Wednesday, April 13, 2016
Awang Adek berada dalam negara akan menghadap Najib?
Sudah hampir dua minggu Bank Negara tidak mempunyai Gebenur. Zati Aziz sudah bersara mulai 1 April lalu. Cerita siapa dia akan dilantik menjadi pengganti Zeti juga senyap sunyi. Secara amalannya Gebenur Negara dilantik oleh jawatankuasa tadbir urus. Ia tidak ada kena mengena dengan Perdana Menteri.
Tetapi bolehkah dalam situasi hari ini perdana menteri yang diserang oleh segenap penjuru dunia, beliau tidak akan masuk campur. Para penganalisa kewangan berharap Gebenur Bank Negara tidak akan dilantik di kalangan orang politik. Biarlah peneraju bank pusat itu diuruskan oleh mereka yang pakar dan tidak menunjukkan kecenderungan melampau kepada politik agar ia bergerak bebas sesuai dengan fungsi dan peranannya.
Seperti dikatakan tadi, dalam keadaan Najib terhimpit kini apakah beliau akan akur kepada permintaan itu? Tidakkah beliau akan merestui pelanbtikan itu dari kalangan individu yang sedia samina dan wathana kepadanya?
Sunday, November 18, 2012
23 Cawangan Umno Bachok Menolak Awang Adek?
Agensi berita yang tidak boleh dipercayai melaporkan 50 orang penyokong Pas dalam kawasan Bachok telah menyertai Umno. Upacara penyertaan penyokong Pas itu turut disaksikan oleh 300 orang ramai dan ia diraikan oleh ketua Umno Bachok Awang Adek Hussein.
Lapor agendi berkenaan penyokong itu berasal dari kampung Pak Mali, Bakong yang merupakan kubu kuat Pas dan tidak dapat ditemubusi Umno sejak 20 tahun lalu. Awang Adek yakin dengan penyertaan 50 penyokong Pas itu memberi peluang untuk Umno menawan Bachok.
Dalam pilihan raya lalu ke empat-empat kerusi di Bachok tiga Dun dan satu parlimen dimenangi oleh Pas. Awang Adek sendiri yang bertanding di dua kerusi parlimen dan Dun Perupok, disumbat dua gol, kalah dikedua-dua kerusi yang ditandingi.
Nampaknya Awang Adek begitu gembira atas penghijran 50 penyokong Pas itu. Tetapi apakah jumlah itu sudah mencukupi untuk merampas semua kerusi di Bachok? Rasanya tidak semudah itu kerana Awang Adek memang menghadapi masalah di Bachok. Kalau beliau hendak menang, jangan diharap kepada penghijrahan penyokong Pas itu semata-mata tetapi yang penting memastikan 23 cawangan Umno tetap bersamanya.
Ketika ini sebanyak 23 cawangan Umno di Bachok dilaporkan bersiapa sedia untuk tidak menyokong Awang Adek di dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya tidak kena cara ke semua 23 cawangan Umno akan dibubarkan dan diganti dengan cawangan pareti mewakili Pakatan Rakyat.
Sebelum selesa dengan peghijarahan penyokong Pas itu Awang Adek perlu menyelesaiakan apa yang berlaku dalam 23 cawangan Umno itu. Jumlah daripada 23 cawangan itu mungkin suku daripada jumlah pengundi Umno di Bachok.
Kalau ini menjadi kenyataan bermakna angan-angan Awang Adek untuk menang di kerusi parlimen Bachok hanya mimpi disiang hari saja. Penentangan terhadap Awang Adek bukan saja dari 23 cawangan Umno tetapi ia juga datang dari beberapa tokoh Umno dan penjawat jawatan politik dilantik Umno seperti Pegawai Penyelia Mukim (PPM).
