Tuesday, October 4, 2022

Mengapa tutup mata melihat realiti Anwar?

MERENUNG

Anwar keistimewaannya tidak tidak dinilai
oleh sesetengah pihak. 
Anwar Ibrahim telah mencatat rekod sebagai tokoh politik dari Malaysia paling popular dalam kalangan negara-negara luar berdasarkan kekerapan beliau dijemput atau dikunjungi oleh pembesar negara luar. 

Walaupun beliau tidak mempunyai jawatan penting dalam kerajaan dan hanya berstatus selaku ketua pembangkang, beliau sering mendapat penghormatan daripada pembesar negara luar serta dijemput untuk memberi syarahan (talk). Populariti dan penerimaan terhadapnya persis sebagai PM.
 
Misalnya terbaru dalam termpoh tidak sampai 48 jam beliau ke Bangkok atas jemputan pihak tertentu. Dalam kesempatan itu beliau diberi lowongan berjumpa dengan pemangku perdana menteri dan juga pakar dan penasihat ekonomi Thailand. 

Selepas balik dari Bangkok beliau bergegas pula ke Gujrat, India menghadir satu jemputan sebuah pertubuhan Islam diketuai seorang ulama muhadditsin bagi menyampaikan ucapan. Bekas presiden Abim itu memberi ucapan di hadapan kira-k-kira 10,000 pengikut pertubuhan berkenaan.

Dikunjung para Duta.

Penghormatan kepada Anwar ini juga jelas, apabila boleh dikatakan semua duta atau pesuruhjaya asing yang berada di Kuala Lumpur mengadakan kunjungan hormat kepadanya di pejabat. Apa yang diperolehi Anwar itu suatu keistimewaan buatnya yang lebih hebat daripada diterima sesetengah pemimpin bertaraf menteri hatta perdana menteri negara ini atau ketua-ketua parti politik.

Anwar dalam menyinggung penghormatan itu semua, tidak mengakui akan kehebatan dan ketokohan serta wibawa yang ada kepadanya secara personal. Sebalik katanya, kenapa pemimpin negara luar menghormatinya kerana mereka mengetahui ada sesuatu di belakangnya. 

Apa dimaksud Anwar mereka menghormati dan sering menjemputnya kerana menyedari beliau memimpin sebuah parti politik yang berpinsip dan mempunyai potensi masa depan cemerlang. Mungkin juga para pembesar negara itu mengarifi pencapaian beliau selama berdekad-dekad berjuang yang tidak pernah lelah. Juga menyedari akan keulitan dan kegigihan Anwar dalam menghadapi cabaran dan cubaan serta penyekasaan daripada regim Mahathir yang disambung regim Najib namun tidak pernah pamrih.

Anwar menyebut perkara itu ketika semasa menyampaikan ceramah di Jelajah Rakyat di Bandar Tun Razak malam tadi. Apa yang diterima dan diberikan kepadanya itu menandakan apa yang diperjuangkan Keadilan adalah sesuatu bersifat manusiwi sejagat diterima umum. Sementara itu, jelajah rakyat di Bandar Tun Razak semalam dihadiri ribuan manusia. 

Katanya kalau tanpa kekuatan itu tidak mungkin pemimpin negara luar memberi penghormatan sebegitu kepadanya. Justeru katanya, apa diterima itu perlu dipertahankan dan menjadi tekad dan nekad Keadilan untuk merealisasikan kehendak dan impian itu dengan memaknakannya dengan memastikan beliau akan jadi perdana menteri suatu hari nanti.

Kalau para pemimpin dan khalayak dunia mengetahui bahawa Anwar sebagai sebutir intan permata, memiliki keistimewaan yang begitu hebat kenapa masih ada sebahagian rakyat negara ini terkulat-kulat untuk mengenalinya, atau pun sengaja perlakukan begitu kerana diselubungi rasa dengki dan benci yang tidak pernah padam angkara api fitnah dicampak ke atasnya. [wm.kl. 11: 07 am 04/10/2022]


No comments: