Wednesday, October 4, 2017

Menafsir kenyataan Annuar Musa

SUSUPAN MALAM

Annuar Musa meramalkan akan ada titik pertemuan membawa kerjasama di antara Umno dengan Pas. Bagi mereka yang celit politik faham benar dengan kenyataan Annuar itu. Kenyataan itu memberi isyarat awal untuk tidak memeranjatkan penyokong bawahan Pas apabila kerjasama kedua parti itu terjalin nanti.

Kenyataan Annuar itu mengesahkan segala ramalan sebelum ini berlandaskan kepada pendekatan politik terkini dan cara Pas bermain mata dengan Umno, bahawa kedua parti itu ada niat untuk bersama, ijab kabul.

Justeru dengan penjelasan Annuar itu semua pihak kena faham. Ia bukan pandangan peribadi tetapi pandangan Ketua Penerangan Umno, di mana ia membawa pandangan parti. Ertinya Annuar sudah mendapat penjelasan terang daripada presiden parti Najib Razak mengenai kedudukan parti itu dengan Pas. Tugas Annuar membuat ranalan itu kepada umum agar ia tidak mengejutkan ahli bawahan Pas.

Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed juga pernah mengistyharkan bahawa kerjasama di antara Umno dengan Pas di Kelantan berlangsung lebih dua tahun lepas. Tidak siapa boleh menafikan apa didakwa oleh Mustapa itu.


Lantaran itu saya berkeyakinan dalam pilihan raya ke-14 kedua parti itu akan berkerjasama untuk kebaikan masing-masing atas maslahat yang sama difikirkan. Cuma bentuk kerjasama itu tidak mungkin semasa pilihan raya tetapi yang pastinya selepas pilihan raya. Mekanisme kerjasama semasa dalam pilihan raya bagaimana pun dicari tetapi belum dikonkritkan lagi.

Kemungkinan ini makin kuat lagi apabila pandangan Mustapa Ali bersama tiga veteran Pas lain yang meminta agar Pas tidak meneruskan kerjasama dengan Umno ditolak mentah-mentah oleh Abdul Hadi Awang.

Mustapa Ali telah mengutuskan surat kepada Hadi menjelaskan pandangan beliau dan tiga veteran lain akan kesan kerjasama Pas dengan Umno yang menyimpulkan ia merugikan Pas ditolak oleh Hadi.  Penolakan itu menyebabkan Mustafa kini dikatakan bakal diamankan oleh pihak berkuasa?

Perkembangan-perkembangan itu menjelaskan bahawa kerjasama Pas Umno itu benar berlaku.

Dan sehingga catatan ini dibuat belum ada mana-mana pemimpin Pas menangkiskan dakwaan Annuar Musa semalam? [wm.kl.8:52 pm 04/10/17]

1 comment:

bob said...

Salam...
Pas nk jadi king maker or king joker?

Tok pa (pas) cakap bincang dgn umno sbb taktik G3 tak sesuai...hahaha kelakor rasa...patut kena ludah kat muka (Tgna komen kerajaan perpaduan)
Tak susah Pas nk jadi King Maker...tak perlu 100 kerusi...just menang 30-40 kerusi ajer..camner?
Mudah ajer tak perlu join PH...tapi MOU ngan PH...1 lwn 1...(kerusi parlimen) bg Dun plak...no MOU...tak masuk akal plan gitu...korang pikir la camne...tp tak mustahil kan...yg utama...Selamatkan Malaysia....

Pas +umno..= PASHIT (LEPAS BERAK)
Kalo berlaku aku senang n gemvbira bakar sijil keahlian...maaf sekadr bg pndapat...