Sunday, April 25, 2010

Selamat Kembali Hulu Selangor 13

Pulang Untuk Turun Kembali Dalam Medan Juang

KUALA KUBU BARU kini mulai dtinggalkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Yang datang dari Utara bergerak untuk pulang ke Utara, dari Selatan akan pulang ke Selatan, manakala dari Timur akan pulang ke Timur. Yang datang dari Selangor mereka akan pulang ke rumah berihat setelah bertungkus lumus selama lebih seminggu di Hulu Selangor dalam rangka memancing rakyat untuk melakukan perubahan.

Perjalanan penyokong di Utara, Selatan dan Timur tidak semeriah sewaktu datang semasa hari penamaan calon. Kalau semasa datang untuk meraikan calon mereka penuh bersemangat, bersorak sorai dan melaungkan takbir Allahuakbar. dengan penuh yakin akan menggapai kemenangan. Tetapi perjalanan pulang malam ini dalam keadaan lemah longlai dan hilang semangat. Mungkin ada yang lemah jantung dan malas untuk bergerak pulang.

Kejutan dengan kekalahan calon PKR, Zaid Ibrahim dengan kekurangan lebih 1,500 (1,725) undi dalam keadaan tidak terduga menjadikan sesetengah penyokong hilang semangat. Mula sebelum menjelang malam semuanya bersemangat dan yakin PKR akan menang. Apa lagi terdengar desas desus kemenangan itu dengan majoriti besar.

Mereka kebanyakan membuat andaian melalui pandangan mata kasar dan bukan firasat politik ternyata tertipu oleh keyakinan sendiri. Parahnya juga mereka mempercayai kepada analisa dan kajian badan-badan NGO yang profesional. Saya dari awal lagi tidak mempercayai analisa dan dapatan badan berkenaan kerana ia dibuat dengan penuh akademik dan bukan berdasarkan pengalaman.

Bagi mereka yang mempercayai kepada berita dan tidak tahu membaca riak dan alun ombak politik tentu akan merasa kecewa dan terkejut dengan kekalahan itu. Tetapi mereka yang membaca dan tidak mudah terpengaruh dengan psywar akan terperagah dengan apa yang berlaku.

Lemah gumulai seluruh tubuh badan. Mata, kepala, kaki, tangan dan segala anggota badan yang lengguh dan lemah selama berkempen, menjadi semakin lemah dan longlai apabila menerima berita sedih kekalahan.

Tetapi duhai para pejuang sejati, pulanglah ke rumah masing-masing dengan tenang dan penuh keinsafan. Jangan mudah mengaku kalah dengan kekalahan. Kalah sekali bukan bermakan kalah selamanya. Kekalahan adalah ujian dan Allah hanya menguji orang-orang yang beriman dan sabar saja.

Hakikatnya PKR tidak kalah atau apa-apa perjuang tidak boleh diiktiarfkan kalah kalau perjuangan itu menentang kemungkaran dan untuk menegakkan kebenaran. Perjuangan sejati bukan kemenangan tetapi masih mampu meneruskan perjuangan dalam keadaan ditekan dan ditindas oleh lawan itulah kemenangan dalam perjuan gan. [wm.kl.8:50 pm 25/04/10]

17 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Buat pertamanya saya amat menghargai usaha tuan yang melaporkan perkembangan perjalanan pilihanraya pada hari ini sehingga ke proses pengiraan dan penjumlahan undi dan laporan tuan amat terkini. Usaha tuan itu telah membuat penjengok blog tuan mendapat keputusan terkini seolah-olah jasad berada di Hulu Selangor. Sebenarnya telah beberapa pilihanraya saya menggunakan Blog tuan untuk mendapatkan kuputusan terkini dan kebanyakannya saya lebih awal tahu keputusan dari teman-teman yang lain walau pun dengan kekurangan yang ada pada saya berbanding teman-teman lain.

Sesungguhnya pKR, PAS dan DAP tidak kalah kerana pada hari ini Pakatan Rakyat bukan bertarung dengan UMNO-BN dalam medan pilihanraya tetapi Pakatan Rakyat bertarung denganUMNO-BN dalam medan penipuan. Hakikatnya pada hari ini atau malam ini yang menjadi persoalan bukannya Pakatan Rakyat atau UMNO-BN yang menang tetapi apakah penipuan UMNO-BN mampu mengalahkan Pakatan Rakyat dan ternyata Pakatan Rakyat telah tewas dengan penipuan.

