Tuesday, August 31, 2021

Penyahwartaan hutan simpan Langat boleh jadi isu panas

ULASAN

MB kena jawab.
PENYAHWARTAAN sebahagian hutan simpan kekal (HSK) di Kuala Langat Utara bakal menjadi isu panas di Selangor jika ia tidak dituntaskan dengan baik. Pilihan raya akan datang menanti dengan penuh gahirah untuk menatang isu berkenaan sebagai modal politik utama.

Sudah pasti pihak pembangkang di Selangor akan menggunakan isu tersebut sebagai modal politik ampuh dengan menyocok pengundi pertengahan dan bukan Melayu agar menolak kerajaan PH yang akan diterjemahkan sebagai tidak mesra alam. 

Monday, August 30, 2021

Mustapa Bendahara kerajaan Ismail Sabri

ULASAN
Tok Pa menteri paling 
senior.

KABINET Ismail Sabri Yaakob tetap akan diperkatakan dari pelbagai sisi pada sepanjang masa. Yang relatifnya ia merupakan kabinet yang paling lemah dari segi keupayaan, baik dari segi penyandang jawatan menteri dan juga majoriti pembentukan kerajaannya.

Kabinet “Keluarga Malaysia” dibentuk dalam suasana yang tidak kondusif dan lemah apabila majoritinya tipis dengan kelebihan empat suara sahaja.

Keadaan itu ditambah pula dengan anggota kabinet yang dibarisi Ismail Sabri Yaakob terdiri muka baru dan mereka yang tidak berpengalaman, bahkan ada yang sudah menunjukkan kegagalan masing-masing.

Walaupun ia merupakan "kabinet obesiti" dengan 32 menteri dan 37 timbalan menteri, tetapi ia tidak menjamin dari segi keberkesanan dan kualiti kabinet atau kerajaan itu, kerana individu yang dibawa masuk menjadi menteri kebanyakan muka-muka baru dan mereka yang belum ada pengalaman. Setengahnya pernah jadi menteri tanpa membawa apa-apa kejayaan?

Lapok.

Saturday, August 28, 2021

Kabinet Ismail Sabri kabinet obesiti

ULAS KABINET

Ismail Sabri ketika mengumumkan
barisan kabinet semalam.
PENANTIAN selama hampir seminggu untuk melihat susunan kabinet perdana menteri ke-9 Ismail Sabri Yaakob (Main Berania) mengecewakan banyak orang. 

Sebelum ini orang mengira kabinet itu ada perubahan dan tidak dianggotai oleh orang sama. Sebagai kabinet dibentuk selepas menghuyupkan kabinet lama tentulah kabinet baru itu lebih berenergi.

Apa lagi sebelum dibentuk kabinet Ismail Sabri menjemput ketua-ketua parti pembangkang dalam PH, Anwar Ibrahim (Keadilan), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu ()Amanah). 

Wednesday, August 25, 2021

Langkah baik disukai rakyat

ULASAN 

Langkah baik yang disukai rakyat.
TANPA diduga hari ini berlaku pertemuan tiga pemimpin pembangkang dalam PH, Presiden Keadilan Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu (Amanah) dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jam, tanpa ada apa-apa desas desus dan spekulasi sebelumnya. Ini menjadikan pertemuan itu seperti eksklusif.

Pertemuan sebelum kabinet baru dilantik menimbulkan sedikit tanda tanya apakah pembangkang akan dibawa masuki ke dalam kabinet.

Kabinet Mail dibentuk oleh tiga kepala?

ULASAN 

WALAUPUN Ismail Sabri Yaakob (Mail) mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menyusun
kabinetnya, tetapi beliau tidak akan menggunakan kuasa itu kerana kedudukannya sebagai perdana menteri berbeza dengan kedudukan PM sebelum ini.

Masalah besar beliau ialah, tidak mempunyai majoriti melegakan untuk membentuk kerajaan secara bersendirian, atau sekurang-kurangnya 50% atas kehendaknya sendiri sebagai perdana menteri. 

