Gabungan empat parti umum HARAPAN. |
Pengumuan itu juga menamatkan berbagai spekulasi dan provokasi terhadap pakatan itu selama ini. Pengumuman barisan kepimpinan itu juga sekaligus mematikan langkah UBN dari satu arah yang berusaha untuk mengagalkan pakatan berkenaan.
Dalam pengumuman itu yang dibuat Khamis kelmarin, menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden manakala Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum. Ketiga-tiga mereka ini dianggap sebagai pemegang tonggak utama, ketua bersama dalam gabungan berkenaan yang mempunyai kuasa "eksekutif" tersendiri.
Manakala Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu pula dinamakan sebagai Timbalan Presiden. Ketiga-tiga mereka merupakan presiden PPBM, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Struktur Harapan juga telah meletakkan enpat orang sebagai naib presiden. Mereka ialah Mukhriz Mahathir, Mohamed Azmin Ali, Salahuddin Ayub dan Chong Chieng Jen. Mukhriz, Azmin dan Salahuddin merupakan naib presiden kepada parti masing-masing.
Barisan kepimpinan ini menamakan Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Setiausaha manakala M Kula Sagaran sebagai Bendahari. Dalam pembetukan itu tidak ada jawatan ketua penerangan diumumkan.
Secara umum pembentukan barisan kepimpinan ini tidak ada bantahan dari mana-mana pihak yang bergabung dalam pakatan pembangkang itu. Tampaknya semua bersikap terbuka, tolenrasi dan menerima pembentukan struktur itu dengan satu tujuan dan matlamat untuk menumbangkan BN.
Apabila pembentukan itu tidak melalui jalan jauh yang berilku-liku dan dapat dituntaskan, ini menjelaskan kesungguhan pemimpin pembangkang dalam gabungan itu untuk berhadapan dengan UBN. Kejayaan ini tentu disambut rakyat dengan rasa gembira dan syukur.
Kalau pun ada kritikan atau pun sindiran bersabit barisan kepimpinan itu ianya datang daripada mereka yang anti atau cemburu dengan HARAPAN serta dengan niat untuk menimbulkan kecelaruan dalam kalangan pembangkang.
Bagaimana pun kiritikan dan sindiran itu tidak pun berbekas kerana ianya tidak lebih dan tidak kurang bagaikan ombak kecil di tepi lautan sahaja. Apa yang dikritikan bukan matlamat perwujudannya tetapi disentuh mengenai soal rasional logo dan sebagainya di mana itu adalah perkara "renyeh" sahaja.
Dengan perwujudan kepimpinan itu, gabungan pembangkang sudah berlembaga, kini seluruh para ahli, para pendukung keempat-empat parti berkenaan boleh menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi pilihan raya. Hendaknya jangan ada lagi, pahat-pahat yang berbunyi secara liar kerana rumah sudah pun siap dan terbina. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini semua fraksi harus menduduki di rumah berkenaan dan menguatkan kedudukannya. Biarlah si burung tukang menukang secara tradisi jangan dipedulikan.
Mulai kini rakyat fokus, sedang memerhati gerakan Harapan seterusnya. Kebosanan (derita) rakyat kepada UBN yang mereka sudah menerima kesan kerosakan kepada mereka dan negara, pengumuman itu tentu disambut dengan harapan seribu rahmat, kerana ia telah membuka peluang baharu untuk mereka buat pilihan dalam Piraum akan datang.
Pun begitu saya percaya UBN dan mereka sewaktu dengannya tidak akan diam dari terus melakukan provokasi untuk mengucar kacir Harapan. Justeru Harapan dari segenap sendi, segenap sisi perlu menyedari hal ini dan masing-masing cubalah me"minimize"kan kesalahan masing-masing.
Sehubungan itu untuk dilihat Harapan positif pembentukan struktur atau kepimpinan sama juga perlu diadakan di seluruh negara. Pengumuman pembentukan kepimpinan Harapan diperingkat negeri elok kalau ianya dibuat secara serentak untuk menampakkan kemampannya. Jangan hendaknya ada lagi suara-suara yang cuba menafikan Harapan kerana masih bermimpi dengan pakatan yang sudah pun menjadi gemulah -- Pakatan Harapan.
Pemimpin yang masih mengigau dan menyebut-nyebut Pakatan Rakyat anggaplah ia sedang meracau kerana tersampuk hantu jembalang setelah melalui mana-mana rumpun atau pun pokok hijau yang dulunya rendang kini sudah merenges.
Mengenai sikap dan pendirian parti agama (Pas) yang masih belum membuat pendirian, (sama bersama BN atau oposisi) Harapan dan rakyat tidak perlu memikirkannya. Seperti mana sikap yang diambil oleh parti itu untuk bersendirian, maka biarlah ia berseorangan dan menjadi kera sumbang. Lagu nyanyian Dahlan Zainuddin berjudul; Sendiri, kan ada boleh dinyanyikan.
Yang pastinya perjalanan parti berkenaan akan sampai juga pada penghujungnya. Apabila ia sampai ke titik akhir semua akan terjawab. Titik akhir untuk parti itu membuat perhitungannya ialah apabila parlimen dibubarkan.
Syabas dan tahniah kepada gabungan parti pembangkang kerana akhirnya berjaya mencapai konsensus mengumumkan barisan kepimpinan yang bagi saya sempurna dan mantap. [wm.kl.7:33 pm 15/07/17]
3 comments:
Saya melihat kepimpinan atasan ini cukup kental, istilahnya tidak boleh dibeli dengan dedak.
Walaupun Anwar masih dipenjara, semuanya berjalan lancar.
Andainya Tun ditangkap, didakwa dan dipenjara, Presiden masih berfungsi.
Andainya Presiden keuzuran, Timbalan² Presiden cukup berpengalaman menggalas tugas.
Sebaiknya Ketua Penerangan diberi tugas kepada Rafizi atau Saifuddin yang lebih mantap berbanding dengan Annuar Musa.
Setuju dgn Kluangman. Saya lagi suka kalau Saifudin yg d angkat ke posisi KP.
Dia,ada flair berckp. Mudah untuk d fahami.
Kita biarkan Rafizi dulu. Buat bnyak xposures lagi.
Masa sdah ngam untuk buang BN. Sayang PaS tidak mo join.
Semuanya berjalan dengan lancar namun demikian "Pakatan Harapan" harus pastikan pada PRU14 nanti wajib ada pegawai yang memerhatikan di setiap kawasan membuang undi supaya tiada sebarang percubaan menipu yang akan berlaku.......!!
Post a Comment