Showing posts with label Amanah Johor. Show all posts
Showing posts with label Amanah Johor. Show all posts

Sunday, September 25, 2016

Amanah kuasa politik baharu di Johor

ULASAN PAGI

[kemaskini] Setelah menyaksikan sendiri sambutan rakyat Kelantan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) setelah Husam Musa secara rasmi berada dalam parti itu ia merujakan saya untuk melihat macam mana pula senarionya di negeri Johor Darul Takzim. Apakah ledakan semangat di Salor akan melantun ke Johor?

Salahuddin dan Muhyiddin sahabat baharu politik. 
Setakat ini saya mengira sambutan terhadap Amanah di Kelantan (yang saya bataskan dalam zon Pantai Timur) cukup memberangsangkan. Semangat rakyat khasnya anak-anak muda yang sedikit sejuk dan semacam "tumpul nafsu" sebelum ini bertukar 360 darjah. Kelewatan Husam mengambil sikap menyebabkan mereka menjadi dingin dan rasa "putus angin".

 Perkembangan berlaku di Kelantan memberi isyarat awal kepada parti agama (Pas) di negeri itu. Pas tidak lagi boleh meremehkan parti berusia setahun itu dan juga pemimpin de facto nya di Kelantan Husam Musa. Mungkin Pas boleh membuat semakan semula kepada sikap "agah" dan "angin"nya selama ini yang enggan menjeling Amanah walaupun dengan sebelah mata.