MSO
NAMPAKNYA Abdullah Ahmad Badawi dan BN mengambil pendekatan bertenang dan tawaqus dengan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) yang meninggalkan komponen BN. Kata Abdullah selepas dewan tertinggi BN mengadakan mesyuarat tergemparnya, tidak ada apa-apa tindakan dan hukuman diambil ke atas parti berkenaan.
Alasan Abdullah ialah kerana keputusan SAPP itu dibuat oleh presidennnya, Yong Teck Lee secara peribadi. Dalam kaca matanya SAPP tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam konteks BN hari ini.

Begitu juga menurut Abdullah kedua ahli Parlimen parti itu, Chua Soon Bui (Tawau) dan Eric Majimbun (Sepaggar) tidak akan dikenakan apa-apa tindakan kerana mereka tidak melakukan kesalahan dalam Dewan Rakyat.
Katanya BN hanya akan memutuskan tindakan ke atas SAPP apabila pihak dewan tertinggi BN mendapat kata putus atau laporan daripada jawatankuasa tertinggi parti berkenaan.
Betapa baik dan tulusnya Abdullah dan BN dalam menghadapi isu SAPP dan dua ahli Parlimennya itu. Abdullah begitu tenang dan tidak mudah melatah dalam menangani isu berkenaan. Ini menggambarkan akan kehebatan dan ketinggian akal budi Abdullah selaku khalifah!
Apakah begitu?
Beliau seolah samar dan kabur dengan apa yang berlaku. Apakah ini hakiki dan kenyataan hidup Abdullah dan pemimpin BN sebelum ini tidak mudah menghukum sesuatu itu yang tidak jelas kesalahannya di mata zahir?
Apakah tindakan Yong Teck Lee mengumumkan partinya keluar BN itu bukan kesalahan dan kedua ahli Parlimennya berada dalam majlis itu dan menandatangani surat bersetuju dengan keputusan diumumkan itu sebagai tidak bersalah? Teck Lee juga secara beterus terang menjelaskan yang partinya hilang kepercayaan kepada Abdullah sebagai perdana menteri.
Apakah bentuk-bentuk kesalahan dalam BN kini sudah diubah dan pelanggaran disiplin seperti mengecam pimpinan BN secara terbuka itu dihalalkan? Peraturan dan disiplin sebelum ini sudah dirobah?
Membuat kenyataan keluar dari BN secara rasmi bukan kesalahan! Dan kenyataan yang dibuat oleh presidennya dianggap sebagai kenyataan individu. Apakah bezanya Teck Lee sebagai individu dan beliau sebagai presiden parti? Bukankah presiden parti berhak dan berkuasa ke atas partinya seperti juga Abdullah ke atas Umno? Walaupun ada ahli Umno mahukan Abdullah berundur namun beliau tetap berdegil kerana beliau berkuasa ke atas parti!
Hebat kepimpinan dan daya pimpinan Abdullah kerana boleh berkompromi dengan keadaan itu.
Namun apa yang menjadi sedikit tanda tanya bila Abdullah seakan menghansut agar pemimpin SAPP menentang keputusan Yong Teck Lee itu apabila beliau menyarakan supaya SAPP perlu mengambil tindakan ke atas Yong Teck Lee. Dalam erti kata lain ada provokasi supaya Teck Lee ditentang dan digantikan dengan orang lain.
Arahan dan hasutan Abdullah itu nampak songsang dan tidak berapa sihat. Masakan ahli SAPP bersedia untuk menentang dan melawan Yong Teck Lee. Sebagai sebuah parti siasah sudah pasti Teck Lee dan SAPP telah berfikir panjang sebelum mengambil keputusan itu. Kita tidak percaya politik Cina akan mengikuti stail politik Melayu di mana pengikut sering mengkhianati pemimpin.
Mengenai keengganan Abdullah dan BN untuk menghukum SAPP dan kedua ahli Parlimennya bukan kerana BN baik jauh sekali bersikap profesional, tetapi kerana takut dengan suasana sekarang menjadi lebih buruk lagi.