Buat penipuan yang telah berjaya mengalahkan Pakatan Rakyat diucapkan tahniah dan teruskanlah kezaliman anda selepas ini kerana anda telah mendapat mandat dengan cara yang anda sendiri tahu bagaimana anda mendapatkannya. Hari ini, malam ini anda bergembira yang pastinya bukan dengan kegembiraan hakiki tetapi anda tetap gembira kerana anda berhak gembira dengan cara yang anda hendak anda gembira. Kami akan menunggu masa kami yang pasti akan tiba dan masanya memang sudah dekat kerana itulah janhi Allah.

Buat Pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat, anda adalah pemenang dalam perjuangan ini dan kalau pun anda sedih dan lemah semangat, simpan ia selewat-lewatnya tiga hari dan selepas itu pulihkan semangat agar kita teruskan perjuangan kita. Tahniah buat anda semua dan yakinlah bahawa kerja anda ada nilainya di sisi Allah. Buat Tuan MSO, sekali lagi terima kasih dengan kerja-kerja Tuaan, moga mendapat ganjaran dari Allah. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

anakzaman said...

Tuan MSO

Nampaknya pengundi-pengundi Hulu Selangor tak seperti pengundi Kelantan.Boleh mengajar parti politik muhasabah diri. Pengundi-pengundi Selangor masih lagi belum banyak berubah terutama orang melayu.
Orang Melayu memilih Parti bukan memilih wakil rakyat.
Tak tahu bila bangsaku akan berubah.

Terima kasih MSO.

anzam2009

nikAHMADfaiz said...

salam perjuangan;

moga ALLAH memenangkan PR pada PRU13 kelak...bittaufiq wan najah..moga ALLAH meredhai perjuangan orang yang menegakkan agama,bangsa,dan negara..hanya kepadaMu kami memohon dan menyerah...ameen.

wassalam.

chegarMD said...

kekalahan pkr salah satu sebab ialah ketidak pekaan nik aziz terhadap larangan berkimpin di masjid2 oleh sultan selangor, kenyataan nya sedikit sebanyak mem beri kesan negitive yg ketara di gunakan dgn bijak oleh bn.lain kali di harap nik aziz tidak terlalu agresive dlm meluah idea walaupon apa yg di katakan ada kebenaran nya.saya juga dgn rasa dukacita terhadap penduduk hulu selangor
yg memenangkan non muslim/bukan melayu berbanding melayu/muslim yg sepatut nya mereka pilih, kalaulah mereka ada pendidikan agama sudah pasti mereka mengutamakan melayu/muslim dri mic/hindu tapi apa buleh dikatakan itu lah tahap keislaman dan tahap nationalisma dlm mentaliti penduduk hulu selangor, ini juga meyerlahkan dgn jelas betapa perlu nya pendidikan islam dipertingkatkan lagi dgn lebih agresive.

emaswarisan said...

Salam,
Tak apalah....adat pertandingan,ada kalah-menang.Tapi sememangnya yang menang akan bersorak,yang kalah akan longlai dan lesu.
Pada firasat hamba,kemenangan BN di HS ni akan memberi petanda yang kurang enak terhadap senario politik di Kedah.Tambahan lagi,sekarang ni musim hujan,katak2 sungguh girang terutama berudu yang baru terputus ekor....semoga sejarah Perak tidak berulang di Kedah.
Ustaz Azizan lebih arif dalam bab ini....peribahasa dulu..apabila guruh dilangit,air tempayan dibuang jangan...mungkin kurang sesuai di praktik kini.
Sebabnya...bila guruh dilangit,katak2 kegirangan memanggil hujan,air tempayan kena cepat dicurah...supaya air yang baru diganti semula.

KOYAN said...

setuju dengan pak mso.pejuang sejati tak perlu rasa kecewa dan tak perlu rasa lemah untuk terus berjuang selagi nyawa dikandung badang.tetap kene berjuang. ape yang perlu kita muhasabah diri sendiri. kenapa kalah! kenapa allah tidak bagi menang.tentu ada hikmahnya.barang kali kalu menang akan menyebab kita makin bongkak dan akhirnya musnah dalam keangkuhan sendiri.seperti yang berlaku kepada qarun.tidak bereti juga allah tidak memaqbulkan doa2 hamba2nya yang soleh2 dikalangan BA. barangkali allah ganti dengan suatu yang lebih baik didunia ini.atau allah tunaikan di akhirat dan barangkali allah tidak mahu hambanya terjebak dalam kemaksiatan jika kemenangan milik mereka...

buat yang menang tunaikanlah segala janji-janji.

pak mso. yang baik kita sokong.yang buruk kita cuba betulkan dek terdaya kederat kita...

PAPA LUV said...

Salam Tuan MSO,
Kekalahan dalam PRK Hulu Selangor hari ini sebenarnya mempunyai hikmah yang cukup besar kepada PR. Kekalahan ini seharusnya menyedarkan semua parti yang bergabung di bawah PR supaya sedar akan kesilapan dan kealpaan yang sedang melanda dalam PR. Sikap berasa selesa seharusnya dibuang jauh-jauh dari lubuk hati wakil rakyat PR. Saya masih ingat lagi ketika PAS, PKR dan DAP yang kalah teruk dalam PRU 11 di mana mereka mula bekerja keras dari semasa ke semasa. Pelbagai aktiviti dan program mereka uar-uarkan hingga membuka mata rakyat untuk bersama-sama dengan PR. Malangnya apabila kemenangan yang sedikit diberikan oleh Allah, PR mula 'lupa diri'. Sekiranya sikap ini berterusan dan tanpa perancangan yang teliti, saya yakin BN akan menang besar dalam PRU 13. PR perlu ingat bagaimana SPR telah menjadi faktor kepada kekalahan PR pada PRU 11. SPR memperkenalkan pelbagai peraturan yang tidak munasabah semata-mata untuk memberi tekanan kepada PR. Selepas kalah, barulah PR mula bangkit dan menggoncang SPR supaya menjalankan tanggungjawabnya yang sebenar. Seharusnya tindakan sebegini perlu diulangi supaya dalam PRU 13 nanti PR tidak mengggigit jari. Tentang kekalahan dalam PRK Hulu Selangor ini, kerajaan negeri Selangor di bawah PKR perlu lebih banyak bekerja daripada bercakap serta bercakaran demi memenangi hati penduduk di luar bandar khususnya di Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang. Kekalahan ini juga menjadi hikmah kepada PR kerana BN perlu menunaikan setiap janji yang telah dibuat kepada pengundi di Hulu Selangor. Saya percaya pengundi sengaja memberi kemenangan kepada BN kerana ingin melihat sejauh mana calon BN melunaskan janji yang telah dibuat. Sekiranya dalam tempoh dua tahun lebih ini BN gagal menunaikan janji, sudah tentu pengundi akan dapat menilai akan kualiti calon BN. Justru, janganlah berduka dengan kekalahan ini. Yang penting PR perlu memperkemaskan diri, kurangkan kontroversi, lebih banyak bekerja untuk rakyat dan yang paling penting jangan asyik mengumpul harta kekayaan. Wasalam.

MANTRA said...

PKR ditolak majoriti rakyat Hulu Selangor kerana gemar mencari salah orang lain dan lupa kesilapan serta kelemahan sendiri...

Cuba belajar berkata benar... itukan lebih mulia!

mohd said...

xpe walaupun ade terasa kecewa....jgn lemah semangat wahai pejuang kebenaran...kebenaran akan pasti akan muncul....jua...t.kasih kepada semua yg telah mecurahkan keringat dlm semasa prk ini insyaallah kita akan jua satu hari nanti

Rozana said...

Perjuangan sebenar tidak diukur dengan kemenangan, tapi diukur dengan kebenaran. Sebab itu kalah beribu kali perjuangan tetap diteruskan kerana kemenangan hakiki ialah rahmat Allah yang menjadi kunci untuk syurga yang amat asyik masyuk dan kekal abadi itu. Perjuangan itu sememangnya penuh keperitan tapi manis bagi mereka yang ikhlas dan yakin sebulatnya ke hadrat Allah SWT.

Hishamuddin said...

pada ambe, PKR tak kalah pun. Jumlah undi yang di terima PKR tak merosot pun malah meningkat 95 undi. Tahun 2008 PKR dpt 23177. Yg tadi PKR dpt 23272. Yang ketara meningkat BN la..itu pun atas ehsan undi pos, dan juga lebihan peratusan keluar mengundi berbanding thn 2008 ialah melebihi 2000.

Ape2pun2 Tahniah dan syabas kepeda pemimpin dan penyokong PKR yg berkampung 1 mggu di Hulu Selangor. Jadikan kekalahan angka ini 1 kekuatan utk tumbangkan BN yg jelik menggunakan penuh tipu muslihat serta sogokan demi mencapai kemenangan.

Takbir!!!

