Friday, May 6, 2016

Serpihan helikopter AS350 yang hilang ditemui

TERKINI

Najib Razak mengumunkan penemuan serpihan helikopter.
Pengumuman yang dibuat oleh Najib Razak menerusi satu sidang akhbar khas di Kuching yang disiarkan oleh media eletronik sekejap tadi berhubung kehilangan helikopter AS350 di Sarawak meluhkan jiwa raga.

Menurut PM, pasukan pengesan dan pencari (SAR) sudah menemui beberapa serpihan yang dipercayai dari helikopter yang dilaporkan hilang itu.

Buat masa ini pasukan pencari dan penyelamat sedang mencari badan helikopter berkenaan. Belum dapat dipastikan mengenai nasib kesemua penumpang helikopter berkenaan dan juruterbangnya.

Keadaan juga belum dapat dipastikan apakah helikopter malang itu jatuh dan lesap dalam sungai atau pun tidak. Bagaimana pun Najib mengesahkan antara penumpang helikopter berkenaan ialah Timbalan Menteri Perusahaaan Perladangan dan Komoditi, Noriah Kasnon, dan suaminya.

Turut berada sama Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar. KSU kementerian berkenaan Dr Sundran Ann Amalao serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Helikopter itu dipandu oleh Kapten Rudolf Rex Raga warga Filipina.

Sama-sama kita menunggu hasil pencarian seterusnya. Marilah berdoa agar semua penumpang helkopter itu selamat. [wm.kl. 10:49 am 06/0516]

Ya Allah selamatkan kesemua penumpang helikopter malang

CATATAN PAGI

Pilihan raya Sarawak yang akan berakhir menjelang jam 6 petang esok, seolah-olah menjadi anti klimeks dengan kehilangan sebuah helikopter yang membawa lima orang penumpaang termasuk beberapa orang vvip, wakil rakyat.

Fokus orang ramai kepada kehangatan pilhan raya yang sudah hampir penghujung itu, tergaanggu.

Ia juga menyebabkan mood parti-parti politik untuk meneruskan kempen ke titik terakhir menjadi tumpul kerana simpati dan terkejut dengan berita kehilangan helikopter itu. Sehingga malam tadi, nasib helikopter Eurocopter AS350 bersama lima penumpang itu masih belum diketahui.

Tuesday, May 3, 2016

DUN Terengganu perlu dibubar untuk beri laluan pilihan raya baharu

ULAS POLITIK GANU

Senario politik di Terengganu adalah lebih menarik dengan keadaan di Sarawak ketika ini yang dalam proses pemilihan kerajaan baharu. Di Sarawak walaupun parti BN (PBB) sedang berperang ke titisan darah terakhir bagi memertahankan maruah dan kuasa, namun keputusannya seakan sudah dapat dibaca. BN akan terus kekal berkuasa di negeri Bumi Kanylang itu.

Mustapa Ali
Di Terengganu, keadaan politiknya tertutup dan terbuka, sekejap off sekejap on. Senario politik Terengganu menjadi tidak tentu arah sejak berlakunya pertukaran MB, daripada Ahmad Said kepada Ahmad Razif Abdul Rahman dua tahun lepas yang dianggap berlaku secara paksa dan mengejut. Suasana dalam Umno Terengganu kini seakan terkena badi keramat Ahmad Said?

Peristiwa usul tidak percaya kepada Ahmad Razif yang dibawa bekas MB Ahmad Said kemudian diselamatkan oleh Speaker, Zubir Embong telah meletakkan suasana politik di negeri Penyu itu bergelora. Musim panas el Nino tidak memberi kesan, lautan politiknya terus bergelora dan menenangkan.

Monday, May 2, 2016

Pujian dengan sikap Pas Kedah

STOP PRESS

Pendirian Pas Kedah tidak mengenakan apa-apa tindakan disiplin ke atas du orang wakil rakyatnya dialu-alukan dan satu pendirian yang tepat dan menggambar sikap terbuka Pas berkenaan.

Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuzz Omar dan Adun Kubang Rotan Nazir Mustafa diberi surat tunjuk sebab atau penjelasan kerana penglibatan mereka dalam program Selamatkan Malaysia yang membabitkan Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Setiausaha Pas Kedah Musoddak Ahmad menjelaskan tidak ada tindakan disiplin ke atas mereka berdua. Mahfuz dan Nasir juga memberi kerjasama yang baik dalam menjelaskan surat yang ditujukan kepada mereka.

Sikap terbuka Pas Kedah itu seharusnya menjadi ikutan Pas negeri-negeri lain yang juga berhadapan dengan kerenah ahli yang memerlukan teguran dan penjelasan berkaitan sesuatu perkata dilakukan ahli. Sikap terbuka begitu juga boleh mengelakkan Pas berpecah sesama sendiri dan parti itu dilihat sebagai sebuah parti yang demokratik.

Sekiranya Pas Kedah khasnya dan Pas negeri lain kekal dengan semangat ukhwah berkenaan, pasti parti itu utuh dan terus mendapat dokongan dan kepercayaan orang ramai. [wm.kl.5:57 pm 02/05/16] 

BN boleh kekal kerajaan Sarawak tetapi mungkin kerusi berkurangan?

