JENAKA SORE
Bantahan terhadap perlaksanaan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tampaknya semakin panas dan meluas. Iya bukan saja dari pihak pembangkang yang peka melihat penguatkuasaan sistem itu sebagai menyusahkan penggunaan, tetapi ia juga dibantah oleh ahli Parlimen BN. Ketua pemuda Umno yang tidak ada diberikan kuasa dan jawatan Khairy Jamaluddin juga membantah dan pelaksanaannya minta ditangguhkan.
Hasil hebahan pembangkang kini rakyat dan orang ramai sudah tahu apakah 'hantu' dan 'momok' di sebalik sistem berkenaan. Pembelian peralatan seperti itu bukan pertama kali ia membazir dan tidak membantu membaikpulihkan keadaan (keselamatan jalan) raya, tetapi sudah banyak sebelum ini.
Jadi buat apa lagi kerajaan berkeras untuk meneruskan juga AES ini. Ia perlu ditangguhkan segera. Kerajaan tidak perlu menimbangkan apakah penangguhan itu akan menguntungkan parti politik mana tetapi yang penting melihat ia bermanfaat kepada rakyat seluruhnyas.
Sehingga hari ini pihak kerajaan terutamanya menteri bersangkutan, Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha masih membisu. Belum ada apa-apa keputusan. Apakah semuanya hendak tunggu Najib Razak bersuara baru hendak bertindak? Naif sangatlah menteri berkenaan. Dan letihlah Najib kalau semua perkara beliau kena handle sendiri.
Percayalah maruah BN tidak akan jatuh kalau AES ditangguhkan. Bahkan rakyat akan melihat sikap itu sebagai terbuka dan mesra rakyat. Jangan kerana kita hendak dikatakan berprinsip tetapi akhirnya prinsip itu meranapkan diri sendiri. Atau pun kerana bantahan itu dimulai oleh pembangkang maka ia tidak boleh dipatuhi kerana bimbang takut pembangkang mendapat political milage. Bagero sangat kalau berfikiran begitu.
Sebaiknya tangguh buat sementara waktu dan selepas ini kalau BN menang dan menjadi pemerintah teruskan semula. Setidak-tidaknya dalam tempoh lima tahun kerajaan BN boleh mengutip hasilnya dan memerah poket rakyat. Kita pun pasti itu akan berlaku.
Sebaliknya kalau Pakatan Rakyat menang, sistem yang menyusahkan rakyat itu pasti tidak akan diteruskan. Ini memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihaan puak mana yang membantu meringankan bebanan mereka.
Saya nampak AES telah menjadi beban kepada BN. AES akhirnya akan menjadi Akhirnya Engkau Susah. Begitulah kalau memperkenalkan sesuatu sistem atau polisi yang bukan dibuat untuk kepentingan rakyat tetapi kepentingan syarikat dan kroni. Ia bukan saja tidak berkat tetapi bakal menanggung kerugian. Kenapakah pengalaman sebelum ini tidak diambil iktibar... misalnya terbaru projek Lembu Gemuk laki Shahrit Jalil. Haha.. [wm.kl.5:21 pm 01/11/12]
No comments:
Post a Comment