Thursday, November 8, 2012

Cara Mahathir Pertahankan Kemungkarannya

SELAK OTAK                                                                                                                     

Mahathir Mohamad selalu makan orang dalam manis sehinggakan kemungkaran dilakukan tidak terperasaan sama sekali. Tenguk bagaimana dia melepaskan jerat daripada untuk tidak dilihat bersubahat dalam memberi projek untuk anaknya berhubung kepentingan dalam Petronas.

Apabila wartawan menimbulkan soal kedudukannya sebagai pengerusi Petronas, apakah tidak dianggap sebagai sekongkol dengan kelulusan oleh syarikat gergasi itu kepada Sapurakencana Sdn Bhd di mana anaknya ada kepentingan, beliau menempelak wartawan dengan berkata; iya kamu akan kata saya yang suruh Petronas berikan kepada dia (anaknya).

Tambahnya lagi untuk menampakkannya ikhlas dan jujur, kamu tulislah dalam surat khabar kamu.. katanya saya yang suruh beri. (Sebenarnya memang pun). Dengan menjawab begitu orang akan anggap bahawa beliau putih dari nepotime, walhal hakikatnya memang benar begitu.

Kalau beliau tulus dan bersih beliau tidak akan membenarkan Petronas memberi projek kepada syarikat di mana anaknya ada kepentingan disitu. Kalau apa yang dilakukan Mahathir itu tertimpa ke atas diri Anwar Ibrahim negtara akan riuh macam kolam dipenuhi katak.

Beliau awal-awal memintas apa yang menjadi persoalan wartawan. Cara Mahathir itu adalah cara memansung soal dan memberi malu kepada si petanya.

Cara Mahathir memutar otak orang ini sudah lama sejak 22 tahun lalu. Tetapi orang yang taksub dengannya tidak pernah menilai dan nampak apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri ini. Selagi hidup Mahathir dan kuncu-kuncu akan terus mendapat manfaat dari kekayaan negara sebab rakyat sudah tidak mahu menerima apa saja keburukan dilakukannya.

Naiflah Mahathir kalau tidak menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk kesenangan anak-anak dan penbgampunya. Hanya syaiatan yang dikenali saja tidak jahat.  [wm.kl.8L54 am 08/11/12]

6 comments:

PokAmid said...

MAHATAIK yang mencelakakan negara. Itu lah kata-kata yang dapat saya letakkan di sini.

Maaf Sebut said...

Maaf.Nak tanya sejak bila pula Tun Mahathir jadi pengerusi Petronas nie ??

Sebab setahu saya pengerusi sekarang adelah bekas KSU kalau tak silap saya.

msmuri said...

tuan MSO...

apapun yg. dia buat... dia akan spin supaya orang tidak akan menyalahkan dia jika kebobrokan tersebut dapat dihidu... itulah dia che det...

NYAMUK MENGGIGIT said...

Biarpun jasa sebagai NEGARAWAN tidak boleh dinafikan namun kemusnahan yg diciptakan olehNYA juga tidak boleh dinafikan. Secara ilmiahnya,MAHATHIR yang berkawan dgn SYAITAn yg dikenali tidak layak utk mengulas soal keislaman selepas semua tabiatnya MELAWAN islam terselah. Dari persendakan janggut NABI Muhammad S.A.W,Hudud hinggalah membiarkan anaknya terlibat dgn ARAK. Bukan lagi MINUM tetapi PEMBUAT terbesar di Filipina.
Lebih baiklah MANUSIA sebegini TIDAK DILAYAN agar kita boleh membantunya supaya tidak MENAMBAH dosa!

mohd sayuti omar said...

Sdr Maaf Sebut, minta ampun beribu ampun bukan pengerusi tetapi penasihat. Semoga Allah ampunkan saya atas kesilapan ini.

Maaf Sebut said...

Saya nak rajin lah juga mengambil tahu perkembangan ekonomi tanahair.Dan selalunya majalah/suratkhabar yang memang fokus pada bisnes nie adelah apa yang saya baca.Kalau baca suratkhabar arus perdana memang byk sgt politik tapi suratkhabat/majalah lebih neutral dlm membuat laporan dan memberi pandangan.Jangan terkejut jika pandangan dari pakatan dan Bn belah menyebelah dan masing2 ada fakta dan info untuk mempertahankan pendapat masing2.

Apa saya fahami dari apa yang saya baca kat suratkhabar/majalah bisnes terbabit, pemberian tender oleh petronas adelah dibuat secara telus.

Ooo yea. Ada website baru dilancarkan fz.com.Memang bagus skali laman ini.Saya suggest pokcik MSO untuk membacanya terutamanya sekali dibahagian opinion