ULAS PRN SARAWAK

Bangunan DUN Sarawak.
Pilihan raya negeri Sarawak akan berakhir kurang 100 jam lagi. Menjelang hari-hari terakhir situasi semakin gawat dan panas. Apa dirasai di Sarawak berbeza daripada apa dirasai oleh peminat dan pemerhati politik di Semenanjung. Sebab itu untuk mengetahui suhu sebenar kita harus ke Bumi Kenyanlang.

Jika diperhati dari sini apa lagi mengikuti laporan media arus perdana (PB), pilihan raya Sarawak seakan berjalan dengan baik dan sempurna. Laporan bersifat propaganda itu memberi gambaran parti pemerintah BN Sarawak akan menang dengan mudah. Sepanjang sejarah media di Malaysia setiap kali berlangsung pilihan raya mereka akan memberi gambaran selamat kepada parti sokongan mereka.

Sunday, May 1, 2016

12 hari berihat dalam ward

PERMAKLUMAN

Mustapa (Tok Pa) menjenguk saya di PPHUKM. 
Selama 16 hari blog saya tidak dikemaskinikan. Rasanya penjengok sudah dapat mengagak kenapa? Penjengok yang faham dan mengetahui situasi diri saya tidak berasa pelik. Selama tempoh itu saya terpasung di ward 6G di PPUKM Cheras, kerana mengalami tekanan darah rendah sebaik selesai menjalani kemo pusingan akhir, ke 6.

Malam Jumaat 15 April saya terjatuh dalam bilik air menyebabkan dahi pecah dan dikejar ke hospital. Kesannya 7 jahit terpalit di dahi.

Thursday, April 14, 2016

Ahmad Yakob dimasukkan ke hospital

Lewat tengan malam tadi menerima perkhabaran daripada waris terdekat MB Kelantan Ahmad Yakob yang memaklumkan MB itu kini berada ward neurologi hospital Universiti Sains Kubang Kerian. Beliau dilaporkan mengalami pendarah di kepala disyaki diserang stroke.

Ahmad akan menjalani pembedahan hari ini.

Dalam pada itu pihak pejabat MB itu telah mengeluarkan kenyataan rengkas memperihalkan keadaan Ahmad. Kenyataan itu memohon agar orang ramai mendoakan untuk kesejahtraan MB berkenaan. Sama sama kita panjatkan doa untuk kesejahtraan Ahmad. [wm.kl.6:43 am 14/04/16]

Wednesday, April 13, 2016

Awang Adek berada dalam negara akan menghadap Najib?

KHABAR TAK SAHIH

Sudah hampir dua minggu Bank Negara tidak mempunyai Gebenur. Zati Aziz sudah bersara mulai 1 April lalu. Cerita siapa dia akan dilantik menjadi pengganti Zeti juga senyap sunyi. Secara amalannya Gebenur Negara dilantik oleh jawatankuasa tadbir urus. Ia tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri.

Tetapi bolehkah dalam situasi hari ini perdana menteri yang diserang oleh segenap penjuru dunia, beliau tidak akan masuk campur. Para penganalisa kewangan berharap Gebenur Bank Negara tidak akan dilantik di kalangan orang politik. Biarlah peneraju bank pusat itu diuruskan oleh mereka yang pakar dan tidak menunjukkan kecenderungan melampau kepada politik agar ia bergerak bebas sesuai dengan fungsi dan peranannya.

Seperti dikatakan tadi, dalam keadaan Najib terhimpit kini apakah beliau akan akur kepada permintaan itu? Tidakkah beliau akan merestui pelanbtikan itu dari kalangan individu yang sedia samina dan wathana kepadanya?

Tuesday, April 12, 2016

Syarahan Zakir Naik bukan ancaman kepada agama lain

STOP PRESS

Kehadiran pendakwah bebas dari India Zakir Naik (foto) ke negara ini tidak perlu dilihat sebagai ancaman kepada agama lain. Dalam syarahannya, perbandingan antara agama bukan pemikirannya tetapi ia adalah fakta dan hujah yang diambil dalam al-Quran.

Perbandingan mengenai sesuatu fahaman yang menjadi pegangan umat Islam dipadankan dengan pegangan daripada agama lain juga yang diambil dalam kitab muktabar agama-agama berkenaan. Beliau merujuk kepada kitab-kitab muktabar agama lain. Beliau hanya membuat kepasan dan kesimpulan untuk direnung dan difikirkan.

Tidak ada maksud langsung daripada beliau mengajak penganut agama lain meninggalkan kepercayaan mereka dan memeluk Islam. Dalam Islam tidak ada paksaan ke atas sesiapa pun.

Monday, April 11, 2016

Khabar angin politik yang seronok didengar

SELOKA PAGI

Berbagai-bagai khabar angin politik bertiup dan ditiupkan sehingga mengusik minda orang politik. Orang politik yang tidak ada pengetahuan dan cetek penilaian mengenai perang saraf politik akan mudah tersentuh dengan khabar-khabar angin politik itu. Sebaliknya bagi mereka yang sudah masak dengan sepak terajang politik akan membiarkan sahaja khabar angin itu berlalu atau mendengar pomimeknya dari jauh.

Ia dianggap tidak lebih daripada gimik murahan politik.

Ada macam-macam khabar angin yang tersebar dan diperkatakan saat ini. Paling baharu ialah kononnya bekas ketua Angkatan Muda PKR, (lupa nama) akan membuat come back untuk menyertai semula PKR. Satu perbincangan antara bekas ketua yang juga pelopor sumpah pemuda itu, kemudian dilanggarinya, telah diadakan dengan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.