Selain dari itu rakyat Bachok sukar untuk menerima cara timbalan menteri kewangan itu mendekati rakyat kerana lagaknya lebih merupakan pegawai kerajaan daripada pemimpin politik yang sedia untuk sama-sama mengukur kepala atau memecut beruk panjat nyiru dengan rakyat. [*** 3:22 pm 18/11/12]
Sunday, September 30, 2012
Rakyat Bachok Tidak Perlu Harapkan Awang Adek Untuk Dapat Hospital
Mungkin impian rakyat Bachok untuk mendapat hospital besar di daerah itu tidak akan tercapai sekiranya falsafah politik ala-ala Awang Adek Husein dilakukan. Kenapa tidak, dalam prinsip politik Awang Adek hospital itu tidak akan dibina selagi UBN tidak menang. Walaupun projek berkenaan sudah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi kerana UBN tidak menang menyebabkan peruntukan hospital itu dibawa lari ke tempat lain.
![]() |
| Keratan akhbar jawaban Awang Adek, beredar di internet. |
Politik mendera seperti itu tidak akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada rakyat. Politik seperti itu menyebabkan Awang Adek tidak layak menjadi pemimpin. Khabarnya orang Umno juga tidak setuju dengan politik kebudak-budakan Awang Adek itu. Mungkin sebab itu sebahagian besar ahlijawatankuasa Umno bahagian menentang Awang Adek.
Ertinya kalau itulah amalan beliau ini bermakna rakyat Bachok akan kompunan untuk mendapat hospital kandati 1,000 tahun lagi. Ini kerana Awang Adek tidak akan menang di Bachok hatta lima kali pilihan raya lagi. Beliau telah ditolak macam beruk menendang kepala kotel dengan kaki di Bachok.
Belum pernah berlaku di Kelantan ada calon Umno yang kalah di dua kerusi sekaligus. Nik Aziz pernah bertanding dua kerusi pada tahun 1986, beliau kalah di Bachok tetapi menang di Chempaka. Mustapa Mohamed pernah bertanding dua kerusi di Jeli, parlimen Jeli dan Air Lanas, beliau menang kedua-duanya.
Kemenangan Mustapa di kedua buah kerusi itu mudah untuk dihisabkan sebaba beliau tidak praktik politik dera seperti Awang Adek. Mustapa laksana apa saja projek di kawasannya tidak kira kawasan itu kuat Pas atau tidak. Saya rasa kalaulah orang Umno menerima Mustapa 10 tahun dulu kini Bachok sudah menjadi bandar kedua terbesar selepas Kota Bharu. Perbezaan pegangan dan amalan politik Mustapa dan Awang Adek hampir sama.
Kalau diperhatinkan, stail politik Awang Adek sama dengan stail politik Annuar Musa. Annuar juga mengambil pendekatan sama menghukum rakyat Kelantan kerana tidak memberi kemenangan kepada Umno. Khabarnya kenapa projek perlebaran lapangan terbang Pengkalan Chepa dihalang oleh Annuar Musa.
Pendeknya selagi Awang Adek tidak ralat stail politiknya taburlah wang dan janji sebanyak mana dia akan tewas di parlimen Bachok. Dan bagi rakyat Bachok pula tidak akan bersedia untuk mengundi timbalan menteri kewangan itu selagi bangunan hospital Bachok tidak dibangunkan.
Kesimpulannya kalau rakyat Bachok ingin hospital pilih seorang tokoh yang mesra rakyat dan juga ada kepakaran dalam pembangunan. Rakyat Bachok boleh mula merisik siapakah orang yang patut mereka pilih bakal menjadi wakil mereka nanti. Hanya seseorang yang arif mengenai pembangunan, pakar dalam perancangan bandar saja yang boleh diharap untuk membawa idea pembangunan seperti hospital itu. [wm.kl.3:11 pm 30/09/12]
Thursday, March 29, 2012
Sebuka Mata
Berita ini belum disahkan tetapi kemungkinan ianya sahih 90%. Malam tadi ketika singgah di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur yang menjadi setesen malam para broker politik dan facebooker saya terdengar satu berita yang menyayatkan hati. Sedih dan terkejut.
Mulanya saya kira ianya hanya gurauan sahaja sekadar untuk menyedapkan hati beberapa orang yang ada di situ tetapi bila saya minta kepastian penyampai berita itu mengesahkan. "Ini serius," ujarnya.Turut ada di situ malam tadi dua orang wakil rakyat dan beberapa orang yang sedang mencari kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Saya tidak pasti orang lain peduli atau tidak pada cerita itu walahualam. Barang kali tidak kerana mereka sudah mengenali penyampai maklumat itu mungkin sudah boleh mengagak benar tidaknya.
