Sebagai partisifasi blog ini dalam mempedulikan insan seagama serta peneruskan kepada amal makhruf saya berhasrat untuk meneruskan misi Kebajikan dan Kemanusiaan sebagai penerusan usaha sebelum ini.
Tahun lalu atas persepakatan dan prihatin penjengok blog ini kita mengada korban dua ekor lembu di perkampungan Islam Pattani di utara Bangkok. Alhamduliah sambutan dan majlis ibadah berkenaan berjalan lancar dan meriah. Ratusan penduduk setempat ikut menyertai majlis berkenaan.
Sebelum ini persepakatan dan dukungan para penjengok blog ini juga telah mengadakan beberapa misi kemanusiaan termasuk korban dan membantu orang miskin mangsa Tsunami di Aceh untuk beberapa tahun. Alhamdulilah partisifasi kita di sana mendapat sambutan dan setiap tahun saya mendapat undangan dan pertanyaan dari masyarakat di sana, ini membuktikan usaha ini dihargai masyarakat di sana.
Bagaimana pun untuk Aidiadha tahun ini (1438H) saya bercadang untuk mengadakan korban di negeri bawah bayu Sabah. Dua kawasan telah dipilih yakitu di Pusat Tarbiyatun Nissa' dan juga Pondok Hidayah Transit, kedua-duanya terletak dalam daerah pedalaman Tauran Sabah.
Kedua-dua pusat ini dibangun secara sukarela oleh pendai', yang sudah lama menghambakan diri di jalan dakwah di Sabah. Ia membuka pintu hati saya untuk melakukan korban di sana sebaga merai' anak-anak di kedua-dua pusat ini. Pusat Tarbiayatun Nissa' yang terletak di Jalan Murabahai Tambalang II, Tuaran sedang mendidik 30 orang terdiri daripada remaja dan ibu tunggal yang baharu memeluk Isalam.
Mereka datang ke sini dari berbagai daerah pedalaman sehingga ada yang jaraknya dua hari dua malam perjalanan. Penempatan dan makan minum mereka ditanggung, gratis oleh pihak pengurusannya.
Pusat itu telah wujud beberapa tahun lalu. Mereka sedang mendapatkan pembelajaran agama, fardu ain, dan pengukuhan akidah di pusat ini. Mereka juga dididik untuk menjadi pendakwah di masa muka. Paling membahagiakan ada setengah dari mereka sudah mampu membaca Quran sampai tiga juz dan juga arif membaca kitab tulisan jawi fiil lama.
Kesemua perbelanajan di kedua-dua institusi ini dibantuan masyarakat, individu, Ngo Islam tanpa ada bantuan dari mana-mana agensi kerajaan. Ia beroperasi di dua buah rumah satu untuk asrama dan satu kediaman yang disewa.
Ustaz Abdul Halim Abbas dan isteri Ustazah Rosnani Untol bersama anak-anaknya telah mengabdikan diri mengusahakan pusat ini. Merekalah menjadi nadi dan jantung penggerakknya.
Sementara Pondok Transit Hidayah yang terletak di sungai Nowai, Kiulu pula dibangunkan oleh seorang bekas kakitangan kerajaan dari Semananjung. Penempatannya di atas tanah seluas dua hektar yang diwakafkan oleh seorang suudara baharu. Selepas setahun tanahnya diwakaf saudara baharu berkenaan meninggal dunia dan pusaranya ditempatkan berhampiran pasenteran itu. Kedudukannya berhampiran sungai Nowai sangat sesuasai sekali ia menjadi pusat pendidikan Islam.
Pondok ini dikhaskan kepada anak-anak Islam pelarian (PATI), dari Filipina dan Indonesia yang tidak berpeluang mendapat pendidikan formal di Sabah. Ketika ini terdapat 37 orang penghuni menjalani pengajian asas dan membaca al Quran dengan dibimbang seorang guru sepenuh masa secara sukarela.
Semasa kunjungan saya ke Sabah baru-baru ini saya sempat menyinggahi di kedua-dua pusat pendidikan ini dan meninjau perjalanannya. Cukup terharu dan bangga saya dengan kewujudan pusat ini ia menyerlahkan suatu usaha yang terpuji yang mana kalau tidak ada kesungguhan dan jiwa dakwah kental tidak sanggup melakukannya.
Sebagai komtimen kecil saya bersama penjenguk blog ini serta menyokong usaha murni itu maka saya bercadang untuk mengadakan ibadah korban di sana. Rakan-rakan budiman yang berminat atau ingin serta menjayakan bersama ibadah ini, boleh menghubungi dengan saya untuk mendapat maklumat lanjut.
InsyaAllah jika dipermudahkan Allah kita sama-sama meraikan dan menjayakan misi ini. Untuk pertanyaan boleh WhatAsaap kepada saya menerusi telefon 019-2336996 atau email
No comments:
Post a Comment