ULASAN PAGI
Banner pengakuan ikhas Musa. |
Menurut penilaian negarawan itu, ketiga mereka, Anwar, Ismail Sabri dan Mahiaddin mempunyai kualiti, daya tahan serta karisma dalam memimpin negara yang sedang mengharungi cabaran masa kini.
Walaupun bekas presiden Umno itu tidak menyebut secara signifikan nama Anwar Ibrahim, tetapi ia jelas dan mudah difahami hasratnya terpendamnya itu apabila beliau berkata, dalam keadaan negara menghadapi cabaran hari ini, ia sangat memerlukan seorang pemimpin bertaraf dunia. Musa menekankan kepada keperluan pemimpin bertaraf dunia bagi membawa negara ini ke depan.
Musa membuat penilaian peribadi terhadap tiga-tiga calon perdana menteri itu, ketika berbicara dalam majlis Bicara Tokoh: Kecelaruan Politik Malaysia anjuran majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor. Ismail Sabri dinamakan sebagai perdana menteri oleh BN, manakala Mahiaddin oleh PN dan Anwar oleh PH selepas pilihan raya umum ke-15 nanti.
Walaupun Musa menyebut tiga nama, tetapi secara tidak langsung beliau nyata memberi isyarat dan "perkenan" kepada presiden Keadilan Anwar Ibrahim sebagai pilihan utama, kerana ia menepati dengan ciri-ciri kepimpinan yang dihasratkan itu.
Katanya, "Ketika ini, negara kita sangat kekurangan pemimpin-pemimpin yang mampu berdepan pelbagai cabaran dunia kini. Malaysia sangat memerlukan pemimpin berkualiti, berpengalaman dan tabah berani dalam menghadapi apa jua cabaran yang datang.
Tambahnya lagi, "Sekarang nampaknya memang kita mengalami kekurangan pemimpin yang boleh dikatakan 'top class", ujarnya seperti dilaporkan.
Apabila Musa mengakui negara mengalami kekurangan pemimpin yang dikatakan "top class" ini memberi gambaran jelas sosok yang diharap memikul cabaran negara adalah mereka yang bertaraf dunia atau dikenali oleh dunia antarabangsa.
Di sini tidak syak lagi dengan track record yang dicatat, pengalaman digendung serta tribulasi dihadapinya, Anwar mengatasi berbanding dengan Ismail Sabri maupun Mahiaddin Yassin. Sementara diperingkat dunia ternyata Anwar jauh ke depan.
Boleh dikatakan hampir seluruh pemimpin di dunia mengenali Anwar Ibrahim dan berhubung dengannya berbanding dengan Ismail Sabri maupun Mahiaddin Yassin. Hakikat ini dapat dibuktikan dengan keseringan Anwar dikunjungi oleh berbagai Duta atau wakil kedutaan asing ke pejabatnya walaupun beliau tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam kerajaan dan sekadar menjadi ketua pembangkang.
Satu isyarat lagi yang jelas bahawa Musa mengkagumi Anwar, apabila beliau menyebut kepimpinan negara memerlukan seorang yang berdaya tahan dan tabah. Frasa ini boleh dikatakan ia ditujukan khusus dan istimewa kepada Anwar, kerana berbanding dengan Ismail Sabri dan Mahiaddin, jelas Anwar yang paling berdaya tahan, tabah serta ulit dalam menempuh liku-liku perjuangan.
Anwar memiliki kegigihan, ketabahan dan sejarah menakjubkan sehingga yang tidak teratasi oleh sesiapa, dipenjara selama 10 tahun, dimana pengalaman atau sunnah berkenaan tidak pernah dilalui baik Mahiaddin maupun Ismail Sabri. Pun demikian azab cabaran ditempuhinya beliau tidak pernah mengaku kalah dan terus menggerak bahtera perjuangannya untuk membela rakyat.
Tanpa Musa menyebut satu lagi kehebatan yang ada kepada Anwar ialah, apabila beliau (Anwar) belum pernah diuji memegang jawatan sebagai perdana menteri seperti mana Mahiaddin dan Ismail Sabri, hanya pernah berpeluang menjadi timbalan perdana menteri jawatan yang juga turut pernah disandang olehnya.
Dengan pengalaman sebagai TPM mungkin Musa dapat melihat kemampuan Anwar memikul jawatan itu untuk mengikhtirafkan Anwar layak menjadi perdana menteri.
Kesempatan belum dirasai Anwar ini menjadi kehadirannya di kerusi perdana menteri dinanti dan ditunggu oleh rakyat bukan sahaja dalam negara tetapi dunia jua, untuk melihat sejauh manakah kemampuan dan impak kepada rakyat dan negara ini apabila beliau memegang jawatan itu nanti. [wm.kl. 8:58 am 19/10/2022]
No comments:
Post a Comment