Sunday, August 18, 2013

Syarikat Milik Kerajaan Kelantan Mungkin Akan Disaman?

MAKLUMAT SENJA                                                                             

Sebuah syarikat milik kerajaan negeri Kelantan kemungkinan akan berdepan dengan saman oleh sebuah syarikat milik Cina berhubung dengan satu perjanjian usahasama di antara syarikat berkenaan dengan syarikat milik kerajaan Kelantan.

Syarikat milik Cina itu katanya akan menyaman syarikat itu apabila syarikat berasaskan perkayuan itu gagal memenuhi beberapa butiran persetujuan seperti mana disebut dalam perjanjian yang telah ditanda tangani.

Syarikat berkenaaan juga katanya telah mengeluarkan sebahagian wang kepada pihak tertentu berhubung projek usahasama berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan terma perjanjian itu.

Sebelum ini ada usaha untuk menyelesaikan 'pertikaian' itu dari dibawa ke mahkamah tetapi gagal yang akhirnya memaksa syarikat milik Cina itu berkemungkinan akan membawa ke mahkamah dalam masa terdekat.

Syarikat berkenaan katanya telah mendapatkan peguam untuk tujuan itu. Manakala syarikat milik kerajaan itu juga telah mengetahui akan perkara berkenaan dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan tindakan saman ke atasnya.

Tidak dapat dipastikan apakah Menteri Besar Ahmad Yakub sudah dimaklumi mengenai perkara ini?

Sumber dari sebuah firma di Kota Bharu menyebut pihak syarikat milik kerajaan telah berbincang mengenai kemungkinan syarikat berkenaan akan disaman.

Syarikat milik kerajaan itu dipengerusikan oleh seorang Adun ketika perjanjian usahama itu dirancangkan tetapi baru-baru ini pengerusinya telah dipindah tangan kepada Adun lain. Perpindahan itu dilihat sebagai tindakan mengelak dan lari dari tanggungjawab.

Sekiranya proses tindakan ini diteruskan ia merupakan tindakan pertama dikenakan ke atas syarikat milik kerajaan Kelantan selepas ianya diambil alih oleh Ahmad Yakub daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perjanjian itu juga katanya tidak seimbang dimana menyebabkan anak syarikat milik kerajaan itu bakal mengalami kerugian atau kemungkinan ianya akan berada dalam keadaan hidup segan mati tidak mahu.

Tunggu perkembangan selanjutnya. [wm.kl.7:35 pm 18/08/13]

2 comments:

Ridzuans said...

Kalo salah silalah saman..tp slps selesai saman kta nk tau sapa yg tlibat dlm segala urusan yg merugikan ini..jika berlaku ketirisan atau kecurangan dalam pengurusan kta mau tau sapa yg tlibat dan apa tindakan yg akan diambil...sila bertanggungjawab atas segala urusan...di dunia terlepas di akhirat tidak...

Karamuthue said...

Apa yang tidak betul mesti diselesaikan sama ada secara rundingan atau melalui mahkamah. Rakyat mahukan ketelusan, kebenaran tak kira dari apa jawatan dan pangkat yang disandang. Salah tetap salah..