Thursday, June 12, 2008

Ulasan Isu

Siapa Pegawai Kanan MB Selangor Dicekup BPR?

KERANA menghormati etika perkhidmatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan juga media massa sampai sekarang ini tidak menyebut siapakah gerangan pegawai kanan di pejabat Menteri Besar Selangor yang ditelah soal siasat selama empat jam oleh BPR kelmarin.

Menjadi amalan dan etika BPR tidak akan mendedahkan nama mana-mana individu yang disiasat kepada umum.

Biasanya nama orang tertuduh atau disyaki itu akan terdedah apabila diheret ke mahkamah. Ketika inilah nanti wajah dan muka individu berkenaan akan dikenali. Saat ini jugalah berlaku tolak menolak dan tempis menepis di kalangan jurugambar kerana hendak merakam gambar orang yang kena tuduh itu.

Biasanya juga muka manusia kena tuduh itu akan dilindungi dengan akhbar atau pun dengan jaket atau pun surat khabar lama. Kawan-kawan rapat dan saudara mara yang kena tuduh akan berusaha mencegah jurugambar daripada merakam gamabr si kena tuduh.

Kenapa? Kerana malu kalau muka sudah ditayang dalam akhbar atau televisyen dan idenditinya orang akan kenal. Setiap kali melihat aksi ini saya tertanya sendiri, anih manusia ini, ia akan malu kepada sesama manusia tetapi tidak malu kepada Tuhan dan diri sendiri ketika melakukan kesalahan!

Saya nak tengok nanti kalau pegawai kanan MB Selangor itu diheret ke mahkamah yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa meluluskan tender mengutip sampah di kawasan Petaling Jaya itu, apakah akan menutup mukanya atau pun tidak kalau takdir dia benar-benar diheret ke mahkamah kelak.

Kalau pegawai berkenaan menutup mukanya maka ternyata beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang beliau lakukan. Kalau beliau tidak bersalah, kenapa harus tutup muka. Berani kerana benar takut kerana salah. Hadapilah pertuduhan itu dengan penuh yakin dan terbuka.

Soalnya siapakah pegawai berkenaan? Ghalibnya seseorang MB ada empat orang pegawai; pegawai khas, pegawai akhbar, setiausaha sulit dan pegawai khas! Apa yang dimaksudkan sebagai Pegawai Kanan MB itu berhubung kepada laporan mengenai pegawai MB Selangor itu mungkin ianya salah seorang daripada penjawat jawatan berkenaan.

Pegawai-pegawai berkenaan adalah lantikan politik dan bukan pegawai dari kalangan pegawai kerajaan Selangor, kecuali setiausaha sulit. Mereka dilantik selepas Khalid menjadi MB.

Kalau benar telahan ini betapa malunya Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Belum sampai 100 hari mentadbir negeri sudah ada pegawai yang disyaki melibatkan rasuah. Bila sebut rasuah tentu ia melibatkan pemberian wang. Orang boleh menuduhkan betapa hapraknya pegawai berkenaan sampai sanggup memalukan Kerajaan. Nampak sangat pegawai berkenaan tidak 'bijak' dan tidak sabar untuk bermaian dengan kuasa.

Kalaupun pegawai berkenaan dari penyokong PKR namun ia juga akan turut sama terpalit kepada Pas dan DAP. Sebab kedua parti adalah rakan pakatan PKR. Yang anih di sini ialah laporan polis berhubung kes itu dibuat sendiri oleh wakil PKR. Apakah pegawai berkenaan dari parti PKR?

Cadangan Khalid untuk memecat pegawai berkenaan atau mana-mana pegawai yang didapati bersalah adalah disokong. Seharusnya beliau tidak menyimpan pegawai demikian yang boleh membawa busuk kepada seluruh kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan Khalid cadang untuk menghantar pegawai berkenana pergi mengikuti kurus mengenai intergriti dan tanggungjawab. Tidak payah hantar kursus, tetapi buang terus sahaja kerana tidak ada guna memelihara pegawai berkenaan yang boleh dianggap sebagai pelesit.

Apapun kita berharap apa yang berlaku itu akan menjadi sempadan. Selepas ini tidak akan ada mana-mana pegawai atau pun pengawai khas kepada mana-mana Exco yang menuruti jejak langkah pegawai berkenaan.

Kalau pun tidak cukup wang, janganlah cari menerusi jawatan politik dan bekerjalah dengan mengorbankan titik peluh sendiri dan carilah rezeki yang halal. Catatan dari beberapa orang yang menghubungi saya memberi klu pegawai berkenaan bertubuh langsing dan berjangut 'renggah' - janggut jarang dan bekas seorang ahli Abim. [wm.kl 1:30 pm 12/06/08]

No comments: