Tuesday, August 29, 2017

Pendirian Majlis Presiden selamatkan Azmin dan Rafizi

KENYATAAN

Kenyataan dua perenggan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dikeluarkan semalam sungguh bermakna sekali. Kenyataan itu menamatkan kemelut dan polimek dalam PH gara-gara sikap Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali yang tidak sejalur dengan aspirasi majlis presiden dan majoriti ahli parti PH.

Azmin sebelum ini cuba menyihirkan PH dengan mengemukakan agenda peribadi beliau untuk terus berusaha untuk membawa PAS. Walaupun usaha Azmin itu dilihat sebagai politik tahap tinggi, namun maknawinya ia lebih kepada kepentingan dirinya di Selangor dapat dihidu oleh khalayak politik.

Sikap Azmin juga bertentangan dengan suara majoriti dalam PH yang sudah lama membuat ketegasan bahawa Pas bukan lagi sebagai rakan mereka untuk menjatuh UBN walaupun penyertaanya memberi niali tambah. Perkara inilah kenapa usahanya itu menjadi isu.

Pendirian tegas parti-parti gabungan PH khususnya DAP dan Amanah itu kerana Pas terlebih dahulu mengembangkan hidungnya, kononnya mereka sedia untuk bersendirian dalam Piraum akan datang. Di Selangor Pesuruhjaya Pas Sallehin Mukhyi telah membuat pengistyharan yang parti itu akan bertanding di 42 kerusi. Kenyataan itu menjelaskan Pas menolak sebarang rundingan untuk tumbangkan UBN secara bersama.

Dari satu sisi kenyataan dua perenggan majlis presiden PH itu dilihat sebagai check mate kepada Azmin, yang berpeluh pelai untuk mendakap Pas. Sebaliknya jika dihalusi dari sisi lain kenyataan itu juga untuk menjaga maruah Azmin. Selepas kenyataan itu Azmin tidak perlu bersusah payah mengatur pertemuan sulit kemudian terkesan untuk menarik Pas bersama PH.

Beliau boleh jadikan kenyataan majlis presiden itu sebagai alasannya untuk meleburkan usaha peribadinya dan kembali kepada semangat maufakat PH semula.

Azmin tidak perlu terkejut dengan keputusan majlis PH itu dan berasa terpukul dengannya. Beliau seharus berjiwa besar dan menerima ketetapan itu, kerana itulah semangat yang perlu diamalkan. Menerima keputusan musayawarah akan dianggap sebagai berjiwa besar dan pemimpin yang bersikap tasamuh oleh sesiapa saja sedia menerima itu.

Selain itu juga pendirian majlis PH itu menyelamatkan Azmin akan dikecam jika beliau ikhlas terhadapnya. Beliau perlu menghentikan "bermain belakang" dengan Pas sama ada ia atas inisiatifnya atau pun atas restui orang lain. Direct sebutlah Anwar Ibrahim. Azmin kini terputar dalam jerat yang dipsangnya sendiri.

Kedua, keputusan iu juga menamatkan cadangan Rafizi Ramli agar PKR mengadakan kongres khas untuk mengkonsesusnya apakah PKR perlu berunding dengan Pas atau tidak. Dengan kenyataan itu juga Rafizi terselamat dari diserang hendap oleh geng-geng Azmin seperti mana dilakukan oleh seorang pemimpin betina parti itu. Kedua pihak perlu terbuka menerima keputusan majlis presiden.

Kita berharap semua pihak khasnya, Azmin dapat menerima dengan baik kenyataan dua perenggan itu dan diterima sebagai solusi kepada masalah dihadapi. Beliau juga selepas ini perlu hadir mesyuarat majlis berkenaan bagi membuktikan dia pemimpin yang ada kelas. Sekiranya beliau tetap dengan keputusannya, tidak mahu mengalah, dan mengira kuasa MB dan kewangan penentu segalanya ia silap, jika itu pegangannya ertinya Azmin sengaja mencari naah.

Dia perlu sedar kerana idea dan tindakannya itu menyebabkan wibawanya tercalar.

Diturunkan kenyataan dua perenggan Majlis Presiden PH.

Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:

1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan

2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Pakatan Harapan

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YAB Lim Guan Eng
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

YBhg Hj Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pakatan Harapan

29 Ogos 2017

[wm.kl.3:35 pm 29/08/17]

8 comments:

abrar mujahideen said...

Kecoh Rafizi Ramli ade hikmahnya..biar lambat asalkan muktamad tiada hubungan dgn PAS dlm PRU14

SCE said...

"Mana-mana pihak yg teragak-agak akan kecundang." Tindakan Majlis Presiden yg pantas membuka lipatan dan membogelkan gunting adalah keputusan yang amat strategik dan jitu.

Unknown said...

HarApan untuk Selamatkan Malaysia.
Tolak UMPAS

dNAN SAhARA said...

Umpas dah tinggal hampas dah....

Unknown said...

Harap PH dpt mantap kan barisan di setiap negeri..harap jgk barisan PH jgn berbelah bahagi

Mali Bin Muyung said...

Saya pun sedih dgn hala politik pas skrang.
Tanpa mendahului kehendak Allah, pru 14 ada lah peluang terbaik buat pembangkang mengalahkan BN.
Dgn adanya TM dlm gagasan pembangkang, undi melayu umno pasti merosot.
Sedikit sukar namun peluang tetap ada.

Unknown said...

salam

Diharap boleh bergerak dari sekarang.Masa telah banyak dibuang "Tak berpaedah langsung meeting dgn pas" Selagi Hadi di kelilingi oleh Dr.Zuhdi,khairuddin,nik abduh,Taki mereka akan tetap sama.

Hadi dah kata,"Mereka nak jadi KETUA" walaupun mereka tak mampu/layak jadi,dan mereka hanya mahu suara mereka wajib didengari.
hanya parti kecil ikatan shjlah menerima pas di bawah gagasan.semata2 saorang dua pimpinan ikatan nak tumpang nak jadi calon piliharaya 14.

wassalam.

Borhan Sharif said...

Yang penting masa kira undi nanti... KITA ('STAND BY')BERSIAP DENGAN TORCHLIGHT DAN INFRA RED CAMERA..... supaya tak tertipu lagi....