Sunday, June 3, 2007

Analisa Muktamar Pas Ke-53

Kebimbangan Yang Tidak Menjadi Kenyataan.

MSO
Muktamar Agung Pas ke-53 yang berlangsung di Pusat Terbiyah Islamiah Kelantan (Putik) mulai 1 – 3 Jun sudah pun selesai lewat petang tadi. Ini bermakna proses dan amanah dan tanggungjawab ahli-ahli parti itu untuk memilih barisan kepimpinan bagi sessi 20
07-2009 telah selesai dengan selamat dan jayanya.

Kebimbangan atau ramalan kononnya muktamar kali ini bakal berlaku up-set, apabila berlaku perlawanan untuk hampir semua jawatan utama nampaknya tidak menjadi kenyataan dan jauh meleset.

Sepanjang muktamar itu apa yang menjadi tumpuan ialah pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden antara penyandang Nasharuddin Mat Isa dengan Datuk Harun Taib. Kemunculan Harun mencabar Nasharuddin yang dikira tidak wajar itu telah menjadikan muktamar ke – 53 itu lebih menarik untuk diintai oleh orang luar khususnya.

Mulanya bagi Nasharuddin dan penyokongnya merasa bimbang dengan kemunculan Harun secara tiba-tiba itu. Kemunculan Harun itu dilihat tidak ‘tentu fasal’ dikiranya ada membawa agenda tersendiri dan bukan sekadar gurauan untuk menguji pengaruh peribadi beliau setelah ‘berlumut’ berada dalam Dewan Ulama atau sekadar memberi mesej agar Timbalan Presiden itu lebih efektif di masa akan datang.

Dalam perlawanan itu Nasharuddin berjaya mengekalkan kedudukannya dengan mendapat undi sebanyak 574 undi sementara Harun mendapat 367 undi. Jika dilihat kepada majoriti itu, 207, Nasharudin tidak perlu gusar dengan kedudukan dan sokongan terhadapnya. Ternyata beliau masih lagi dipercayai dan disangkutkan harapan oleh ahli-ahli Pas untuk membantu Presiden.

Bagaimana pun Nasharuddin tidak wajar leka dan ‘ralik’ dengan kemenangan itu. Apa yang beliau perlu sedari dan ingat selalu bahawa masih ada kira-kira-kira 367 atau kira-kira lebih 40% orang perwakilan yang yang tidak menyokongnya. Justeru beliau harus berusaha merapat dan menjalinkan semula kemesraaan dengan suara yang menolaknnya itu sebaik mungkin.

Daripada maklumat yang didapati, terdapat tiga buah negeri yang kuat menyokong bekas Ketua Dewan Ulama itu. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sikap perwakilan Kedah kalau tidak menyokong Nasharuddin sepenuhnya tidak menghairankan kerana khabarnya ada arahan langsung oleh pihak tertentu agar tidak berbuat demikian.

Mudah untuk memahami kenapa Kedah dan Selangor tidak menyokong Nasharuddin. Kedua negeri itu ada sentimen tersendiri terhadap Nasharuddin. Hassan Shukeri pernah ditentang Nasharuddin untuk jawatan timbalan presiden, sementara di Kedah pula Azizah Razak dikatakan bermasalah dengan Nasharuddin. Hasaan adalah veteren Pas dari Selangor dan kebanyakan kawasan dipelopori oleh beliau.

Selain daripada negeri-negeri berkenaan, perwakilan Kelantan juga khususnya mereka yang latar belakangnya ulama (Halaqah) diduga telah memberi undi kepada Harun Taib atas rasa bahawa Harun lebih dekat dengan mereka sebagai Ketua Dewan Ulama.

Menyedari wujudnya kempen memburukkan golongan profesional dengan tujuan untuk merendahkan martabat Nasharuddin – golongan profesional, mulanya ia dikira akan berjangkit kepada calon-calon ketogori profesional lain untuk jawatan Naib Presiden.

