PRESIDEN Umno, Abdullah Ahmad Badawi tidak payah berfikir panjang dan mencari banyak solution terhadap masalah yang menyendak dalam kepalanya kini. Beliau juga mungkin tidak boleh terus bermain politik menyerahkan nasib kepada takdir lagi. Masa untuknya amat terhad dan terdesak.
Abdullah tidak mempunyai banyak pilihan lagi. Di hadapannya hanya ada dua persimpangan saja. Ke kanan bermakna beliau meneruskan perjuangan menjadi PM sekurang-kurang untuk dua tahun lagi, 2010 seperti telah diputusnya.
Manakala ke kiri pula bermakna beliau kena berhenti seberapa segera! Masanya untuk mengulung tikir perkhidmatannya tidak sampai tiga bulan saja lagi. Kalau beliau menyerahkan kepada takdir pasti Disember ini adalah bulan bakal meragut nyanwa politiknya.
Seperti mana diduga bahawa semua sumpah dan janji dalam politik tidak boleh dipakai. Kalau sumpah (muhabalah) mengikut Islam pun boleh diragui apa lagi janji dalam politik, makin tidak boleh dipegang.
Dua kali timbalannya Mohd Najib Razak berjanji akan bersetia kepadanya. Sebaik dilantik menjadi TPM Najib melapazkan janji tidak akan menikam Abdullah dari belakang. Dan ketika termeterainya pelan peralihan kuasa beberapa bulan lepas sekali lagi Najib berikrar akan bersetia dan bekerjasama bersama Abdullah.
Awal-awal lagi saya sudah tidak yakin dengan sumpah dan janji itu. Ini kerana saya ada tafsiran dan filsofi sendiri mengenai sumpah dan janji orang politik. Bagi saya sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, tetapi kita jangan merasa mustahil dengan tindakan orang politik.

Janji atau ikrar dalam politik hanya umpan untuk menjinakkan seseorang agar masuk dalam perangkap dan jeratnya secara senyap. Tidak pernah ada janji dan sumpah orang politik yang ikhlas dan benar. Tidak ada! Sebaliknya tindakan orang politik jangan sesekali dirasakan mustahil sebab kalau perlu membunuh mereka akan melakukannya!
Misalnya banyak kita dengar orang politik berjanji untuk berhenti bila sampai masa dan ketikanya janji itu dimungkari begitu saja. Tidak kira sang politik itu pakai songkok atau kopiah dan serban nilainya sama saja. Begitu juga dengan ikrar dan janji Najib itu tidak patut terkamus dalam kepada Abdullah.

Justeru Abdullah perlu merasa curigai pada janji timbalannya itu. Tanda-tandanya kini sudah kelihatan. Apa nada Najib hari ini. Tiba-tiba beliau mengatakan soal peralihan kuasa bergantung kepada Bahagian Umno.
Begitu juga apa yang dilakukan oleh Muhyiddin Yaasin yang mempertikaikan tempoh peralihan kuasa itu sebagai terlalu lama dan perlu dipendek adalah isyarat jelas kepada Abdullah. Desakan Muhyiddin itu satu pandangan ikhlas dan jujur untuk diterima Abdullah yang mempunyai motif tertentu.
Abdullah patut berterima kasih kepada Muhyiddin kerana memberi isyarat awal. Abdullah kena baca apa yang ada di sebalik sunggutan Muhyiddin itu. Muhyiddin tidak bercakap seorang dalam hal ini melainkan ada beberapa suara atau kepala lagi di sebaliknya.
Dalam tilikkan saya keberanian Muhyiddin itu mempunyai dua makna untuk difahami kemudian ditindak segera oleh Abdullah.
Pertama, Abdullah kena berundur segera kalau beliau tidak mahu menanggung malu besar. Masa untuk Abdullah berundur ialah sebelum berlangsungnya pemilihan pimpinan Umno. Kedua, pandangan Muhyiddin itu memberi syarat bahawa Najib sudah bersiap sedia akan menentang Abdullah untuk kerusi Presiden pada Disember depan.