Abdullah tahu kalau pun dia menghukum Teck Lee tetapi ia tidak boleh menakutkan orang lain. Hukuman yang bermotifkan politik tidak akan digeruni sesiapa. Apa lagi sipenghukumnya pula hilang upaya dan kredibiliti.
Jadi apa yang berlaku dalam mesyuarat tergempar BN semalam ialah mencari jalan untuk membendung yang carit agar tidak bedah dan beharap agar tindakan permulaan dilakukan SAPP itu tidak akan merebak dan berjangkit kepada koponen BN lain.
Cuba kalau BN dan Abdullah tidak berada dalam keadaaan genting seperti sekarang. Sudah tentu tidak ada amaran dan nasihat lagi kepada Teck Lee dan SAPP. Tentu keputusan yang konkrit akan diambil. Bukankah sebelum ini semua pemimpin BN telah mengutuk Yong Teck Lee? Sudah pasti Teck Lee dan SAAP dipecat dari BN. Itulah juga persepsi umum apabila tiba-tiba BN mengadakan mesyuarat tergempar.
Perhatikan apa yang berlaku kepada parti Pas tahun 1974 dulu. Kesalahan yang Pas lakukan ketika itu tidak sampai lima peratus daripada apa yang SAPP lakukan. Pemimpin Pas, Allahyarham Mohd Asri Muda tidak pernah membuat kenyataan celupar terbuka seperti Teck Lee. Pas hanya cuba mengembangkan sayapnya di kawasan-kawasan tertentu. Itupun masih berlandaskan kepada semangat permaufakatan dalam BN.
Apa jadi kepada Pas. Pas ditendang dan diterajang daripada BN. Mengapa Pas diperlakukan begitu ialah kerana ketika itu BN berada dalam keadaan kuat dan merajai politik Malaysia ketika itu.
Tetapi hari ini dalam keadaan genting, bak telor di hujung tanduk dan hanya menanti masa sahaja untuk kerajaan BN yang ditulangi Umno hancur, menyebabkan para pemimpinnya menjadi baik dengan tiba-tiba. Menjadi ikhlas dengan tiba-tiba. Walhal apa yang sedang diselindungkan oleh Abdullah di sebalik tidak mahu mengambil tindakan ke atas SAPP dan Teck Lee itu ialah kerana takut dan bimbang dengan situasi hari ini.
Kita yakin Teck Lee dan SAPP tetap dengan keputusannya. Walaupun apa orang cemuh dan makinya keputusan itu tepat dan benar. Ia juga kena pada masa dan ketikanya. Soalnya Teck Lee tamak dan lebih mementingkan diri sendiri tidak menjadi persoalan kerana semua ahli politik termasuk Abdullah, Anwar, orang baju petak-petak merah dan seisapa pun semuanya mempunyai kepentingan diri sendiri! [wm.kl 11:00 20/06/08]

2 comments:
Merujuk kepada tajuk posting dan juga isi pati. Pada pandangan saya beliau memang berpendirian begitu dalam apa isu pun. Senyap, tenang, tidak terburu-buru. Kadang2 kalau tidak perlu buat statement pun takpe. Biarlah orang nak cakap apa.
Pendapat saya bagus juga. Dari bukak mulut tapi takde substance sepertimana ramai lagi ahli politik yang lain. Banyak bukak mulut, banyak lagi kesalahan orang bolehcari. Iya, dengan senyap, ianya memang pendekatan yang berhati-hati.
Cakap saja terang-terang BN takut kehilangan 2 kerusi Parlimen yang dipegang oleh SAPP sudah la....
tak perlu nak berselindung takut cakap takut...
seandainya mereka mengambil tindakan ke atas SAPP terang-terang BN akan kehilangan 2 kerusi itu dan mencerahkan harapan DS Anuar Ibrahim untuk melangkah ke parlimen sebagai PM bulan sembilan ni sebenarnya itulah yang di takuti oleh pemimpin BN ni....
Post a Comment