Tetapi yang menyampaikan berita itu bukan sebarangan. Dia adalah seorang diplomatik yang baru pulang bercuti. Saya tidak fikir dia berbohong kerana maklumat sebegitu tidak boleh dibuat bergurau. Kapasititnya sebagai diplomnati cukup dipercayai. Dan saya juga tidak mengira dia bergurau kerana dia mengenali siapa saya, MSO.... sebutnya.
"Betul ke?" tanya saya ingin ketegasan terhadap apa yang dikatakan.
"Betul... mereka tunggu masa saja, mampus...," katanya.
"Apa sebabnya..." tanya saya lagi kurang percaya.
"Semua orang tahu, demo gi sendiri orang akan cerita...," balasnya. "Katanya seorang dah pun ambil keputusan..." sambungnya lagi. Tentang itu saya kurang mengambil peduli.
Malam 31 Mac ini ada keramaian di kawasan berkenaan. Katanya seorang yang telah membuat keputusan akan memberi maklumat lanjut. Jadi kalau hendak tahu silalah ke tempat itu. Sudah pasti benar atau tidak cerita diplomat itu.
Yang pastinya kalau berita semalam betul dan benar ini bermakna Awang Adek Hussein akan menangis tidak berlagu. [wm.kl.8:46 am 29/03/12]
Thursday, March 15, 2012
Susupan Petang
Menang Di Bachok
Banyak orang mengira apabila Nasharudin Mat Isa yang mesra Umno tidak lagi diletak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok, Awang Adek Hussein akan gampang merampas kerusi berkenaan. Perkiraan ini dibuat kononnya Pas tidak ada tokoh selayak Nasharudin yang boleh mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.
Seorang setiausaha politik Najib Razak sendiri mengakui kalau Nasharudin bertanding di Bachok sukar untuk Awang Adek menang di kerusi itu. Tetapi sayangnya Nasharudin tidak lagi menjadi sandaran Pas kali ini disebabkan ulahnya sendiri. Walaupun ada bisik-bisik Nasharudin untuk dibawa sekali lagi ke Bachok tetapi harapannya senipis kulit bawang.Tokoh-tokoh Pas Bachok yang ada kini termasuk dua orang Adun seperti Hassan Mahmod, (Tawang) Abdul Azziz Kadir (Jelawat) tidak mampu untuk mengatasi ketokohan dan kehebatan Awang Adek Hussein sebagai pakar ekonomi yang memiliki kekayaan melimpah ruah.
Hanya Omar Mohamad (Perupok) dikatakan boleh memberi cabaran kepada timbalan menteri itu. Omar pernah mengecewakan harapan Awang Adek untuk jadi MB Kelantan apabila menyembamkan Awang Adek di Perupok.
Sehingga saat ini seakan sudah pasti Omar akan dijadikan sandaran oleh Pas untuk mempertahankan kerusi parlimen Bachok. Jadi dengan ketiadaan Nasharudin, Omar tokoh yang dikatakan sesuai untuk bertanding dikerusi Parlimen. Dalam masa sama ada seorang ahli politik diluar Pas dan PKR dikatakan boleh diharap untuk berdepan dengan Awang Adek. Awang Adek sendiri katanya takut kalau orang ini diletak untuk berdepan dengannya kerana dia tahu akan pengaruh dan sokongan peribadi tokoh ini.
Dia dimaksudkan ialah Zaiyadi Awang Noh bekas tokoh pemuda Umno Bachok. Zaiyadi kini dikatakan tidak lagi berkeyakinan dengan Umno. Keberadaanya di dalam Umno kini hanya kerana menghormatinya ibu (Mak Su Limah) yang merupakan bekas ketua Wanita Umno Bachok yang berpengaruh.
Latar belakang keluarganya juga menarik. Ayahnya Haji Awang Noh (foto bawah) adalah pengasas pondok Beris Bachok dan pengasas sekolah agama Amir Indra Petra. Boleh dikatakan Zaiyadi membesar dalam lingkungan pondok sebab itulah dia tidak begitu selesa berada dalam Umno.
Dia juga dilaporkan bersedia untuk diletak berdepan dengan Awang Adek.
