Monday, April 26, 2010

Eksklusif Tengah Hari

Zaid Akan Bantah Keputusan Pilihanraya Hulu Selangor Di Mahkamah?

ZAID Ibrahim kemungkinan akan membantan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berakhir semalam di mahkamah. Ini berikutan berlakunya rasuah secara meluas dalam pilihan raya berkenaan.

Antara bentuk rasuah dilakukan selain pemberian bantuan kerajaan kepada rakyat semasa proses pilihan raya berlaku ialah pemberian wang ringgit melalui agen-agen BN.

Maklumat sedang dikumpul seberapa banyak yang boleh berhubung dakwaan berkenaan. Zaid juga dijangka akan mengadakan sidang akhbar esok berhubung tindakan yang akan diambil. Dalam pilihan itu Zaid kalah ditangan Kamalanantha dengan kekurangan undi sebanyak 1,725. Beliau mendapat 23,272 undi manakala Kamalanathan mendapat 24,997. Sebanyak 731 undi yang ditolak.

Sehubungan itu juga satu panel terdiri dari kalangan penguam terkemuka akan dibentuk untuk merangka satu memorandum untuk dihantar NGO hak asasi manusia dan pencinta demokrasi tulen di seluruh dunia. Memorandum itu menjelaskan kepincangan berhubung proses perjalanan pilihan raya di negara ini yang dikatakan berat sebelah, tidak ada dan memperalatkan jentera kerajaan.

Memorandum ini bakal menjadi dokumen baru untuk digunakan oleh para pendokong demokrasi tulen bagi mengkritik perjalanan pilihan raya di negara ini. Ia juga nanti akan digunakan oleh Bersih - sebuah badan bertindak dan memperjuangkan pilihan raya bersih dan telus yang pernah berarak menggegarkan negara beberapa tahun lalu.

Sekiranya memoranum ini menjadi kenyataan inilah tindakan pertama secara profesional diambil bagi mempersoalkan kepincangan perjalanan pilihan raya dan demokrasi di negara ini yang dikatakan pincang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang.

Petisyen ke atas pilihan raya Hulu Selangor dan memorandum itu dilihat bakal memberi tekanan baru kepada kerajaan agar berlaku telus dan adil dalam setiap pilihan raya. [wm.kl. 2:25 pm 26/04/10]

10 comments:

chegarMD said...

APA yg akan didedahkan dari kepincangan prk kaliini patut di
perjuangkan sehingga prk di malaysia sampai kestandard buleh
di banggakan sebagaimana di negara2 maju.contoh nya projek2 tak boleh dijanjikan waktu kempin berjalan kerana ini bertentangan dgn undang2
dan lojik,sudah pasti pihak kerajaan mempunyai kelebihan dlm memberi janji2 material seperti projek dan wang ringgit, ini tidak adil dan di sepakati di dunia maju melainkan di malaysia dan negara2 yg berpaksikan sestem diktator samaada kiri/kanan dan dia amat menjejik kpd pejuang2 demokrasi/begitu juga dlm islam rasuah adalah haram terutama dlm waktu berkempen.semuga malaysia boleh kita banggakan sebagai negara contoh dlm setiap perkara.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Rasanya tindakan yang akan diambil oleh Datuk Zaid bersama pkr juga mungkin dengan pakatan Rakyat dan panel peguam yang berwibawa sama ada dalam bentuk membawa kes ke mahkamah, memorendum ke peringkat antara bangsa dan menggerakkan BERSIH buat kali kedua adalah satu tindakan yang tidak boleh ditangguhkan lagi. menurut OKU dalam BN yang dapat saya ikuti dalam berita 5 petang tadi di radio klasik nasional, projek-projek berjumlah 168 juta ringgit yang dijanjikan di hulu Selangor adalah untuk membantu penduduknya yang telah lama tertinggal. Bukankah 168 juta ini boleh dianggap sebagai rasuah pilihanraya? kalau tiada pilihanraya kecil hulu Selangor ini apakah janji 168 juta ini akan diutarakan? bukankah tindakan okU dalam bN ini benar-benar menguji kesabaran kita dalam menuntut demokrasi yang adil?

Satu hal lain pula yang diutarakan dalam posting tuan sebelum ini, yang boleh direnung di mana tidak manis kalau di saat kalah kita meninggalkan kawan yang kalah. Pemimpin PAS yang ramai itu tak kan tak ada seorang pun yang punya sedikit masa untuk sama-sama berada di mini stadium itu. mungkin ini hanya sekadar kejadian yang tidak disengajakan atau dirancang namun sebagai kawan tak kan kita tak tahu pergerakan kawan kita setelah seminggu kita bersama. Saya yakin perkara ini tidak akan jadi masalah besar dalam pakatan Rakyat, cuma ia akan jadi modal musuh untuk menggambarkan ketidakampuhan hubungan Pakatan Rakyat. Apa pun jangan bimbang, Akhbar-akhbar, tv dan radio sedang sibuk mengulas kemenangan dari kaca mata keseronokan mereka dan buat masa ini mereka akan terlepas pandang peristiwa malam tadi. Apa yang dibimbangkan ia akan jadi modal setelah mereka jemu mengulas kemenangan mereka kerana rakyat mungkin telah mual dengan ulasan mereka.

memang kadang-kadang ada perkara yang kita tersinggung dalam konteks berkawan. Dalam kenduri misalannya ada orang akan buat kerja lebih, ada orang akan makan lebih, ada oran datang sekejap saja tunjuk muka dan bermacam lagi ragam manusia. namun semua itu adalah kerenah manusia yang ada dalam sebuah masyarakat dan kita kena terima. Cuma ada masanya janganlah susu yang diberi tuba pula yang dibalas. jangan pula sampai ada yang merasa dirinya melukut di tepi gantang dan ada pula yang menganggap dirinya sebagai mutiara yang tak akan pudar. bagi saya kita perlu bertanya pada diri kita siapa kita sebenarnya.

Buat Saudara pis, orang Cina tidak mengundi bN bukan kerana mereka mengharapkan projek. Mereka mengundi BN pun bukan kerana projek. mereka sanggup mengundi pas pun bukan disebabkan benda dan mereka mengundi DAP pun bukan kerana Cina mereka. Sebenarnya mereka adalah kaum yang merdeka jiwa dan pemikiran. Mereka mampu untuk menentukan sendiri perjalanan hidup mereka tanpa diatur oleh orang lain walau pun bukan di negara mereka sendiri.

Susah senang masyarakat Cina di malaysia dan di mana saja lebih bergantung kepada usaha, ikhtiar dan keyakinan diri mereka sendiri. Oleh kerana kesenangan yang ada pada mereka adalah hasil dari titik peluh mereka maka mereka tahu menghargainya dan cara mereka menghargai kejayaan mereka adalah dengan memerdekakan diri dari penjajahan jiwa dan pemikiran. mereka tidak terbelenggu dengan ugutan, projek, kata manis, janji dan apa sahaja dari mana-mana pihak. Kini mereka menyatakan yang mereka sebenarnya merdeka dengan mampu menolak janji 3 juta untuk sekolah Cina dari oKU dalam BN. Semangat inilah yang Oran Malayu harus belajar dan contohi dari kaum Cina. Bukankah kita sering mendengar "tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"? begitu banyak tamadun, China yang Rasulullah pilih untuk dicontohi oleh orang islam. namun perkara seperti ini memang menjadi kebimbangan di kalangan OKU dalam BN.

Wah! nampaknya hari ini saya borong habis segala posting dalam satu ruang komen. Oh ya! OKU dalam BN tu adalah orang kuat UMNO dalam BN bukan orang kurang upaya. OKU dalam BN adalah Najib, mohyiddin dan mereka yang sewaktu dengannya.