Beliau terpaksa berkongsikan kuasa. Bukan sahaja peribadinya tidak berani, tetapi partinya juga tidak punyai kekuatan seperti sebelum ini.

Monday, August 23, 2021

Tiada kabinet perpaduan, Ismail Sabri terjepit

SUSUPAN PETANG

Perdana Menteri ke-9 mesyuarat
dalam jet?
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan kabinetnya dalam minggu ini tanpa penyertaan pihak pembangkang. Pengumuman dibuat sebaik senarai anggota kabinet telah diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong. Paling awal dijangka Khamis ini. 

Beliau menjelaskan demikian ketika bercakap kepada wartawan di Kedah hari ini, selepas beliau mengadakan lawatan ke kawasan tragedi petaka banjir di Yan dan Kuala Muda. Enam orang maut dalam malapetaka itu. 

Saturday, August 21, 2021

Ismail Sabri naik meroket, turun biarlah macam peracut

ULASAN PETANG


Ismail Sabri sedang angkat sumpah.
AHLI Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob 61, telah mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri ke-9. Apa yang berlaku tidak perlu ditakwil takwi lagi. Sudah muktamad, khalas, Ismail Sabri  adalah perdana menteri. 

Meneliti jejak perjuangan dan penglibatan Ismail Sabri dalam politik, boleh dikatakan pencapaiannya "meroket". Beliau tidak perlu mengambil masa panjang untuk duduk di kerusi nombor satu.

Jika diselak langkah pelaluan bekas-bekas PM sebelum ini, Ismail Sabri telah melangkaui rekod mereka, kecuali Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan Hussein Onn. Bekas PM lain harus berjalan terlalu lama, membina denai dan jalan ke Putrajaya. Bahkan ada yang berjalan sejak tahun 80-an hingga kini masih belum sampai, sampai, sampai. Tidak kurang juga ada yang tersesat jalan. 

Thursday, August 19, 2021

Ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan

PANDANGAN

BESOK sekali lagi Raja-Raja Melayu akan berangkat ke Istana Negara menjelang pemilihan perdana
menteri baru. Begitulah menurut maklumat media. Pertemuan itu mungkin ada kaitan dengan perkembangan hari ini, setelah para wakil rakyat selesai membuat pemilihan perdana menteri. 

Raja-Raja Melayu sebelum ini dipanggil untuk bertemu di Istana Negara semasa kemelut politik dan masa pembentukan kerajaan sebelum ini.

Kelicitan politik Umno

ULASAN 

 

Pening memikir politik yang
tidak ada integriti.
PERLAKSANAAN politik berdasarkan kepada madah atau kata-kata hikmah saya berbunyi: “SUMPAH DAN JANJI ORANG POLITIK TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, TETAPI JANGAN RASA MUSTAHIL DENGAN TINDAKAN ORANG POLITIK. 

"SUMPAH DAN JANJI ORANG POLITIK BUKAN UNTUK DISETIAI TETAPI UNTUK DIMUNGKIRI,” tampaknya jadi kenyataan dan terus relevan.

Madah atau kata-kata hikmah saya ini terbukti dengan apa yang berlaku dan menimpa negara kita hari ini. 

Wednesday, August 18, 2021

Rahsia doa sang fakir

TINJAU MALAM

Para gelandangan dan fakir miskin 
menanti untuk menerima sedekah.
MALAM tadi setelah lama tidak mengambil angin malam, selepas Maghrib saya bersama seorang rakan memasuki ke ibu kota. Lama tidak menjenguk ibu kota sejak negara diancam pandemik.

Saya melalui jalan Tuanku Abdul Rahman kemudian membelok untuk pulang melalui Jalan Raja Laut. Setiap kali saya lewati jalan ini saya tidak akan lupa memerhati kepada gelandangan dan orang miskin yang berkeliaran dan duduk-duduk tercatuk di pinggir jalan itu.