Keluarga Zaiyadi sejak dari dulu lagi tidak begitu 'nggam' dengan stail dan pembawaan politik Awang Adek Hussein. Atas dasar itulah kalau Zaiyadi berdepan dengan Awang Adek, boleh simpul tali Awang Adek akan menangis tidak berlagu. Soalnya apakah Zaiyadi akan diturunkan?Sekiranya Pakatan Rakyat mahu pastikan kerusi Bachok kekal, formula terbaik ialah meletakkan Zaiyadi untuk berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Bagi merealisasikan ini Pas terutamanya perlu mengamalkan politik terbuka dan understanding.
Usaha sedang dilakukan untuk membawa Zaiyadi diturunkan ke parlimen Bachok. Sekiranya Pas merasakan mereka tidak berkupayaan untuk berdepan dengan Awang Adek kemungkinan Zayadi akan dijadikan sandaran. Bagai Zayadi sendiri beliau tidak kisah sama ada bertanding atas tikit PKR atau Pas. Namun hati kecil Zayadi dia lebih berminat dengan Pas, apa lagi keluarganya juga dikatakan ramai menjadi penyokong Pas.
Ketika membuat tinjauan ke Bachok dua tiga hari lepas saya berbicara dengan seorang pegawai Kemas, jabatan yang dikenali sebagai mata telinga Umno. Menurut pegawai berkenaan kedudukan Awang Adek di Bachok tidak begitu menyelesakan. Katanya kalaupun bukan Zayadi yang dibawah turun pun, Awang Adek akan kalah. Bagaimana pun kalau benar Zaiyadi diturunkan ia makin mudah Awang Adek dikalahkan.
Dimaklumkan juga dua faktor kenapa Awang Adek akan tersungkur sekali lagi. Pertama katanya Awang Adek tidak mendapat sokongan ahli jawatan kuasa bahagian. Sikap Awang Adek yang sombong, agah tidak bertempat menjadikan orang Bachok tidak berapa senang dengan bekas bakal MB Kelantan itu. Meskipun Awang Adek anak nelayan tetapi lagaknya lebih bangsawan dari golongan bangsawan.
Kedua ialah isu wang derma untuk orang miskin yang dimasukan ke dalam akaun pegawai khas Awang Adek. Wang derma sebanyak RM100,000 diakui sendiri diterima Awang Adek diragui akan statusnya. Gara-gara wang itu menyebabkan timbul persepsi buruk ke atas Awang Adek. Ada yang menganggap wang itu sebagai komisyen atas kelulusan projek?
Orang Bachok mempertikaikan mungkin wang derma yang dimasukan ke dalam akaun khas itu bukan setakat itu sahaja, ia mungkin banyak lagi. Kata pegawai itu Awang Adek dikatakan menutup tuduhan itu dengan membawa cerita dia sudah menyaman pihak yang mendedahkan cerita berkenaan.
Selain itu, faktor lain ialah kesepaduan ahli jawatankuasa bahagian menyokong Awang Adek tidak berlaku. Kebanyakan ahli jawatankuasa bahagian tidak mempedulikan Awang Adek, sebaliknya mengemas dan menjaga kedudukan masing-masing. Misalnya timbalan beliau Dr Alias Hussein katanya asyik tumpu ke kawasannya di Jelawat sahaja tetapi tidak untuk seluruh Bachok.
Alias sendiri katanya belum tentu akan dapat merampas kerusi Jelawat. Adun Pas kini, Abdul Azizz Kadir (foto) yang lawprofile disenangi oleh rakyat Jelawat. Azizz katanya tidak banyak cakap tetapi kerajinannya menemui rakyat menyebabkan ia menjadi Adun yang disenangi.Kata pegawai itu lagi, tiga orang ahli jawatan kuasa bahagian Bachok tidak tinggal dalam kawasan. Mereka berada di Kuala Lumpur dan pulang sekali sekala bila mana ada program besar yang dihadiri menteri sahaja. Keadaan ini menyebabkan gerak kerja untuk menguatkan jentera parti tidak begitu ampuh.
