Salentia Dah Berenang Dalam Parit di Batang Kali
MENJELANG Maghrib malam tadi ketika Murai duduk di sebuah gerai makan di Batang Kali, Hulu Selangor, Murai bertanya kepada tuan kedai itu. Murid tanya Salentia ada ke sini? Dia terpingga-pingga mendengar pertanyaan itu. Dia tidak pernah dengar perkataan itu. Apa dia?, tanyanya dengan menggerutkan kening.
Salentia ada ke kat sini? Biasanya kalau musim pilihan raya begini ia akan datang ikut sama berkokok dan mengaut. "Salentian tu, kalau kak nak tahu ialah katak la...?" beritahu seorang anak muda yang duduk berdekatan dengan meja Murai. Dia tersenyum kepada Murai kemudian datang bersalaman dengan Murai dan bertanya khabar.
"Katak apa pulak? Tu dalam parit tu banyaklah," kata si penjual itu masih tidak tahu ujung pangkal. "Sekejap lagi akan riuh randahlah... berkokok... apa lagi kalau hujan-hujan renyai begini.." balas penjual geral itu benar-benar ingatkan Murai bertanyakan perihal katak.
Terlucut saja kata-kata itu dimulutnya tiba-tiba berbunyti, aukkkk.... auokkkkkk...work....workkkk... dua tiga kali dari arah parit berdekatan. Betul-betul di bawah bilboard poster Zaid Ibrahim. Mungkin katak itu sedang salak Zaid....
Saya berlari ke tempat bunyi itu dan cuba merakam gambar katak itu. Malangnya tidak kelihatan. Sebaik Murai sampai terdengar libas sayap Murai, dia menyelamkan diri ke dalam air parit yang hitam berkeladak.
"Nak buat apa dengan katak?" tanya tuan kedai sebaik Murai kembali ke meja untuk pesan makanan. Murai tersengeh-sengeh bodoh. Tuan kedai ini tidak tahu maksudnya. Lurus bendul.
"Apa yang tuan ni maksudkan, kak, katak itu ialah kepada seorang ahli politik yang suka melompat. Dia tanya apakah katak itu sudah datang....ke sini," jelas anak muda tadi memberi kefahaman kepada tuan kedai berkenaan. "Oh..... kak ingat ke apa tadi," dia gelak dan mengilai sampai nak terjatuh kertas nota di tangannya. Matanya berair lucu dengan penjelasan itu.
"Oh... tak dengar lagi.... eh.... ke mari ke dia... untuk apa? Kan ini pilihan raya antara Keadilan dengan BN, dia tu bebas kan? " sambung tuan kedai itu terlupa nak ambil order dan sudah mula memahami maksud perbualan. "Tapi kenapa tanya Salentia.... tadi?" tanyanya balik masih tidak faham apa itu Salentia.
"Salentia tu kak, kataklah... tetapi itu nampa glamournya. Nama Latin..." jelas anak muda membantu Murai menjelaskan maksudnya.
Sekali lagi tuan kedai berusia 50-an itu ketawa terbahak-bahak. "Macam-macam politik ni, ada Selantialah dan ada Kamalanthan. Chandran la dan macam-macam lagi," sambungnya sambil mencatat apa yang Murai order. Apa yang agak mengilankan hati Murai, kata tuan kedai tadi kalau Salentia masuk ke kedai dia tak nak layan tetapi akan suruh budak-budak halau masuk ke dalam parit depan kedainya itu. Aduh....
Sekembali di rumah bila Muria buka internet, ada cerita mengatakan Salentia akan berceramah di Batang Kali. Menurut Salentia dia pergi bukan atas nama presiden NGO Perkakas kepada sebuah parti tetapi atas nama ahli parlimen bebas. Oooo...
Murai tak nak kata apa, kalau jenis lidah bercabang, maka kata-katanya juga akan brercabang. Usahkan bercakap berdengkur pun bercabang! Jalan pualng ke rumahnya bersimpang siur. Murai teringat apa yang berlaku di gerai tadi, kepada katak-katak dalam parit berhampiran gerai di bawah poster Zaid itu. Mungkin Salentia nak pegi ke situ kerana nak beri ceramah kepada katak-katak yang sedang menantinya di dalam parit yang air berkeladak itu. Mungkin begitu....
Murai: Berharap tuan kedai itu tidak akan halau Salentia kalau tiba-tiba dia masuk ke gerai itu untuk minum atau makan. Kesianlah dia...
No comments:
Post a Comment