Kesediaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan dalam pilihan raya akan datang bagi menentang Ha Najib Razak rasanya perlu dihormati dan difikirkan sebagai anjakan keberanian baru dari Pas oleh kepimpinan Pas dan seluruh ahli jemaah itu. Saya tidak merasakan Abdul Hadi berselorah dengan kesanggupan itu sebalik ianya satu komitmen yang baik dan serius.
Abdul Hadi: Satu keberanian. |
Walaupun mungkin kenyataan itu lebih kepada gimik, tetapi ada kebenarannya di situ. Mungkin Abdul Hadi memberi mesej untuk berdepan dengan Umno beliau sanggup pergi ke mana-mana saja kawasan yang sekaligus menyerlahkan beliau sudah hilang sabar dalam berdepan dengan kerenah Umno.
Cara itu juga membuktikan bahawa Pas bukan berjuang di dalam lopak sendiri tetapi perjuangannya universal.
Bagi Abdul Hadi kemenangan kerusi dan memenanginya bukan yang mutlak. Baginya kesediaan melawan seorang ketua parti yang ditolak atau dianggap sebagai jahat, khianat adalah satu tanggungjawab dan kewajiban. Kalau perjuangan Pas benar dan apa digagaskan Abdul Hadi adalah haq kenapa harus takut membiarkan dia ke Pekan.
Tidak timbul kalau ada mengatakan Abdul Hadi sengaja mencari naas. Bagi perjuangan Pas dan beliau sendiri, kemenangan itu bukan bermakna memenangi kerusi tetapi kemenangan itu adalah berlawan dengan musuh secara mendada. Tidak juga perlu soal bukankah kalau kalah Abdul Hadi tidak boleh memegang jawatan? Persoalan itu hanya bagi mereka yang jahil dan nafi dalam memahami erti perjuangan.
Saya berharap kenyataan dan kesediaan Abdul Hadi itu menjadi realiti. Kalau hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, sayalah orang pertama akan menjujung duli kepada presiden Pas itu dan menerimanya sebagai seorang pejuang tulen yang berani, ikhlas dan bertepatan dengan prinsip perjuangan Islam ala Pas. Bahawa Abdul Hadi bukan seorang politician sekluar dan munafik seperti kebanyakan yang lain yang juga pengecut untuk mengejar musuh ke hingga ke laman rumah.
Syabas kepada Abdul Hadi Awang atas keberanian melemparkan hasrat itu. Dan Pas perlu memcuba strategi berkenaan. [wm.kl.9:15 pm 02/11/12]
2 comments:
Assalamu alaikum tuan. Bila saya terbaca berita berkenaan, saya berasa amat bangga sekali di bawah kepimpinan beliau. Kenyataan terbuka beliau juga adalah suatu serangan psikologi yang cukup tektikal dalam meletakkan UMNO berada pada keadaan "raja mati langkah" seperti dalam permainan cator.
Tahniah Datuk Sri Presiden.
Untuk pejuang yang yakin bahawa Allah penentu segalanya, letaklah dimana sekalipun ... ketentuan Allah tetap berlaku mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya.
Senjata kita usaha, doa dan istiqamah, selainnya serahkan sahaja kepada yang maha berkuasa.
Post a Comment