Friday, November 16, 2012

Pas Perlu Memiliki Banyak Ruang Media Baru

ULASAN UCAPAN DASAR                                                                                            

Ucapan dasar dan perasmian muktamar tahunan Pas ke 58 yang dibentangkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang bertempat di Putik pagi ini adalah satu ucapan yang dapat memenuhi selera di saat menanti ketibaan pilihan raya umum. Ucapan setebal 28 muka surat dan mengambil masa 1 jam setengah itu menyentuh semua aspek; politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Paling bererti ialah ia mendedahkan komitmen Pas dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

Ucapan kali ini juga serius dan ia penuh dengan ilmu. Bagi saya ia mantap dan bersemangat sekali. Sesiapa yang ingin mengenali Pas atau pun yang masih keliru dengan Pas terutamanya yang terhasut dengan cocokan dan politik rasis Umno elok menghanyati ucapan berkenaaan. Ucapan Abdul Hadi kali ini mempunyai banyak pencerahan dan mantik-mantik siasah.

Abdul Hadi Awang (Foto: Sinar online).
Dalam ucapan itu juga Abdul Hadi cuba menafikan tudahan liar ke atas Pas yang dibuat oleh Umno kononnya Pas sudah hilang hala tuju perjuangan asal sejak permaufakat serangan ke atas Umno dan ingin menumbangkan kerajaan BN bersama DAP dan PKR.

Pengalihan tema perjuangan Pas masa kini yang dikira sesuai dengan kehendak siasah semasa, dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan disuluh oleh Umno sebagai penyelewengan Pas dari perjuangan Islam. Perubahan tema atau slogan itu diguna pakai oleh Umno untuk mengelirukan rakyat dan merendah-rendahkan Pas. Secara berseloroh Hadi menempelak Umno dengan tuduhan itu, katanya bahawa selama ini Umno sudah iktiraf yang Pas memperjuangkan Islam sebab itu bila Pas pakai slogan Negara Berkebajikan mereka sibuk.

Beliau menafi tuduhan Umno itu dan menjelaskan Pas tetap istiqamah dengan prinsip dan dasarnya. Tidak bermakna apabila Pas mengambil tema Negara Berkebajikan, Pas telah tinggal Islam dan melupai matlamat asal penubuhannya. Menurutnya bagi mereka yang memahami erti ayat-ayat Quran tidak mudah menuduh Pas menyeleweng kerana berkebajikan itu juga merupakan tuntutan Islam dan ia menjadi iltizam Pas dan Pakatan Rakyat.

Sekali lagi dalam ucapan penuh bertenaga dan serius itu Abdul Hadi menjelaskan akan komitmen dan pegangan Pas kepada dasar-dasar asalnya. Waluapun Pas sepakat dengan Pakatan Rakyat namun Pas tidak pernah lari dari dasar yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan. Pas akan tetap mempertahankan dasar Islamnya meskipun Pas bermaufkat dengan DAP dan PKR. Permaufakatan itu adalah salah satu tahalul syaisi demi Islam juga.

Beliau lantas menegaskan perjuangan Pas bersama Pakatan Rakyat akan tetap menjaga kesucian Islam, Islam tetap menjadi agama rasmi negara ini selain membenarkan agama-agama lain. Pas akan tetap menjaga bangsa Melayu, bahasa Melayu dan budayanya. Dan Pas juga tetap memelihara dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu. Ternyata tuduhan Umno Pas mengadai maruah bangsa, menyelewengkan agama dan tidak memelihara raja adalah tohmahan dan fitanh mentah semata-mnata. Makanya apa dijelaskan Abdul Hadi hendaklah dijadikan pegangan dan bukti bagi menafikan dakyah Umno.

Keseluruhan isi kandungan ucapan dasar itu perlu dihayati bukan saja oleh para perwakilan tetapi juga rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat serta mereka tidak berparti yang kini sedang membuat penilaian untuk masa depan negara . Mereka yang selama ini masih keliru atau kabur dengan prinsip perjuangan Pas boleh menjadikan ucapan dasar itu sebagai teks pencerahan dan dipegang sebagai bukti atau nash untuk diperhatikan.

Saya rasa semua orang perlu memuji ucapan Abdul Hadi kali ini yang dikira 'kemah kemih'  dan ia sangat sesuai dengan semangat pilihan raya yang ada hari ini. Saranan dan gesaan serta arahan demi arahan kepada ahli dan petugas parti di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya sesuatu yang perlu diambil perhatian. Pelaksanaan kepada setiap arahan diperincikan menentukan kemenangan Pas dan juga kemenangan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya kelak.

Dalam ulasan ringkas ini saya sedikit merasa tersentuh sampai ke hulu hati berhubung seruan Abdul Hadi terhadap penulis dan media massa Pas agar mempertingkatkan usaha untuk menangkiskan serangan musuh. Tampaknya Abdul Hadi cukup sedar dan insaf betapa pentingnya peranan media massa untuk membantu perjuangan Pas, khasnya menawan Putrajaya. Beberapa kali beliau meminta supaya media massa (Pas) mempertingkatkan usaha.

Dalam hal ini apa yang beliau boleh sebut ialah peranan Harakah cetek dan Harakahdialy. Tidak kurang dua kali beliau menyebut dua media ini. Inilah saja media yang dimiliki oleh Pas. Apabila presiden hanya berputar menyebut dua media massa ini saja sebagai rujukkan ahli Pas, tampak betapa miskinnya dan dhaif Pas dalam pemilikian media massa sebagai alat perang dan sejanta menagkis serangan lawan.

Harapan yang diletakkan oleh Abdul Hadi ke atas dua media massa itu baik dalam membantu menyebarkan dakwah Islamiyah Pas atau menangkiskan serangan musuh menerusi media massa mereka terlalu besar. Ertinya Pas sangat mengharapkan kepada media massa bagi membantu perjuangan. Pas sudah faham peranan dan fungsi media massa seperti akhbar dan internet. Namun malangnya, dan ini menyebabkan saya rasa sedih, sedar atau tidak sedar Pas hanya memiliki dua media itu saja, Harakah cetak dan Harakahdialy dan tidak pernah berusaha untuk menambah bilangan alat sebaran awam itu.

Hanya dengan memiliki dua media itu saja yang edaran dan penyebarannya terhad, ia jauh dari mencukupi untuk berdepan dengan pihak musuh yang mempunyai ratusan media massa pelbagai bentuk dan sais. Sudah parti Harakah dan Harakahdiay tidak cukup tangan untuk mengawal dan menangani itu semua tanpa ada sokongan dari media indepandet lain yang diselanggar oleh ahli parti.

Timbul kemusykilan di kepala saya, kenapa Pas tidak berusaha untuk menambahkan media massanya sendiri. Selama ini Pas hanya bergantung kepada dua media itu saja. Apakah fungsi Lanjanan Penerangan di dalam hal ini? Sepatutnya Pas sudah memiliki beberapa media massa lain lagi sebagai mendokong kepada media massa sedia ada. Di zaman ada ruang kebebasan media massa yang dibuka oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu, Pas tidak mengambil kesempatan untuk memohon permit akhbar baru sebagai tambahahan.

Dalam hal ini Pemuda Pas yang mengkritik dan mempersoalkan keberkesanan Harakah seharusnya berfikir lebih jauh dan bijak dengan memohon permit baru atau pun mewujudkan media alternatif lain sebagai menyaingi Harakah. Malangnya pemuda yang dianggap sebagai generasi berkebolehan dan lebih profesional hanya tahu mengkritik terhadap apa yang sudah ada di dalam rumah saja. Ketua pemudanya pula asyik membuat kenyataan akhbar tanpa berfikir mahu menubuhkan akhbar.

Sebenarnya untuk menguruskan sebuah akhbar sebesar Harakah bukan perkara mudah dan segampang yang difikirkan. Saya mencabar pemuda Pas yang mempunyai ramai tenaga muda dan profesional itu terbit akhbar sendiri. Dengan berbuat begitu saja baru kesulitan dan kesukaran dalam mengurus media massa ini dapat diketahui. Harakah walaupun jauh dari kesyumulan dari petak pemikiran pemuda, tetapi ahli Pas harus berterima kasih kepada mereka yang gigih dan tabah mengendalinya hari ini.

