Kereta Misteri Terus Jadi Misteri
[kemaskini] 10:20 am 09/04/10 - Menurut seorang penjenguk setia blog ini kereta misteri yang bertayar tiga kini menjadi misteri lagi. Katanya tayar belakang sebelah kanan yang 'hilang' beberapa hari lalu kini sudah pun diganti. Anihnya kereta itu masih di situ, belum berubah kedudukannya. Terima kasih kepada sdr pelapor.
KERETA misteri yang tersadai di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 4, bersebelahan Taman Wangsa Ceria sejak lebih seminggu lalu terus menjadi misteri. (Sila rujuk intri 4 April). Sejak tiga hari lalu sebiji tayar belakang sebelah kanan yang kempis kini sudah dicabut menjadikan kereta berkenaan dalam keadaan bertayar tiga.
Apa yang peliknya siapa yang mencabutnya? Tidak mungkin pemiliknya. Logiknya kalau pemiliknya, ianya akan segera dipasang selepas tayar berkenaan ditampalkan bocornya dan diisikan angin.
Apakah tuan punya tidak ada wang untuk membaikinya dan mengembalikan semula tayar yang kempis itu? Pelik juga kenapa polis atau JPJ atau DBKL tidak mengambil inisiatif untuk mengangkatnya atau mencari pemilik asalnya? Sampai berapa bulan untuk bertindak ke atas kereta berkenaan.
Terdapat serpihan cermin berhampiran kereta berkenaan. Mungkin sudah ada pelanggaran kecil berlaku di situ akibat kesesakan terutamanya waktu pagi dan petang semasa ke pejabat dan pulang. Keadaan tengah hari semasa murid keluar sekolah juga berlaku kesesakan disebabkan kereta misteri berkenaan.
Gambar di atas dirakam jam 1:30 tengah hari tadi. [wm.kl. 2:55 pm 07/04/10]
1 comment:
kena wujud satu akta, kenderaan yang ditinggalkan dan mencurigakan boleh disita.
sekadar mencadang.
@naimisa
Post a Comment