BERITA PETANG
Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini.
Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.
Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononnya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.
Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.
Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang. Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin pemuda peringkat kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal.
Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno.
Sama-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upacara penyerahan borang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate. Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simbol bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno.
Mengenai cadangan ini bagaiaman pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan, pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya? [wm.kl.2:18 pm 26/11/12]
6 comments:
A'kum Sdr.
Kalau benar mereka masuk UMNO, jenis parasit ni memang nakkan kerusi untuk bertanding jer tuh!
Setelah dihalau dari PAS, mereka yakin tidak akan menang jika bertanding di atas tiket bebas dan dah tentu akan menjadi pertandngan 3 penjuru. So pastinya mereka akan bungkus atau mungkin hilang diposit!
Jenis anjing buruk kepala maka yang akan terima mereka adalah ikan yang buruk kepala!
Saya berharap perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Rasanya ahli-ahli PAS pun mengalu-alukan tindakan 'daki'(bekas pemimpin) ini. Orang pun dah tahu watak sebenar 'daki' berkenaan. Bertambah elok kerana 'daki' yang hampir ke tahap najis mughallazah terkeluar dengan sendiri dari badan PAS. Syukur!
assalamu alaikum tuan. Eloklah tu. Tong sampah memang tempat buant sampah pun. Tong sampah tu pun dah nak pecah.
Eloklah...buat apa disimpan gunting dalam lipatan,api dalam sekam dan duri dalam daging! Buat menyusahkan PAS untuk capai kejayaan. Orang-orang ini bukannya pejuang tulin. Tiada jawatan je dah sasau dan tak ketahuan hala.Orang sebegini hanya jaga perut sendiri dan cuma nak glamour aje! InsyaAllah mereka ini akan dikenang sebagai pengkhianat kepada perjuangan menegakkan Islam sebagai Addin di bumi Malaysia.Kalau benar maka terbuktilah sikap munafik mereka ini yang pernah berkata tiada sekelumit niat atau hasrat untuk bersama UMNO Parti syaitan yang dikenali! Kepada mereka ini...selamat terjun dengan labu-labunya!
Tuan MSO,
Saley (salam) kat Abe Mountdweller.
Soal boh Tiga Jalur atau bekas boh no.2 PAS nak masuk UMNO bukanlah isu besar kerana sebahagian besar rakyat sudah cerdik dan boleh menilai sendiri tindakan dua-dua boh ni masuk UMNO. Hanya yang "karat de-koh" jah yang akan bersorak serupa pak pandir. Jenih ni doh tokleh nak wat gapo doh.
2. Sebenarnya jika bekas-bekas boh ni masuk UMNO, yang mendapat keuntungan selepas 2 minggu adalah PAS dan Pakatan. Dalam 2 minggu tu, bagi kat utusex dan berita hairan untuk mengolek bola sorang-sorang dengan isu ini.
Pihak pembangkang melalui media alternatifnya akan berjaya menewaskan utusek dan berita hairan selepas itu.
3. Sebenarnya bukan setakat 2 orang ini sahaja yang perlu menyeberang ke dalam UMNO sempena perhimpunan in - saki baki geng UG yang masih berada di dalam PAS perlu bersama-sama pada hari keramat itu nanti masuk UMNO.
4. Ambo nak tengok dan amat-amat berharap salah seorang ketua UG yang begitu berpegaruh dalam salah satu Dewan PAS juga gi masuk UMNO.
Tak payah nak berselindung lagi dengan menabur paku-paku payung di atas jalan perjuangan PAS.
Semo ore dah tahu - tindakannya yang terbaru semasa Muktamar juga dah gagal.
Sapo doi ek?....hehehe
bat8
Tak sabar nak tuggu PELESIT PAS (yg tuduh org PARASIT) isytihar Masuk UMNO. Lama sangat dok menyamar dan menyusahkan orang tapi tak berani nok tunjuk rupa sebenar.
Sorang lagi pelesit yang berani melolong dari jauh, time Muktamar lari luar negara atas alasan dah rancang lama. Takut dengan bayang2 sendiri.
Bak kata Saudara Nor Azman bin Sukerman, TONG SAMPAH memang tempat Sampah, Tong Taik memang untuk taik. Benda busuk tutup pun lama2 orang bau juga.
Post a Comment