Tuesday, May 24, 2016

Ada persaman formula politik Najib dengan Nik Amar

SENDA ZOHOR

Kurang cerat (pasti) pula kita siapa yang belajar dengan siapa dalam menjawab ataupun membuat kenyataan politik bagi menyuci tangan antara Pemangku MB Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Cara kedua-dua mereka menjawab persoalan politik, berhujah untuk menyuci "muncung" mereka seakan-akan sama sahaja ini menyebabkan kita beranggap mereka berdua berguru dengan mahaguru sama dan betapa digunung atau gua yang sama pula.

Saya ambil contoh, mula-mula daripada Nik Amar, yang mudah mengatakan kalau Pas Kelantan kalah dalam pilihan raya akan datang sehingga hilang kerajaan, parti Amanah kena bertanggungjawab termasuk menjawab kepada Allah di padang Mahsyar. Nik Amar menggelarkan Amanah sebagai pengkhianat, dan yang baiknya tentulah dia (Pas).


Nik Amar meletakan seratus peratus bebanan dan bahana bakal diterima Pas kerana bergaduh sesama sendiri itu kepada Amanah. Yang anih dan peliknya beliau tidak sepatah pun menyebut Umno dan BN juga bertanggungjawab, di mana sudah pasti kalau Pas kalah yang menangnya nanti mungkin juga Umno.

Apakah Nik Amar mengira kalau Pas kalah dan kerajaan peninggalan Tokguru lenyap ia akan diganti oleh Amanah? Mungkin juga Nik Amar sudah membuat kesimpulan awal dengan senario dan perkembangan berlaku di Kelantan ini, Pas akan kehilangan kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

Apa lagi beliau juga sedikit pun tidak meletakkan bebanan dan kehilangan kerajaan itu nanti kepada Pas; kelemahan pentabirannya yang kini sedang hebat dipersoalkan. Nik Amar menganggap Pas atau kerajaan Kelantan selepas ketiadaan Tokguru Nik Aziz masih sempurna dan tidak ada apa-apa kepincangan atau masalah sehingga mungkin berlaku apa yang dibimbangi itu.

Apakah apabila Nik Amar telah meletakkan kesalahan itu kepada Amanah bahawa dia sudah dapat menghidu nasib kerajaan Pas Kelantan selepas ini?

Dan formula dipakai Nik Amar untuk menyelamatkan diri dan menyalahkan pihak lain itu, tampaknya diguna sama oleh Najib dalam menyucikan dirinya daripada terpalit dengan skandal dialami oleh syarikat pelaburan negara 1MDB.

Najib ketika menjadi persoalan itu dibangkit di Parlimen yang ingin mengetahui sejauh mana beliau selaku pengerusi lembaga pengarah bertanggungjawab dengan segala urusan 1MDB, memberi tahu beliau tidak ada apa-apa fungsi terhadap lembaga berkenaan.

Katanya semua keputusan dan urusniaga 1MDB dibuat oleh CEO dan Lembaga Pengarah. Senang dan mudah Najib menjawab. Jawaban itu menyerlahkan kebodohan besar Najib selaku PM kerana menjadi penasihat tetapi nasihatnya tidak diambil atau beliau memberi nasihat.

Mungkin jawaban dan penjelasan Najib dan Nik Amar itu diterima oleh budak-budak di Taska, Taski dan Pasti, tetapi bukan oleh budak-budak universiti. Apa guna Najib menjadi penasihat kepada lembaga berkenaan kalau beliau tidak mempunyai apa-apa fungsi dan peranan? Apakah beliau telah mewakilikan kepada individu lain untuk memantau atau mendengar semua taklimat oleh lembaga pengarahnya termasuk mengenai urusan niaanya? Boleh jadi. Dan kalau ia siapakan individu menjadi nominee kepada Najib itu.

Kalau pun Najib hendak melepaskan diri daripada masalah dan skandal yang membelenggu 1MDB dimana isunya menjadi sebutan di seluruh dunia itu, gunalah alasan atau teknikal atau alasan lain. Jangan menggunakan formula sama diambil oleh Nik Amar.

Kalau Nik Amar dilihat dangkal dengan hujahnya untuk menyalahkan Amanah, masakan Najib sebagai PM, juga menggunakan formula yang sama bagi menggambarkan dirinya bersih dan segala dakwaan pembabitannya dengan 1MDB.

Itu sebab saya bertanya apakah Najib dan Nik Amar berguru kepada mahasaguru yang sama dan betapa di gunung atau gua yang sama. Sebab cara mereka menjawab dan memberi hujah sangat dangkal dan "koming" sekali yang sekaligus menjejaskan kredibiliti mereka sebagai pemimpin. [wm.kl.1:56 t/hari 24/05/16]

3 comments:

dingdong said...

Ni la aku dah cakap pas ni perasan maksum.. masa pas buat onar tiga penjuru dulu tak ada pula nik amar ingatkan untuk jawab di padang mahsyar. Ke dia dah bekalkan jawapan untuk yusni mat piah dan mustapa ali untuk jawab dengan tuhan nanti??

Helmi said...

Tuan haji
Kawe berpendapat Nik amar ni langsung tak ada ketokohan dalam kepimpinan.
Setiap rakyat mahu apa yang pemangku MB ni boleh beri untuk rakyat kelate. Idea atau wawasan yg bernas ke utk memajukan negeri ini. Ini tak berlaku sebenarnya. Yg ada hanya ceramah2 politik atau taklimat dgn ahli2 parti utk menyalahkan org lain. Terlalu banyak berpolitik dari membuat kerja. Rakyat makin susah pemimpin kaya raya. Inikah saja tahap pemikiran pemangku MB atau TMB kelate? Sedihnya laa...

Unknown said...

Yang jelas Nik Amar belajar dari mahaguru barunya Ustaz Najib.