Apa yang berlaku hari ini Awang Adek bergerak menerusi aktiviti yang diaturkan oleh agensi kerajaan termasuk juga JPP Kelantan. Selain itu beliau juga banyak menumpang kegiatan diaturkan oleh Wanita. Jentera peringkat bahagian menurutnya langsung tidak bergerak, seakan-akan ada sebotaj dalaman ke atas Awang Adek.
Berdasarkan hakikat itulah apa yang boleh disimpul harapan Awang Adek untuk menang di Bachok kemudian dilantik menjadi menteri penuh (kalau UBN menang) masih berada dalam mimpi diigauan siang hari. [wm.kl.1:38 t/hari 15/03/12]
Sunday, December 25, 2011
Catatan Ahad
AKHIRNYA SPRM telah pun panggil pengerusi NFC Dr Mohamad Salah Ismail yang juga laki Shariat Abdul Jalil untuk diambil keterangan mengenai kontroversi projek lembu gemuk yang didedahkan kononnya salah guna wang dengan membeli kondo di Bangsar.
Kata pihak SPRM Sallah dipanggil untuk memberi kerjasama berhubung isu itu. Selepas ini hendaknya kontroversi mengenai projek lembu gemuk (NFC) itu akan selesai. Sekiranya SPRM mendapati atau unsur-unsur rasuah, mereka bertanggungjawab akan segera didakwakan.Kesegeraan pendakwaan perlu bagi mensucikan Sharizat Jalil yang dikaitan secara tidak langsung sebab projek itu dikendali lakinya dan anak beranaknya.
Sekiranya SPRM mendakawa Salleh apakah Sharizat sedia untuk melepas jawatan? Setakat ini menteri wanita itu tidak ada tanda-tanda untuk sedia melepas jawatan walaupun banyak pihak suruh dia letak jawatan. Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad juga turut sama meminta Sharizat secara diplomasi agar melepas jawatan. Manakala bekas PM Abdullah Badawi pula bermati-matian membela Sharizat Jalil. Kenapa, apakah projek itu ada kena mengena dengan menantunya yang tidak ada kuasa itu?
Kalau hendak ikut logiknya bukan sahaja Sharizat perlu melepas jawatan berhubung dengan penyelewengan dalam projek itu, tetapi bekas menteri pertanian dan industri asas tani yang memperkenalkan slogan Pertanian Sebagai Perniagaan, Udin anak Yassin juga perlu melepas jawatan sama.
Tidak adil kalau hanya desak Sharizat tetapi tidak sama desak Udin anak Yassin yang tahu sangat di sebalik projek berkenaan kerana 'kelulusan peruntukan khas sebanyak RM250 juta semasa Udin anak Yassin menjadi menteri.
Rewel dan naif sangatlah kalau Udin anak Yassin mengatakan dia tidak tahu menahu. Udin anak Yassin tidak akan dapat melepas tangan dari menerima tanggungjawab apabila isu itu dihumbankan ke atas batu jemala Sharizat Jalil.
Sementara orang ramai sedang menanti apakah hasil siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana projek lebu gemuk itu, orang ramai juga sedang menaruh minat besar untuk tenguk apa jadi ke atas timbalan menteri kewangan Awang Adek Hussein yang mengakui menerima sumbangan wang ke dalam akaun peribadinya. Jumlah yang disebut RM100,000 tetapi ramai yang tidak percaya kalau angka itu setakat itu saja. RM100,000 kecil jika dibandingkan dengan kedudukan dan pangkat Awang Adek Hussein.
Bekal bakal MB Kelantan itu juga seharusnya dipanggil untuk mengetahui untuk apakah wang derma yang dimasukkan khas ke dalam akaun peribadinya yang dikendalikan oleh pegawainya itu. Ketiga pegawai Awang Adek Hussein, Rosli, Ramli dan Nik Yahaya perlu tampil untuk memberi penjelasan siapa yang memasukkan wang ke dalam akaun peribadi Awang Adek itu dan atas alasan apa.
Rasa sayalah perlu juga ada laporan dibuat berhubung pengakuan Awang Adek itu. SPRM boleh membuat siasatan berpandukan pengakuan Awang Adek itu kalaupun tidak ada apa-apa laporan dari mana-mana pihak dibuat. Ini kerana apa yang berlaku itu boleh menimbulkan keraguan dan ada sangkut paut dengan kepentingan awam.
