Monday, June 16, 2014

5,000 kawasan balak dilulus tanpa tander di Kelantan?

BERITA LONCAT                                                                                

Semasa perjumpaan dengan beberapa orang facebooker di ibu negara Kuala Lumpur berama dua tiga pimpinan Kelantan termasuk dengan TMB Kelantan bulan lepas, Mohd Amar Nik Abdullah telah menjelaskan mengenai tindakan kerajaan Kelantan berhubung kelulusan kawasan balak kepada syarikat atau individu yang akan dibuat secara tander.

Katanya kerajaan Kelantan tidak akan meneruskan amalan pemberian langsung kawasan balak kepada mana-mana individu atau syarikat bagi menjamin pendapat negeri menerusi balak akan meningkat.

Penjelasan itu sudah tentu menggembira sesiapa saja mendengarnya kerana pemberian atau kelulusan balak di Kelantan selama ini dibuat secara pemberian terus. Akibat atau kaedah itu menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kerana hanya menerima premimum semata-mata yang mana pendapat negeri jauh lebih rendah berbanding dengan pemberian secara tander terbuka?

Seewaktu Husam Musa menganggotai jawatankuasa balak suatu masa dulu beliau memperketatkan kelulusan balak sehingga menimbulkan kontroversi.

Penjelasan Nik Amar itu mungkin kontras dengan apa yang kedengaran sekarang ini. Katanya kerajaan negeri baru meluluskan kawasan balak seluas 5,000 ekar di Ulu Lebir Gua Musang kepada sebuah syarikat.

Kawasan terbabit berstatus untuk dibersihkan bagi tujuan pertanian atau ladang. Pemberian ini sudah tentu bertentangan dengan apa dijelaskan Nik Amar tempoh hari. Sekiranya ia benar kesan kelulusan itu menjadikan keyakinan umum kepada kerajaan terjejas. Orang boleh beranggapan kerajaan negeri cakap tetapi tidak sama dengan bikin.

Mungkin maklumat ini tidak betul dan silap dan pihak tertentu dapat memberi penjelasan untuk memadamkan persepsi umum. Seperkara lagi katanya pihak Petronas menerusi kerajaan Persekutuan sudah pun membuat perkiraan jumlah yang akan diberikan kepada Kelantan hasil daripada royalti Petroleum.

Cerita-cerita mengenai perkara ini sudah kedengaran tetapi penjelasan tuntas dari kerajaan masih belum ada. Elok juga kalau MB Ahmad Yaakub membuat penjelasan kerajaan rakyat ingin mengetahui kedudukan sebenarnya.  [wm.kl.11:44 am 16/06/14]
Post a Comment