Abdullah kena bijak membaca bahasa badan apabila Muhyiddin berani dan tergamak mempertikiakan mengenai kredibilitinya itu bermakna Muhyiddin sudah nekad. Beliau tentu ada insuran nyawa dari mana-mana pihak! Di sini dirasakan ada persekongkolan antara Muhyiddin dengan Najib? Bahawa pakatan antara Muhyiddin - Najib sedang berjalan. Bukankah mereka sudah berikrar untuk bergerak bersama bagi menghadapi Abdullah?

Muhyiddin bukan pandai-pandai untuk pergi melutut kepada Mahathir memohon bekas Presiden itu menyertai semula Umno melainkan kalau tidak dengan restu Najib. Muhyiddin adalah utusan Najib untuk berbincang dan mengajak Mahathir menjadi penasihat mereka. Mahathir pula harus bersetuju tanpa banyak soal kerana itulah kehendaknya. Sudah lama Mahathir menyuruh Najib melawan Abdullah.
Pakatan baru Muhyiddin - Najib - Mahathir (MNM) kini bermula untuk merempuh Abdullah. Dalam masa sama juga pakatan berkenaan memberi gambaran kepada umum seolah-olah bakal calon Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah seakan ikut bersama mereka.
Juteru bertolak dari itu Abdullah tidak boleh duduk diam. Beliau kena lakukan sesuatu untuk mengekang kemaraan pakatan baru itu. Beliau harus mencipta pelan khas untuk menyelamatkan kedudukan sebagai PM sekurang-kurang hingga Disember depan. Nasib yang diterima bekas PM Thailand, Samak Sundaravej jangan hendaknya melanda Abdullah.

Pelan penyelamat
Apakah pelan penyelamat itu? Cadangan ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim agar singkir Muhyididn boleh dipertimbangkan. Namun dalam keadaan sekarang ia rasanya kurang wajar kalau tindakan itu diambil kerana boleh menimbulkan kekeruhan. Abdullah kena cari pelan lain.
Kalau Muhyiddin - Najib - Mahathir bergabung tenaga, kenapa Abdullah tidak melakukan hal yang sama. Dalam politik tidak boleh berjuang secara bersendirian. Abdullah kena juga membina dan membentuk teamnya sendiri. Beliau kena mencari regunya bagi melawan regu MNM itu.
Dalam hal ini apa yang boleh dilalukan kepada Abdullah ialah kembali kepada team awalnya, iaitu team B. Tokoh-tokoh team B masih ada dalam Umno dan mereka juga mempunyai kalibar tidak kurang hebatnya. Kebetulan semua mereka kini bersama beliau. Beliau harus manfaatkan rakan-rakan lama ini dan tidak begitu menyerahkan kayu politiknya kepada menantunya, Khairy Jamaluddin.
Tengku Razaleih Hamzah, Syed Hamid Albar, Rais Yatim adalah orang yang pernah bergabung dalam team B dulu. Mereka ini rasanya mudah untuk didekati dan lebih boleh dipercayai oleh Abdullah. Apakah sukar untuk Abdullah menerima Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penggantinya? Walaupun Rais atau Syed Hamid lebih sesuai namun dari segi karisma Tengku Razaleigh rasanya lebih hebat dan sesuai berbanding mereka berdua. Syed Hamid atau Rais boleh berada di belakang Tengku Razaleigh.
Pakatan ini boleh menyelamatkan Abdullah sekurang-kurang untuk tempoh sehingga selepas raya hari Aidiadha nanti. Sudah pasti kalau gabungan ini dapat diwujudkan ia molek dan padan untuk berhadapan dengan gabungan baru MNM itu yang mungkin akan turut sama didokong oleh Mukhriz Mahathir.
Rasanya bagi Tengku Razaleigh Hamzah, Syed Hamid dan Rais Yatim tidak ada masalah untuk mendokong Abdullah. Sekiranya Tengku Razaleigh bersedia, cadangan Zaid tadi boleh diambil kira iaitu singkir Muhyiddin dan gantikan dengan Tengku Razaliegh, lagipun Razaleih pernah memegang jawatan itu, Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri.
Selain dari pelan itu, Abdullah juga boleh mencipta satu lagi pelan penyelamatnya. Beliau boleh berikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk melindunginya daripada dimusnahi oleh MNM. Lepaskan segala tuduhan ke atas Anwar dan biar Anwar menghadapi Najib secara terbuka. Atau kalau Abdullah sudah rasa bosan beliau boleh saja memberikan jawatan PM itu kepada Anwar dengan menyerahkan saki baki tenteranya (ahli PArlimen) kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru yang dicita-citakan itu.
Pelan kedua ini agak keterlaluan dan mustahil. Bagaimana pun pelan kedua itu boleh digunakan sekiranya Abdullah ingin membalas dendam dan melepaskan hawanya kepada MNM.
Daripada diserahkan harta pusaka kepada orang yang mengkhianati kita baik diserahkan kepada kawan dan sahabat handai yang telah kita ketahui hati budinya setidak-tidak mereka boleh juga membantu dikala kita memerlukan pertolongan. [wm.kl 3:00 pm 13/09/08]
6 comments:
rakyat dah memilih BN untuk memerintah negara..kita kene tunggu sehingga PRU13 untuk membentuk kerajaan baru dengan ditentukan rakyat..bukan ditentukan MP yang lompat parti kerana ia tidak melambangkan pilihan rakyat.
jadi sehingga saat itu lebih baik pak lah yang menjadi PM daripada najib atau muhyidin dan sebagainya..
tidak malukah najib yang di selaputi pelbagai isu mahu dirinya dilantik menjadi PM?? buang karen...
Salam ramadhan.
Sahlah bahawa UMNO kini dalam keadaan terumbang-ambing ibarat kapal yang akan karam kerana ketidapekaan nakhoda.
Untuk kita katakan bahawa TS Abdullah seorang PM yang tidak cerdik adalah suatu anggapan atau andaian yang tidak bijak. Pengalaman politiknya cukup lama dan luas. Beliau telah melalui banyak onak dan ranjau walaupun kerusi PM diperoleh secara "anugerah".
Saya lebih cenderung melihat pelan peralihan kuasa yang dirancangnya mempunyai sisi-sisi gelap tertentu. Secara kasarnya, buat apa nak susah-susahkan diri, serahkan saja kerusi ini kepada Najib. Perjanjian boleh dicapai dengan Najib kepentingan menantu, anaknya, dan kroninya dilindungi oleh Najib. PRU12 dengan jelas menjejaskan kredibiliti beliau sebagai PM, Presiden UMNO, Pengerusi BN, dan sebagai Pengerusi Perhubungan BN dan UMNO Pulau Pinang.
TETAPI, kenapa TS Abdullah tetap berdegil?
Dari sudut ini, berkemungkinan beliau keberatan menyerahkan kerusi PMkepada NAJIB walaupun dalam masa sama terpaksa bermusuh dengan TDM. Tentu Pak Lah mempunyai alasan yang kukuh, sekurang-kurangnya dari kesedarannya akan tanggungjawabnya. Barang kali beliau tidak mahu dipersalahkan oleh generasi terkemudian.
Dunia politik dikejutkan lagi dengan keberanian Mahyudin yang mengheret semula TDM sebagai ahli UMNO, dan sekali gus mempertikai pelan peralihan kuasa tersebut. Maksud Mahyudin adalah jelas mahu Pak Lah berundur segera. Dengan kemasukan semula TDM, Pak Lah berada dalam kedudukan yang amat bahaya-ditentang oleh regu TDM-NAJIB-MAHYUDIN!
Maka, pada saya, pelan penyelamatan yang terbaik ialah serahkan kerusi PM kepada Anwar. Dengan penyerahan ini, imej Pak Lah akan melambung tinggi, maruahnya terbela, dan serahkan pada Anwar untuk selesaikan permasalahan TDM-NAJIB-MAHYUDIN, dan serahkan pada Anwar untuk mengawal menantu rambonya, dan anaknya, serta kroninya.
Dengan penyerahan ini, Pak Lah, selepas ini, dapat tidur lena dan dapat berehat tanpa rasa bersalah.
