Wednesday, June 4, 2008

Enekdot Politik

Cerita Disebalik Kenaikan Harga Minyak


1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shahrir Abdul Samad berbohong. Beliau sebelum ini tidak membayangkan minyak akan naik dalam kadar segera, paling cepat katanya Ogos sempena dengan penstrukturan semula pemberian subsidi. Dalam kenyataan akhbarnya semalam di lobi Parlimen beliau mengatakan minyak tidak naik dalam kadar segera.

Dan hari ini berkuat kuasa tengah malam ini jam 00:00 harga minyak petrol dan desel akan dinaikan. Harga petrol kini RM2.70 sen seliter manakala desel RM2.58 sen seliter.

Ternyata menteri berkenaan cuba mengelirukan rakyat dan berbohong besar dan mempermainkan rakyat. Shahrir yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang outspoken nampaknya sejak menjadi anggota Kabinet Abdullah juga sudah pandai berdolak dalih.

2. Ekoran kenaikan harga bahan bakar ini ia tidak dapat dielakkan akan berlaku kenaikan harga terhadap barangan pengguna lain. Kadar atau taarif baru eletrik juga sudah dibayangkan akan dinaikan. Pada 1 Julai kadar baru akan diumumkan. Kenaikan itu sebagai mangsa pertama ekoran kenaikan harga petrol dan desel.

3. Kata Abdullah tindakannya mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu suatu tindakan tidak popular. Ha... ha...ha... lucu. Kita mahu ceritakan kalau Abdullah tidak tahu beliau sudah lama tidak popular. Kalau beliau berbuat keputusan begitu bukan mengejutkan lagi. Seharusnya beliau membuat keputusan yang boleh mempopularkan beliau barulah mengejutkan!

4. Kenailkan harga minyak kali ini tertinggi dalam sejarah. Kenaikan sebanyak 78 sen atau 41% (RM2.70) bagi petrol dan RM1 atau 63.3% (RM2.58) bagi desel. Maknanya Abdullah boleh dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Malaysia yang pertama mengumumkan kenaikan harga bahan bakar tertinggi.

5. Sekiranya Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi PM sudah tentu harga minyak tidak akan naik. Sebab Anwar berjanji akan menurunkan harga minyak dan bersekali dengan harga tol. Soal kenaikan harga bahan itu kerana kesan global tidak berbangkit bagi Anwar. Demi mengotakan manifestonya Anwar tentu ada jalan lain bagaimana hendak menurunkan harga minyak.

6. Khabarnya Abdullah baik dengan Anwar. Kenapa beliau tidak minta tolong Anwar mengatasi harga minyak. Misalnya beliau boleh lantik Anwar menjadi Menteri Kewangan? Atau Abdullah tunggu harga minyak naik sampai RM5 seliter baru beliau mahu minta tolong Anwar. Apakah bila harga naik setinggi itu Abdullah akan terus lepaskan jawatan PM kepada Anwar. Mungkin, sebab itulah Mohamad Ezam Mohd Noor telah menyertai Umno?

7. Rekod tahun 2004 harga petrol naik sebanyak tiga kali, iaitu pada 1 Mei RM1.37 1 Oktober RM1.42 dan 1 Mac RM.142.

Tahun 2005 sebanyak dua kali. Harga-harga petrol pada 1 Mei RM1.52 dan pada 31 Julai RM1.62. Tahun 2006 sekali pada 28 Februari iaitu sebanyak RM1.92 sen. Untuk tahun ini baru sekali sebanyak RM2.70 sen. Apakah kenaikan tahun 2008 ini akan melewati bilangan kenaikan tahun-tahun sebelumnya? Kalau sehingga tahun 2009 kemungkinan minyak akan naik dua tiga kali lagi sehingga mencecah RM5 satu liter.

8. Kata Shahrir kenaikan tidak melibatkan kenaikan harga barangan lain sebab kenderanaan perdagangan masih membayar harga yang disubsidikan. Jika diperhatikan kepada setiap kali kenailkan harga minyak itulah cakap yang diucapkan oleh para menteri. Mereka tidak pernah menafikan atau mengiyakan apa yang dilalui oleh pengguna. Hakikatnya selepas seminggu harga minyak naik harga barangan pun melambung-lambung.

9. Berikutan penstrukturan semua subsidi, pemilik kenderaan persendirian yang berkuasa kuda 2,000 ke atas akan menerima wang tunai RM620 setahun iaini kira-kira RM1.70 sen sehari. Bagi pemilik motosikal persendirian pula akan dibayar sebanyak RM150 setahun iaini kira-kira RM0.41 sen sehari. Nak apa lagi rakyat Malaysia... mana ada kerajaan yang bermurah hati memberikan wang tunai RM1.70 atau RM0.41 sen kepada rakyat? Bukan sedikit, boleh beli gula-gula, kecualilah kalau dengan kenaikan harga minyak ini harga gula-gula juga turut naik sehingga RM3 sebiji.

10. Seandainya Abdullah tidak mampu menahan kenaikan harga minyak, eloklah beliau turun. Mudahan-mudahan kalau beliau turun harga minyak tidak naik lagi, kalaupun belum tahu harga bahan bakar itu akan turun. Akan dikemaskinikan. [wm.kl 8:30 pm 04/06/08]

7 comments:

Berita dari gunung said...

Saya tumpang kesian sama Shahrir. Dia sangat cergas semasa jadi Bos PAC. Segala macam nak diselaknya. Dia sangat bersedia untuk kata apa saja. Shahrir sesuai begitu.

Kini beliau tidak lagi cergas. Kemelut kenaikan harga minyak dan barang makan yang melanda dunia, mengikat beliau. Beliau kini akan rasa apa yang Samy rasa dulu.