Bagaiman pun kalau SPRM atau polis tidak mahu mengambil inesiatif untuk menyiasat berdasarkan pengakuan ikhlas Awang Adek Hussein itu perlu ada mana-mana pihak membuat laporan polis dan SPRM. Dalam hal ini orang atau puak paling afdal membuat laporan kepada SPRM ialah Umno Bahagian Bachok kerana Awang Adek adalah ketua Umno Bahagian itu.
Laporan polis dan siasatan SPRM perlu untuk mengesahkan kedudukan Awang Adek Hussein. SPRM kena bersihkan nama Awang Adek Hussein sebelum pilihan raya tiba. Kalau nama Awang Adek tidak dibersihkan sebelum pilihan raya ini 'merohokkan' (menyukarkan) untuk Awang Adek memasuki pilihan raya.
Sudah tentu masa kempen pilihan raya nanti akan keluar sepanduk atau banting mengenai pengakuan Awang Adek Hussein itu di samping gambar ceruk sebesar kepala lutut dan juga tindakan Awang Adek yang satu masa lulus meluluskan lesen judi bola sepak. Musuh Awang Adek pastikan menjadikan tema kempen memburukan Awang Adek kali ini berbunyi; Judi, Ceruk dan Rasuah.
Jadi laporan polis dan siasatan SPRM ke atas Awang Adek Hussein penting. [wm.kl.12:49 t/hari 25/12/11]
Sunday, September 4, 2011
Ulasan Isu
BEKAS bakal MB Kelantan yang kalah di dua kerusi Parlimen dan Dun dalam pilihan raya lalu mengatakan kerajaan Kelantan tidak mampu untuk mengatasi kesesakan jalan raya di Kelantan. Ini katanya kerana kerajaan Kelantan tidak ada perancangan untuk mengatasi masalah itu. Kita akui akan kesesakan jalan raya berlaku di Kelantan terutamanya setiap kali menjelang hari raya, atau cuti umum yang panjang. Kemuncak kesesakan ialah paa hari raya.
Kemasukan kereta luar meningkat berkali ganda berbanding hari biasa adalah puncanya. Pada hari raya anak-anak Kelantan yang berada di luar akan pulang ke kampung halaman. Kepulangan itu adalah tradisi rakyat Kelantan sekaligus menunjukkan orang Kelantan mengambil berat mengenai kampung halaman dan kaum keluarga di kampung. Kata orang sejauh mana selaung melauk akhirnya akan kembali ke lubuk juga.
Di sini tidak timbul soal kerajaan Kelantan tidak mampu atau pun tidak tahu merancang. Hakikat kerajaan Kelantan tidak mampu itu harus diterima. Peruntukan untuk membena jalan raya bukan sedikit. Pendapatan Kelantan yang bersumberkan hasil tanah dan hutan serta cukai tidak seberapa. Pendapatan itu hanya cukup membayar gaji pegawai kerajaan saja.
Kelantan memerlukan bantuan dari kerajaan pusat. Malangnya bantuan itu dinafikan atas permainan politik mundur ke belakang oleh Umno. Kelantan yang seharusnya mendapat peruntukan menurut semangat federalisme dinafikan. Kalau pun ada peruntukan yang diberikan ia tidak sepenuh seperti mana negeri-negeri lain.
Jalan raya yang sering mengalami kesesakan seperti Kota Bharu – Kuala Krai, Kota Bharu – Pasir Puteh, Kota Bharu – Tumpat adalah melibatkan jalan-jalan di bawah tadbir Persekutuan. Jalan-jalan ini dalam tanggungjang dan seliaaan JKR – Persekutuan. Kalau jalan ini menimbulkan masalah yang salahnya ialah kerajaan Pusat kerana pengabaidannya.
Awang Adek sebagai Timbalan Menteri Kewangan tahu akan hakikat ini. Sebagai anak Kelantan beliau tidak sepatutnya mengkritik – yang tidak memberi apa-apa kebaikan untuk rakyat negerinya sendiri. Sepatutnya beliau berusaha untuk memperbesarkan jalan berkenaan. Berikhitar dan menggunakan kuasanya selalu jemaah menteri kabinet. Wang royaliti Petronas yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan seharusnya dilepaskan untuk belanja membina jalan dan membangun apa-apa prasana lain.
