SUSUPAN PAGI
SAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya empat buah parti sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusnya disokong bagi menjadi tonggak kerajaan. Parti-parti itu ialah Umno, Pas, Keadilan dan DAP. Alasan saya hanya parti ini ada asas dan teras yang kukuh penubuhannya.Wednesday, March 3, 2021
Parti Umno, Pas, Keadilan dan DAP tetap parti unggulan
Thursday, February 25, 2021
Parlimen tidak akan dibuka tetapi dibubar?
RESPON
| Guan Eng, Mat Sabu dan Anwar mengharap terus. |
Sebelum ini demokrasi Malaysia dan parlimen diterjemahkan sebagai sudah mati di negara ini apabila proklamasi diisytiharkan. Proklamasi itu dibuat tanpa hujah yang kemas dan melampau logikal menyebabkan ianya dilihat sebagai helah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin saja yang mahu menyelamatkan dirinya daripada dijatuhkan dalam parlimen.
Sunday, February 21, 2021
Umno jangan bunuh diri sendiri
RENCANA KHAS
Tuesday, February 16, 2021
Siapa layak ganti Ahmad Yakob sebagai MB?
RENCANA KHAS
![]() |
| Antara mereka bertiga siapa lebih layak jadi pengganti Ahmad Yakob. |
Thursday, February 11, 2021
Pembangkang jangan mengharap bulan jatuh ke riba
SENANDUNG TENGAHARI
SUDAH lebih seminggu sebahagian besar ahli Parlimen telah menulis warkah pohon Yang di-Pertuan Agong supaya menggunakan kebijaksanaannya bagi mempertimbangkan supaya Parlimen dibenarkan bersidang sekali gus memansuhkan darurat yang diisytiharkan 12 Januari lalu.Tampaknya belum ada apa-apa respons daripada pihak Istana.
Tidak ada sebarang kenyataan atau siaran media dikeluarkan oleh pejabat Istana Negara berkaitan dengan surat-surat permohonan itu? Yang ada, laporan polis dan kertas siasatan dibuka kononnya surat itu tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.
Friday, February 5, 2021
Rakyat perlu beri ultimatum kepada Muhyiddin
KHUTBAH PAGI
![]() |
| Muhyiddin perlu diberi kata dua. |
Sekiranya masing-masing sudah merasa kehidupan terancam atau bakal terjepit, maka sesuatu tindakan perlu dilakukan. Menanti dengan mengharap seperti janji burung Belatuk untuk membawa ulat kepada Murai, rasanya perbuatan yang tidak memberi kebaikan. Dan sia-sia sahaja.
Wednesday, February 3, 2021
Pemuda boleh selamatkan maruah Umno
RENCANA KHAS
![]() |
| Asyraf Wajdi dituntut jadi berani. |
Ia dianggap sayap Umno. Sejarah penubuhan pergerakan ini yang awal dikenali dengan Jabatan Pemuda sangat menarik dan signifikan dengan maksud dan tujuan penubuhannya.
Pergerakan Pemuda Umno ditubuhkan pada tahun 1947 hasil Persidangan Agung Umno yang diadakan di Seremban. Dua tahun kemudian ia terlembaga. Antara tujuan penubuhan pergerakan ini untuk menarik lebih ramai generasi muda menyertai parti tersebut sebagai "laskar" merdeka.
Saturday, January 30, 2021
Mengenal prinsip pejuangan Anwar
WALAUPUN nama Anwar Ibrahim sudah tidak asing lagi dikenali sebagai ahli politik bukan sahaja di negara ini bahkan ke seantero dunia di Timur dan Barat, namun tidak semua orang dapat mengenali dengan selumat-lumatnya. Bayangan dan noda yang dicipta untuk mengambusinya menjadikan orang keliru dan samar tentangnya.
Apa lagi generasi muda berusia dibawah 20 tahun yang dizahirkan selepas pasca Reformasi (selepas tahun tahun 1998), tidak begitu mengenali dan mengetahui denai-denai perjuangannya. Apa lagi mereka yang malas membaca, malas menelaah, waima yang berminat dengan politik pun tidak mudah mengenali Anwar yang telah begitu banyak dinodai dengan persepsi buruk angkara politik. Mereka lebih banyak mengetahui sisi gelap yang disogok daripada sisi putih yang perlu diselidiki.
Wednesday, January 27, 2021
Contohi Angela Dorothea Merkel
PERKONGSIAN
![]() |
| The Lady of the world - Angela Merkel. |
Tuesday, January 26, 2021
Penarikan PKP bukti kegagalan kerajaan?
SESUDAH SUBUH
SEMALAM Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah (foto) mengatakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 4 Februari nanti tidak akan dilanjutkan.Keputusan itu diambil menurutnya memandangkan PKP memberi kesan negatif, (keparahan) kepada ekonomi. Bagaimana pun untuk melandaikan lekok Covid, PKPB akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga beberapa bulan lagi.
Pihaknya yakin penurun kes Covid ke angka bawah 2,000 akan dicapai dalam masa dua minggu lagi dengan syarat SOP dipatuhi.