Dalam hal ini calon yang dikira akan mendapat kesan langsung ialah penyandang Naib Presiden Husam Musa. Walaupun calon lain seperti Muhammad Sabu dan Mahfuz Omar bukan lahir dari rahim ulama, namun mereka dilihat tidak beketerampilan profesional seperti Husam yang mana kadang-kadang kupiah pun tidak dipakai macam Muhammad Sabu.

Sekali lagi kebimbangan itu meleset dan tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Husam kali ini menang dengan penuh bergaya, bukan saja mampu mempertahnkan jawatan yang mula disandang tahun 2005 tetapi muncul sebagai calon yang mendapat undi paling tinggi.

Husam mendapat 821 undi atau kira-kira 87.5% daripada 947 kerta undi yang dikeluarkan. Berlaku lonjakan undi sebanyak 31.6% berbanding dengan undi yang diperolehi tahun 2005 lalu sebanyak 540 undi saja.

Kemampuan dan kepercayaan perwakilan terhadap Exco Kanan Kerajaan Kelantan ini menjelaskan Husam adalah pemimpin pelapis masa hadapan yang penuh sinar dan diberikan harapan!

Persepakatan perwakilan Kelantan.

Kejayaan Husam itu juga memberi jawaban kepada persoalan lain yang sebelum ini memutarkan kepala permerhati. Lonjakan undi Husam itu menjelaskan bahawa para perwakilan Kelantan yang seramai kira-kira 86 orang daripada 14 kawasan tampaknya bersatu dan bersepadu untuk mengundi beliau dan meletakkan beliau sebagai tokoh utama dari Kelantan di peringkat nasional.

Kesepakatan perwakilan Kelantan sesuatu yang patut dihormati dan dipelajari semua pihak. Walaupun ada sesetengah individu yang menjadi perwakilan kurang senang dengan sikap Husam namun mereka telah bersedia melupa titik bengik dan mengutamakan perpaduan parti daripada kepentingan demi menghadpai pilihan raya.

Bukti kesepaduan perwakilan Kelantan itu juga bukan atas undi yang diraihkan Husam, tetapi kemenangan empat daripada lima calon Jawatankuasa Agung Pas dari Kelantan; Annuar Tan Abdullah, Halim Abdul Rahman, Nik Mohd Amar Abdullah dan Takiyuddin Hassan menjadi indikator dan mengesahkan persepakatan itu benar berlaku walaupun kemenangan itu corot!

Sekiranya tidak ada persepakatan mungkin sukar untuk Pas Kelantan mencatatkan rekod kesemua calon mereka menang kecuali seorang calon wanita, Muntaz Mohd Nawi. Pun begitu kekalahan Muntaz itu dikira wajar memandangkan beliau adalah muka baru.

Sesungguhnya keputusan itu menolak keraguan dan kebimbangan sebelum ini, mengenai desas desus kononnya ada kempen memburukkan Husam dikalangan perwakilan Kelantan sendiri. Jelas dalam muktamar itu perwakilan Kelantan bersatu dan membuat keputusan berdasarkan semangat untuk menghadapi BN.

Hakikat yang berlaku itu sesuatu yang membanggakan. Perwakilan Kelantan telah menterjemahkan ukhwah mereka dalam mengukuhkan benteng bagi menghadang Umno pada pilihan raya akan datang menerusi pemilihan dalam muktamar itu. Cuma kalau pun ada seorang dua yang tidak mengundi Husam adalah mereka yang buta mata atau tangan terketar semasa hendak memangkah sehingga merosakkan undi untuk Husam.

Kalau ini berlaku tentulah juga disedari oleh Husam sendiri akan sebab musababnya!

Kesimpulannya muktamar yang membuat memilih pemimpin itu telah membuka wadah baru kepada ahli-ahli Pas Kelantan. Mereka berjaya meunjukkan kesepakatan itu untuk meletakan tokoh yang menjadi harapan Nik Abdul Aziz Nik Mat dimakamnya. Sekiranya semangat dan ukhwah ini dapat dikekalkan, maka makin kelabulah untuk BN menawan Kelantan.

No comments: