Saturday, November 17, 2012

Lebih 40,000 Di Stadium Sultan Mohamad Ke IV

CERITA SEKEPING FOTO                                                                                                                  



Kata orang gambar boleh menceritakan seribu makna dan membawa seribu erti. Tidak cukup 1,000 patah perkataan untuk menghuraikan maknawi di sebalik sekeping gambar. Saksikan dan renunglah gambar ini, himpunan rakyat anjuran Pakatan Rakyat bertempat di stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi. Lebih 40,000 hadir.

Himpunan itu diadakan sempena muktamar Pas ke 58 yang diasakan di Pusat Tarbiyah Islam (Putik) Pengkalan Chepa Kelantan.

Semua pimpinan tertinggi parti Pakatan Rakyat hadir; ia diketuai sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan seluruh pimpinan Pas. Hadir sama Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang yang turut berucap.

Di himpunan malam tadi juga Pas menerima ahli baru sepasukan bekas tentara dari Kerabat - badan kebajikan bekas tentera. Seramai 700 orang menyerah borang menyertai Pas.

Selain itu bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jakim) Mohd Nahwari Hashim juga ikut menyerahkan borang menyertai Pas.

Sudah pasti gambaran himpunan semalam yang penuh dengan semangat dan keghairan untuk menawan Putraja sedikit sebanyak membuatkan Umno Kelantan kegerunan. Variasi himpunan hijau, merah dan oren telah menenggelamkan gelombang merah yang cuba diolakkan oleh Umno.

Gambaran semalam menyebabkan Najib Razak terus menumpang dagu di meja makan untuk menentukan bilakah tarikh hendak membubarkan parlimen dan mengumumkan tarikh pilihan raya. [wm.kl.10:18 am 17/11/12]

No comments: