rasa
SAYU juga hati saya apabila membaca berita hotel tempat saya sering menginap di Kota Bharu telah dijual dan kini bukan lagi menjadi milik Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Hotel Perdana yang terletak di Jalan Mahmod, Kota Bharu telah dijual kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan harga RM26 juta.
Laporan dipetik turut sama dijual ialah kompleks sukannya dengan harga RM4 juta.
Setiap kali saya pulang ke Kota Bharu, hotel itulah menjadi tempat penginapan atau melarikan diri dari kesibukan untuk menulis ataupun bertemu dengan para informa politik saya hingga jam 4:00 pagi.
Di hotel ini juga menjadi bilik gerakan dan kamar analisa persendirian saya setiap kali tiba pilihan raya umum. Biasanya saya akan membawa anak-anak dan isteri sebagai teman pembacuh air atau berkongsi kedukaan bila parti kalah.
Seribu kenangan
Bukan saja kepada saya, hotel ini juga meninggalkan seribu kenangan kepada Naib Presiden Pas, Muhammad Sabu. Cuma kenangan itu mungkin berbeza!
Bertempat di Dewan Bunga Emas di hotel itulah perlancaran buku saya berjudul; Tuanku Ismail Petra: Idealisme dan Keprihatin an Kepada Agama, Bangsa dan Negara (foto bawah) dilancarkan. Ia disempurnakan oleh Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra. Turut sama berangkat Raja Perempuan Kelantan.Pelancaran itu turut sama dihadiri Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ahli-ahli Exco dan pegawai kanan Kerajaan Kelantan.
Peristiwa perlancaran buku itu kemudian diikuti dengan majlis makan malam yang juga dihadiri sama oleh Sultan Ismail, Raja Perempuan dan dua anakanda baginda Tengku Temenggong dan Tengku Amalin Ai'shah Puteri, memberi seribu kenangan dan nostalgia kepada saya. Saya rasa sayalah penulis kerdil yang mendapat keistimewaan seperti itu. Bahkan di Malaysia, saya kira sayalah satu-satunya penulis politik yang mendapat keraian begitu besar dan hebat.
Turut tergadai
Majlis itulah menjadikan saya tidak akan dapat melupai Hotel Perdana sampai kapan pun. Jadi apabila hari ini ianya sudah dijual, saya merasakan kenangan manis dan nostalgia saya di Dewan Bunga Emas kira-kira 14 tahun lalu itu juga turut sama tergadai. Ah...Sudin.. Sudin...!
Suatu yang tidak mungkin saya lupa bermula di hotel berkenaan juga; majlis pelancaran buku itu muncul satu lagi peristiwa yang tidak akan terlupa. Gara-gara buku berkenaanlah menyebabkan saya kemudian disaman oleh bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud, menuntut saya membayar ganti rugi sebanyak RM20 juta.
Ekoran berlaku ketidak telusan mengenai kutipan majlis makan malam pelancaran buku itu juga menyebabkan saya disoal siasat oleh polis dan flat kediaman saya digeledah polis. Sepasukan polis lengkap dengan trak datang ke rumah saya, apabila saya telah menulis buku mengkritik pihak tertentu menerusi buku berjudul; Siapa Laga MB Dengan Sultan.
Banyak kenangan dan perisitwa bermula di hotel berkenaan.
Memanglah Hotel Perdana berada dalam keadaan menanggung kerugian sejak ke belakangan ini. Ura-ura ianya hendak dijual sudah lama kedengaran. Kalau kerana ianya tidak dibantah oleh Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) mungkin urusan penjualannya sudah lama berlaku.
Memang hotel berkenaan tidak menguntungkan. Makin lama disimpan ia menjadikan bebanan kepada PKINK badan yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbirnya. Hutang lapoknya berlonggok dan makin banyak.
Hairan juga bagaimana hotel berkenaan boleh rugi? Kebanyakan majlis atau function Kerajaan negeri diadakan di hotel berkenaan. Ataupun pengurusan tidak profesional atau terlalu banyak potong harga diberikan kepada agensi dan individu kerajaan menyebabkan ia rugi?
Selalunya begitulah berlaku ke atas aset-aset kerajaan. Ia diambil kesempatan oleh orang
tertentu untuk mendapat servis percuma.
Pelanggan Hotel Perdana juga makin hari makin berkurangan. Pelanggan mula melarikan diri kerana tidak ada perubahan dan suasana hotel berkenaan masih stail lama. Bukan itu saja karpet tidak berganti, peralatan eksesori lama, tv tidak berfungsi, plug rosak dan menyedihkan paip juga kadang-kadang meleleh macam budak kencing dedas. Bukan itu saja air yang keluar juga kekuningan bercampur karat.
Tidak mahu mandiAnak lelaki bongsu saya pernah merungut dan tidak mahu mandi selama menginap di situ. Katanya hotel apa macam ni mak, busuk!
Disebabkan kekurangan dan kelemahan itu makin hari pelanggan mula meninggalkan Hotel Perdana dan mencari hotel baru yang lebih selesa dan menyediakan banyak kemudahan. Nasib hotel itu macamlah orang politik yang sudah tua, sudah tidak berpengaruh dan gagah lagi, di mana ia akan ditinggal dan dibiarkan bersendirian.
Apapun tindakan kerajaan Kelantan menjual hotel itu diharap langkah yang positif. Selepas ini semoga akan ada sebuah hotel baru yang dimiliki kerajaan negeri sebagai mengganti hotel berusia 28 tahun itu. Berapa banyak komisyen orang yang menguruskan penjualan itu jangan ditanya, nanti ada yang melenting macam kambing gila betina! [wm.kl 9:00 am 01/05/08]
Wednesday, April 30, 2008
Catatan Malam
SAYA setuju sangat dengan pandangan sdr Roslan SMS yang mengatakan Menteri Penerangan yang baru Ahmad Shabery Cheek berfikiran singkat dan cetek.
Tentu Roslan merujuk untuk berpandangan demikian ekoran kenyataan atau ulasan Shabery Cheek mengenai siaran langsung selama 30 minit semasa soal jawab sidang Dewan yang mula disiarkan oleh RTM hari ini.
Khabarnya Shabery sedih dan kesal apa yang berlaku dengan siaran langsung berkenaan. Apa yang beliau sedih kerana pembangkang telah mengambil kesempatan dengan siaran langsung berkenaan untuk political mileage. Memanglah perkara itu tidak dapat dielakkan. Orang politik akan berpolitik di mana saja tidak kira di dalam tempayan atau pun dalam kandang kambing.
Tidak salah! Tok Guru sendiri mengatakan masjid adalah tempat paling sesuai untuk berpolitik, berdakwah dan menyebarkan risalah Islam. Cuma Khir Toyo saja tutup dan kunci masjid dan surau daripada digunakan untuk berpolitik.Apabila Shabery telah membuka RTM untuk orang politik (Ahli Parlimen) maka bodohlah mereka kalau tidak menangguk di air keruh, eksploitasikan siaran langsung berkenaan untuk faedah mereka kerana ianya diikuti oleh jutaan penonton. Khabarnya setakat Shabery jadi menteri petonton RTM berlipat ganda hampir menewaskan penonton TV3?
Seperti kata Roslan, apakah Shabery tidak terfikir sebelum memutuskan untuk membuka siaran langsung itu. Dengan komposisi pembangkang sebanyak 82 orang dan wakil Kerajaan 72 (tidak masuk menteri dan timbalan menteri), pasti ia hangat dan hebat. Kalau mereka bertumbuk pun tentu wakil kerajaan akan kalah.
Lain kali kalau nak buat sesuatu fikirlah banyak dan acap kali sikit. Jangan setelah buat baru tahu salah dan silap. Dalam hal ini saya sendiri nampak Shabery seperti mudah hilang arah. Tengok isu mengenai penarikan keluar Radio Selangor FM. Baru Khalid Ibrahim acah dia sudah mengelabah dan emosi lantas arah Radio FM Selangor keluar dari bangunan Sultan Sallehuddin Abdul Aziz (SSAA) di Shah Alam.
Mana profesionalisme Shabery? Sebelum ini orang fikir Shabery berbeza dengan Zainudin Maidin yang pongah, keras kepala dan emosi. Orang ingat Shabery tidaklah sesempit Zainuddin berfikir kerana beliau dilihat seorang yang cerdik dan berfiikir menggunakan kedua belah otaknya tidak seperti Zainuddin yang menggunakan separuh otak saja. Rupa-rupa mereka tidak jauh berbeza, dua kali lima sahaja.
Kalau beliau benar-benar nak reform RTM bukalah siaran langsung berkenaan seluas-luasnya. Biarkan samada ia hendak dieksploitasikan oleh pembangkang atau tidak. Kenapa perlu takut? Kalau pihak kerajaan merasa benar, kenapa perlu takut lawan dengan berhujah dan berfakta. Parti politik dalam sebuah negara demokrasi yang masak dan matang bersedia menerima pandangan dan kritikan pihak lawan.
Bagaimana nak reform RTM kalau pemikiran singkat dan cetek? Baru langkah gelanggang sudah hendak tarik diri! Nampaknya pi mai pi mai RTM tetap macam dulu juga. Tidak berubah dan tidak beralih. Kepada sdr Roslan sebenarnya jangan rasa pelik dan aneh dengan ahli Parlimen Kemaman ini. Orang sudah melewati sempadan dan tengelam dalam mega maya IT beliau masih lagi terkenangkan nostalgia lama untuk menghidupkan wang pacak.
Jelas pemikiran Shabery masih di era merdeka. Era budak-budak kampung yang masih lagi diserang cacing, perut buncit dan tidur malam tungging punggung. Jadi wawasan dan idea Menteri Penerangan Malaysia ini sama saja tarafnya dengan wayang pacak saja. Sekali lagi tidak pelik kerana Shabery adalah anggota Kabinet Abdullah Badawi bukannya Dr Mahathir Mohammad.[jln pahang. 11:30 pm 30/04/08].
Terima Kasih
PETANG tadi hitungan mereka yang klik atau menjenguk blog Merah Tinta mencecah ke angka 500,000 atau setengah juta. Catatan terakhir jam 10:18 malam menunjukkan 501.851. Kiraan ini bermula pada 9 Oktober 2007.
Bilangan atau jumlah yang dijenguk menerusi blog atau laman lain tidak dikira. Beberapa laman web atau blog rakan-raskan terus menyedut dan mengambil posting dari blog ini secara permanent.
Alhamdulilah! Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penjenguk setia blog ini. Atas kerjasama dan rangsangan daripada anda sekali menyebabkan saya kadang-kadang kelewatan tidur atau pun terpaksa membuka laptop sebelum fajar menyingsing untuk mengisi blog.
Yang kadang-kadang memeningkan saya apabila terlewat posting adalah panggilan atau SMS yang bertanya kenapa lewat mengisi (update) blog. Itu semua cabaran dan rangsangan untuk saya.
InsyaAllah saya akan terus berblog bersama anda sekalian. Dalam pada itu saya sangat mengharapkan kejasama dan bersedia mengongsi apa-apa juga bahan yang dikira boleh memberi manfaat kepada agama, bangsa dan tanahair. Terima kasih diucapkan kepada penjenguk setia yang banyak mendorong dan memberi maklumat atau bahan dan juga menengur mengenai kesalahan ejaan yang sememangnya tidak dapat dihindarkan. Sekali lagi terima kasih diucapkan.
Tunggu posting mengenai ulasan sebuah buku yang membabitkan jenayah seorang menteri di mana di dalam buku itu turut menyebut nama saya. Saya akan ulas dan membuat penjelasan dalam sedikit masa nanti. MSO [wm.kl 10:15 30/04/08]
Sebelum Beradu
Menurt Ku Li, sepatutnya Abdullah tidak menyekat ahli peringkat akar umbi menyuarakan pendapat dan pandangan mereka dan mereka sepatutnya diberikan kebebasan seluas-luasnya demi kebaikan parti.
“Di dalam perlembagana Umno jelas mengatakan, ahli boleh memanggil mesyuarat agung khas sekiranya ada keperluan mendesak dan boleh dibuat bila-bila masa sekiranya atas kehendak ahli,” katanya.
Ditanya mengenai perjumpaan beliau dengan Anwar Ibrahim di atas kapal terbang beberapa hari lalu, Ku Li menjelaskan memang beliau ada bertemu dan berbincang dengan Anwar. “Lama juga saya berbincang dan bercakap dengan beliau,” akui Ku Li. Ditanya apakah butirannya, beliau enggan menjelaskan hanya berkata, “adalah berberapa perkara penting di mana saya tidak perlu sebutkan di sini buat masa ini,” katanya sambil ketawa.
”Saya kira Anwar ada cara dan strateginya sendiri kenapa beliau yakin kerajaan akan berubah dalam tempoh terdekat,” jelasnya. "Saya bimbang kalau Umno dan berhati-hati dakwaan itu akan menjadi kenyataan!" tambahnya.
Kira-kira 300 orang hadir pada majlis sambutan hari jadi Rohaya di mana kebanyakan mereka rakan-rakan baik Ibrahim dalam politik.
Antara yang turut hadiri ialah bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzil, bekas Timbalan Meneri Pendidikan, Khalid Yunus, Datuk Kadar Shah, Tamrin Ghafar, Suhib Lazim, Ibrahim Azmin, Ali Parlimen, Indra Mahkota, Azan Ismail, Kamal Amir Kamal Hijaz dan lain-lain. [wm.kl 1:10 am 30/04/08].
Tuesday, April 29, 2008
Parlimen
Pertama ialah saranan baginda supaya ahli-ahli Parlimen menjadikan Dewan Rakyat sebagai persada untuk membahas dan membangkitkan isu-isu berhubung dengan rakyat.

Baginda memberi ingatan ini mungkin kerana sebelum ini terdapat sesetengah ahli Parlimen tidak begitu mengambil berat terhadap tugas dan tanggunjawab mereka seperti mana sewajarnya.