Pak Mat Tempe said...

Salam Tuan MSO.

Kekalahan PR ini adalah kekalahan dalam menang yang beza majoriti tidaklah banyak sangat. Ini kerana PR melawan BN yang menguasai
segala2nya. BN banyak advantage kerana menguasai kerajaan persekutuan. Tetapi walau apa pun halangan, jika rakyat terutama generasi muda inginkan perubahan politik dan pemerintahan di PRU akan datang ia tetap akan berlaku seperti apa yang berlaku dikebanyakan negara di dunia ini.

Kepada yang menang tahniah dan laksanakan semua janji2yang telah dibuat, dan kepada yang kalah jangan bersedih cuba kaji semula sebab2nya untuk jadi panduan dalam strateji selanjutnya.

Kepada Tuan MSO terima kasih tidak terhingga diucapkan kerana saya banyak bergantung dari info dan analisis dari tuan walau pun beratus blogers di internet dewasa ini tetapi blog tuan rujukan final saya. Analisis tuan kebanyakannya tepat dan menjadi kenyataan akhirnya, Ini mungkin tuan berlatarbelakangkan sebagai penulis politik yang berpengalaman.

Syabas Tuan teruskan menulis walau pun pahit bagi sesetengah pehak.

andakmaon said...

MSO,
Terimalah hakikat bahawa rakyat sudah mula sedar dan berubah sejak dari PRU 12 yg lalu . Rakyat telah melihat sendiri b/mana mereka ditipu oleh kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim yg berbohong isu 16 Sept dan kes liwatnya ! Selagi PR mengharapkan Anwar , selagi itulah tuan dan kawan-kawan tuan yg fanatik itu seperti mendokong biawak hidup.
Sepekara lagi yg tuan mesti bermuhasabah diri ialah faktor takdir Allah . Tuan mesti sedar bahawa Allah tidak merestui cara tuan dan puak-puak tuan berpolitik. Parti PAS kesayangan tuan telah hilang perjuangan Islamnya demi ' kuasa ' politik . Demi kuasa , perjuangan Islam telah tuan kesampingkan. Musibah akan terus dikecapi PAS ,tuan lihat sajalah.

Ibni Ismail said...

Salam..

Setuju benar dgn tuan.. Tiada istilah kegagalan dalam perjuangan.Kami di BN pun tidaklah terlalu teruja hingga leka dengan cabaran mendatang.

Tuan pasti setuju jika saya katakan yg keadaan mungkin berubah jika Dr. Halili yang bertanding. Apa pun sifir politik Anwar ini semakin mudah untuk dibaca.

Buat saudara saudara dari PR, kita jumpa di Kedah pula selepas ini. Sibu bukan medan kita.

Selamat kembali ke rumah dengan selamat.

anafakir said...

"TAHNIAH" buat BN dan UMNO, mereka memenangi PRK Hulu Selangor.Mungkin itu takdir Allah untuk mereka.Raikanlah, rayakanlah, bergembiralah dgn kemenangan sementara ini..Pergilah ke mana2 tempat utk merayakan kemenangan..kerena mmg hari ini UMNO-BN menang.Namun dengan kemenangan sekadar bawah 2000 undi dgn segala 'gula-gula' yg ditaburkan, UMNO sedang memasang jerat maut di leher mereka. Mampukah UMNO utk menunaikan segala janji yg melebihi RM50 juta utk penduduk Hulu Selangor sebelum menjelang PRU13 nanti.Bagaimana dengan pampasan penduduk Felda Sungai Buaya,berapa lama masa diambil utk melunaskan baki pampasan, berapa lama lagu utk menyiapkan lebuhraya bertingkat, berapa lama lagikah utk menyelesaikan isu pengambilan tanah, berapa lama lagikah masa diperlukan utk menunaikan segala janji pembangunan yg dilaung2kan di seluruh ceruk Hulu Selangor..Saya memandang penduduk Hulu Selangor mmg bijak..bijak mememasang perangkap, bijak bermain politik, bijak meletakkan UMNO dan BN dalam keadaan tenat.Kenapa saya berkata demikian kerana UMNO perlu menyelesaikan segala janji mereka sebelum PRU13 menjelang.Andaikata UMNO tidak mampu utk menyempurnakannya, rakyat Hulu Selangor akan bangkit utk 'mengajar UMNO' dalam PRU 13 nanti.Modal kempena utk Pakatan terbuka luas nanti.UMNO tidak boleh berdolak dalih lagi kerena selama 15 tahun penduduk Hulu Selangir tertipu, kali ini cuma peluang terakhir diberikan,kalau masih bersikap suka berjanji tetapi amat-amat payah utk menepati maka slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" akan makan diri.Datuk Seri Najib akan terjerat dgn janji2nya sendiri.DS Najib banyak membuat pelbagai janji kepada rakyat Hulu Selangor..kita tunggu dan lihat siapa yg akan kena nanti.UMNO tidak boleh membuat sebarang alasan lagi utk tidak menunaikan janji2 tersebut..rakyat pasti menunggu dan menagih segala janji itu.

