Nik Aziz pernah berkata, pintu pejabatnya (SUK) terbuka 25 jam untuk didatangi bila-bila masa sahaja oleh SPRM bagi menjalankan apa-apa siasatan terhadap apa-apa dakwaan salah laku atas pun penyelewengan yang dilaporkan berlaku.
Kenyataan Nik Aziz itu dijadikan azimat dan sering diulangi oleh pihak Pas Kelantan yang menguasai negeri berkenaan dan ia menjadi sesuatu yang dibanggakan. Kenyataan mengalu-alukan SPRM memasuki ke pejabat SUK itu menunjukkan Nik Aziz atau kerajaan Pas Kelantan yakin mereka bersih, telus dan tidak ada sebarang penyelewengan yang boleh disabitkan dengan rasuah berlaku.
Bagaimana pun keberanian dan ketelusan yang dipusakai daripada Nik Aziz itu nampaknya kini sudah berubah nada sedikit. Kenyataan terbaharu Mohd Amar (Nik Amar) seperti mana dilaporkan, berkata SPRM tidak perlu menyiasat Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang dilaporkan sebagai berlaku ketirisan dalam syarikat itu sesuatu yang aneh.
Berguman nada takut dalam kenyataan Nik Amar itu. Kenapa?
Memetik laporan Nik Amar selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu hari ini dilaporkan berkata SPRM tidak perlu menyiasat dakwaan ketirisan dalam AKSB kerana pihaknya ada mekanisme sendiri untuk menyiasatnya.
"Kita sendiri ada melakukan audit dan Jabatan Audit Negara juga akan membuat perkara sama bagi mengenal pasti sebarang kelemahan atau sebaliknya, sebelum hasil laporan dikeluarkan.
"Justeru, kita akan mengambil tindakan susulan hasil laporan yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara, tidak perlulah SPRM nak siasat," katanya.
Kenyataan Nik Amar itu dibuat dipercayai ekoran laporan Ketua Pemuda PBBM Kelantan, Asran Alias yang meminta SPRM membuat siasatan terhadap AKSB kerana didakwa berlaku ketirisan.
Alasan yang memungkin berlaku ketirisan itu dakwa laporan Asran itu kerana walaupun sudah ratusan juta dana diberikan kerajaan BN sebelum ini untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan namun masalah itu masih berterusan dan menjadi pertuturan di Kelantan.
Jika tidak silap sebanyak RM600 juta dana untuk air Kelantan disalurkan oleh kerajaan UBN sebelum ini.
Keadaan itulah membawa laporan Ketua Pemuda PPBM itu kepada SPRM. Dalam pada itu kita percaya ada perkara lain lagi menyebabkan SPRM didesak menyiasat AKSB, Salah satu, penemuan baharu yang disebut sebagai salah laku mengenai pemberian kontrak untuk membina satu projek dibawah AKSB yang diberikan kepada syarikat yang masih belum wujud (belum didaftar dengan RoC).
Perkara ini pernah dibangkitkan oleh bekas Adun Salor Husam Musa, dimana pembangkitan itu menyebabkan AKSB bertindak menyaman Husam.

Sebenarnya Nik Amar tidak perlu takut dengan siasatan SPRM dan beliau juga tidak ada hak untuk meminta SPRM agar tidak menyiasat apa-apa laporan berkaitan penyelewengan dalam AKSB atau dalam mana-mana agensi kerajaan Kelantan di bawah kepimpinannya bersama Ahmad Yakob.
Sekiranya beliau yakin dengan pentadbiran kerajaan Kelantan selama ini telus, bersih, berjalan dengan penuh integriti sehingga menunjukkan indeks kebersihan sifar berbanding dengan negeri-negeri lain, beliau tidak perlu bimbang dengan kerja-kerja SPRM yang dibawah kerajaan baharu hari ini.
Dalam pada itu ketika mengatakan SPRM tidak perlu siasat AKSB Nik Amar dilaporkan berpendapat kalau pun ada apa-apa salah lakukan dalam AKSB hanya membabitkan masalah pengurusan dan bukannya aktiviti rasuah sebagai mana didakwa.
Beliau tidak berhak membuat justifikasi berkenaan kerana SPRM akan menentukan nanti apa-apa yang berlaku itu hanya soal teknikal atau pun memang ada melibatkan jenayah.
Sebaiknya TMB itu sepatutnya membuka pintu SUK lebih 25 jam bagi SPRM menjalani siasatan.
SPRM perlu menyucikan pentadabiran Kelantan bukan sahaja soal AKSB tetapi dalam beberapa aspek lain yang banyak didedah atau dilaporkan sebelum ini. Antaranya isu alam sekitar membabitkan Orang Asli, pembalakan, "keremukkan" dalam Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) sehingga syarikat milik kerajaan itu lumpuh, dan juga pemilikan kereta mewah oleh beberapa orang wakil rakyat Pas Kelantan. [wm,kl.5:05 pm 06/06/18]

No comments:
Post a Comment