Saturday, November 24, 2012

Pejalan Kaki Anti Lynas Sudah Memasuki Ibu Kota

SENGGANG PETANG                                                                                                       

Mungkin kepentingan kita tidak sama dengan sekumpulan pejalan kaki yang sanggup berjalan kaki beratus batu kerana memprotes projek Nadir Bumi (Lynas) di Kuantan Pahang, namun ia bukan sesuatu yang elok diketawakan. Mereka ada keperluan dan terdesak berbuat demikian kerana memikirkan masalah masa depan mereka jika projek itu diteruskan. Mungkin ada dikalangan kita juga tertawa dan anggap kerja mereka itu memenatkan badan saja.

Sebahagian peserta sedang berihat di Taman Melewar.
Itu pendapat kita yang belum sampai ke tahap standard pemikiran politik mereka. Namun pun begitu usaha kira-kira 2,000 orang anti Lynas dan beberapa Ngo lain tersebut perlu dihormati. Setidak-tidaknya kegigihan mereka berjalan kaki bagi menyatakan bantahan seluas-luasnya penerusan projek itu perlu dihormati dan boleh diambil iktibar dari sudut-sudut tertentu.

Tidak timbul soal apakah projek Lynas yang kontroversi itu mendatangkan bahaya atau tidak. Yang penting usaha dan kesungguhan mereka dalam menyuarakan hak dan kepentingan mereka adalah sesuatu yang munasabah dan serius.

Walaupun kedua-dua pakar baik di sebelah pembangkang dan kerajaan memberi jaminan ianya selamat ia tidak bermakna protes seperti itu untuk sejagat tidak diperlukan. Mereka sebenarnya sedang mencatat sejarah dan rekod baru di negara ini.

Esok kalau berlaku apa-apa musibah pakar yang memberi jaminan itu perlu bertanggugjawab kerana memberi perakuaun projek nadir bumi itu selamat. Jika projek itu meragut nyawa ataupun mendatang malapetaka kepada manusia sehingga membawa maut dan sebagainya mereka juga harus dihukum setimpal dengan musibah itu. Dunia akan menyaksi dan menjadi saksi.

Rombongan pejalan kaki yang bermula dari Kuantan Pahang menuju ke Dataran Meredeka sejauh lebih 300 kilo mter kini sudah pun sampai di Kuala Lumpur sebelum Asar tadi. Mereka memulakan membuka langkah menuju ke Kuala Lumpur 13 November lalu berjalan selama 12 hari siang dan malam.

Baru sekejap tadi saya menjenguk mereka, yang kini sedang berihat di Koleh Universiti Zulkefli Muhammad (KUIM) di Taman Melawar Gombak. Kebanyakan masih keletihan tetapi gembira dan ceria kerana kembara mereka akhirnya hampai sampai ke destinasi. Esok mereka akan memasuki memulakan cabaran klimeks memasuki Dataran Mereka dan membuat aksi demonstrasi di sana.

Seorang peserta dikenali dengan nama Chen 50, dari Kuantan Pahang memberi tahu perjalanan itu sungguh memenatkan tetapi seronok. Seluruh kedua telapak kakinya pecah dan betis merasa pegal-pegal. Namun katanya bila sampai sini semua hilang.

"Sakit, rasa tidak mahu meneruskan lagi, kaki dua-dua sakit ... tetapi anih bila sampai sini semua baik," katanya sambil menunjukkan kedua belah kakinya yang melecur dan kemerah-merahan.

Chen: Akan terus berjalan...
Ditanya apakah sepanjang perjalanan ada masalah, halangan ataupun ada peserta yang pengsan, menurutnya tidak ada apa-apa berlaku, semua sihat... kalau sakit pun kaki dengan betis macam dia saja.

Ditanya lagi apakah sekiranya ada lagi progam seperti itu dia akan ikut, katanya dia akan ikut sambil menegaskan; "untuk rakyat kita akan buat apa saja. Bukan kita saja-saja suka berjalan kaki tetapi kita minta itu Lynas di hentikan. Siapa mahu jalan begitu jauh ho?" katanya.

Sebahagian besar peserta kini sedang berihat dan ada yang nyenyak ketiduran di dewan besar Fadzil Noor di KUIM itu. Mereka akan bermalam di sana dan esok akan berarak memasuki Dataran Merdeka.

Beberapa orang kanak-kanak kecil juga kelihatan berada di situ. Seorang perta bila ditanya mengenai kanak-kanak itu memberi tahu mereka juga ikut berjalan kaki sama.

"Saya nampak mereka berjalan kaki, tetapi mungkin lebih banyak mereka menaiki kereta, kerana ada beberapa buah kereta mengiringi perjalanan kami," ujarnya sambil mengemaksan Facebooknya.

Malam ini satu cermah ringkas akan diadakan di Melawat di mana ia melibatkan Timbalan Presiden Pas, Muhammad Sabu, Yang Dipertua Pas kawasan Batu, Ishak Surin dan ketua rombongan pejalan kaki itu, Wong Tack.  [wm.kl.7:22 pm 24/11/12]

2 comments:

ayba said...

Jika takdirnya berlaku musibah (minta dijauhkan Allah) Apakah pakar-pakar ini akan berdiri di depan sekali atau mereka akan 'lari' dulu?

Syeikh YB said...

Rumusan pakar 2012 adalah selamat.
Rumusan pakar 2018 tidak selamat.
Seprrti loji nuklear jepun masa mula bina dijamin oleh pakar selamat guna tapi kini???