Anihnya kenapa Awang Adek tidak mahu berusaha membawa peruntukan itu bagi mengatasi masalah keseskaan jalan raya. Dengan mengkritik kerajaan Kelantan ia tidak menyelesaikan masalah. Apakah kerana Kelantan hari ini di bawah Pas maka peruntukan perlu ditangguhkan? Sekali lagi kalau itulah pendapat dan pendekatan politik Awang Adek ia surut ke belakang. Ertinya politik Umno tidak dinamik dan progresif. Awang Adek dan pemimnpin Umno lain bukan mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan.
Orang yang cuba memanipulasikan hak rakyat Kelantan untuk kemenangan diri sendiri adalah jenis munafik dan oportunis. Selamanya tindakan sebegitu tidak akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada Awnag Adek dan Umno. Seharusnya Awang Adek belajar dari sejarah, bagaimana diskriminasi, penganiayaan kepada rakyat Kelantan telah menjahamkan Umno.
Satu masa dulu Umno mengamalkan dasar apartied di Kelsantan. Rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada Pas ditindas dan dijera dengan menafikan projek. Itulah adalah percubaan dan strategi ketika itu. Ternyata penindasan itu tidak memberi bekas. Sepatutnya Umno insaf bahawa kesan penindasan itu bukan saja terkena ke atas kepala orang Pas tetapi orang Umno juga. Umno sepatutnya ingat bahawa kurang 55 persatus lagi rakyat Kelantan adalah mereka yang menyokong Umno.
Biarpun rakyat Kelantan dijera begitu sekali tetapi ia tidak memberi apa-apa impak. Rakyat Kelantan tetap juga menyokong Pas dan menolak Umno. Umno kena kaji kenapa ini berlaku dan mereka perlulah mengubah pendekatan dan strategi politik.
Mereka sepatutnya membuang pendekatan lama yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu. Jaras-jaras politik stail Annuar Musa hendaklah dibuang jauh. Bagai mana Annuar Musa semasa menjadi menteri dulu menafikan apa-apa pembangunan untuk Kelantan kecuali memewahkan kawasannya sahaja perlu dijadikan panduan. Walhasilnya kerana pendekatan sebegitu akhirnya Annuar sendiri dihukum oleh rakyat Kelantan dan termasuk rakyat Ketereh yang dimewahnya selama ini.
Awang Adek sewajarnya sedar akan sikap dan perwatakan orang Kelantan ini. Selagi Umno tidak mahu mengubah strategi dan tetap berpegang kepada stail lama maka selama itu Umno tidak akan menang.
Rakyat keantan adalah masyarakat yangh tahu menilai. Masyarakat yang bebas dan berdikari dalam kehidupan mereka. Apabila Umno tidak ikhlas dan mengkhianati mereka mereka akan membalas dengan kejamnya. Rakyat Kelantan tahu akan ketidakmampuan Kelantan seperti kata Awang Adek katakanm itu. Tetapi kenapa rakyat Kelantan tetap dengan Pas kerana mereka tahu akan keikhlasan dan kejujuran pemimpin Pas.
Kepada Awang Adek, Mustapa Mohamed juga dan lain-lain pemimpin ubahlah pendekatan kalau mereka mahukan rakyat menerima Umno. Buanglah stail lama. Politik diskiminasi, menganiaya orang lain ataupun hipokrasi jangan diamalkan lagi. Cubalah membuat anjakan dalam politik dengan bersikap profesional meletakkan demokrasi itu seadilnya. Jangan kerana tidak menang rakyat seluruhnya perlu dihukum.
Mereka yang tersekat di jalan raya berjam-jam di Kelantan itu bukan saja orang Pas dan PKR tetapi mereka juga termasuk orang Umno. Jadi jelas cara politik Awang Adek ia bukan menganiayakan orang Pas dan PKR tetapi turut menzalim orang Umno. Kalau begitulah cara berfikir Awang Adek maka jelas orang melihat perut Awang Adek saja buncit tetapi akalnya kempes.[wm.kl.5:52 pm 04/08/11]