Wassalam.
mrf
Sebahagian besarrakyat mahu perubahan kerajaan. Keperitan hidup yang ditanggung akibat kenaikan petrol semakin hari semakin perit sedangkan kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk meringankan beban tersebut.
Kedua rakyat sudah tak tahan melihat tidak ada usaha yang menyakinkan oleh kerajaan untuk memancu ekonomi yang semakin parah. Perlu diingat ini memberi kesan jangka panjang kepada negara.
Kalau kerajaan BN perihatin dengan keinginan rakyat, elok diadakan polihanraya umum yang baru untuk mendapat mandat baru dari rakyat.
mrf
Sejak bila UMNO menghormati hak mandat rakyat? Kalau YMNO bersikap demikian, UMNO tidak akan membeli ADUN PAS dan menculik 2 lagi ADUN PAS dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS Terengganu dalam tahun 60am dulu.
UMNO telah menculik dan mengurung 2 ADUN PAS di KL semata-mata hendak menumbangkan kerajaan PAS terengganu yang dipilih melalui pilihanraya yang sah dlm tahun 60an dulu.
Tengok bagaimana kerajaan menindas rakyat kelantan semasa zaman TDM apabila rakyat kelantan memilih PAS sejak tahun 2990.
Bagaimana pula tindakan kerajaan pusat merampas duit royakti minyak milik rakyat terengganu apabila PAB menang dalam tahun 1999 dulu. Itu hak rakyat....
Hakikatnya, UMNO begitu tenat sekali sekarang dan seolah-olah telah tidak peduli lagi kepada mandat yang diberikan oleh rakyat. Vaik AAB, NYR dan barisan kabinet senuanya nampak tak mampu lagi memerintah. Harga barang terus naik, ekonomi makin parah.
bat8
Abe MSO - minta tulis skit pasal kejatuhan kerajaan PAS terengganu dibawah Hj Daud Samad akibat mainan kotor UMNO untuk diketahui oleh anak-anak muda kita seperti mrf dll
salam bro MSO, saya suka cara bro ulas isu ini. sebelum saya melayari blog bro saya sempat memberi komen d blog mmuta ligat. sptnya ada sedikit persamaan.
bezanya saya mengulas dr isu 'perjumpaan anuar dgn paklah'. andai kata d takdirkan paklah memilih utk menyerah kn kpd anuar drpd membiarkan dirinya d sembelih oleh gandingan MNM itu, insyaallah kita akan meyaksikan satu kemenangan utk rakyat sekali lagi. kali ini merupakan kemenangan terbesar.
d harapkan agar pak lah dpt membuat keputusan terbaik utk rakyat. saya merasa ngeri dan sukar membayangkan bagaimana bentuk tempias yg bakal d hadapi rakyat andai pakatan MNM itu yg menerajui negara.
Pak Lah berpeluang menjadi 'Habibie' di Malaysia seterusnya boleh memulihkan namanya sebagai pemulih demokrasi dinegara ini.
Caranya ambil 50 orang AP umno dan hijrah kedalam PAS seterusnya membentuk kerajaan baru yang diketuai oleh PAS. Islam terjaga, Melayu pun terjaga.
Tahniah Tuan, analisis yang sgt hebat. Mungkin betul teori tuan berkenaan MNM tu. Lagipun plot cerita utk menjatuhkan Pak lah telah bermula ikut skrip selepas PRU ke 12 yang lalu. Bermula dgn tumbangnya negeri yang menjadi kubu Pak Lah, diteruskan dgn musnahnya imej Pak Lah dikalangan org UMNO lantaran isu Ahmad Ismail dan yang terkini dendangan lagu yang sama antara Najib dan Muhyiddin serta kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO. Semuanya telah mula mengikut skrip yang ditetapkan. Soalnya adakah budak-budak berhingus di Tingkat 4 pejabat Paklah itu tahu atau faham benda ni? Rasanya tak tahu, pasal mereka pun begitu mentah dan tiada pengalaman politik pun untuk memahaminya dengan serius dan teliti.
Post a Comment