Selamat Pulang, Selamat Ke Serendah Hulu Selangor
ALHAMDULILAH baru sampai ke tanah air. Biasalah sebaik menjejak kaki ke tanah air kepala terus serabut dengan pelbagai masalah. Kepala yang kosong dua tiga puluh jam lalu jadi berabuk semula. Betul kata orang kalau mahukan ketenangan keluarlah dari kesibukan dan keserabuatan.
Meskin pun masalah negara tidak boleh dibiarkan tetapi setidak-tidaknya berada jauh ia boleh memberi sedikit ketenangan. Tak payah pergi jauh pun, semasa di airport menunggu kapal terbang pun, otak sudah mulai tenang. Segala masalah terasa terurai dari kepala.
Manakala sebaliknya, bila kapal terbang nak mendarat di KLIA atau LCTT, masalah sudah mulai masuk satu persatu. Kepala pun jadi berdebu-debu. Semasa turun dari kapal terbang kepala terus teringat kepada Hulu Selangor, dan penumpang yang minat politik dan mengenali kita juga bertanya siapa calon PKR dan siapa calon UBN.
Sebaik telefon dibuka, maka masuklah berpuluh SMS. Ada yang dilayan terus dan ada yang dibiarkan saja. 90 peratus SMS bertanyakan mengenai Hulu Selangor dan selebihnya bertanya siapa pegawai tinggi kerajaan yang saya jumpa di luar negeri itu.
Sebenarnya selepas jumpa dengan pegawai tinggi itu saya terserempak juga dengan bekas Exco sebuah negeri di Pantai Timur. Wah... bukan main lagi exco ni! Kalau dia tidak tegur, tentu saya tidak tahu, tetapi bila tegur maka tahulah serba sedikit rahsianya. Saya mengira dia tidak dapat mengelak dari menegur saya. Mungkin dia fikir saya tahu mengenai kedatangannya. Maka bila melihat dia memberanikan diri dan memberi nombor telefon... untuk menyatakan yang kedatangannya hanya biasa saja.
Ada seperkara saya nak sebut perihal di airport negara kita ini. Mengenai sikap double standart dalam melayani dan menghormati tetamu. Saya tidak tahu apakah ini diajar oleh kementerian pelancongan atau pun pihak pengurusan airporat atau pun syarikat penerbangan berkenaan.
Sudahlah kapal terbang yang tiba dari negara ketiga di parking jauh dari pintu masuk menuju ke pemeriksaan imigresen, para penumpang ini juga tidak disambut dan dihormati seperti penumpang kapal terbang dari negara membangun dan negara maju. Saya tenguk dua orang pramugari seperti tokong hidup dengan meletakkan kedua belah tangan di dada dan mengangguk hormat kepada setiap penumpang kapal terbang dari dunia membangun melewati mereka. Penumpang itu pula sedikit pun tidak membalas layanan istimewaan itu. Mungkin mereka juga merasakan pelayan itu patong.
Berbeza dengan penumpang dari negara sedang membangun, tidak ada sesiapa menunggu di tangga kapal terbang dan sedia memberi hormat. Wahal status penumpang kapal terbang itu dengan penumnpang kapal terbang dari negara membangun itu sama saja, mereka adalah pelancong yang membawa duit ke negara ini.
Layanan double standard ini dapat dipehatikan di airport lagi bukan saja di negeri-negeri pembangkang oleh kerajaan UBN.
Harapnya, penyambut tetamu jangan saja tahu menghormat penumpang kulit putih atau bermata sepek atau pun berjanggut lebat, tetapi hormatilah juga penumpang yang kulit sawo matang, rendah dan jari jemarinya kasar. Kerana pelancong ataupun penumpang inilah yang menjadi sebahagian agen pembangunan negara ini.
Mengenai pertanyaan siapa calon UBN dan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor saya tidak mahu menjawabnya. Malam esok datanglah beramai-ramai di Dewan Komuniti Serendah. PKR akan mengumumkan calonnya di sana. Seperti mana saya tulis sebelum ini, kedudukan Zaid Ibrahim tidak berubah, dialah calonnya.
Manakala BN pula sudah pasti tidak akan memilih Palanivel. [**** kl.7:20 pm 12/04/10]
No comments:
Post a Comment