Terlupa untuk menerbit akhbar baru ini, bagi saya satu kealpaan besar bagi pandangan saya. Cadangan Abdul Hadi supaya diadakan sekretariat menguruskan kemunculan media baru' blog, twitter, web tv, dan sebagainya sesutau yang bagus dan perlu diambil tindakan segera. Sebelum ini Pas sudah mengadakan beberapa seminar berhubung perkara ini. Dan sekian banyak bloger sudah pun dikenal pasti untuk dijadikan "cyber trooper" kepada parti. Wang juga dibelanjakan, tetapi sayangnya ia nampaknya kuranng berkesan. Di manakah silapnya?

Kekosongan ini boleh dipenuhi oleh kalangan Pemuda Pas yang mempunyai pelbagai kemhiran dan mempunyai rangkaian yang luas itu. Mereka tidak seharusnya rajin memberi kuliah agama di surau di merata tempat tetapi harus ada projek atau pun blue print untuk pengembangan parti tersendiri, salah satunya memperluaskan dan memperbanyakkan saluran maklumat atau pun media massa.

Harus dicari di mana kesalahan dan kelemahan dalam perkara ini. Rasanya dengan masa masih tersisa Pas masih ada peluang untuk memperkemaskan media baru mereka dalam usaha untuk menyahut cabaran presiden itu. Harus disedari dalam dunia hari ini, di mana media dan alam siber dijadikan alat dan medan peperangan ia harus dipertingkatkan. Walaupun media baru ini cukup berkesan tetapi kalau tidak diatur dan digunakan secara sistemetik ia tidak akan berbekas.

Dan sekiranya Pas ketinggalan di dalam hal ini sedikit sebanyak ia boleh membantutkan cita-cita Pas bersama Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya. Sebab seperti kata presiden perang hari ini adalah peperangan menerusi alam siber.  [wm.kl. 12:36 t/hari 16/11/12]

5 comments:

Im said...

Tuan MSO,
Benar lagi bernas ulasan tuan. 100% bersetuju..

*lama tak usik Mat Maslan tuan MSO.. Rindu nak baca coretan Tuan MSO usik2 abang Mat..

ayba said...

Pemuda Pas perlu ada akhbar mingguan sendiri. Muslimat Pas juga. Tidak perlu setebal Harakah, senipis suara keadilan sudah memadai.

Dr Suhazeli bin Abdullah said...

Sememangnya media baru telah didominasi oleh Dewan Pemuda. Sesuai dengan gelaran Generasi Y.Lihat saje twitter, facebook, blog dan sebagainya. Mewujudkan satu lagi lidah rasmi PAS adalah sesuatu yang tidak wajar. Memperkasakan harakah dan memperbaiki mutu pemberitaan adalah terbaik. Teguran Dppm adalah cubit sayang, bukannya marah yang tidak bernoktah.

penyatarahman said...

Dr suhazeli. Saya rasa ada baiknya Dppm wujudkan lidah rasmi Dppm sendiri yg boleh wujud dalam bentuk:
1) akhbar
2) majalah
3) web tv
Kita tahu tiap generasi ada jurang pemikiran dan pemahaman. Pendekatan juga berbeza. Tak ada salahnya berusaha wujudkan satu entiti media mewakili Dppm. Mutakhir ini ramai blogger muncul. Mereka ini boleh jadi penyumbang. Entiti ini juga boleh wujudkan banyak peluang kerja. Penulis, seniman, jurufoto, grafik designer dll. Pastikan ia dapat menyoroti islam dr segenap aspek. Ilmu, seni, sukan, muzik, kesihatan, sains, fesyen, masakan, kembara dll. Harakah dilihat bosan (bagi kebanyakan remaja) kerana asyik2 isu yg sama. Umno jahat- rasuah- tipu rakyat dan berpusing2 pada benda yg sama. Tibalah masanya ada satu entiti media yg boleh menyoroti masyarakat segenap aspek.
Juga ingin saya mohon Dppm wujudkan HUDUD.com kerana secara benarnya, ramai lagi umat islam tak faham tentang hudud. Saya harap ada dinyatakan dalam web ini penerangan hukum, hikmah, kaedah, pengecualian dan lain2 berkaitan. Harap penerangan dalam bentuk grafik dan video.

Dr Suhazeli bin Abdullah said...

Terima dengan cadangan tuan. Terima kasih. Sememangnya gabungan muda dan veteran tidak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu. Jika muda tidak berkemudi rosaklah ia. Pun tua tidak berpaksi punahlah jemaah.