Sunday, August 27, 2017

Mempelajari sihir Azmin Ali

ULAS ISU

Azmin Ali kata rundingan PKR dengan Pas tidak membabitkan Pakatan Harapan. Dia juga kata rundingan itu bukan atas inisiatif dia secara peribadi, tetapi atas arahan parti. Beliau meletakkan jawatan sebagai ahli Biro Politik sebagai "belakang" untuk dipanjatnya.

Jawaban itu mempamerkan timbalan presiden Keadilan itu sudah semacam terdesak atau tidak tahan dengan bingkitan apabila berbagai bicara berhubung tindakannya bertemu dengan Abdul Hadi Awang baru-baru ini. Jelas pertemuan beliau dengan Abdul Hadi menimbulkan keraguan dan kemarahan sesetengah pihak.

Dua perkara dapat difikir dan dinilai sendiri dengan jawaban terbaru Azmin itu. Pertama, kalau pertemuan (rundingan itu) bukan ada kaitan dengan Pakatan Harapan macam mana pula hubungan Keadilan dengan Pakatan Harapan? Apakah Keadilan bercadang atau ada niat hendak meninggalkan Pakatan Harapan untuk bersama Pas? Apakah memang ada rancangan sulit di sebalik pertemuan itu? Hidde projek.


Ada beberapa indikator menggambarkan Keadilan sedang bergerak atau berfikir ke arah itu. Salah satu ialah apabila Azmin gagal mengambil tindakan atau keputusan berhubung kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor, tiga Exconya dan juga ribuan lantikan politik. Kegagalan menimbulkan masalah di Selangor, menjadikan hubungan politik Keadilan, DAP dan Amanah tidak lendik.

Keduanya, sekiranya pertemuan itu bukan atas inisiatifnya tetapi arahan parti, apakah ia menunjukkan Keadilan tidak tahu menghormati Pakatan Harapan -- DAP, Amanah dan PBBM. Sekiranya Keadilan menghormati PH, Azmin tidak mengadakan pertemuan itu walaupun ia sangat tidak rasmi? Bukankah peristiwa seperti boleh menimbulkan fitnah dan salah anggap.

Paling penting untuk diketahui apakah kerja Azmin itu atas arahan orang lain. Maksudnya ada dalang atau tukang merestuinya. Apakah ia disetujui sendiri oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail atau melibatkan secara licit dan halus Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim?

Penjelasan Azmin itu tidak menyelesaikan masalah. Pakatan Harapan pula mendesak supaya Azmin tidak meneruskan rundingan itu kerana ia bersalahan dengan semangat Pakatan Harapan. Sekiranya rundingan itu direstui Anwar ia memang sukar untuk tidak dipatuhi Azmin apa lagi beliau sendiri bersetuju kalau Pas terus bersama Keadilan demi survival politiknya.

Permainan itu sama seperti main Haji berada dilubang "sokse", ia tidak akan kesudahan sampai ke senja.

Kegeruman Azmin dalam Piraum akan datang sangat nyata apabila kerusi disandangnya kini khasnya Parlimen Gombak sangat getir. Dalam pilihan raya lalu kerusi parlimen Gombak adalah kerusi yang dimenangi dengan majoriti terendah di Selangor, hanya 4,734. Angka inilah menganggui tidur Azmin dan menyebabkan beliau kurang senang dengan pilihan raya tanpa sokongan Pas.

Menyelami penjelasan Azmin itu ia memberi gambaran bahawa pertemuan dengan Abdul Hadi itu semacam ada sangkut paut dengan naluri Anwar Ibrahim juga. Dengan beranggapan Anwar masih ada autoriti kemungkinan ia ada kena mengena dengan Anwar. Arahan penuh licit dan lincah.

Memahami games ini timbul persoalan apakah Anwar sendiri masih geli geleman dengan Dr Mahathir Mohamad, dan sikap itu menunjukkan ketidakpercayaan penuh kepada Dr Mahathir. Justeru sihir-sihir yang memeningkan kepala dilakukan Azmin itu adalah untuk mengseimbangkan veto Dr Mahathir dengan veto Anwar.

Sekiranya andaian-andaian ini benar, ertinya Pakatan Harapan belum berada dalam suasana bersiap sedia dan landasan yang betul.

Di Selangor, orang ramai sedang menanti bila Azmin akan membentuk struktur kepimpinan PH di negeri itu. Selagi Azmin masih berdolak dalik dan bermain mata dengan Pas, struktur itu tidak akan mudah diwujudkan. Selagi struktur PH belum ditubuhkan maka selama itu Selangor akan dilihat bermasalah. Pemimpin apa Azmin kalau gagal mengurangkan masalah tetapi pandai menambah masalah.

Dan sesungguhnya struktur PH di Selangor tidak akan ditubuhkan selagi masalah dan kata putus dengan Pas belum ada.

Perang dingin dan permainan silap mata dan kuntau dalam Keadilan meninggalkan kesan buruk bukan sahaja kepada parti itu tetapi rakan PH juga. Perletakan jawatan ahli parlimen Selayang, William Leong Kee sebagai ahli Biro Politik adalah pembukaan kepada lubang kecil yang boleh melompong empangan Keadilan.

Sebaiknya Azmin selesai masalah William ini terlebih dahulu sebelum datang bersembah kepada Abdul Hadi Awang. Sihir-sihir dan silap mata juga hendaklah dihentikan segera. [wm.kl.8:57 am 27/08/17]


5 comments:

ibnu zambri said...

Agak agak nya YAB Azmin sepenggal je jadi YAB MB. Entah enatah dlm pru 14 ni dia kalah pula.. Itu yg menyebab dia sangat rusing. DAP pun dah menyediakan Adun Melayu nya menjadi YAB M Selangor. Apa nak di kato lagi...

Quantum Metal Consultant said...

Saolan sihir boleh dipulangkan kepada azmin..

Apakah hadi jadi jambatan untuk azmin azizah anwar kembali ke pangkuan umno?

Unknown said...

Kami tak perlukan org yg mementingkan kepentingan peribadi lebih dari kepentingan rakyat , kenapa PH tidak mengukuhkan saf Utk menyakinkan rqkyat Utk mennumbangkan UMNO
Rakyat sudah muak dgn politik demi survival diri sendiri

SCE said...

MSO bijaksana membaca strategi perang Azmin dalam lipatan. Perpecahan dalam PH boleh bermula di sini jika kepimpinan PH terus membiarkan "Labi-Labi terjun dengan labu-labunya".

Mat Safian said...

Tidak mungkin rundingan Azmin dgn PAS adalah arahan DSAI kerana org2 Azmin sibuk berkempen Kak Wan tak layak jadi pemimpin, lemah dan mudah terpengaruh dgn Amanah. Puak kartel juga berkempen Anwar bersedia melantik Azmin jd PM. Itulah kenyataannya, kempen ni dah bermula sejak Disember 2015