Joesal2008 said...

salam buat saudara MSO dan semua sahabat yang dihormati.
Sebenarnya saya jarang menghantar komen dalam ruangan ini, tapi kali ini terpanggil untuk memberi komen dek kerana apa yang saya lihat suatu sistem pilihanraya kecil yang saya lihat paling tidak sempurna dan kotor menjijikan. Apa yang dapat saya komen, adalah seperti berikut:-
1. UMNO Bn sanggup menggunakan kanak-kanak bawah umor (Tidak layak menjadi pengundi) selaku perayu undi. Kita boleh rakamkan setiap gambar didalam blog.
2. Sikap suruhanjaya pilihanraya (SPR) yang berat sebelah. contoh yang terang lagi bersuloh, banner yang provokasi yang mencermikan penghinaan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang.Selain itu, kenyataan timbalan pengerusi spr yang tidak pernah tegas didalam menyatakan sesuatu perkara berkaitan spr.
3.Memindah pengundi kelain tempat mengundi. Saya mengundi sejak tahun 1969, dan saya pernah bertugas selaku ketua tempat mengundi. Persoalannya, atas bidang kuasa bagaimanakah pengundi boleh sewenang-wenang dipindah tempat mengundi tanpa notis kepada pengundi terlibat. hal ini bukannya sedikit, malah sehingga mencecah keangka 14,000 pengundi. Timbalan Pengerusi spr mesti jelaskan perkara ini.
4. Tindakan pihak keselamatan yang tidak adil kepada pembangkang. Ini kita dapat lihat beberapa peristiwa yang diselesaikan secara tidak adil.
5. Janji-janji projek dari pemimpin-pemimpin kanan umno bn. Kita sedia maklum, umno bn telah tadbir hulu selangor sejak dulu lagi, sudah berapa orang menteri besar umno bn mentadbir negeri selangor, pakatan rakyat baru tadbir hulu selangor 2 tahun. Persoalannya, dulu kenapa tak laksanakan projek, sekarang baru tabur janji, itu pun kerana pilihanraya kecil.Begitu juga projek mee segera perlu dirungkai didalam laporan yang bakal diproses tindak itu.
6.rasuah wang ringgit dalam pilihanraya, tentu dikalangan penyokong pakatan rakyat yang ada menerima habuan ini. kita berharap rakan-rakan kita berani tampil kedepan, supaya bukti dapat diperkukuhkan.
7. Peranan media.jika dilihat media yang dikongkong sepenuhnya oleh umno bn, jelas tidak adil didalam menyiarkan berita-berita.tv 1,tv 2, tv 3, astro awani, utusan meloya, berita hairan, semua nya bersekongkong dengan umno bn. perlu editor-editor dimasukan dalam laporan yang bakal disiapkan.
8. ugutan dan kongkongan kepada pengundi-pengundi orang asal. ini berlaku 2/3 hari sebelum pilihanraya. mengapa ditempatkan pos polis dipenempatan orang asal. jelas kes ini cuba menakut-nakutkan orang asal untuk keluar mengundi. Semak semula jumlah orang asal yang keluar mengundi.
9. menggunakan samseng untuk membuat provokasi sewaktu malam akhir ceramah dan hari mengundi. kenal pasti gerombolan samseng terlibat. hal ini boleh dirunding dengan che bard untuk laporan penuh.
10. menggunakan khidmat mahathir untuk memburuk/memfitnah dan mencerca dato seri anuar ibrahim selaku seorang insan yang tidak bermoral.Persoalan disini, apakah mahathir tidak puas lagi menghina dato seri anuar ibrahim?.

Adalah menjadi harapan kita semua, tindakan yang bakal diambil ini memulhkan kembali sistem demokrasi dinegara kita yang dicintai ini. Semuga kita semua dapat membersihkan kembali semua sistem dan organisasi saperti PDRM, SPRM, KEHAKIMAN, SPR dan ATM (kebanyakan undi pos diundi atas dasar SAYA YANG MENURUT PERINTAH DAN YA TUAN) jadi bebas dan adil.
RAKYAT MEMERHATI APA YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN HAK RAKYAT MEMILIH YANG MANA KACA DAN YANG MANA INTAN.

nizar said...

Bertindaklah dengan segala kemampuan yang ada. Sebagai penyokong tegar kelas bawahan, saya bersedia untuk menapak di jalanraya & menghirup gas pemedih mata yang wangi bak kasturi.. 1999 - 2009 semangat tak kunjung padam & seterusnya - DEMO !!!

mawar berduri said...

Assalamulaikum saudara mso,

Terus terang saya katakan, bahawa saya masih lagi keliru dgn takrifan rasuah dlm konteks kempen pilihanraya. Memang benar, memberi ganjaran duit ataupun dlm bentuk material lain tujuannya tak lain tak bukan hanyalah mahukan balasan undi.

Namun begitu, sejujurnya saya ingin bertanya,apakah rasionalnya PKR membawa isu ini selepas kalah dalam pilihanraya?

Maksud saya begini, bila kedua pihak yg bertanding, adakah hanya satu pihak saja yg memberi ganjaran manakala pihak satu lagi hanya berkempen secara penuh integriti? Atau apakah kiranya jika sesuatu permintaan dari rakyat sewaktu berkempen lantas dipenuhi permintaan itu dikira rasuah pilihanraya?

Hati saya selalu mencongak permainan mudah ini sebenarnya. Lihat saja contoh ganjaran duit misalnya, katakanlah pihak A memberi ganjaran RM100, namun apakah pihak B tidak menghulurkan langsung? Atau adakah pihak B juga memberi tapi mungkin dlm jumlah yg berbeza? Timbul persoalan di sini bilamana kedua pihak mempunyai versi yg hampir sama.

Maka jika ini berlaku, bermakna keduanya mempunyai niat yg sama tetapi hanya jumlah yg berbeza namun tujuannya tetap serupa. Secara logiknya tentulah pihak yg menawarkan ganjaran lebih tinggi akan mendapat pulangan balik dlm bentuk undi.

Saya percaya, jika itulah yg mungkin kita takrifkan sebagai rasuah kempen pilihanraya, bagaimana pula dalam hal penggunaan agensi dan kuasa kerajaan? Apakah ianya juga boleh dikategorikan rasuah kempen pilihanraya?

Cuma kini saya masih memikirkan, di mana untungnya buat rakyat yg ingin memilih kerajaan dan di manakah pula ruginya pihak yg kalah dalam pilihanraya hingga ingin membawa hal seumpama ini sampai ke mahkamah?

Mohd Nazri Abdullah said...

Asalamualaikum tuan.

Saya amat-amat setuju dengan bakal tindakan yang akan diambil oleh Zaid Ibrahim. Selaku ahli UMNO akar umbi, yang sudah masak dengan kerenah pemimpin UMNO, yang sudah muak dengan politik wang dan rasuah politik amalan pemimpin UMNO, saya sangat setuju. Bukan kerana saya sudah merajuk atau disisihkan oleh UMNO tetapi hakikatnya, banyak ahli akar umbi yang masih tahu hukum-hakam agama, masih tahu batas nilai dan moral, masih menghargai nilai amanah dan jujur. Dalam konteks UMNO, setahu saya cuma Pak Lah sahaja yang sukar menghulurkan wang untuk dipilih menjadi pemimpin. Pun begitu konco-konconya pula terpaksa juga mengamalkan budaya ini kerana inilah budaya UMNO dan Barisan Nasional. Kalau dihimpunkan janji pemimpin-pemimpin UMNO dan BN semasa pilihan raya di seluruh negara, saya pasti mereka tidak akan tertanggung untuk melaksanakannya, tapi sayangnya Orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak mudah lupa. Saya akui sajak yang pernah dipopularkan oleh mantan PM, Tun Mahathir bahawa Melayu muda lupa memang benar. Mereka mudah terpedaya dengan janji-janji palsu pemimpin BN dan kelemahan inilah yang sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN ini.

Perkara kedua, saya cadangkan agar Zaid Ibrahim juga mengam bil tindakan kepada SPR yang memang jelas bias dan menyeleweng dengan memindahkan para pengundi Hulu Selangor. Saya fikir gejala ini bukan sahaja berlaku dii Hulu Selangor, bahkan taktik yang sama digunakan di tempat lain. SPR memang mempunyai beberapa peranca ngan untuk mengekalkan kemenangan BN, saya andaikan bahawa taktik yang digunakan di Hulu Selangor itu adalah ujian awal untuk persediaan dalam PRU ke-13 akan datang andainya parlimen gagal meluluskan persempadanan semula.


Kalau dalam zaman PBS dahulu, saya amat seronok apabila SPR berpihak lepada BN dan UMNO dengan menggunakan pelbagai taktik untuk memenangkan calon BN dan UMNO, tetapi hari ini saya adalah salah seorang yang amat membenci dengan penipuan SPR ini. Pengundi hantu adalah antara taktik yang masih berleluasa di Sabah. Saya harap Pakatan Rakyat berjuang habis-habisan untuk membendung masalah ini. Saya berikan contoh, setiap kali pilihan raya mengapa Datuk Rubin Balang sentiasa menang, walau pun orang sudah muak dengan kepimpinannya. Sebabnya kerana beliau ada pengundi hantu yang kebanyakan berbangsa Murut dari Kalimantan Indonesia, sebelum hari mengundi mereka biasanya akan diangkut ke balai-balai raya, rumah kebudayaan, gereja danm seumpamanya.

Bahkan dalam pilihan raya lalu, ada orang yang terpaksa mengundi di daerah lain walaupun beliau penduduk tempatan, alamta IC pun di kawasan semasa pilihan raya, ada pula pengundi yang mengundi dua kali di dua pusat yang berlainan, ada nama orang yang sudah meninggalkan tapi mengundi dalam pilihan raya. Semuanya kerja-kerja SPR atau merek yang dilantik SPR.

Apa kata saya cadangkan agar pilihan raya negara ini dikendalikan oleh badan bebas yang dibentuk pada waktu pilihan raya sahaja, Tugas SPR hanya menyediakan peralatan dan logistik sahaja. Saya fikir mungkin mereka lebih telius berbanmding SPR yang begitu licik memanipulasikan undang-undang yang ada. Kalau ada cadangan membawa SPR ke mahkamah pun, saya pasti semua orang sudah tahu keputusannya, melainkan kalau dibawah ke mahkamah luar. Mengapa pemimpin-pemimpin Malaysia takut sangat membawa penyelewengan pemimpin-pemimpin BN dan UMNO hari ke mahkamah luar? Ini yang saya tak faham. Bagilah pengajaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang rasuah, tidak beramanah dan tidak bermoral ini.

Tropic Thunder said...

Yg amat sy hairankn kakak sy yg merupakn ahli Umno sendiri naik meluat dgn paparan berita2 di TV dan radio, katenyer BN bagaikn syok sendiri padahal kemenangan yg dicapai itu pon memaksa mrk berhabis duit berbilion2 RM utk pancing undi ditambah lg jumlah majoriti undi yg diperolehi xberbaloi dgn ape yg telah dihabiskn, beliau jg menyedari bhw sokongan trhadap PKR makin kuat dr golongan2 muda dan berpelajaran, malah meramalkn BN pasti akn ditimpa musibah lebih dashyat brbanding PRU-12 yg lalu...

buat sdr pis...

anda boleh bace komen sy sebelum ni mengapa org2 cina xmau undi BN, nampaknya andaian kamu xmemperlihatkn hakikat yg berlaku sebenarnya...

nikAHMADfaiz said...

lawan tetap lawan...demi keadilan rakyat jelata...

firdaus said...

kepada Mohd Nazri dan Tropic Thunder sekiranya anda masih sayangkan umno marilah undi bersama utk Pakatan Rakyat, itu adalah kata-kata daripada seorang penyokong tegar umno yang sejati yang saya kenal....

buat dan berilah apa pandangan yang baik pun, tapi selagi Malaysia dibawah umno, pandangan dan cadangan yang diberi tetap takkan bawa kemana-mana kerana idea real-politik dan macchiavelisme tetap hidup sampai kini...

Tropic Thunder said...

buat firdaus,

sy rase kamu dh salah anggap terhadap sy, mungkin kamu berasa keliru atau kurang faham tentang ape yg dimaksudkn oleh sy tp xmengapa mungkin gaya penyampaian komen sy sukar utk difahami...

utk pengetahuan kamu, sy adalah mereka2 yg ditahan dan dipukul oleh polis beberapa kali krn menyertai demonstrasi2 anjuran PR dan sy xpernah merasa kesal walau sedikit pon krn ape yg sy buat adalah demi utk kedaulatan perlembagaan dan kemakmuran negara Malaysia tercinta...