Kita sangka era Mahathir adalah era berbelanja mewah dengan projek mega (kata Anwar masa reformasi). Era Abdullah pula Koridornya mengheret negara dengan perbelanjaan besar berpuluh-puluh tahun akan datang.

Semua orang tahu, bahawa duit petronas adalah sandaran utama untuk kerajaan belanja. Bila kerajaan Abdullah ingin menarik subsidi minyak, ia semata-mata untuk menyediakan environment yang kondusif kepada Koridor.

Rakyat masih belum diyakinkan dengan Koridor. Rakyat semakin yakin bahawa dalam keadaan yang perit, beban akan ditanggung oleh rakyat sendiri. Bila era senang timbul belum tentu rakyat segera mengecapinya.

Saya catat ini, sambil mengenang kisah 500juta zaman Anwar macam main dam, tolak sana tolak sini, suap, makan dan naik haji.

RinG said...

tetibe je harga minyak naik, kate tunggu bulan 8, ni xsampai 8 jam harga minyak naik.. abis rakyat susah nk rebut2, gaduh2 kat stesen minyak, kitorang gak yg sussah!

zeme said...

Salam saudara MSO,

Saya mengsyorkan agar kadar peratusan kenaan cukai pendapatan bagi golongan berpendapatan tinggi ditingkatkan bagi mengimbangi dan meningkatkan hasil pendapatan negara serta mengurangkan margin jurang perbezaan pendapatan di kalangan golongan atasan dan bawahan.

Dengan peningkatan peratusan kenaan cukai bagi golongan berpendapatan tinggi daripada kadar sekarang, maka rizab tunai negara akan meningkat seterusnya dapat disalurkan kepada sektor tertentu bagi mengimbangi kitaran aliran ekonomi negara.

Pendekatan ini dianggap adil kerana golongan berpendapatan tinggi dan rendah tetap mempunyai kuasa beli dengan kadar belian harga yang selaras. Sebagai contoh si A bergaji RM3,000 dan si B bergaji RM20,000 tetap membeli nasi pada harga kadar yang sama.

Maka dengan kadar peratusan kenaan cukai pendapatan bagi golongan berpendapatan tinggi ditingkatkan, hasil daripada cukai pendapatan dapat diterjemahkan kepada bentuk subsidi bagi golongan berpendapatan rendah dan pembangunan negara yang dapat dinikmati oleh semua golongan lapisan rakyat.

Wasalam

Pak Ngah said...

Aduhai harga minyak...

Si menteri yang polos dan PM yang boros.
Mana yang bagus tu...? Rakyat pula yang pada saya bodoh (penyokong BN)

Mengapa perlu melenting atau bersesak-sesak beratur untuk mengisi minyak sedang anda setuju dengan menteri2 dan PMnya? Anda yang memberi mandat dan sepatutnya anda tidak perlu merasakan ini sebagai akibat.

Biarkan saja orang-orang yang dikira pembangkang yang pergi mengisi minyak tu.Tak apa sebab mereka tu pembangkang dan patut memikirkannya sebagai akibat kan?

Sokonglah lagi UMNO sebab ada kebaikan...

Pak Ngah.

manzaidi said...

Saya dah lama kenal Pak Lah. Manusia yang tidak berperikemanusiaan dan mudah ikut telunjuk anak menantu.

asri RP said...

aku amat bersetuju dengan komen pak ngah.pada petang dan malam tu, aku tengok yang paling kalut ialah puak-puak ameno. bukan tak kenal pun muka puak ni. ada yang sampai goncang-goncang kereta masa minyak dipam dalam tangki, hehhehe.terima kasih daun keladi be End, bulan depan naik lagi!!!!!

AC said...

Komen aku ni bukan lawak tapi serius ya.

Bila harga minyak naik akan ada 'escape goat' yang kata subsidi akan digunakan utk memperbaiki kemudahan awam. Pada tahun 2006, masa minyak naik kerajaan kata 4 billion subsidi boleh save dan salurkan pada Tabung Kewangan Amananh Pengangkutan Awam (KWAPA) ditubuhkan utk improve our public transport. Apa dah jadi dengan tabung tu...??? And this year dalam BM hari ini also ada sorang menteri bangang story pasal nak improve public transport. Dulu mamat ni sebelum jadi menteri hentam sakan menteri lain. Maklumlah presiden PAC. Now bila dah jadi menteri hampeh.

Public transport kita amat jauh ketinggalan nak dibandingkan dengan Singapore. Kenapa aku begitu concerned pasal public transport coz dah 4 tahun since 2004 memang aku gunakan Komuter dan Rapid KL utk gi kerja. Apa aku dapat, hampeh... service first class ke..??? Low class adalah..!!! Takde improvement lansung dan semakin hari semakin teruk dan dah peringkat nazak. Ini pengalaman aku sendiri ya bukan fitnah.

Tak fair la nak compare dengan Europe atau New York. Kat sana CEO dan GM pun guna public trasnport especially Tube. Teringat pesanan sorang Mat Salleh kat sana kata kalau ada appointment jgn drive dan ambil public transport coz more reliable. Kat KL kalau ada appointment guna public transport sure kena maki coz lambat sampai.

Balik-balik kata the lowest in Asia. Apasal tak compare gaji executive dengan first degree kat Malaysia dengan Singapore. Kebanyakan negara pengeluar minyak dunia harga minyak selitar di bawah paras RM1.00 or maksimum RM1.30 itu kalau convert ke RM. Ini fakta dan bukan auta. Aku boleh provide that data.

Sorry agak terpanjang komen, walau apapun kerjaan BN bawah Pak Lah memang tak tahu nak manage negara. He's the worst CEO yang Malaysia ada.... in history.