Thursday, April 15, 2010

Inai Di Jari

Selamat Pengantin Baru Isa, Sharliza

KATA orang tua-tua edah pengantin baru itu tidak akan habis selagi inai di jari belum padam. Wap pengantin juga masih berbau selagi inai di jari tidak lupus. Jadi rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 61 dan isterinya Bibi Sharliza Mohd Khalid, 40 yang telah melangsungkan ijab kabul perkahwinan semalam.

Didoakan semoga mereka berdua bahagia menempuh gerbang kehidupan baru. Saya berbangga dengan Mohd Isa yang memilih Sharliza seorang ibu tunggal.
Penjodohan mereka ini menjelaskan bahawa Mohd Isa seorang lelaki yang baik dan bukan seperti sesetengah ahli politik lain bermatang keranjang dan yang selalu mencuri kesempatan seolah-olah tidak pernah kecukupan perempuan.

Saya percaya kalau Mohd Isa mahu berkahwin kerana nafsu beliau tidak akan memilih Sharliza, kerana masih banyak celeberiti yang tergilakan kepada politician bergelar Datuk, Tan Sri yang kepada mereka hidup di samping politician sesuatu yang dibanggakan dan penuh glamour. Mohd Isa pula kalau mahu mampu untuk berbuat demikian.

Mohd Isa senantiasa waras dan konsisten sifatnya yang terkenal sebagai seorang yang kuat bergama, menjadi suami dan bapa yang baik. Beliau mengambil masa lima tahun sebelum memutuskan untuk mengambil Sharliza sebagai teman hidup. Kerana itu walaupun saya jauh dengan beliau namun keperibadian, sikap humble yang ada kepadanya menjadikan setiap gerak gerinya dalam pemerhatian saya.

Jadi kepada politician yang tiada isteri baik kerana penceraian atau kematian isteri tirulah macam Mohd Isa. Usah mencari jodoh dari kalangan seleberiti tetapi carilah mereka yang berbidang dengan kita dan mempunyai syaksiah diri yang baik. Kalau menduda dan melaram lama-lama pun tidak baik juga.

Kerana perkahwinan mereka berdua itu menjelang pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April nanti sudah pasti kedua suami isteri itu yang juga ahli politik tidak akan melepas peluang untuk turun ke Hulu Selangor. Kedatangan mereka nanti pasti menjadi perhatian dan usikan kawan-kawan. Apa lagi Mohd Isa seorang yang suka bergurau dan mesra dengan sesiapa saja.

Perhatian kepada pasangan pengantin duda dan janda ini mungkin akan menjadi lebih popular daripada calon UBN yang akan menurunkan wakil dari MIC. Sekali lagi diucapkan selamat pengantin baru kepada Mohd Isa dan Bibi Sharliza dengan doa mereka akan dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga baru yang mulai disusun semula itu. Tidak lupa juga tahnizah kepada Mohd Isa atas kelahiran cucu pertamanya. [wm.kl. 10:15 am 15/04/10]

2 comments:

mantaro said...

Selamat pengatin kali ke 2.Moga-moga diberi kekuatan untuk berubah menjadi semakin baik dan membela rakyat .

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Buat Tan sri dan pasangannya, saya juga nak ucapkan selamat pengantin baru dan khabarnya lepas nikah pergi Ampang peteri tengok baru. Tahniah Taan Sri.