Sunday, June 15, 2008

Pendedahan

Sekumpulan MP Berunding di Hong Kong Untuk Lompat Parti

POLITIK lompat parti dan dakwaan Anwar Ibrahim terdapat kira-kira 30 ahli Parlimen Barisan Nasional akan berhijrah ke Pakatan Rakyat bukan suatu gimik tetapi ia adalah realiti yang harus diterima oleh semua pihak.

Ahli veteran Umno Selangor, Mazlan Harun (foto) menegaskan ura-ura ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen mungkin ada kena dengan perkembangan berhubung perkara itu.
"Baru-baru ini Anwar Ibrahim berkata pembangkang akan menganjurkan undi tidak percaya kepada Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Kalau ini berlaku ia bakal merubah senario politik negara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Tengku Razaleigh Hamzah dengan akar umno Umno Gombak Selangor di sebuah kelab di Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor pagi ini.

Menurt anak bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia, Harun Idris itu, desas desus mengatakan Anwar sudah ada perbicangan dengan ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bukan cerita yang tidak boleh menjadi kenyataan.

"Kita dengar perundingan dan pertemuan diadakan di Manila, sebaliknya apa yang kita dapat tahu perundingan juga diadakan di suatu tempat lain. Kita hendak percaya payah tak hendak percaya pun payah, tetapi kita taku tentang kehebatan dan kebolehan Anwar," jelasnya.

Beliau lantas mendedahkan satu perjumpaan telah diadakan di Hong Kong baru-baru ini yang melibatkan sekumpulan ahli Parlimen kedua buah negeri berkenaan.

Dakwa Mazlan terdapat antara 16 hingga 18 orang ahli Parlimen Sabah dan Sawarak berada di Hong Kong yang dipercayai menghadiri suatu perjumpaan penting.

"Maklumat ini saya diberi tahu oleh seorang kawan yang berkebetulan berada di Hong Kong dan melihat sendiri kehadiran ahli-ahli Parlimen berkenaan,"ujar Mazlan tanpa mengulas lanjut tetapi memberi gambaran bahawa kehadiran ahli Parlimen itu ke Hong Kong sangat penting.

Pendedahan Mazlan itu menyebabkan majlis menjadi sunyi sepi dan seolah-olah berita itu merujakan mereka yang hadir.

Maklumat terbaru didedahkan Mazlah itu juga mengesahkan maklumat mengatakan kini perundingan peringkat akhit mengenai kemungkinan itu sedang berjalan. Apakah perjumpaan di Hong Kong itu merupakan siri rundingan terakhir sukar pula disahkan?

Penasihat Umum PKR itu masih yakin bahawa Pakatan Rakyat akan dapat menubuhkan kerajaan bagi menggantikan kerajaan BN selewat-lewat pada 16 September hadapan. Tarikh itu dipilih sempena dengan penubuhan Malaysia iaini kemasukan Sabah, Sarawak dan Temasek ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Sebelum itu Mazlan menghuraikan kenapa beliau terus menyokong Tengku Razaleigh ialah kerana dua sebab. Pertama ialah kerana mengikut pesanan arwah bapaknya yang menyatakan pemimpin yang ikhlas dalam Umno ialah Tengku Razaleigh.

"Saya pernah diberi tahu dan dipesankan oleh arwah Datuk Harun pemimpin yang ikhlas dalam Umno ialah Tengku Razaleigh Hamzah, jadi inilah sebabnya saya sokong dan harap Tengku menjadi presiden Umno," ujar Mazlan.

Mengenai Tengku Razakeigh ini katanya beliau ada bukti dan lihat sendiri apabila menyertai dan menghayati perjuangan bekas Menteri Kewangan itu dari dulu sampai sekarang dan ternyata beliau tidak berubah.

Sebab kedua ialah kerana beliau suka menyokong orang yang tertindas atau pun tokoh yang under-dog.

Beliau juga menyebut banyak jasa-jasa Tengku Razaleigh yang ditaburkan kepada orang Melayu dan beliau sendiri merasainya semasa menjadi presiden pengimport kereta (Perkema) suatu masa dulu di mana Tengku Razaleigh banyak membantu persatuan berkenaan. [ulu klang 15/06/08].

No comments: