Sunday, November 18, 2012

23 Cawangan Umno Bachok Menolak Awang Adek?

SILANG ISU                                                                                                                      

Agensi berita yang tidak boleh dipercayai melaporkan 50 orang penyokong Pas dalam kawasan Bachok telah menyertai Umno. Upacara penyertaan penyokong Pas itu turut disaksikan oleh 300 orang ramai dan ia diraikan oleh ketua Umno Bachok Awang Adek Hussein.

Lapor agendi berkenaan penyokong itu berasal dari kampung Pak Mali, Bakong yang merupakan kubu kuat Pas dan tidak dapat ditemubusi Umno sejak 20 tahun lalu. Awang Adek yakin dengan penyertaan 50 penyokong Pas itu memberi peluang untuk Umno menawan Bachok.

Dalam pilihan raya lalu ke empat-empat kerusi di Bachok tiga Dun dan satu parlimen dimenangi oleh Pas. Awang Adek sendiri yang bertanding di dua kerusi parlimen dan Dun Perupok, disumbat dua gol, kalah dikedua-dua kerusi yang ditandingi.

Nampaknya Awang Adek begitu gembira atas penghijran 50 penyokong Pas itu. Tetapi apakah jumlah itu sudah mencukupi untuk merampas semua kerusi di Bachok? Rasanya tidak semudah itu kerana Awang Adek memang menghadapi masalah di Bachok. Kalau beliau hendak menang, jangan diharap kepada penghijrahan penyokong Pas itu semata-mata tetapi yang penting memastikan 23 cawangan Umno tetap bersamanya.

Ketika ini sebanyak 23 cawangan Umno di Bachok dilaporkan bersiapa sedia untuk tidak menyokong Awang Adek di dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya tidak kena cara ke semua 23 cawangan Umno akan dibubarkan dan diganti dengan cawangan pareti mewakili Pakatan Rakyat.

Sebelum selesa dengan peghijarahan penyokong Pas itu Awang Adek perlu menyelesaiakan apa yang berlaku dalam 23 cawangan Umno itu. Jumlah daripada 23 cawangan itu mungkin suku daripada jumlah pengundi Umno di Bachok.

Kalau ini menjadi kenyataan bermakna angan-angan Awang Adek untuk menang di kerusi parlimen Bachok hanya mimpi disiang hari saja. Penentangan terhadap Awang Adek bukan saja dari 23 cawangan Umno tetapi ia juga datang dari beberapa tokoh Umno dan penjawat jawatan politik dilantik Umno seperti Pegawai Penyelia Mukim (PPM).

Selain dari itu rakyat Bachok sukar untuk menerima cara timbalan menteri kewangan itu mendekati rakyat kerana lagaknya lebih merupakan pegawai kerajaan daripada pemimpin politik yang sedia untuk sama-sama mengukur kepala atau memecut beruk panjat nyiru dengan rakyat. [*** 3:22 pm 18/11/12]
Post a Comment