Apalah sangat utk Pakatan dan PKR bersedih..usahlah lemah dan bersedih hati kerana kekalahan ini byk hikmahnya..mengalah dan kalah dlm PRK ini sebenarnya sedang membina kemenangan besar utk PRU13 nanti.Dalam jgkawaktu kurang lebih 2 tahun sahaja lagi..UMNO akan terkubur di Hulu Selangor jika janji yg dilaungkan tidak ditunaikan...percayalah,rakyat Hulu Selangor sengaja menyelamatkan kewangan kerajaan Selangor..kerana UMNO yg perlu keluarkan modal utk membangunkan Hulu Selangor kerana itu janji mereka..Mana UMNO nak cari duit melebihi RM50 juta utk mengotakan janji dlm tempoh 2 tahun terdekat ini.Jika gagal..UMNO-BN akah ditolah rakyat secara total dlm PRU13 nanti..

mawar berduri said...

Assalamualaikum saudara,

BN telah menang sekarang. Tiada lagi kata secantik bahasa, kerana setiap yg berlaku itu telah ditentukan oleh Allah jua akhirnya.
Marilah kita fikirkan apa hikmahnya keputusan itu.

Fikirkan kenapa Allah tidak buka jalan kemenangan dan tidak gerakkan hati pengundi agar memangkah PKR?

Semua manusia, waima Anwar atau Nik Aziz atau Najib juga Karpal Singh dan Lim Kit Siang, semua hati mereka digerakkan oleh Allah swt.
Sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui.

Dlm membicarakan bahawa Allah jualah yg maha pengasih lagi maha penyayang, maka sudah semestinya kasih dan sayang Allah bukanlah hanya terbatas utk org Pas atau Pkr mahupun Umno. Yg pasti tentunya kpd org Islam. Allah kasih pada semua makhluknya yg berfikir tentang kebesarannya.

Maka sebab itu dlm Al-Quran banyak ayatNya yg menyuruh agar manusia berfikir. Fikirkanlah tentang kebesarannya dgn hati yg tulus dan suci. Sesungguhnya ketulusan hati mengundang rahmat Illahi. Kerana gerakkan hati itu datangnya dari Allah, bukannya dari nabi ataupun wali.

Berbalik ke dlm konteks politik negara, persoalannya, ketulusan hati pimpinan siapakah yg direstui Illahi? Akhirnya, antara siapakah Anwar atau Nik Aziz atau Najib Atau Karpal Singh mahupun Lim Kit Siang yg dibukakan laluan oleh Allah swt utk menerima gerak hati rakyat utk sokongannya?

Sesungguhnya, hanya Allah yg maha mengetahui dimanakah tompok hitam telah bermukim di hati siapa kini.

kalimah said...

salam MSO,

Hakikat memang PR kalah di HS dan memang patut pun sbb dalam PRU 13. Majoriti undi ketiga-tiga DUN ialah ialah 6,000 undi. Sepatutnya, Palanivel menang 6000 undi, alih2 kalah dengan 198 undi.

Bila pilihanraya kecil, kemenangan BN ialah 1,725 undi. Maknanya hanya 1725 orang saje yang kembali ke pangkuan BN manakalah 4275 kekal bersama-sama PR.

Saya kira itu petanda bagus melainkan BN menang dengan 7,000 undi dan ada petanda yang amat2 berbahaya pada PR.

Bagi saya tiada apa perlu dibimbangkan sangat dengan kekalahan ini.

"Save our energy and fight another day".

Pilihanraya Sibu kan ada, walaupun tidak berkesempatan ke sana. kita salurkan maklumat kepada rakyat melalui blog2 untuk menyedarkan rakyat.

Apapun, Tahniah untuk BN atas kemenangan di HS. Moga mereka menunaikan segala janji.

Jangan berjanji di HS tidak ditunaikan tetapi berjanji lagi di Sibu.